Bab 1

Romantic Comedy Series 12117

BAU nasi lemak kerang yang masih panas menusuk hidung sebaik Anggun Elisa melangkah masuk ke ruang pejabat. Tangan kanan penuh dengan plastik berisi bungkusan nasi lemak, tangan kiri pula erat menggenggam teh ais ikat tepi. Senyuman sudah terukir di bibirnya sebab dalam kepalanya hanya ada satu agenda penting pagi itu, ‘breakfast time’ di pantry.

Tapi niat murni itu terbantut serta-merta bila mata bundarnya singgah pada pemandangan tak masuk akal di depan mata.

“Ya Allah…” Anggun sudah menggeleng laju.

Sudut luar pejabat Ketua Pemasaran, tempat bosnya iaitu Syed Asyraf bertapa setiap hari sudah penuh macam tapak ekspo bunga. Dari bunga ros, lily, carnation, sampai ke teddy bear bersaiz separuh badan manusia. Tak tahulah siapa mengurat siapa ini? Buat apa sampai bagi teddy besar besar pada seorang lelaki? Nak suruh bayangkan bosnya itu memeluk teddy bear tersebut macam peluk mereka yang tergolong sebagai peminat bosnya? Hadiah kotak coklat, perfume, jam tangan pun ada. Semua tersusun… atau lebih tepatnya, bertimbun sampai menutupi separuh laluan.

Anggun menghela nafas panjang. “Baru nak makan nasi lemak kerang I dengan tenang. Last-last, kena jadi florist tak berbayar pula pagi-pagi buta ni.”

Anggun letak dulu nasi lemak dan teh aisnya atas mejanya sebelum mula mengalihkan jambangan demi jambangan ke tepi. Sambil itu sempat juga dia membebel seorang diri.

“Seriously, semua perempuan ni memang tak ada kerja lain ke? Buang duit je beli bunga dan hadiah untuk lelaki yang famous dengan cold stare tu. Zero tolerance dengan cinta, konon. Ish… pity betul.”

Tangan ligat menyusun jambangan bunga mengikut ketinggian, hadiah kotak ikut saiz. Kalau orang luar tengok, memang boleh ingat dia tengah buat persiapan ‘grand opening’ butik bunga.

“Bos aku ni, kalau jadi idol K-Pop, confirm fandom dia lagi ramai dari BTS. Bezanya… dia tak reti nak bersyukur. Setiap hari dapat hadiah free pun buat bodoh je.”

Belum sempat Anggun nak mengalihkan teddy bear gergasi, suara tapak kasut berketuk kemas sudah kedengaran. Refleks, dia terus mencabut diri masuk ke bilik kecilnya dan menarik daun pintu rapat-rapat.

“Ha, selamat!” bisiknya, menepuk dada lega.

Dari celahan pintu kaca, dia nampak bayangan tegap lelaki tinggi itu melangkah masuk. Seperti biasa, ekspresi wajah Syed Asyraf tenang tanpa sebarang reaksi, seolah-olah himpunan hadiah itu hanya debu di lantai.

Anggun mencebik bibir. “Eh, better aku tak payah susun elok-elok tadi. Biar berselerak depan mata dia. Baru dia sedar ada perempuan sanggup beratur hantar hadiah hari-hari. Ni, aku pulak yang penat jadi tukang kemas.”

BEBERAPA minit kemudian, Anggun mengetuk pintu pejabat besar itu dengan tangan kanan sambil tangan kiri memegang fail jadual. Seperti biasa, dia tak masuk dengan tangan kosong. Kali ini dia turut membawa sekotak coklat premium dengan kad ucapan merah jambu, sekali dengan sejambak bunga lily yang baru diterimanya dari salah seorang peminat bosnya.

“Good morning, bos.”

Fail diletakkan atas meja. Matanya sempat menjeling sejambak bunga besar yang sudah sedia ada di atas meja Syed Asyraf. Entah siapa yang seludup masuk. Dia terus juling mata ke langit.

“Bos, macam biasa. Hari ni pun dapat bunga. Bukan satu, tapi berlambak kat luar tu. Kalau letak semua kat sini, I rasa kita boleh buka kedai bunga franchise.”

Syed Asyraf tak angkat kepala pun. Matanya kekal fokus pada skrin komputer. Suara datarnya keluar tanpa riak.

“Buang. I allergic dengan benda macam tu.”

Anggun sengih nakal. “Allergic dengan bunga ke allergic dengan wanita, bos?”

