bacdh 'Bengkak Lebam'

Drama Series 49696

"Madam Wong! Madam Wong!".

Yusoff berlari mengejar lady boss pusat karaoke malam dia berjumpa Khaleeda. Perempuan itu baru keluar dari sebuah salon rambut di pusat belah yang sama karaoke itu berada.

Dia terpaksa merasuah pekerja pusat karaoke supaya memberitahu keberadaan madam Wong.

Perempuan itu berdiri tercegat di tengah jalan menunggu dia hampir.

"Who are you?". What do you want?".

Soal perempuan Cina itu.

"I'm your customer... malam Jumaat semalam."
"Group yang ada Mr James tu."

"Yang mana?."

"Mr James yang bawak group German."

"Aiya! itu orang tak ada Ong lah. Habis semua!".
"You apa mau?"

"I nak nombor telefon perempuan yang jadi partner I malam tu."

"I tak tau, I tak mau terlibat lagi. Jangan kacau I".

"You nak deal dengan polis? German tu customer business I. I nak settle kes malam tu dengan polis. Kalau you tak nak bagi... I bagi nombor you pada polis biar you deal dengan polis. I boleh lepas tangan."

Yusoff guna cara mengugut. Dia terdesak.

"Tak ada. Itu perempuan semua bukan I punya. Sial betul. Belum cukup umur cakap sudah 18."

"Siapa punya?".

"Ada satu perempuan, baru buat team."

"Bagi nombor dia."

Perempuan Cina itu menata skrin telefon bimbitnya kemudian menunjukkan kepada Yusoff.

'Lucy C!ba!'. Aik!? Marah sangat ni.

@@@@@@@

Khaleeda tidak berani menghidupkan telefon bimbitnya. Lucy menelefonnya tidak henti-henti. Tidak mahu menerima duit seratus ringgit itu. Hanya mahu Khaleeda tetap bekerja dengannya.

Mujur dia tidak memberitahu alamat tempat tinggalnya kepada Lucy. Jika tidak sudah pasti Lucy menggegar pintu rumah sewanya ini. Tuan rumah tentu sahaja tidak akan teragak-agak menghalaunya dari bilik sewa.

Mujur juga ketika berbual dengan Lucy dahulu dia tidak bercerita bekerja di mana. Sekadar bekerja apa sahaja. Syukur sangat.

Satu lagi nombor yang naik mencarinya juga adalah taska ABCDEFG. Majikan taska memintanya agar bekerja semula di sana.

Kononnya kerana sudah terbukti dia tidak bersalah dan menawarkan kenaikan gaji baharu sebanyak dua ribu ringgit sebulan.

Dengar cerita dari nenek Camilla taska sudah kucar-kacir sejak ketiadaannya. Dia tidak mahu. Dia sudah terlalu kecewa dengan layanan buruk selama lima tahun.

Tapi dia tidak boleh terus begini. Dia perlu mencari pekerjaan. Khalisya akan naik darjah satu pada tahun hadapan. Tadika masih berbaki beberapa bulan pada tahun ini juga harus dibayar.

Mujur ada duit yang dipulangkan makcik Lela. Duit itu dia akan gunakan berjimat-cermat. Hanya itu yang tinggal.

Tidak boleh menggunakan telefon, tidak berani keluar rumah. Khaleeda runsing. Tepu otaknya. Pergi kiri salah pergi ke kanan salah. Semua jadi tidak kena dengan hidupnya.

"Ibu... sampai bila tak payah pergi sekolah."

"Ermm... minggu ni aje sayang. Ibu penat sangat."

"Kesian Ibu. Ibu penat jaga Sya kat hospital kan. Ibu kena kerja malam... tak tidur."

Khaleeda tersenyum kelat. Penat memang ya. Lebih penat kepalanya mengingat hal kerja malam.

Saling bertingkah ingatannya antara teruja bertemu Yusoff yang dirindui sepanjang hampir tujuh tahun ini... dan sakitnya hati dia kerana Yusoff tinggalkan dia berseorangan di hotel selepas malam hangat mereka.

Mahu apa kau Khaleeda? Mahu apa!?.

