SAMBIL tangan menyuap Maysa, mata tidak lepas dari terus memerhatikan Aniq yang sudah lengkap beruniform. Dikerling jam. Rasanya lama lagi waktu panggilan bagi penerbangan Aniq. Wajah polos Maysa yang ralit dengan botol air dia renung dalam.
Jika ikut tekadnya, mahu saja dia minta Aniq supaya melepaskannya. Tetapi, setiap kali melihat wajah ini... Sering saja rasa itu terbantut demi tidak mahu anak kecil itu membesar dalam keadaan Mummy dan Daddynya berbeza haluan.
Datanglah seribu orang pun yang mengatakan dia bodoh, tapi tak salahkan jika otaknya ada satu fikiran yang begitu?
Sekali lagi, Susuk Aniq yang kini sedang ke hulur ke hilir, tidak tahu mencari apa dia perhati lagi. Jika dia menyayangi rumah tangganya, dia perlu meluahkan segala yang terbuku.
Setelah difikir semula, simpan sendiripun bukan buat Aniq makin faham. Sementelah pula suaminya itu lelaki. Dah cakap pun kadang tak faham. Lagi pula kalau tak cakap, memang tak faham langsung!
"Tentang Ami semalam... I'm sorry." Ucap Aniq perlahan yang kini sudah mendapatkan anaknya. Sekilas wajah Isterinya dipandang. "Next time, I tak minta dah You buat apa-apa untuk Ami."
Dengan tatapan nyalang, Intan mengangkat kepala.
"You nak cakap I berkira dengan mak You ke?" Aniq geleng lagi. Entah kenapa, tiada langsung rasa tersinggung saat Intan mula naik suara lagi. Jika dulu, pantang dengar Intan naik angin... Dengan dirinya sekali rasa mahu naik hantu.
Tetapi dia sedar, Intan begini berpunca darinya. Dia cuba mengawal hati supaya perbincangan yang dia mulakan ini tidak tamat tanpa kata putus dan di akhiri dengan pertelingkahan.
Sebagai lelaki yang sudah terlalu banyak menyinggung hati isterinya, bukan isterinya yang dia perlu sabarkan. Sebaliknya dia yang seharusnya bersabar.
"Tak By. Tak ada langsung niat I nak cakap You berkira. Dah banyak sangat dah You buat untuk Ami. Thank You. Cuma, dah lah tu. Sebab I selalu ikut cakap Ami, sampai I buat You rasa terpaksa. I rasa kosong, bila You tarik muka dengan I. I nak You yang dulu. You yang selalu gelak walaupun lawak I hambar. Yang tak pernah habis cerita walaupun benda langsung tak penting. I cuma nak isteri I yang dulu. Tu je. I'm sorry, sebab tak ambil pusing apa yang You adu pada I selama ni. I'm so sorry." Ucapan Aniq yang kedengaran sungguh Ikhlas, Intan ambil dengan satu rasa aneh yang menjentik.
"I'm sorry, buat keluarga kita macam ni. I minta maaf, sebab tak hiraukan perasaan isteri I. I minta maaf sebab biar Ami masuk campur hal rumah tangga kita." Sambung Aniq lagi membuat air mata Intan mula mengalir.
"Biy." Segera Aniq menoleh mencari anak mata isterinya. Wajah yang sudah berlingangan air mata itu dia pandang. Tangannya naik menyeka air mata itu. Melihat Intan yang diam dengan air mata buat dia benar-benar tidak keruan.
Intan yang dia kenal bukan begini. Intan yang dia kenal, mudah naik angin. Intan yang dia kenal bukanlah wanita yang lemah. Orangnya banyak mulut. Kerana itu dia rungsing apabila wanita itu lebih banyak berdiam sejak kebelakangan ini.
"Can we talk for a while? You rushing ke?" Aniq menarik senyum nipis.
"Kita tengah borak ni kan?" Seloroh Aniq sekadar menarik senyum Intan yang sudah lama tidak dia lihat. Seperti yang di harapkan, Intan tertawa kecil. "Taklah. saja siap awal. Pukul 10:15 nanti baru I gerak. Cakaplah, Nak cakap apa? You cakap je apa yang You nak cakap. I dengar."
Dia benar-benar ingin membawa rumah tangganya ke arah lebih baik. kutukan Atiq malam tadi, setiap patahnya masih terngiang jelas di telinganya.
"Boleh tak You lebih prihatin dengan I? It's okay kalau You tak nak suap I makan. Tak nak tolong I jaga Maysa. Tak nak tolong I buat kerja rumah atau tak nak tolong belikan makanan setiap kali. Tapi boleh tak You tanya I hari-hari. I okay ke tak? Boleh tak You buat macam mana kita sebelum kahwin dulu? Instead of, You tanya Maysa okay tak... Maysa buat apa? Boleh tak You tanya I dulu? I tak kisah langsung kalau You tak nak buat satu kerja apa pun dekat rumah ni. Sumpah I tak kisah. Tapi please, boleh tak You care balik pasal I macam dulu? Boleh tak peluk I balik hari-hari? Anytime?" Kali ini, Permintaan sayu isterinya itu benar-benar buat Aniq tersentak.
"I tak kisah langsung nak tolong Ami. I tak kisah kalau Ami nak kata I macam-macam pun. I tak kisah kalau Kakak tak suka I. I tak kisah. Tapi, I kisah kalau You pun layan I macam orang asing, tapi versi halal. Bila You nak I layan You, baru You datang. Terus terang I cakap, I dah tak ada hati langsung dengan You. Kalau ikut hati, I dah tak nak dah hidup dengan You. Tapi I fikir, kita baru dua tahun. Kita ada Maysa... Can you make me fall in love with you again, just like we did before?" Dengan esakan halus, Sekali lagi Intan menyambung permitaannya.
Aniq melepas nafas berat. Liur ditelan kesat. "I ke yang buat You terluka sebenarnya?"
Selama ini mati-mati dia fikir, Aminya punca utama mereka jadi hilang 'spark'. Ternyata dia punca utama. Dia yang menyandang gelaran ketua keluarga, malah dialah yang menjadi tunjang dalam masalah mereka.
Intan mengangguk. "Sebab You suka biarkan Ami pengaruhi You."
Sejenak Aniq tertawa kecil. Tiba-tiba dia bagai tersedar dari lena. Tentunya perkara itu berpunca darinya. kalau sejak awal lagi dia tak benarkan sesiapa pengaruhnya, pasti dia tidak akan gagal total dalam mengendali rumah tangganya sendiri.
Kenyataan hari ini benar-benar buat dia rasa tertampar. Wajah Maysa dan Intan yang sudah comot dengan air mata dia pandang silih berganti. Maysa yang sedari tadi duduk dipangku, Dia alihkan.
Mangkuk makanan Maysa yang masih berada ditangan Intan dia tarik lembut lalu diletakkan ke tepi sebelum ditarik tubuh isterinya masuk ke dalam pelukan.
"I'm sorry. Sumpah I tak tahu You rasa macam ni." Tubuh isterinya didakap erat. Mendengar esakan Intan, buat dia benar-benar dirundung rasa bersalah.
"Sorry." Tahu maafnya itu tidak mampu pun untuk mengubati luka yang sudah dia toreh di hati isterinya. Tetapi dia tidak tahu bentuk kata yang bagaimana yang mampu diucap lagi. "Bagi I peluang boleh? I cuba fix benda ni. I betul-betul nak fix hubungan kita. I cuba fix semua. I takkan benarkan sesiapa dah pengaruh hal kita. I takkan biar diri I jadi punca You sakit macam ni. Satu je peluang. I janji, I ubah semua. i ubah I. I ubah rumah tangga kita." Permintaan Aniq buat Intan makin tersedu.
Meskipun tiada lagi cinta buat lelaki itu, dia harap bicara Aniq... juga luahannya hari ini diambil tindakan oleh Aniq. Tidak banyak yang dia harapkan dalam hubungan semula mereka ini. Cukup supaya cintanya hadir semula buat Aniq supaya mereka boleh bersama tidak hanya ke depannya, malah hingga akhir hayat mereka.
"I macam nak masak..." Sekilas, Aniq menoleh.
"You nak masak apa?" Kereta dipandu memasuki lorong ke rumah pengasuh Maysa.
"Entahlah. Tak tahu. Macam nak masak. Macam malas. Tapi nak masak. Tapi macam penat." Aniq tertawa kecil.
"Tak masak pun tak apa. Kita tapau kedai je, lepas tu makan kat rumah." Seperti selalu, Aniq tidak pernah kisah bila Intan tidak memasak. Bagi lelaki itu, tidak mahu masak tak mengapa. banyak perniagaan kedai makan melayu yang mereka boleh sokong.
"You tak boring ke makan kedai?"
"Boring juga. Tapi kesian You penat. Kan baru baru balik fly? Kalau balik rumah, nak masak lagi. Nak makan lagi. Nak mandi. Kalau dah masak, comfirm satu rumah tu You kemas nanti. So better, order makan kat kedai je. balik rumah dah jimat satu masa. Lepas makan, you boleh terus rehat." Intan angguk.
Setiba dirumah pengasuh, Intan keluar dari perut kereta. Dari jauh, susuk Maysa yang baru pandai bertatih sudah ditangkap oleh rietina matanya membuat tawanya terlepas serta merta.
Langkah kaki di lajukan mahu segera mendapatkan si anak yang turut teruja melihatnya.
"Amboi, laju berjalan." Tegur wak Sal yang ikut tertawa melihat telatah Maysa.
"Salam mbah." Arah Intan sebaik sahaja tubuh si kecil itu berada dalam gendongannya. Beg yang menyimpan kelengkapan penting Maysa dihulur oleh Wak Sal.
