ABANG SYAFIQ

Romance Series 11578

Tepat pukul 9 malam itu, aku sudah bersiap mengemas pondok kecil disebelah kolam renang itu. Aku hiaskan dengan hiasan ringan sahaja hanya ada bunga ros, reben, dan beberapa balon serta lilin kecil untuk cahaya

Setelah itu, aku bersiap-siap dan menunggu ketibaan baihaqi tiba. Setengah jam kemudian, bunyi ekzos kereta baihaqi berbunyi dan masuk je. Aku hanya mengintai baihaqi masuk melalui pintu

"Aikk apa ni?" katanya sambil mengutip kuntum bunga yang aku letak di atas lantai

Setiap kuntum bunga, ada satu patah perkataan. Berapa kuntum dah yang dia pegang aku pun tak tahu lah

Aku melihat dia mengutip bunga itu sambil membacanya, sehinggalah ke atas. Sampai ke bilik air aku letaknya semoga dia perasan lah. Kalau tak, dia tak kan tahu endingnya macam mana

30 minit kemudian, aku terdengar tapak tangan yang menuruni tangga. Cepat-cepat aku larikan diri dan berbunyi, apabila tiba di ruang tamu. Aku berdiri dibelakang baihaqi dan menegurnya

"Hubby"

"Yes?"

Apabila baihaqi ingin memusingkan badannya, cepat-cepat aku menghalangnya daripada berpusing

"Hubby janganlah pusing-pusing, hubby pandang depan. Sayang nak bawa hubby ke satu tempat istimewa sekali"

"Okay, apa dia tu?"

"Japp, tutup mata dulu" aku mengikat kain hitam dimata baihaqi tidaklah terlalu longgar atau ketat

"Okay" baihaqi mengikuti sahaja arahan aku

Aku membawanya ke pondok dan menarik kerusi untuknya, lalu dia duduk

"Okay, so kita dah sampai" kata aku sambil tepuk tangan

"Hubby bukak eh?"

"Eh eh, jangan buka lagi. Sekejap" aku menghidupkan lilin "okay dah hubby boleh buka"

Baihaqi membuka ikatan itu, terkejut dia melihat apa yang ada dihadapannya

"Sayang apa semua ni?" tanyanya hairan

"Hubby lupa ke?"

"Lupa? lupa apa?"

Sah laki aku ni pelupa

"Tak lah, harini kan birthday hubby yang ke-30" kata aku bersemangat dan riang

"Ouhh" dia kembali diam dan merenung kek diatas meja tu

"Hubby kenapa? tak suka ke?"

"Hubby bukan tak suka, tapi ada kisah disebalik birthday hubby yang menyebabkan hubby tak nak celebrate birthday" katanya sedih

"Sebab apa?"

"Panjang ceritanya, kalau hubby cerita sampai esok tak habis"

"Pendekkan cerita, sayang sanggup dengar sampai esok lusa pun"

"Okay, hubby cerita"

"Masa birthday hubby yang ke 20, abang hubby meninggal masa tu. Dia pergi beli kek, dalam masa perjalanan untuk dia lintas jalan daripada kedai kek ke kereta tu. Dia kena langgar lari, orang yang langgar dia tu cina mabuk. Dia tak sedar pun, abang hubby masuk hospital lama dia koma tapi bila doktor cakap, semangat dia semakin lama semakin kurang untuk hidup. Beberapa hari selepas doktor cakap macam tu, dia pun pergi. Kemalangan tu memang teruk, peluang untuk abang hidup tu atas hidung je. Otak abang teruk masa kemalangan tu, itu yang doktor cakap macam tu. Abang syafiq tu yang paling rapat dengan hubby dengan adik perempuan sebelum hubby berkahwin. Dia rancang nak berkahwin pada hubby tarikh yang sama. Rupanya tidak, Allah lebih menyanginya" mata baihaqi sudah mula berair

Aku terus menuju ke arahnya "hubby sayang mintak maaf, sayang tak tahu. Kalau sayang tahu, sayang tak kan tanya. Sayang betul-betul minta maaf" kata aku sambil mencium belakang tangannya dan mengelap air matanya