Kali ini barulah lelaki itu mengangkat wajah. Tatapannya menusuk, tajam macam biasa. Cold stare yang boleh buat sesiapa kecut perut. Tapi Anggun bukannya staf biasa. Dia dah lali. Malah, dengan selamba dia bersilang tangan depan dada.

“Yup, exactly why people call you Zero Cupid. ZC. Lelaki dengan rekod kosong dalam bercinta. Cold stare champion.”

Dahi lelaki itu berkerut. “Zero… apa?”

“Zero Cupid,” ulang Anggun dengan gaya presenter pertandingan Miss Universe. “The man who freezes hearts before they even melt. Tak ada cupid, tak ada love. Kosong. Total zero.”

Syed Asyraf menghela nafas panjang. “You memang suka cari nahas, kan?”

Anggun ketawa kecil sambil menutup mulut. “Taklah, bos. Nama tu sesuai sangat dengan you. Lagi cool daripada ‘bos singa lapar’ yang staf lain selalu guna bagi gelaran kat belakang you.”

Suasana hening seketika. Lelaki itu menolak kerusi ke belakang, berdiri perlahan dan melangkah mendekat. Wajah seriusnya buat Anggun tiba-tiba kecut, tapi mulutnya masih nakal.

“Zero Cupid, huh?” Suara Syed Asyraf rendah, penuh amaran. “Careful, Anggun. Kalau I betul-betul jatuh cinta… I won’t let that person go. Ever.”

Degupan jantung Anggun serta-merta jadi laju. Dia cepat-cepat berundur selangkah sambil ketawa pura-pura.

“Ha… ha… jangan risau bos. Orang macam bos mana reti jatuh cinta. Lagipun, I bukan jenis percaya dengan cupid pun.”

Syed Asyraf senyum nipis, keningnya terangkat penuh sindiran. “Kita tengoklah nanti siapa yang tergelincir dulu, Anggun. Zero Cupid… atau secretary kepochi.”

Anggun terus buat-buat sibuk menyemak fail di tangan. “Alright, boss. Now back to work. Hari ni bos ada dating… eh, meeting dengan Cik Julie.”

Anggun cepat-cepat betulkan ayat. Gila betul mulut dia laju sangat.

“Dating?” Suara Syed Asyraf naik satu oktaf. “Are you serious, Anggun?”

Alamak. Anggun garu kepala tak gatal. “Eh, slip of tongue, bos. Maksud saya meeting. Meeting lah…”

Tapi jelas mata lelaki itu tak percaya.

“I nak you cancel. Dating or meeting, I don’t care.” Suaranya tegas, penuh arahan.

“Tapi bos… ni bukan first time Cik Julie ajak bos keluar. I dah tak tahu nak guna alasan apa lagi.”

“Then Google.”

Anggun terhenti menaip di iPad. “Google apa?”

“Google How to reject someone.”

Mata Anggun terbeliak. Dia menahan geram sebab terkena sindiran. Memang salah dia jugak sebab Syed Asyraf pernah terserempak dengan skrin laptopnya yang tertera search history paling famous sepanjang hidup, ‘How to reject someone politely’.

Dengan muka kelat, Anggun pun menaip semula di telefon. “Best excuse to reject date politely,” katanya perlahan sambil membaca senarai panjang alasan dari Encik Google.

“Bos, nak I guna alasan classic tak? ‘Sorry, dia ada meeting dengan Board of Directors.’ Atau kita upgrade sikit… ‘Sorry, dia allergic dengan candlelight dinner.’”

Kali ini, bibir Syed Asyraf terangkat sedikit. Senyum halus yang cepat-cepat dia sembunyikan semula.

“Asalkan you buat kerja. Jangan sampai ada yang fikir I available.”

Anggun menjeling sambil menggumam perlahan, “Available? Bos ni ‘Bos Terhangat Di Pasaran’ kot. Kalau buat bidaan, confirm ramai sanggup bayar harga gila.”

Syed Asyraf menegakkan badan, wajahnya kembali serius. Suaranya rendah penuh sindiran.

“Then make sure Zero Cupid ni terus maintain rekod kosong. Jangan sampai ada yang berjaya masuk… kecuali kalau I sendiri yang pilih.”

Anggun terdiam, jari-jemarinya kaku atas skrin telefon. Dadanya berdebar, tapi cepat-cepat dia pura-pura fokus semula menaip alasan di Google.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience