bacdh 'Di... Tengok Ni'

Drama Series 49696

"Siapa call tadi?".

"Hah?"

"Siapa call tadi?".

"Tak adalah... Salah nombor."

"Hahahaha haha hahaha."

Baby Boo yang tidak faham apa melihat pak busunya ketawa, turut ikut sama ketawa.

Sekejap lagi pasti menangis ditinggal pak busu yang penyayang dan rajin melayan keletahnya.

Suka dapat tidur lewat dan dibenarkan bermain iPad. Suasana di lapangan terbang pula terang berderang. Tidak tahu waktu sudah menginjak tengah malam.

"Agak-agaklah Yun nak membongek aku."

Yusoff yang masih tergelak bersuara.

"Iyaaa, tak tipu."

Bagus juga Yusoff salah faham tapi berfikiran baik tentang panggilan yang dia terima. Dia ikutkan sahaja rentak Yusoff.

"Bakal mak baru Baby Boo ke?".

"Siapalah nak aku. Duda, ada anak... pokai, sekolah tak tinggi."

"Eceh ceh ceh... rendah sangat tu Yun. Haha hahaha."

Yunus ikut ketawa. Suka dia Yusoff salah faham dan berfikiran baik-baik sahaja. Selamat rahsianya.

"Kalau ada apa salahnya. Jangan yang macam Wati lagi dahla."

Yusoff tergelak semakin kuat ketika menyebut nama Wati. Yunus sendiri sudah tidak mengambil tahu, entah di manalah jandanya itu?.

Mujur kisah di pasar malam dulu dia sempat melarikan diri. Cadangnya, esok siang dia mesti terus segera berpindah ke Perak.

"Choi!... serik aku dengan Wati. Bukan aku aje rosak sebab dia... dengan kau sekali abis, merana pulak tu."

Sisa ketawa Yusoff mati. Adiknya berubah sedikit keruh air mukanya. Silap cakap rupanya dia. Mesti sudah memandu Yusoff teringatkan isterinya yang cantik itu.

'Ting Tong!'...

"Masa dah time Yus!".

Beritahu Yunus dengan bunyi pengumuman yang menyusul kemudian. Mujur sangat!.

"Kau... jangan lupa pesan aku. Tolong ye Yun."
Yusoff bersuara.

Yunus sekadar mengangguk.

Tidak!
Dia tak akan tolong melakukan pesanan yang ditinggalkan Yusoff, nanti perempuan itu fikir dia dan Yusoff masih ada harapan.

Biar Yusoff cari orang putih di Perancis!.

Pengumuman kedengaran sekali lagi. Alhamdulillah!.

Akhirnya pada jam satu pagi panggilan untuk mendaftar masuk ke pesawat. Yunus panjat kesyukuran.

Misinya untuk menyelamatkan Yusoff dari membodohkan diri kerana seorang perempuan yang bukanlah berbaloi untuk dijadikan isteri sudah berjaya!.

Alhamdulillah, berjaya usahanya menyelamatkan Yusoff dari memilih perkara yang tidak penting dalam hidup.

Satu hari nanti dia yakin Yusoff akan berterima kasih dengannya atas usahanya memisahkan dia dengan anak perempuan tuan Hamdan.

Dia yang menyebabkan Yusoff terjebak dan dia telah menjalankan tanggungjawabnya melepaskan Yusoff dari halangan terbesar Yusoff untuk mencapai kejayaan.

Mudah-mudahan Yusoff akan cemerlang hidupnya. Mendapat ilmu, mendapat pekerjaan yang bagus dan satu hari nanti bertemu jodoh dengan perempuan baik-baik bukan perempuan rosak macam anak tuan Hamdan.

Yunus menangis gembira dalam pada dia bersedih kerana sudah sampai masanya berpisah dengan satu-satunya adik yang dia ada.

@@@@@@@

Yusoff cium lama kepala Baby Boo. Serasa tidak cukup, Yusoff gomol-gomol celah leher Baby Boo yang sudah cukup berumur dua tahun.

Bergenang air matanya. Kalau panjang umur dia pulang ke tanah air nanti Baby Boo sudah berusia lima atau mungkin juga enam tahun.

Yunus, abangnya yang cengeng sedang mengesat air mata dengan tuala kecil Baby Boo.

Yusoff peluk erat tubuh Yunus yang sudah banyak susutnya sejak hampir setahun ini.

Berjumpa Wati Yunus menambah berat badan dengan cara tidak sihat. Berpisah dengan Wati barulah Yunus nampak lebih baik fizikal dan mental.