"Takpelah sayang, hubby tak kisah. Hubby maafkan, hubby tahu sayang tak tahu pasal tu sebab hubby pun tak pernah cerita dekat sayang kan? takpelah" katanya sambil mengosok tangan aku seakan memujuk

"Sayang minta maaf okay?" kata aku separa memujuk

"Its okaylah, hubby maafkan. Hubby pun dah lama tak celebrate birthday. Last celebrate 10 tahun yang lalu"

Aku kembali ke kerusi "itulah, sayang pun tak tahu cerita"

"Takpelah, itu hubby ringkaskan. Hubby takut nanti panjang-panjang banjir rumah ni dibuat"

Aku tergelak "hubby ni, dah la jom celebrate"

"Jom jom"

"Meh la sayang nyanyi pulak untuk hubby" aku menyanyikan lagu happy birthday kepadanya dalam pelbagai bahasa. Aku tidak mengetahui bahawasanya birthday kami hanya berbeza 2 tahun 2 hari sahaja. So baihaqi ni tak la tua mana

"Hubby potong kek tu, sayang rakam video"

Baihaqi mengangguk lalu memotong, aku menyuap dia, dia suap aku. Aku memberikan hadiah kepadanya

"Nahhh untuk hubby"

"Wowww, berat mesti mahal" katanya mengoncang beg kertas berjenama prada itu

"Mestilah untuk hubby kan, bukan untuk pakcik sebelah rumah tu" kata aku sambil melihat rumah sebelah

"Hahhh! sayang cakap pasal pakcik sebelah rumah tu kan. Hubby nak story sikit"

Ushhh bersemangat aku nak dengar kalau bab-bab membawang ni

"Eh sejak bila hubby kuat membawang ni?" kata aku hairan

"Sejak berkahwin dengan sayang" katanya lalu tersenyum

"Ishh hubby ni, orang tanya betul-betul dia main-main pulak" marah aku

"Tak adalah, anak pakcik tu ada saman motor tak bayar. Tu je" kata baihaqi lalu menyua kek ke dalam mulutnya

"Lahhh, sayang ingatkan gosip hangat sangat. Gosip biasa je" kata aku makan kek juga

Selesai makan, kami pun berehat seketika di dalam bilik. Baru baihaqi ingin mengemas aku terus menahan dan menariknya masuk ke dalam rumah. Rajin laki aku ni nak kemas malam-malam. Esok aku kemaslah, esok aku cuti kott

Semasa di dalam bilik aku menyuruh baihaqi membuka hadiah yang aku berikan kepadanya

"Wowww, ada perfume ada jam ada tali leher?"

"Tali leher tu untuk hubby guna bila kena pergi event dengan sayang nanti"

"Ouhh, cantik. Dah lama hubby nak beli warna ni. Tapi tak kesampaian" katanya sambil matanya melekat pada tali leher itu

"Takpe, sayang dah buat jadi kesampaian"

Tiba-tiba baihaqi datang duduk disebelah aku disisi katil dan mengosok tangan aku lembut

"Esok sayang cuti kan?"

Aku blur, memanglah aku cuti esok kan hari minggu

"Iye sayang cuti kenapa?" aku sudah kepelikkan dengan gaya baihaqi ni

"Sayang abc tak harini?"

Eh sampai ke abc ditanyanya

"Emmmm, tak kenapa?"

"Betul........tak?"

Aku menganggukkan kepala tanda kepastian

"Kalau hubby nak minta hadiah special boleh malam ni?" katanya sambil mengosok peha aku. Barulah aku faham apa yang dimaksudkan. Tadi sedih, ni gatal pulak

"Boleh je" kata aku riang

Dia terus merampas telefon aku dan telefonnya lalu mematikannya. Dia seakan faham dengan muka aku yang hairan itu terus dia bagi terangan

"Hubby tak nak ada sesiapa kacau kita malam special birthday hubby" aku melihat dia sudah membuka ikatan kain pelekatnya dan menutup lampu besar

Arghhh sudah, sambungan bermula la ni

sorry lambat update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience