SEMINGGU sebelum majlis pernikahan berlangsung, mereka bertemu untuk kali yang terakhir. Selepas itu, mereka akan berjumpa semula pada hari nikah nanti. Trisha sudah sangat selesa dengan Luthfi, walaupun banyak perkara yang masih dia tidak tahu mengenai lelaki itu. Namun, Trisha yakin Luthfi lelaki yang terbaik untuk dirinya.
Trisha menunggu Luthfi di sebuah pusat membeli-belah di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sementara menunggu, matanya meliar mengamati pemandangan di hadapan pintu masuk pusat beli-belah. Setelah itu, matanya melorot pada cincin di jari manisnya. Trisha tersenyum sendiri. Sepanjang dia hidup, inilah pertama kali dia dilamun cinta. Sungguh indah apa yang dia rasakan saat ini.
Tidak lama selepas itu, Luthfi muncul bersama sekuntum bunga mawar merah di tangan dan dihulurkan kepada Trisha. Trisha tercengang. Kaku seketika tubuhnya. Mata menghala ke arah Luthfi kemudian beralih pula pada bunga yang masih berada di tangan lelaki itu.
“Take it,” arah Luthfi dengan senyuman manis terukir di bibir. Dengan wajah yang sudah berubah rona, Trisha mengambil bunga tersebut dari tangan Luthfi. “Thanks,” ucap gadis itu tersipu-sipu malu.
“Suka?” soal Luthfi. Senyuman malu-malu Trisha buat Luthfi merasa teruja. Namun, perasaan itu disembunyikan.
“Suka,” jawab Trisha masih lagi tersenyum. Spontan dia mencium bunga tersebut. Kemudian, dahi Trisha berkerut. Luthfi turut hairan melihat reaksi Trisha lantas dia bertanya, “Kenapa?”
“Takda bau pun,” polos wajah Trisha ketika menjawab soalan Luthfi. Lelaki itu turut mencium bunga tersebut. “Ada bau. Tapi dah tak kuat baunya,” balas Luthfi, santai.
Trisha cebir bibir. Tidak berpuas hati dengan jawapan Luthfi. Namun begitu, dia tetap mengukir senyum nipis. Luthfi dapat menangkap riak wajah gadis itu lalu dia bertanya lagi, “Awak suka bunga yang baunya harum ya?”
Trisha mengangguk pantas. Luthfi menggaru dagu yang tidak gatal. Sedikit sebanyak dia dapat membaca sikap Trisha.
“Kalau macam tu, next time saya belikan awak sejambak bunga supaya harumannya buatkan hubungan kita bertambah mesra,” Luthfi menabur janji dan kata-kata manis.
Trisha kulum senyum. Berdebar-debar apabila mendengar ucapan daripada mulut Luthfi. Bakal suami yang sweet talker. Mata dialih ke arah lain. Tak sanggup nak bertentang mata lama-lama. Bimbang luruh jantungnya nanti.
“Okay, jom masuk dalam. Kita lunch dulu,” ajak Luthfi. Dia sendiri rasa nak ketawa apabila mengungkap kata-kata manis seperti itu. Namun, perasaannya ditahan sehabis baik dan dia cuba pamer riak tenang agar Trisha tidak tahu apa yang dia rasakan sekarang.
Trisha mengangguk setuju. Mereka kemudiannya berjalan seiring dan masuk ke dalam pusat beli-belah.
“Awak nak makan apa, Trish?” soal Luthfi sebaik sahaja mereka berada di food court. Kepala Trisha bergerak ke kiri kanan sambil melihat kedai-kedai makan yang tersusun di kiri dan kanan kawasan itu.
“Eemm.. saya nak makan szilling yee mee,” Trisha memandang pada Luthfi.
“Air?”
“Mineral water,”
“Mineral water?” ulang Luthfi sambil kedua keningnya diangkat.
Trisha mengangguk pantas.
“Diet ke?” soal Luthfi, spontan.
Trisha tergelak kecil. “Taklah. Saja nak minum plain water,” balasnya dengan sopan.
“Alright. Ada apa-apa lagi nak makan?” soal Luthfi lagi.
“Eemm.. Takda. Tu saja,” jawab Trisha.
“Okay. Awak cari tempat duduk. Saya pergi beli makanan,” ujar Luthfi.
“Okay.”
Setelah itu, Luthfi terus berjalan mencari makanan yang Trisha mahukan. Manakala, Trisha pula mencari meja kosong untuk mereka.
LUTHFI melirik pada Trisha yang duduk di hadapannya. Wajah putih bersih itu direnung dalam. Sudu diletak ke atas pinggan yang sudah kosong. Kemudian, dia mencapai air nescafe ais dan disedut perlahan. Terasa sejuk air tersebut melalui rengkung leher.
Burp!
Trisha angkat muka saat terdengar Luthfi sendawa.
“Sorry,” ucap Luthfi tersipu malu.
“It’s okay. Normal lah sendawa. Kenyang dah?” soal Trisha sambil menyedut air mineral miliknya.
“Alhamdulillah.”
“Lepas ni, kita ke mana?” soal Trisha lagi. Dia mengesat mulutnya dengan tisu.
“Eemm.. It’s up to you. Saya ikut saja.”
“Alah.. Saya mana tahu nak pergi mana. Saya ikut awak,” balas Trisha separa merengek. Wajah Luthfi berubah riak saat mendengar nada sebegitu. Trisha tersedar nadanya telah membuatkan lelaki di hadapan itu tergamam. Air liur ditelan kasar.
“Don’t use that voice in public,” perlahan Luthfi memesan pada Trisha. Wajah Trisha merona dan terasa membahang. Wajah ditunduk ke meja.
“Sorry…” ucap Trisha. Luthfi ukir senyum nipis.
“Saya tak marah awak. Cuma, saya tak nak orang lain dengar sebab nada macam tu, hanya milik saya seorang lepas kita kahwin nanti,” bisik Luthfi dengan suara yang gemersik. Bertambah membahang wajah Trisha dibuatnya. Tetapi, kali ini siap dengan pakej berdebar-debar tahap gementar. Suara Luthfi yang sebegitu sungguh mengugat imannya.
Indah rupanya bercinta ni ya! Jerit Trisha dalam hati.
“Rileks. Ini baru sikit saya romantik. Lepas kahwin nanti, lagi romantik,” sambung Luthfi lagi. Dia menahan tawanya daripada meletus. Tidak pernah dia seromantik ini dengan mana-mana wanita. Inilah pertama kali dia berkelakuan sebegini.
Trisha terkesima seketika lantas tawanya terlepas sambil dia menekup mulut dengan kedua telapak tangan. Ketika melihat Trisha ketawa, Luthfi turut ketawa bersama. Dia sendiri malu dengan apa yang diucapkan sebentar tadi.
“Awak memang biasa try perempuan macam tu ke?” duga Trisha setelah tawanya reda.
Luthfi terdiam sekejap. Terkelip-kelip dia memandang gadis itu. Kemudian, dia menggeleng dan ketawa lagi.
“Kalau saya cakap, mesti awak tak percaya,” balas Luthfi dengan tawa yang masih bersisa.
“Cakaplah dulu. Baru boleh fikir percaya ke tak,” usik Trisha sambil kulum senyum. Wajah comel dipamer pada Luthfi. Hati Luthfi berbunga indah sewaktu melihat riak sebegitu daripada Trisha.
“Saya tak pernah bercinta. Awak orang pertama ada dalam hati saya,” jujur Luthfi menjelaskan pada Trisha. Ya, Trisha gadis pertama yang menghuni hatinya sejak bangku sekolah lagi.
