Series
572
"Alamak, datuk dah masuk..." gumam Fika sebaik kelibat Datuk Maria muncul di pintu masuk pejabatnya dengan wajah yang tegang.
"Fika, mana Razman?"
"Err, saya tak tahu, datuk..." tergagap-gagap pembantu peribadi Datuk Maria.
"Tak tahu?!" naik seoktaf suara Datuk Maria.
"Maafkan saya, datuk. Dah berkali-kali saya hubungi Razman. Tapi, dia langsung tak jawab atau balas mesej saya."
"Shit!" terhinjut tubuh Fika disergah Datuk Maria. Wajah bengis Datuk Maria cukup menyeramkan. Ini kali pertama Datuk Maria melepaskan amarah sebegini.
"Saya minta maaf, datuk."
"Try lagi dan lagi. I nak dia datang ke pejabat sekarang juga!"
"Datuk..."
"Kalau dia berdegil, terminate dia terus tanpa gaji!"
"Ba...baik, datuk..." Fika terus mendail nombor telefon bimbit Razman sebaik sahaja Datuk Maria melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
"Manusia tak sedar diri! Aku dah bantu kau, kau buat taik dengan aku! Dasar manusia lupa diri!" bentak Datuk Maria sebaik melabuhkan punggung di kerusi kerjanya.
"Satu kerja aku nak kena cari pengganti lain." omel Datuk Maria lagi dengan dengusan. Sepatutnya, Razman diperlukan untuk menemani Datuk Maria ke satu mesyuarat penting di Cyberjaya berkaitan pembukaan tender bagi sebuah projek mega di Puchong.
Tok! Tok!
"Come in!"
"Datuk..." tegur Fika sebaik pintu bilik dikuak.
"Anything, Fika?"
"Razman masih tidak dapat dihubungi."
"Shit! Shit!" marah Datuk Maria.
"Saya akan minta pihak human resource untuk sediakan surat pemecatan Razman."
"Just do it, Fika! Dan, pastikan manusia bodoh tu tak muncul lagi di sini."
"Ya, datuk." pintu ditutup. Datuk Maria menyandarkan belakang tubuh ke kerusi. Nafas dihela. Mengingatkan hal Razman membuatkan Datuk Maria menjadi geram. Razman merupakan sepupu di sebelah ibunya.
Ikutkan hati, memang Maria berat hati mahu mengambil ahli keluarga sendiri bekerja dengannya. Bukan tidak percaya. Tapi, Maria punya alasan tersendiri. Apatah lagi, Maria cukup mengenali perangai saudara-maranya yang cukup menjengkelkan.
"Assalammualaikum, bonda..."
"Waalaikumussalam. Mar, what have you done?"
"What do you mean, bonda?"
"Mar, boleh tak jangan kejam sangat?"
"Oh, ini mesti pasal Razmankan? Si bangsat tu mengadu apa kat bonda?"
"Watch out your mouth, Maria!"
"It's true! Razman tu, bangsat. Bonda beria sangat nak suruh Mar bagi dia kerja, Mar dah bagi. Tapi, kerja macam pondan! Gaji nak lebih! Buat kerja tak nak! Orang macam tu yang Mar nak jaga ke?"
"Tapi, dia cousin Mar, kan?"
"I don't care! Bonda jangan nak sebelahkan manusia bangsat tu! Kerja tak nak! Ponteng, mengular! Makan duit syarikat! Jantan sampah macam tu yang bonda nak pertahankan?" tiada sahutan dari bonda, hanya dengusan yang kedengaran.
"Sampai bila bonda nak kongkong hidup Mar? Ini syarikat yang Mar bina hasil dari titik peluk Mar sendiri. Jangan disebabkan Razman tu anak buah bonda, bonda nak kawal hidup Mar."
"Mar, bukan begitu maksud bonda..."
"Jadi, apa? Sampai bila bonda nak Mar dengar cakap bonda? Kalau perkara yang dibangkitkan, membawa faedah, Mar okey. Tapi, kalau berkaitan dengan anak-anak buah bonda, sorry. Mar takkan mengalah lagi dengan bonda."
"Maria, dengar dulu apa yang bonda nak cakap."
"Apa lagi, bonda?"
"Apa yang Mar cakap pasal Razman tu, benar? Mar ada bukti?"
"See, bonda masih nak sebelahkan jantan bedebah tu."
"Maria, nanti dulu!"
"Dahlah, bonda! Ni, syarikat Mar. Mar tak pernah minta sesen pun duit bonda masa Mar nak bina syarikat Mar ni. Jadi, berhenti nak kawal kehidupan Mar. Kalau bonda rasa, Razman, mampu memberi kebahagiaan pada bonda, go ahead. But, one thing you have to remember..."
"Maria, listen to me..."
"No! Bonda dengar sini. Kalau suatu hari nanti, bonda dah tengok depan mata bonda sendiri, betapa bangsatnya anak buah kesayangan bonda tu, jangan cari Mar. Bonda hadap sendiri. Assalammualaikum!" talian dimatikan.
"Shit! Tak habis-habis nak sebelahkan jantan sial tu! Entah apa yang jantan tu dah bagi kat bonda sampai bonda sanggup perlekehkan aku. Aku anak dia kot..." omel Datuk Maria sebelum meraup wajahnya sendiri.
Tok! Tok!
"Come in!" pintu bilik dikuak.
"Datuk..."
"Yes, Fika. Anything?"
"Sorry, ganggu datuk."
"It's okay."
"Err, datuk ada jemputan malam ni di Hotel Imperial, pukul sembilan malam."
"Allahuakhbar. I tak fikir I dapat pergilah, Fika. Boleh tak you minta Encik Kamarul dengan Encik Haniff gantikan tempat I."
"Err, tapi..."
"Just inform pada secretary Datuk Hanisah yang I can't make it. You bagitahu yang I tak sihat."
"Baik, datuk. Saya akan hubungi secretary Datuk Hanisah sekarang."
"Thanks, Fika."
"Err, datuk nak ubat sakit kepala?"
"No. It's okay. Err, Fika..." terhenti langkah Fika.
"Do me a favour."
"Yes, datuk..."
"I'm not feeling well. Batalkan semua appointment I hari ni sampai esok. I need some rest."
"Baik, datuk."
"Thanks again, Fika."
"My pleasure, datuk."
"Allahuakhbar..." sekali lagi Datuk Maria meraup wajahnya seraya menyandarkan tubuh ke kerusi. Pelipis dipicit bagi meredakan pening kepala. Dalam keadaan begini, Maria perlu merehatkan mindanya yang sedang serabut.
Sebaik Razman mendapat surat pemecatan, Razman terus menghubungi bonda Datuk Maria. Apalagi kalau mahu mengadu tentang sikap Maria yang kononnya, queen control dan sombong. Maria dikatakan memecat Razman tanpa alasan yang kukuh.
Razman memberikan alasan yang tidak munasabah apabila menghubungi bahagian pusat sumber manusia. Sepanjang dua tahun bekerja dengan Maria, terlalu banyak masalah yang Razman timbulkan. Sebagai pemilik syarikat, Maria tidak sebarangan membuat keputusan.
Segala bukti dan aduan terhadap Razman, Maria siasat sehingga ke lubang cacing agar tidak dikatakan berat sebelah dalam membuat keputusan berkaitan pekerja bawahannya.
Ternyata, Razman telah melakukan banyak masalah dan tanpa perasaan takut, Razman berani mengambil duit syarikat untuk kegunaan sendiri. Kesilapan besar Maria, apabila memberikan jawatan sebagai pengurus kewangan pada Razman.
Ini semua atas pujukan bondanya yang terlalu memuja Razman yang baru tamat belajar dari luar negara dalam bidang perakaunan dan kebetulan ketika itu, syarikat Maria memerlukan seorang pengurus kewangan selepas pengurus yang sedia ada, terpaksa meletak jawatan lantaran menghidap penyakit serius.
Maria yang memang tidak gemarkan sepupunya sendiri, terpaksa menerima Razman atas alasan terpaksa dan berjanji yang kemunculan Razman hanya bersifat sementara.
Namun, tidak disangka, Razman punya agenda tersendiri sebaik bekerja dengan Maria. Di awal kehadiran Razman di syarikat Maria, segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah masalah mula timbul di bulan ke enam Razman bekerja dengan Maria.
Ketulusan Razman menjadi pengurus kewangan tergugat dengan kemunculan auditor dari sebuah syarikat swasta yang diupah Maria untuk mengaudit kewangan syarikat yang dilakukan setiap enam bulan sekali. Perkara ini tidak diketahui Razman dan pekerja yang lain. Hanya pihak pengurusan yang mengetahui kedatangan auditor ini.
Flashback #
"Datuk, maafkan I. I rasa, ada yang tak kena dengan laporan kewangan untuk bulan lepas." ujar seorang auditor yang dikenali sebagai Shima sambil menunjukkan fail kewangan kepada Maria.
"Tak kena? Kenapa Shima?"
"Datuk tengok ni. Jumlah pengeluaran melebihi dari apa yang direkodkan di dalam sistem." berkerut dahi Maria sebaik amaun yang ditunjukkan Shima jauh berbeza dari yang sepatutnya tertera di dalam sistem kewangan.
"Eh, takkanlah. Jauh sangat bezanya ni..."
"Ya, datuk. Sebab tu, I tunjukkan pada you. Mustahil, kesilapan ini tidak disengajakan."
"Maksud you?"
"I minta maaf, datuk. Selalunya, kesilapan kewangan yang tidak disengajakan, perubahan amaun tidaklah sebesar ini. Paling kurang pun, berbeza beberapa ringgit, puluh atau ratus. Tapi, kalau melibatkan amaun hampir sepuluh ribu ringgit ni, ianya bukan satu kesilapan." Maria tersandar mendengar penjelasan Shima.
"I bukan nak menuduh. Ada baiknya datuk siasat perkara ni dengan pegawai kewangan tanpa kemunculan pengurus pewangan syarikat datuk."
"You nak cakap yang pengurus kewangan I yang songlap duit?"
"I tak cakap macam tu. Tapi, selalunya, itulah yang berlaku, datuk. Hanya pengurus kewangan yang mempunyai akses tentang keluar masuk duit syarikatkan?" Maria anggukkan kepala.
"Shit!"
"Takpe, Shima. Teruskan tugas you. Apa sahaja yang silap di dalam laporan kewangan tu, serahkan pada I. I tahu nak buat apa. You teruskan tugas you sehingga habis ni."
"Baik, datuk. I keluar dulu."
"Thanks, Shima..." Shima melangkah keluar dari pejabat Datuk Maria. Maria menyandarkan tubuh dengan hati yang sebal.
"Takkanlah Razman sanggup nak kenakan aku?" omel Maria sendirian bersama kerutan di dahi.
"Tak mungkin. Tapi, tak mustahil jugakan? Allahuakhbar, apa yang kau buat ni Razman?Aku tak boleh berdiam diri. Hampir sepuluh ribu ringgit hilang." keluhan dilepaskan.
Bam!
"Hei! Apa you ni, Maria? Terkejutlah I." tersentak Razman saat Maria menghempas fail kewangan di atas meja kerja Razman.
"Terkejut? I lagi terkejut you songlap duit syarikat, tau!" Razman cuak. Air liur ditelan berpasir.
"Ada apa-apa yang you nak jelaskan di sini, Razman?"
"Jelaskan apa ni?"
"Razman, I ambil you bekerja di syarikat ni, sebab bonda I. Bukan sebab kemampuan you. Jangan sampai I pecat you sebab songlap wang syarikat!" bentak Maria.
"Maria, you percaya ke I yang songlap duit syarikat you? Takkan you sanggup nak tuduh I, sepupu you sendiri?"
"Sepupu tak sepupu. Kalau darah daging sendiri bersikap kejam dan menjadi pencuri, takkan I nak back-up?"
"Mar, I ni, anak buah bonda you merangkap sepupu you, tau. I takkan buat sesuatu yang menyalahi undang-undang. I berniat baik nak bantu you naikkan nama syarikat!" tegas Razman cuba menyelamatkan diri sendiri.
"Huh! Ya ke you nak selamatkan syarikat I? Atau you nak selamatkan diri you dan poket you?" sindir Maria dengan cerlungan tajam.
"Ja...jangan tuduh I sebarangan, Maria. You takde bukti nak tuduh I songlap duit syarikat." Maria masih mencerlung tajam ke arah Razman.
"Entah-entah bekas pengurus kewangan you yang dah berhenti tu. Yelah, dia sakitkan? Mungkin dia nak berhenti tu, dia songlap duit dulu. Mana tahukan?"
"You jangan nak tuduh sebarangan, Razman. Pekerja-pekerja bawahan I semuanya telus dan tulus bekerja dengan I dan tak pernah ada masalah kewangan sebelum ini, tau!" bentak Datuk Maria mempertahankan pekerjanya.
"Dah tu, you nak salahkan I, ke Datuk Maria?"
"Kalau bukan you, siapa lagi? You yang uruskan kewangan syarikat selama enam bulan ni..."
"Ya, I akui I yang jaga kewangan syarikat. Tapi, you tanya tak selama I kat sini, apa masalah yang I hadap selama enam bulan ni?" Maria jongketkan kening.
"I dapat laporan kewangan yang tak tally, yang serabut tak teratur, you tahu tak?" Maria tersungging.
"Razman, listen here. Sebelum you masuk dalam syarikat I, I dah pastikan segalanya teratur dan kemas. I bukan spesis you buat kerja cincai. This is Maria Mahadir. I, seorang yang cukup cerewet bila berkaitan hal kerja, tau..." Maria nampak halkum Razman bergerak-gerak.
"Takpe, Razman. I akan siasat perkara ini sehingga ke lubang cacing! Dan, natijahnya akan muncul sikit masa lagi kalau perkara begini berterusan. Ingat!"
"By the way, kalau I dapat tahu yang you dalang masalah ni timbul, I takkan teragak-agak untuk pecat you!" bentak Datuk Maria membuatkan Razman menelan air liurnya yang berpasir.
Bam!
"Ish, perempuan tua ni! Terkejut aku!" omel Razman saat pintu biliknya dihempas kuat.
"Eleh... Nak pecat aku konon. Trylah. Kau ingat kau siapa nak pecat aku? Bonda akan selamatkan akulah, Maria oi. Dasar anak dara tua!" bebel Razman bersama sunggingan.
Flashback end #
Keluhan berat dilepaskan. Ternyata bukan mudah nak lupakan perkara yang cukup menyakitkan itu. Serius, ianya cukup membuat adrenalin bergerak pantas.
Memecat Razman satu-satunya perkara yang paling melegakan bagi seorang Datuk Maria Mahadir. Tidak mudah membuat keputusan bila berkaitan dengan darah daging sendiri. Tapi, Datuk Maria seorang yang profesional bila berkaitan hal kerja. Bagi Datuk Maria, tugas yang diamanahkan perlu dilangsaikan sebaik mungkin kerana bagi Maria kerja yang diberikan setimpal dengan gaji yang dibayar.
Maria tidak peduli dengan sindiran atau ejekan orang luar walaupun termasuk dari keluarga sendiri. Bagi Maria, tidak perlu mengambil pusing hal yang remeh-temeh begitu. Kalau orang luar, tentu mudah sahaja untuk Maria tepis segala sindiran mereka.
Bila darah daging sendiri sanggup menyebelahi orang yang salah, Maria takkan berkompromi lagi. Cukuplah, segala masalah yang timbul akibat mengikut arahan bonda untuk menjadikan Razman sebagai pengurus kewangan di syarikat yang dibina dengan titik peluhnya sendiri.
"Datuk..." terhenti lamunan Maria bila interkom berbunyi.
"Yes, Fika..."
"Datuk Shanaz on the line..."
"Oh shit... Dia nak apa, Fika?"
"As usual, datuk..."
"Aduhai..." keluh Maria.
"Takpe, Fika. Thanks. I jawab sendiri."
"Okey, datuk." talian dimatikan. Butang telefon yang berkerlip-kerlip ditekan dengan malas.
"Hello..."
"Hi, darling..."
"Oh, please. Jangan nak berdarling-darling dengan I, Datuk Shanaz."
"Come on. You ni, cengil sangat dengan I. I nak ajak you dinner. Salah ke?"
"Salah tu, tidak. But, I takde moodlah. Maybe next time."
"Mar, kenapa susah sangat you nak terima lamaran I? I ada segalanya, Mar. Ramai perempuan kat luar sana nakkan I, tau..."
"Do I care?"
Assalammualaikum. Hi guys. Alhamdulillah, sis dah keluarkan sebuah lagi karya khas untuk pembaca kesayangan. Jemput baca guys
Share this novel