Ingat Wati teringat Khaleeda. Tidak tahu mahu mengatakan Wati bawa petaka atau bawa kenangan indah dalam hidupnya.

Sejujurnya hati dia total gagal membuang nama Khaleeda yang sudah terpahat di dada. Tidak dapat dia bohong sekeping hatinya merindu.

Rindu... serindu rindunya.

Adakalanya dia bagai terbau-bau haruman Khaleeda.

Terbayang-bayang senyuman manis Khaleeda ketika menunggunya pulang dari kerja di halaman rumah besar yang sudah jadi sejarah. Juga senyuman Khaleeda di dalam bilik besarnya di tingkat atas.

Tapi...
Sakitnya juga seiring. Sakit sangat kecewa ini. Sakit sangat mengingat dia dihalau dari mendekat ke dalam hati isteri itu walau sudah cuba merayu. Sudah menunjuk ikhlasnya dia.

Khaleeda tetap memilih bapa kepada bayinya. Dia bukan siapa-siapa pada Khaleeda.

Tapi pelik...
kenapa dia masih tidak menerima surat dari mahkamah syariah?.

Ah Yusoff! sudahlah!.
Bukankah tujuan penikahan mereka bagi menutup mata umum si cantik itu mengandung anak di luar nikah!.

Kalau di kira rasanya sekarang ini pasti Khaleeda sudah melahirkan bayi itu. Mungkin bayi itu sudah berusia sekitar dua bulan. Tidak lama lagi surat tuntutan fasakh itu akan dia terima.

Kalaulah teman lelaki Khaleeda yang bernama Khairul itu mahu bertanggungjawab dari awal, tentu dia tidak akan ditimpa sakit perasaan seperti ini.

Kasihan juga Hamzah, meninggal dunia kerana kecewa cintanya dirampas orang tidak berguna seperti Khairul.

Sudah dia pesan kepada Yunus supaya memberitahunya jika surat mahkamah syariah sudah diterima. Masa itu dia akan lepaskan segala perasaan mengharap ini.

Juga dia tinggalkan pesan beberapa perkara lain termasuk urusan berkenaan Khaleeda untuk minta Yunus uruskan.

Khaleeda sendiri hilang senyap tanpa berita sejak kali terakhir bertemu di kaki lima. Tidak mengambil tahu langsung dia sakit teruk kerana cintanya.

Tega ya hati Khaleeda.

Benarlah, tiada cinta di hati Khaleeda buat dirinya. Dia hanya pak sanggup di mata Khaleeda!.

@@@@@@@

Khaleeda buka pintu bilik. Lemahnya rasa badan. Kepalanya berpusing. Perutnya lapar. Tekak pula sangat dahaga.

Tanpa membuka lampu bilik Khaleeda terus berbaring di atas katil dia menangis teresak-esak.

Di... jangan macam ni. Kasihan baby. Khaleeda duduk di tebing katil mencapai balang plastik berisi biskut kering.

Khaleeda suap biskut ke dalam mulut mengunyah lambat-lambat, kemudian menggogok air mineral supaya dapat menelan biskut yang hanya dikunyah kasar.

Apabila dirasa perutnya sedikit terisi Khaleeda capai paracetamol di dalam bakul kecil di atas meja cepat-cepat disumbat dua biji ke dalam mulut.

Khaleeda rebahkan badan. Dia mahu tidur, mudah-mudahan bangun nanti dia akan rasa lebih baik dan lebih sihat.

Mahu turun ke bawah, mencari nasi untuk anak di dalam kandungan dan mahu mencari pekerjaan.

Duit simpanannya untuk menyambut si kecil sudah habis mengganti duit Mek yang hilang.

@@@@@@@

Telefon bimbitnya gelap kerana sudah kehabisan bateri. Sudah jam berapa sekarang?.

Dia sampai ke rumah dari balai polis sekitar jam lima subuh tadi dalam keadaan tidak sihat, lapar dan dahaga.

Sekarang, dia bangun masih dalam keadaan... sangat tidak sihat.

Terburu-buru Khaleeda capai beg plastik yang di selit di celah laci dan... uwekkkk!!!.

Allah... Ya Allah...

Angin kerana tidak makankah malam tadi?. Perutnya memulas, pinggangnya sakit. Allah... agaknya kerana dia tidur dalam keadaan lapar.

Khaleeda cuba berdiri dengan susah payah. Terbongkok-bongkok memapah di tebing katil.

Allah...
Sakitnya...

Khaleeda berpapah pula ke dinding bilik, membuka pintu mahu ke bilik air.

Allah...
Sakitnya...

Khaleeda ampu perut memboyot yang memulas dan tidak selesa dengan sebelah tangan. Sebelah lagi tangan masih menahan tubuhnya berkuat di dinding.

Allah...
Sakitnya...

Pinggangnya rasa sangat sakit, menjerut sakitnya. Dengan perut yang memulas-mulas. Tidak dia rasa pergerakkan bayi sejak... di balai?.

Allah...
Anak Ibu... kenapa ni?.

Badannya sudah rasa seram sejuk. Sudah tergigil juga. Tiba di ruang dapur Khaleeda duduk di bangku plastik di situ. Menahan kesakitan yang amat dengan linangan air mata.

"Di?"

Namanya diseru. Jiran bilik hujung yang baru keluar dari tandas di belakang.

"Di... Di okay tak?".

"Lucy..."
"Tolong Di."

Dia mengemam bibir, melawan rasa sakit di sekitar pinggang dan perut yang semakin mengganas.

Tangan menggenggam paha seluar, cuba bertahan sakit yang tak tertanggung.

"Kejap Di... Lucy call ambulan."

Kelam kelibut gadis dari Sarawak itu berlari ke biliknya. Mungkin mencari telefon.

"Lucy... tolong Di."

Allah... tolong ya Allah. Ampunkan dosa dia yang menimbun. Sakit yang meregut serasa akan mencabut nyawanya.

Allah...

"Di, boleh bangun tak?. Beg Di mana?, buku pink mana?".

Lucy kedengaran semakin panik. Mahu memapah dia kemudian di lepas, kemudian kembali mahu memapah tapi dilepas juga kerana menuju pula ke dalam bilik Khaleeda.

"Kejap, Lucy cari beg Di!".

Jiran biliknya melepaskan pegangannya semula dan bergegas masuk ke dalam bilik Khaleeda. Keluar semula dengan sebuah beg sandang dan beg tangan Khaleeda.

"Jom Di! Lucy tolong. Kita kena turun bawah. Di masih boleh berjalan ke?".

Khaleeda memejam mata, berkerut teruk wajahnya melawan rasa sakit. Dia bertahan sehabisnya cuba bangun berkuat pada papahan Lucy.

Sudah tidak mampu bercakap dan berfikir lagi. Hanya menurut arahan Lucy sepenuhnya.

Ketika dia bangun terasa letusan kecil di bawah sana, kemudian basah habis seluar yang dia pakai. Lucy sudah terjerit.

Allah... tolong Ya Allah.
Izinkan dia hidup, dia mahu bertaubat. Terlalu banyak dosanya. Dia mahu melihat bayinya. Dia mahu memohon ampun pada Yusoff. Tolong ya Allah.

@@@@@@@

"Di, Di..."

Sayup jauh suara yang menyeru namanya. Bersungguh dia mahu cuba membuka kelopak mata yang melekat bagai digam rapat.

Letihnya...
Sangat letih.

Dia rasa mahu mengangkat tangannya. Mahu mencapai apa-apa yang berdekatan untuk dijadikan tempat berpaut.

Malangnya dia terasa sangat letih walau hanya untuk mengangkat tangan.

"Di... bangun."

Siapa? tolonglah dia. Dia mahu bangun.

Bukankah sebentar tadi dia sudah melahirkan. Ya, dia sudah melahirkan bayinya.

Dia mahu bangun melihat bayinya, mahu mengendong dan menyusukan juga.

Allah...

"Di..."

Pipinya dielus perlahan. Penuh kasih sayang. Tapak tangan yang melekap di pipinya...

Khaleeda berjaya membuka mata. Allah... benarkah? Benarkah apa yang dia lihat?.

Dia masih terbaring. Air matanya jatuh membasahi bantal. Berlinangan umpama sungai di musim hujan, deras mengalir.

"Di... tengok ni."

Lengan di angkat tinggi supaya dia yang terbaring dapat melihat.

Allah... comelnya.
Anak dia, kecil, merah dan comel. Khaleeda menangis teresak-esak. Bersyukur dengan kelahiran si kecil. Khaleeda padang wajah yang memegang si comel. Masih tersenyum bahagia seperti dia.

"Terima kasih Di."
"Terima kasih sayang."

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Kali Ke 67

Share this novel

Linda Adnil
2024-09-01 06:47:21 

berdebar tunggu next chapter. hopefully..memang Yusof... sakit dada ..kesian Di....


NovelPlus Premium

The best ads free experience