Sekali lagi Trisha ketawa. “Boleh percaya ke? Baru beberapa minggu kita kenal, takkan terus jatuh cinta? Lepas tu, ayat semua meleleh je. Siap bawa bunga. Macam dah ada pengalaman,” panjang lebar Trisha memberi pandangannya. Luthfi ketawa lagi.
“Kan dah cakap, awak tak percaya.”
“Jujur sajalah apa salahnya. Pernah bercinta ke… Pernah putus cinta ke…” kata Trisha lagi. Dia lebih senang kalau lelaki itu bersikap jujur.
“Buat apa saya nak tipu? Sungguh, awak wanita pertama dalam hati saya. Dari dulu sampai sekarang,” nada Luthfi begitu yakin saat ini. Matanya juga memandang tepat pada mata Trisha. Tiada langsung senyuman di bibir lelaki itu. Dia mahu Trisha tahu bahawa dia benar-benar maksudkan apa yang dia ucapkan sebentar tadi.
“Dari dulu sampai sekarang?” soal Trisha dengan muka pelik.
Luthfi terkebil-kebil. Tersedar yang dia dah tersalah cakap. “I mean… sampai bila-bila. Dari sekarang sampai bila-bila,” tergagap-gagap dia cuba betulkan semula ayat tadi. Jantungnya berdebar hebat tika ini. Dia berharap agar Trisha tidak curiga dengan kata-katanya sebentar tadi.
Perlahan bibir Trisha ukir senyum. Dia tahu bukan dia sahaja gugup. Pasti Luthfi merasakan hal yang sama. Maklumlah dua-dua tak pernah bercinta.
“Sweet talker awak ni semulajadi ke, saja buat-buat,” Trisha cuba bercanda. Hatinya juga berdebar hebat waktu ini.
Luthfi hela nafas lega kerana gadis itu tidak curiga dengan kata-katanya yang tadi. “Semula jadi bila dengan awak,” balasnya dengan senyuman manis.
Trisha mengetap bibir dengan lembut. Renungan Luthfi sekali lagi buat dia tidak keruan. Nafas ditarik sedalam nya cuba menenangkan hati yang sudah berdegup tidak berhaluan itu.
“So, saya dah ada dalam hati awak?” soal Luthfi dengan berani. Dia mahu tahu apa perasaan Trisha terhadapnya walaupun mereka akan berkahwin seminggu sahaja lagi.
Trisha bungkam seribu bahasa. Dia kembali menunduk ke meja makan. Namun anggukkannya buat Luthfi lega. Bermakna, Trisha sudah meletakkan nama Luthfi di dalam hatinya. Cuma, adakah Trisha akan menerima Luthfi jika dia tahu Luthfi adalah musuh tradisi di zaman persekolahannya?
TRISHA tersenyum sendiri. Bunga yang Luthfi berikan padanya diambil. Hampir layu sebab dia tak letak bunga tu dalam pasu. Tapi, dia tak kisah sebab kenangan itu lebih penting daripada apa yang dia dapat.
Semakin berbunga hati Trisha apabila mengenang kembali perbualan mereka semalam. Sungguh, Luthfi sudah dia letakkan di dalam hatinya. Dia bukan mudah jatuh cinta. Tetapi, dengan Luthfi dia rasa selesa. Mungkin kerana Luthfi lelaki yang matang.
Matang? Saat perkataan matang itu disebut, terus Trisha teringat kembali zaman persekolahannya di mana dia selalu bergaduh dengan budak lelaki yang tak matang.
Ya, si Bakar tu aka Burn tak guna! Jerit hati kecilnya.
Kalau ingatkan semula peristiwa di sekolah dulu, memang buat Trisha sakit hati. Dia berharap, sampai mati dia takkan jumpa dengan lelaki tak guna tu lagi. Dan… dia harap lelaki tu membujang sampai ke tua sebab suka sangat usik dia masa sekolah dulu. Lelaki tak matang dan tagune!
Share this novel