"Mummynya tak ada, tak ndak dia berjalan." Adu Wak Sal disambut tawa Intan.
"Minta maaf, Terlambat jemput Maysa. Flight Intan delay. Flight Aniq pun delay juga tadi. Ni pun tadi, patutnya dia touchdown dulu. Tapi, dekat sejam Intan tunggu dia touchdown. Ingat nak balik naik grab je tadi. Mujur Aniq dah sampai dulu." ringan saja mulutnya bercerita. Memang hakikatnya, beginilah dia.
"Alah, tak apalah. Jaga si Maysa ni, tak susah mana pun."
"Terima kasih, Wak. Ni ada oleh-oleh sikit. Aniq bawa balik, suruh bagi Wak." Mahu bandingkan jasa wanita itu dengan hadiah yang dihulur, langsung tidak tertanding.
"Allah. Susah-susahlah kau orang ni. Rumah Wak ni, dah boleh buat kedai cenderahati. Ada aja dibawa balik untuk Wak." Dalam pada mulut mengomel, tangan tetap menyambut. Orang dah bagi, takkan mahu tolak?
Intan tertawa lagi. "Memang duit tu untuk beli benda bukan-bukan Wak. Okaylah Wak. Intan balik dulu. Terima kasih Wak." Belakang tapak wanita hampir sebaya ibunya dikucup lembut sebelum meninggalkan rumah wanita itu.
Sampai dirumah, Aniq lantas menguruskan Maysa yang sudah merengek mahu tidur manakala Intan disuruh pergi bersihkan diri dulu.
Badan yang terasa letih kembali segar setelah hampir setengah jam dihabiskan dalam bilik air. Spontan kepala menoleh kearah pintu bilik apabila telinganya menangkap bunyi pintu ditolak dari luar.
Wajah Aniq yang jelas terlakar keletihan pada riaknya menyapa mata.
Uniform yang masih tersarung dibadan lelaki itu campakkan ke dalam bakul sebelum dia masuk ke bilik air. Sempat ditarik tuala bersama sebelum pintu bilik air itu dirapatkan.
Menunggu Aniq siap mandi, Intan mengambil kesempatan untuk menghidang makan malam mereka. Meskipun hanya makan lauk tapau dari kedai, tetap dia mahu terlihat cantik. Biarlah orang mahu cakap tambah kerja atau apa saja. Yang penting kepuasannya untuk melihat sesuatu yang sedap mata memandang.
Selesai memindahkan makanan ke dalam pinggang hidang, sebiji jag kecil dicapai. Sebotol cordial perisa oren dicapai sebelum dibancuh dan dipenuhkan dengan air batu.
Rasa dah lama tak minum manis. Sekali-sekala minum. Apa salahnya.
Sebaik meletakkan dulang air ke atas meja makan, tubuhnya terasa dipeluk dari belakang sebelum satu kucupan hangat singgah di tepi kepalanya.
"I love you." Ucapan itu disambut tanpa rasa yang menggebu. Walaupun sudah hampir dua bulan sejak dia meminta supaya Aniq kembali menarik hatinya, terus terang dia kata... Tiada sekelumitpun perasaan pada setiap tingkah manis Aniq.
"Jom makan." Tidak menanggapi ucapan itu, Intan melabuhkan punggungnya dipermukaan kerusi. Spontan Kuetiau dicedok masuk ke dalam pinggan Aniq dahulu sebelum dicedok masuk ke dalam pinggannya.
meskipun sudah tiada hati untuk dia beri pada lelaki itu, setiap perkara yang sudah dia terapkan sejak awal perkahwinan, masih dia tunaikan.
Seperti selalu juga, masa makan mereka berlalu sepi. Meskipun pada Aniq perkara itu kelihatan biasa, tetapi tidak pada Intan. Perasaan mereka semakin hari terasa seperti benar-benar orang asing.
Seusai makan, pinggan kotor dibawa pergi oleh Aniq. Manakala dia hanya membersihkan meja yang langsung tidak kotor. hanya saja satu rutin yang dirasa perlu dia lakukan setiap kali selesai makan.
Belakang badan Aniq yang sedang mencuci pinggan Intan pandang lama bersama detak jantung yang memalu hebat. Sesekali, nafas dihela bagi menenangkan jantung yang sudah lari ritma.
"Aniq..." Segera Aniq menoleh. Sekilas cuma, sebelum kepalanya kembali tekun pada singki yang masih basah.
"Kenapa By?" Tisu dapur dicapai lalu dilap kering singki dan tempat yang basah dek air percikan mencuci pinggan tadi. Sambil menyandar punggung di tepi singki, wajah Intan yang pampang riak datar dia pandang dalam.
"I rasa... Kita dah patut buat haluan masing-masing." terkejut bagai disambar halilintar, Aniq terkesima.
"I ada buat apa-apa lagi ke, By?"
Share this novel