Yusoff menikahi dia kerana dia perempuan yang telah rosak. Kemudian dia nyahkan Yusoff dari hidupnya dengan menolak mentah-mentah rayuan lelaki itu dengan kata-kata yang merendahkan taraf Yusoff sebagai lelaki dan suami.

Bertemu pula sekali lagi ketika dia menjadi gadis peneman malam!.

Jadi mahu apanya lagi!? Memang tidak akan ada harapan hubungannya dengan Yusoff. Satu masa dahulu, penuh kesakitan dia berpura menghalau Yusoff dari hidupnya kerana terpaksa beralah dengan keadaan.

Argh, hidup ini memang tidak adil untuk dia!. Dia tidak perlu lagi berharap dan bermimpi perkara indah dan magis akan berlaku pada hubungannya dengan Yusoff. Titik!

Lebih menyedihkan Yusoff mendatangi dia tiga kali malam itu berstokin!. Apa maksudnya!? Apa maksudnya!!!?.

Pasti Yusoff pergi meninggalkan dia tanpa pamit dan pesan malam itu sebagai membalas dendam cerita dahulu. Lelaki itu jijik dengan dia!.

Sedangkan dia merindu Yusoff pada setiap hela nafas sepanjang hampir tujuh tahun ini, lelaki itu jijik dengan dia!!!. Dan dia... tanpa tantangan menadah sahaja kelakuan Yusoff walau dihina sebegitu!!!. Atas nama cinta dan rindu? Haktui!!!.

"Kenapa Ibu menangis?".

Khalisya di sisi. Duduk berlutut dan menyapu air mata yang dia tidak sedari mengalir lesu.

"Ibu pening. Sakit sangat kepala Ibu."

Itu tidak bohong. Sakitnya perasaan, sakit kepala hingga hilang daya mahu berbuat apa-apa.

"Sya bacakan Ibu Fatihah kat kepala ya. Bismillah..."

Khaleeda rebahkan badan di sisi Khalisya. Baring merengkot badan. Lemah sangat.

Terima kasih Allah untuk anak ini. Alhamdulillah...

Ampunkan aku kerana sangat lemah dan rapuh sekarang ini. Tolong jangan biarkan aku. Bantulah aku yang buntu. Izinkan jalan keluar untuk sakit perasaan dan ujian hidup ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

@@@@@@@

Sudah hampir seminggu sejak cerita pertemuan malam Jumaat. Sudah dia telefon berkali-kali perempuan bernama Lucy. Malangnya panggilan tidak berjawab lalu disekat.

Business maju sangat ke?. Yusoff hentak genggaman tangan ke atas meja. Menyumpah di dalam hati kerana fikiran buruk itu.

Lebih buruk apabila membayangkan aksi Khaleeda yang panas melayan dirinya. Begitu jugakah panasnya Khaleeda melayan pelanggan yang lain!?. Grrrr...

Dum!
Dum!
Dum!

Tidak lega. Malah sakit dan menambah lagi kemarahan Yusoff. Dia harus segera mencari Khaleeda!.

Rekod di pejabat kadi menunjukkan perempuan bermata bundar yang cantik itu masih isterinya. Tidak pernah ada rekod tuntutan cerai secara fasakh selama tujuh tahun ini.

Banyak yang dia mahu tahu dari Khaleeda. Banyak sangat!.

Kenapa tidak berkahwin dengan lelaki yang dikatakan CINTA sangat itu!?.
Mana lelaki itu!?.
Kenapa menjadi perempuan pelayan!?.
Sudah selama enam tahun inikah aktiviti malamnya!?.
Lebih penting lagi anak itu Khaleeda bin atau bintikan nama apa!!!?.
Lebih parah lagi fikirannya, berapa orang anak sudah Khaleeda ada sepanjang enam tahun ini!!!!!?... sebagai seorang perempuan masih status isteri kepada namanya!!!!!

Arghhhhhhh!!!

Dum!
Dum!
Dum!

Sakit tangan menghentak permukaan meja. Kasihan meja yang tidak bersalah.

"Ermm... Boss."
"Boss..."

Yusoff pusingkan bangku yang menghadap tingkap ke arah muka pintu.

Pembantunya berdiri di situ. Tidak di hadapan meja kerjanya seperti selalu. Muka cuak memeluk fail.

Yusoff tenung wajah ketakutan itu tajam. Sakit hati.

"Ini semua salah kau!".
"Patutnya kau yang pergi malam tu!".

Sebenarnya tidak. Lagipun Yusoff tidak tertangkap. Kakitangannya tidak tahu pun amokan dia kerana kehilangan Khaleeda bukan sebab pelanggan syarikat ditahan kerana aktiviti malam.

Yusoff bersyukur dia pergi dan bertemu Khaleeda. Sebahagian kerinduan itu hilang tapi menarik datang pula berbagai perasaan lain. Sakit hati, marah, tertanya-tanya...

Pembantunya semakin serba salah. Ah biarkan! Biarkan lelaki sederhana tinggi ini berfikiran begitu.

Biar semua kakitangannya tahu bertapa marahnya dia dengan kejadian pelanggan syarikat ditahan pihak berkuasa kerana aktiviti malam tidak bermoral.

Supaya selepas ini tidak ada lagi kakitangannya mengambil kesempatan berhibur percuma dengan menawarkan kepada pelanggan syarikat aktiviti malam sebegitu.

"Kau nak apa!?".

Tidak pernah dia bengkeng begini. Biasanya dia serius tapi bukan macam malaikat maut. Dia sendiri tidak suka watak ini tapi gagal menyimpannya sejak beberapa hari ini.

"Ermm... customer yang projek Lucky Japan tu dah datang."
"Dia orang nak final meeting sebelum event start weekend ni."

"Bagi aku lima minit."

Argh Khaleeda. Di mana kau!?.

@@@@@@@

Seminggu berlalu. Hari ini dia terpaksa juga keluar. Mahu mencari pekerjaan. Mahu juga ke farmasi mencari sepapan paracetamol dan sebotol minyak angin.

Stock di bilik sewa sudah habis. Seminggu hidupnya makan berulam dua benda itu. Sakit pergi dan datang lagi. Dia stress, mungkin dengan keluar sebentar di tiup angin boleh pergi punca stressnya.

Kasihan Khalisya. Dia yang gagal menangani masalah dan di dalam ketakutan, anak itu terpalit sama berkurung di dalam rumah.

Dia bersembunyi tapi Khalisya, dia dera zaman kecil anak kesayangan yang sepatutnya lepas bebas.

"Sedap?".

Khalisya tidak menjawab sekadar tersenyum senang hati. Bukan main gembira mendapat se kon aiskrim. Menjilat sambil berjalan dengan sebelah tangan dituntun Khaleeda.

'Arghh'.

"Ibu!..."

Langkah Khaleeda terhenti, Khalisya yang memberatkan badan supaya dia yang mengheret anak itu ikut berhenti.

Khaleeda terpinga-pinga. Kenapa? Aiskrim jatuhkah? Tapi masih cantik separuh menggunung di kon.

"Kenapa?". Soal Khaleeda.

"Ada orang jatuh."

Eh, ye ke? Kenapa dia tak perasan. Auto pilot dia dihidupkan tanpa dia sedar. Bahaya sungguh.

"Kat mana?."

"Tepi kereta merah tu."

Khalisya tunjuk ke arah sebuah kereta Mercedes sport keluaran terbaru terpakir tidak jauh di sisi mereka.

Khaleeda tuntun pula Khalisya ke sebelah sana kereta merah. Seorang perempuan sedang duduk di atas tar jalan mengurut kaki.

"Cik..."

Khaleeda menyapa. Perempuan itu menoleh. Eh, macam kenal. Dekat mana ya?.

Di! Aduhai Di!

Oh ya! Sorry, sorry. Beri pertolongan!.

Perempuan itu berkerut muka mungkin kerana menahan rasa sakit yang amat. Air mata juga menitis dari tubir matanya.

Ya Allah!.
Kasihannya...
Bengkak lebam.

tqvm sume sudi luangkn masa singgah bce. Sy nk edit bab akhir GYCP baru perasaan sy salah nama untuk bab akhir tu. itu antara tanda menulis dlm keadaan mengantuk. ok tlg tinggalkan komen dan pls share cite sy klw sudi. tqvm sume. syg uoll

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience