HFM 49 | | Warning

Romance Series 73463

BERSAMA SENYUMAN SENANG Zane pandang para skrin komputer tanpa tujuan. Niat hendak membalas email dari investor, tapi lain pula yang di fikirkan olehnya. Hujung jari ke linking digigit-gigit saat tangan kanan itu menopang bawah dagu.

Mana la dia tidak tersengih. Kejutan yang dia sediakan telahpun diterima dengan gembira oleh kesayangannya. Beria dia fikir Dihya tidak akan suka sampaikan masa keluar rumah dia dah moody semasa keluar dengan menteri kewangan pagi tadi. Punya lah tiada mood, Zane end up balik ke pejabat lebih awal daripada yang dirancang.

Tahu-tahu Dihya call.


"Hai Tuan Zane."


Suara ceria yang kedengaran dalam panggilan menyentak lamun Zane. "Ya. Ada apa?" mendatar aje suaranya semasa menyambut panggilan itu.


"Saya dah naik tingkat atas ni. Memangnya kejutan tuan tu apa dia?"


"Kamu kat mana sekarang?"


"Depan pintu bilik tidur tuan?" teragak-agak Dihya beritahu.


Bersama degupan jantung yang gemuruh, Zane pun beritahu. "Kalau macam tu, kamu straight aje ke depan. Nanti ada sliding door dekat sebelah kanan hallway tu."ujarnya turut teragak-agak.

Untuk seketika Dihya dalam panggilan itu senyap. Mungkin sedang berjalan ke arah yang dimaksudkan oleh Zane. Tidak lama kemudian baru la suara lembut itu menyapa lagi.


"Tuan.... Apa semua ni?" suara Dihya tergamam kedengaran dalam panggilan itu.


"Memandangkan kamu tak boleh keluar atau ke mana-mana. Saya ingat kalau saya sediakan ruang belajar dan peralata untuk kamu melukis dapatlah kamu luangkan masa yang ada...kenapa?Kamu tak suka ke dengan suprise saya ni?"Zane menelan liur dengan kesat.


Pada masa itu suara tawa ceria kedengaran dalam panggilan itu. Dihya kegirangan." Lebih dari suka. Terima kasih tuan untuk suprise tuan ni. Saya sukakannya."


Mulanya Zane mahu tersenyum, tetapi setelah menyedari yang dia bukan keseorangan di situ, ditahan kan aje la niatnya itu. "Kalau ada apa-apa yang kamu perlukan maklumkan pada saya."


"Ada... Tapi saya tak sure sama ada tuan boleh berikannya pada saya atau tak."

Tengah kening Zane berkerut. Kata-kata Dihya itu seakan mencabar dirinya untuk buktikan kemampuan dia.


"Apa perkara tu?"


"Kalau saya nak hati dan cinta tuan, boleh tuan berikannya pada saya?"


Terkedu Zane. Tak sangka dia itu pulak permintaan Dihya.


"Hahaha.... gurau aje. Tuan jangan marah pulak." sambung Dihya ketawa lagi. "Okay la... Saya taknak ganggu tuan. Malam nanti tuan tidur dekat bilik saya Ya. Love you!"

TERKETAP KATUP BIBIR Zane tatkala perbualannya dengan Dihya bermain dalam fikirannya. Tak memasal dia asyik tersengih macam orang gila dekat sini.


" Apa yang happy sangat tu? "tiba-tiba suara lain menegur.

Menyebabkan Zane pantas memandang ke arah pintu Pejabat. Hilang terus bayang Dihya dalam kepala pada masa itu setelah melihat isterinya sedang berlenggang mendekati meja dia. Zane untuk seketika merenung wajah Astrid yang sedang tersengih meleret.


"Bukan main jauh termenung awak tu sampaikan saya ketuk pintu sampai saya masuk ke sini awak tak perasan."seloroh Astrid mengambil tempat di kerusi hadapan Zane. Seusai dia duduk di situ mata bundarnya melirik penampilan segak menawan suaminya dengan minat. Kenapa semakin lama dia tidak bertemu Zane semakin kacak pula lelaki ini. Tergugat seketika sewaktu Astrid terpana dengan wajah berseri dan segar Zane.

Biasanya Zane akan kelihatan grumpy dengan riak orang tidak cukup tidurnya. Kadang-kadang lelaki ini kelihatan tidak terurus dan ada masanya mengenakan pakaian yang sama dalam masa dua hari. Tetapi kini tidak lagi. Zane yang sekarang kelihatan lebih muda.

Hilang terus riak ceria dan senang di wajah Zane apabila Astrid menegurnya. Entah kenapa dia berasa seakan trigger setiap kali mendengar suara isterinya ini. Ianya seakan ada yang memetik suis baran dia. Kalau ikutkan nafsu memang sudah dia menghalau Astrid agar keluar dari pejabatnya serta merta. Namun Zane mengawal emosinya bila teringat akan pesan Dihya beberapa hari yang lepas mengenai hubungannya dengan Astrid.

Sekalipun Zane tidak mencintai Astrid, Zane perlu menghormati Astrid selayaknya sebagai isteri sah Zane. Itu pesan Dihya.


"Ada sesuatu yang berlaku ke dekat rumah?"tanya Zane." Tak pernah-pernah kau datang sini tak beritahu."

Astrid berdengus kecil sambil tersengih. Hairan dia bila Zane kelihatan tenang bersahaja ketika berborak dengan dia. Biasanya Zane akan melenting paling tidak menghalau dia terus.


"Tak ada la. Semuanya baik-baik aje. Takkan la saya nak jumpa suami saya sendiri kena buat appointment jugak?"

Berketik rahang Zane menahan dirinya dari membuat remark kasar pada Astrid ketika itu.


"Kalau macam tu beritahu apa yang kau perlukan. Aku ada banyak kerja lagi yang nak diselesaikan ni."Zane buat-buat sibuk dengan membelek helaian dokumen dalam salah satu fail di atas meja.

Lantas Astrid menyilang kaki sambil bersandar dengan yakin ke belakang. Renungan tajam terarah pada raut wajah tenang Zane. Sejujurnya dia bencikan Zane. Dia benci cara Zane yang melayannya acuh tak acuh. Terutama sekali selepas dia melihat Zane tersengih tadi. Entah apa yang buatkan suaminya tersenyum begitu sekali! Jangan bagi tahu dia yang Zane tersengih-sengih macam orang mabuk cinta tadi adalah kerana Mistress suaminya!?


"Awak masih bersama dengan mistress awak tu, Zane?"

Tangan Zane terus berhenti dari menyelak helaian kertas. Lelaki itu mengangkat mata ke arah Astrid.


"I see.... Awak masih duduk sebumbung dengan dia."Astrid mengangguk-angguk kepala tanda faham. Dia masih mengukir senyuman di bibir." Memandangkan awak masih bersama dengan perempuan murahan tu, rasanya tak salah kalau saya beritahu hal ni pada awak... "


"Apa maksud kau? "kening Zane sudah mencerlung. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati dengan tatapan sinis Astrid kepadanya.


Sambil tersenyum jahat, Astrid mengangkat tangan kanannya untuk melihat jari jemari manicure mahalnya lalu berkata." Saya nak bagi warning aje pada awak, Zane." Dia pandang Zane semula. "Sekiranya awak taknak buang Mistress kesayangan awak tu dengan segera. Saya sendiri yang akan hapuskan perempuan murahan tu dari hidup awak, Zane."


"Kau-"


"Ah-ah. Saya taknak dengar apa-apa dari awak. Sama ada awak halau dia keluar dari penthouse awak atau saya yang akan buatkan dia keluar sendiri dari situ. Ianya pilihan awak Zane. Jangan cakap saya tak beritahu."Astrid bangun sejurus itu. Dia enggan lama-lama di situ. Risau pulak kalau Zane naik angin kepadanya nanti."Okay...that's all from me. See you again, my husband."


Tidak terkutik atau tergugat dengan ugutan itu, Zane malah membalasnya dengan tenang. "Sehelai rambut kau sentuh, aku akan ceraikan kau Astrid. Tanpa meninggalkan apa-apa pun pada kau."

Mati langkah Astrid. Wanita itu pantas berpusing semula menghadap Zane. Mata bundarnya itu ikut terbuntang gara-garanya.


"Apa awak kata?Ceraikan saya?"

Kening kiri Zane terjungkit.


"Ya."


"Berani awak ugut saya Zane. Isteri sah awak sendiri. Dan semata hanya kerana seorang perempuan simpanan? Awak waras ke tak ni?"giliran Astrid pula yang tercengang. Lain yang dia rancang, lain pula reaksinya.


"You are the one who start it first."Zane menarik sengih meleret melihat reaksi Bungkam Astrid. Berani la nak masuk campur urusan dia!Tengok apa yang dia akan lakukan.


" Damn you Zane Hayes! "renggus Astrid dengan berang sewaktu berpaling ke arah pintu dan keluar dengan langkah luas marahnya.

Sementara Zane sudah tersenyum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience