Bab 1

Romance Series 13918

Nurina tahu penampilannya terlalu biasa untuk berjuma dengan bakal majikan barunya yang agak terkenal di mana dia terpilih oleh agensi untuk pergi temuduga bagi mendapatkan kerja tersebut. Mungkin Nurina patut berpakaian lebih kemas sikit dan kurangkan sikit gaya ibu anak dua kerana dia diberitahu bakal majikannya sangat terkenal dalam dunia hiburan dan itu bukanlah benda yang paling mengejutkannya.

Bukan Nurina tidak kenal siapa Zachary Nufail? Selebriti terkenal. Wajah lelaki itu sentiasa menghiasi muka depan majalah. Setiap kali Nurina lihat, dia akan mencebik dan menghela nafas kecil. Fikirkan hidup mewah yang tidak pernah dia akan rasa seperti lelaki itu.

Malah sekarang Nurina sendiri tak faham bagaimana dia boleh bersetuju untuk terima kerja tersebut.

Lagipun, agensi yang cadangkan Nurina. Mereka rasa dia yang paling sesuai untuk bekerja sebagai pengasuh anak perempuan lelaki itu. Cara setiausaha agensi bercakap pula buat Nurina rasa, "ini bukan kerja babysitting biasa.

Nurina menekan loceng dengan perasaan gugup yang sedang cuba dikawal dan bila ada orang buka pintu, rasa gugupnya makin meningkat.

"Saya datang untuk jumpa Encik Zachary Nufail, untuk temu duga kerja babysitting?"

"Ikut saya," kata butler tu sambil membawa Nurina berjumpa dengan orang yang sudah menunggunya.

"Tuan Zach? Nurina sudah sampai."

"Terima kasih, Man," Zachary bersuara sambil memandang ke arah mereka berdua sebelum Man meninggalkan Nurina bersama Zachary. "Sila duduk, Nurina. Boleh kita mula sekarang?"

Nurina angguk lalu melabuhkan duduknya di kerusi hadapan Zachary sambil memegang fail peribadi dipangkuannya.

"Awak nak minum apa-apa?" tanya Zachary dan Nurina gelengkan kepala perlahan.

"Awak boleh relaks je, ini cuma perbincangan biasa je. Nothing serius," ujar Zachary yang perasaan Nurina seakan gugup sekarang ini.

Nurina tersenyum lemah. "Tempat ni cantik,” pujinya untuk hilangkan rasa canggung.

"Semua ini hasil kerja keras," balas Zachary dengan senyum lebar dan Nurina juga balas senyumannya. "Harapnya ni tak ambil masa lama... saya ada mesyuarat penting nanti-"

"Saya boleh datang lain kali-" ujar Nurina jika lelaki itu kejar masa.

"No, no," Zachary menggelengkan kepala. "Saya perlu segera dapatkan pengasuh anak saya jadi kita boleh selesaikan hari ini juga."

"Oh...baiklah," Nurina angguk dan tarik nafas. "Saya ada resume kalau Tuan nak tengok?"

"Sure," Zachary tersenyum dan Nuria menyerahkan resume kepadanya, dia membacanya dan mengangguk. "Saya nampak awak ada pengalaman yang luas."
"Ya, saya mula babysit masa remaja, lepas tu terus decide nak teruskan buat kerja ni," Nurina angguk sambil senyum kecil. "Saya berehat beberapa tahun lepas lahirkan anak dan sekarang saya perlu pekerjaan ini semula."

"Awak ada anak?"

"Em, ya, dua orang..." Nurina senyum lemah dan Zachary mengangguk. "Saya rasa dah tiba masa nak kembali bekerja dan buat apa yang saya paling pandai,” ujar Nurina lagi.

"Dari apa yang agensi awak cadangkan, nampaknya awak memang berkelayakan," Zachary senyum. "Boleh saya tengok portfolio awak?"

Nurina mengangguk sebelum menyerahkan fail peribadinya itu kepada lelaki di hadapannya. Zachary selak satu persatu, melihat rancangan dan aktiviti yang Nurina susun sediakan, idea pendidikan rumah, aktiviti yang bantu perkembangan kanak-kanak dan remaja, serta gambaran ringkas tentang kajian yang telah dibuat. Semua nampak sangat meyakinkan.

"Ini yang saya cari," Zachary kembalikan fail tersebut kepada Nurina. "Saya rasa saya harus jujur dengan awak, Nurina. Saya tengok profil awak dan terus tertarik dengan idea awak untuk jaga anak perempuan saya. Nampaknya awak sesuai sangat, dan semua dokumen ni sudah di confirm kan oleh agensi awak. Jadi kalau awak setuju... saya nak ambil awak."

"Boleh saya buat permintaan?" Nurina pandang Zachary.

Zachary berkerut sedikit.

"Saya rasa saya patut bertemu dengan anak tuan terlebih dulu dan pastikan anak tuan mengenali saya. Tak elok kalau anak dibiarkan dengan orang yang mereka tak kenal, jadi saya nak kenalkan diri saya dengan dia supaya saya boleh pastikan dia tak rasa tak selesa dengan saya."

"No problem," Zachary angguk dan pandang Nurina. "Emmy ada dalam bilik, saya boleh bawa awak jumpa dia."

"Terima kasih tuan," Nurina senyum dan ikut Zachary ke bilik anak perempuannya.

"Saya harap awak dapat menyesuaikan diri di rumah ini sepanjang jaga anak saya nanti," Zachary mula bersuara.

Zachary dekati pintu bilik dan buka sedikit untuk jenguk. Dia senyum lembut bila nampak Emmy tengah baring atas katil sambil baca buku komik.

"Emmy?" panggil Zachary dan Emmy angkat muka pandang mereka berdua. "Daddy nak kenalkan Emmy dengan Aunty Nurina. Pengasuh baru Emmy."

"Hai," Nurina senyum pada El, dia angkat muka sedikit senyum kecil. "Aunty suka dress awak, cantik sangat,” puji Nurina.

"Terima kasih," El tersenyum lebar, gigit bibir dan pandang pada ayahnya. "Aunty pun cantik!."

"Oh, terima kasih," Nurina senyum melihat Emmy yang nampak mudah mesra dan dia terkejut bila nampak buku tu. "Emmy minat komik?"

"Ya!" Emmy senyum lebar dan ambil buku dari katil. "Yang ni komik kegemaran Emmy… Emmy selalu baca-"

"Betul, dia memang suka sangat yang ni," Zachary ketawa. "Saya tak faham macam mana dia tak bosan baca berulang kali."

"Aunty tak pernah baca yang ni," Nurina senyum dan Emmy beri isyarat suruh Nuruna duduk kat katil.

Emmy buka buku tu dan tunjukkan pada Nurina. "Saya kena mula baca ni."

Nurina senyum pada budak tu, teringat masa dia baca majalah dan komik anak-anak asuhannya dulu supaya dia ada topik untuk bercakap dengan kanak-kanak yang pernah dia asuh.

Emmy senyum pada Nurina dan pandang Zachary. "Daddy, Aunty Rina akan jadi pengasuh baru Emmy?"

"Ya, sayang. Itu yang daddy harapkan," Zachary senyum. "Emmy suka tak?"

"Aunty Rina cuma jaga Emmy je ke?" Emmy tanya.

"Itu daddy akan bincang dengan Aunty Rina," Zachary jawab.

"Okay!" Emmy angguk dan pergi ke rak buku. "Seronok jumpa aunty."

"Aunty pun seronok dapat jumpa Emmy." Nurina senyum lembut sementara Zachary beri isyarat supaya dia ikut lelaki itu.

Nurina tutup pintu bilik Emmy dan ikut Zachary keluar. "Dia nampak macam budak baik."

"Saya cuba buat yang terbaik," Zachary senyum. "Saya nak dia dapat hidup terbaik, hidup yang normal, kalau boleh. Saya perasan dalam portfolio awak, awak ada buat pendidikan rumah sebelum ni?"

"Awak nak saya ajar dia, homeschool juga?" Nuria tanya dan lelaki itu geleng kepala.

"Tak, saya nak awak jadi tutor dia?" Zachary jawab. "Extra tutoring," jelas Zachary.

Nurina angguk setuju.

"Boleh ke?" Zachary minta kepastian.

"Saya boleh buat apa saja," Nurina jawab. "Kalau tuan perlukan saya ambil dia, hantar dia ke tempat, jaga dia masa tuan sibuk, saya boleh buat semua tu, cuma beritahu saya apa yang tuan perlukan je."

"Macam tu senang la kerja saya.” Zachary buka pintu ke pejabatnya dan isyarat supaya Nurina masuk. Dia duduk balik di kerusi. "Ada apa-apa lagi yang awak perlukan dari saya?"

"Tak ada, saya cuma nak buat kerja saya," Nurina jawab dan dia angguk. "Ada apa-apa lagi yang saya patut tahu?"

"Tak ada," Zachary beralih sedikit dalam kerusinya dan Nurina mula rasa dia ada sesuatu yang disembunyikan. "Kita kena bincang pasal gaji. Kalau boleh saya nak esok awak start kerja."

Nuria merenung tajam ke arahnya, terasa keputusan itu tergesa-gesa.

"Saya tak boleh bagi awak masa berfikir dan, saya sanggup bayar dua kali ganda kalau awak terus bersetuju. Saya tahu kerja ni bukan senang apatah lagi awak akan kena hadap paparazi dan sebagainya."

Nurina menghela nafas dan menggelengkan kepala.

"What?”

"Saya cuma...tak faham dengan awak, Tuan Zachary..." Nurina mengeluh perlahan "Rasanya macam tuan terlalu beria dan percaya pada saya."

Zachary mengeluh dan gosok muka.

“Saya perlukan seseorang yang mentalnya kuat untuk bekerja dengan saya.. Ini bukan setakat jaga kanak-kanak perempuan, Nurina. Kadang-kadang awak perlu hadapi bahaya walau saya tetap pastikan rumah saya terjaga dari gangguan orang-orang yang obses dengan saya... Benda-benda macam ni la ramai yang tak sanggup hadapi, dan pengasuh yang pernah kerja ni semua berhenti sebab tak tahan."

"Kenapa pilih saya?"

"Etika kerja awak," Zachary senyum lembut. "Cara awak tahan lama dalam kerja sebelum ni... Anak perempuan saya perlukan seseorang macam awak, bukan yang suka manipulasi emosi orang."

"Saya faham," Nurina angguk dan gigit bibir. "Tapi saya pun ada komitmen lain, dua orang anak yang perlukan saya juga."

"Saya faham kalau kerja ni tak sesuai untuk awak," balas Zachary kerana dia memang perlukan Nurina komited dengan tugasnya tidak kira masa. "Tapi saya dah cuba banyak pengasuh, dan..."

"Saya setuju," Nurina jawab, "Saya boleh tangani apa sahaja."

Gaji berganda memang menggoda, dia perlukan duit tu.

"Okay," Zachary sahkan dengan senyum kecil. "Saya akan uruskan kontrak."

"Tunggu," Nurina hentikan dia dan Zachary pandang dia. "Awak tak nak pergi melalui agensi ke?"

"Agensi hanya tetapkan gaji tetap, saya tak boleh bayar dua kali ganda kalau ikut agensi. Tapi kontraknya tetap sama, cuma jumlah bayaran yang berbeza."

"Saya tak sure..." Nurina perlahan dan Zachary pandang dia, macam memohon. "Saya tak pasti kalau nak buat arrangement peribadi, saya pernah cuba dulu dan tak selesa."

Zachary faham, dia angguk.

"Okay, kita guna agensi," katanya, dan Nurina angguk perlahan. "Kalau itu buat awak rasa lebih selesa, kita boleh buat."

"Memang rasa lebih tenang," Nurina senyum kecil. "Terima kasih."

"Saya bayar awak dengan tunai untuk gaji berganda," Zachary beritahu, dan Nurina senyum sikit. "Tak perlu kontrak."

Nurina rasa lebih lega dengan tu.

"Awak mungkin rasa ini agak mendesak, tapi bolehkan awak mula esok?"

"Er... boleh?" Nurina pandang dia dan Zachary senyum lemah. "Apa yang awak perlukan?"

"Saya ada mesyuarat lepas waktu kerja esok," dia terangkan dan Nurina angguk. "Awak boleh ambil Emmy dari sekolah dan bawa balik ke rumah?"

"Dan pastikan dia buat kerja sekolah... bagi makan kalau perlu..."

"Okay, awak boleh harap saya," Nurina angguk dengan senyum kecil. "Saya suka inisiatif awak."

"Saya akan uruskan kontrak melalui agensi, lepas tu saya bagi kunci supaya awak boleh masuk dan keluar, serta kod pagar... ada kereta tak?"

"Tak, kereta saya rosak, belum sempat baiki."

"Okay... saya akan bagi kunci kereta pada awak," Zachary kata, dan Nurina terkejut.

"Saya rasa tak perlu..."

Zachary senyum. "Saya rasa lebih mudah macam ni."

"Nurina, awak akan perlukan ni, paparazi boleh datang bila-bila masa," Zachary cakap sambil ambil fail, Nurina angguk lemah. "Takde masalah, okay?"

"Okay," Nurina angguk, walaupun dia rasa agak gugup dengan situasi ni. "Boleh tak kalau saya ucap selamat tinggal kat Emmy sebelum saya pergi?"

"Ya, ya... pergilah," Zachary senyum. "Kita jumpa esok masa serah tugas."

Nuria angguk, ambil kunci dari meja, dan pasang pada rantai kunci sambil sedikit mengeluh rasa terdesak. Dia jalan ke hujung lorong, terus ke bilik Emmy. Ketuk pintu perlahan, dan Emmy buka pintu dengan senyuman.

"Hai," Emmy senyum lebar dan Nurina balas dengan senyum. "Aunty... dah buat keputusan?"

"Ya, dah," Nurina jawab, dan Emmy angguk. "Jadi aunty akan ambil awak dari sekolah esokdan bawa balik sini sementara daddy awak ada mesyuarat. Kita buat kerja sekolah awak"

Emmy buat muka geli, Nurina ketawa perlahan.

"Lepas tu, aunty akan buatkan makan malam untuk awak," Nurina senyum, dan Emmy angguk. "Kalau dia tak balik sebelum waktu tidur, kita boleh baca komik awak, lepas tu tidur."

"Betul ke?" Mata Emmy terbuka besar, teruja dengar tentang komik, Nurina angguk. "Terima kasih, aunty!"

"Sama-sama, kita jumpa esok ya?" Nurina senyum dan Emmy angguk, peluk Nurina sekejap dan senyum.

Hati Nurina jadi cair.

Nurina bangun, keluar dari bilik, dan tutup pintu perlahan. Dia hembus nafas dan keluarkan kunci yang tiba-tiba rasa lebih berat daripada tadi.

Tiba-tiba, tanggungjawab ni terasa jauh lebih besar daripada yang dia sangka.

Mungkin dia naif nak fikir benda ni takkan jadi macam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience