BAB 50:TAMAT

Thriller Series 558

BAB 50: TAMAT

BEBERAPA bulan telah berlalu. Syarikat penerbitan akhbar BONGKAR semakin teguh dan gah berdiri dalam menerajui pasaran tabloid berkaitan pembongkaran hal-hal misteri.

Di ruang pejabat kelihatan para staf dan wartawannya sentiasa sibuk dan komited dalam menjalankan tugasan.

Wartawan Harun Nasharuddin baru saja tiba di ofis setelah keluar pergi membuat tugasan di sesuatu lokasi.

Dia pun terus melangkah ke bilik pengarah urusan iaitu Encik Ghani Rasyid.

"Hah Run..wajah engkau pucat je macam orang nampak hantu dah kenapa?"soal Ghani.

"Engkau takkan percaya dengan apa yang bakal aku bagitahu ni Ghani"

"Cakaplah..oh ya,kau sedang siasat kes apa?"tanya Ghani.

Harun pun bukalah beg sandang kameranya. Beberapa keping foto gambar polaroid di serahkan pada Ghani.

Terkejut besar pengarah urusan syarikat itu bila menatap sendiri dengan mata kepalanya. Ianya adalah kepingan foto gambar Yana sedang sarat berbadan dua bersama anak-anak dan suami barunya di lihat sedang berbelanja di sebuah grocery.

Wartawan wanita itu pun sedang bercuti pada waktu ini kerana di jangka akan bersalin dalam masa terdekat setelah berkahwin dengan Daud Junaidi beberapa bulan lalu.

"Engkau tengah bergurau ke ni Run? Takkanlah Yana pulak di jadikan subjek kes misteri yang kau sedang siasat sekarang?"

"Eh mana ada gurau. Memang aku sedang siasat pasal Yana lah"

"Daud Junaidi ke suami baru Yana?"Ghani menyoal.

Harun tersengih.

Ghani tepuk dahi geleng kepala.

"Okey aku faham..ini memang berita yang sangat mengejutkan buat kita semua apabila Yana memang cukup berahsia tentang suami barunya di sepanjang beberapa bulan ni. Tapi Run..ini bukan kes misteri dan tak sesuai untuk di terbitkan dalam akhbar BONGKAR"ujar Ghani.

"Sebab tu aku cakap engkau pasti akan terkejut besar Ghani. Aku bukan maksudkan tentang hubungan rahsia Yana dengan Daud Junaidi yang berjaya di sembunyikan dari pengetahuan kita selama ni. Tak kisahlah Yana pun dah berkahwin dengan lelaki tu pun kan. Itu hak peribadi dia lah"

"Hah?apa maksud engkau Run? Ada yang misteri ke di sebalik semua ni?"

Harun pun keluarkanlah foto lain pula. Kali ni gambar foto Daud Junaidi di suatu tempat yang lain pula.

"Inilah yang menjadi misterinya Ghani. Lepas aku ekori Yana,aku bergegas pergi pula ke lokasi lain dan temui Daud Junaidi dekat kedai perabot miliknya"

"Maksud engkau ada dua orang Daud Junaidi yang berbeza?"

"Yup!"

"Dari mana timbul keraguan engkau dalam hal ni sampai terpaksa pergi buat siasatan Run?"

"Mulanya aku tak adalah ragu apa pun. Cuma aku nak tahu siapa je lelaki yang berkahwin dengan Yana tu. Lepas aku pergi siasat kali pertama hari tu aku dah tahu Yana kahwin dengan Daud Junaidi. Yang peliknya aku boleh terserempak dengan lelaki tu sekali lagi kat tempat lain pulak sewaktu pulang dari buat intipan di rumah Yana. Itulah sebabnya aku keluar pergi siasat perkara ni sekali lagi tadi dan terbukti ada perkara aneh sedang berlaku. Memang sah ada dua orang Daud Junaidi''kata Harun.

Ghani berkerut dahi dan membelek foto Daud Junaidi yang di kahwini oleh Yana itu. Kemudian dia melihat pula ke foto Daud Junaidi di kedai menjual kereta terpakai. Tiada perbezaan langsung.

''Engkau rasa macam mana Ghani?"

"Hm elok jugak kalau kau nak siasat perkara ni Run"

Perihal Yana berkahwin dengan bekas pengarah urusan syarikat penerbitan SELONGKAR itu akhirnya tiba ke pengetahuan para staf dan wartawan lain.

                        ****

"Huwaaaaa??! naya..naya..uhuhu dah kenapa kak Yana kawin dengan lelaki ni haa? Uhuhu tak patut..tak patut..sekian"kata wartawan Yeob sewaktu dia dan lain-lain sedang melihat ke foto yang di dapati oleh Harun.

"Uih..sangka memang tak sangka beb. Dalam senyap-senyap je rupanya Kak Yana ada buat hubungan dengan Encik Daud ek.."kata wartawan lain.

"Haih..i pun pelik dengan Yana ni. Dia tak pernah cerita apa-apa pun kita tentang hal ni kan?"kata Kak Husna iaitu ketua kerani penerbitan syarikat.

"Entahlah..maybe Kak Yana segan kalau kita semua tahu yang dia bercinta dan berkahwin dengan Daud Junaidi sebab iyalah kan..lelaki tu pun pernah jadi seteru kepada syarikat penerbitan BONGKAR satu ketika lalu kan"kata Asywina.

"Tak apalah..kita doakan aja Yana bahagia dengan pilihannya. Mungkin Yana berkahwin dengan orang lain kot..bukan Daud Junaidi"kata Encik Ghani Rasyid.

"Haa? Apa maksud Encik Ghani? Daud Junaidi tu ada pelanduk dua serupa ke?"Haziq berasa pelik.

"Yup..kamu jangan terkejut..Harun sedang siasat hal ni..sebab di dapati memang ada dua orang Daud Junaidi yang berbeza dalam suatu masa yang sama"ujar Ghani lagi membuat para staf nya bertambah tercengang,bingung dan saling tertanya-tanya.


_____________

MALAM tu Harun masih berada di pejabat menyiapkan beberapa tugasan penting. Staf dan wartawan lain pun dah lama pulang sejak jam lima petang tadi lagi.

Bila dah bosan menghadap komputer pejabat,Harun pun bangun pergi ke pantri lalu membancuh secawan kopi. Sewaktu hendak pulang ke meja duduknya,Harun terpandangkan meja Yana.

Buat masa ini meja itu kosong kerana Yana masih bercuti sehinggalah dia selamat bersalin nanti. Harun tergerak hati lalu duduk seketika di meja tersebut sambil membelek ke fail-fail mengandungi maklumat pelbagai kes misteri yang pernah Yana tangani sebelum ini.

Belek punya belek Harun pun menemui artikel tentang bayi hibrid yang pernah di curi oleh orang misteri dari Puan Salwa iaitu isteri salah seorang subjek inkubasi sebelum ini. Artikel tersebut telah pun di terbitkan beberapa bulan lalu melalui isu BONGKAR.

Harun sudah hampir terlupa akan hal bayi hibrid itu. Apabila di baca semula barulah dia kembali mengingatinya.

Dalam kes tersebut,Orang misteri pernah menyamarkan dirinya dalam rupa rakan sepejabat Puan Salwa dan telah berlaku suatu hubungan di antara mereka hingga wanita terbabit berbadan dua.

"..bayi Puan Salwa di curi. Tapi sayang..projek hibrid itu terlalu banyak kelemahannya pada waktu itu. Zenus ada merancang untuk mengulangi kembali projek berkenaan.."kata Harun di dalam hatinya.

Lama Harun duduk memikirkan hal terbabit. Sesekali dia melihat pula ke bingkai foto Yana bersama tiga orang anaknya yang ada di atas meja terbabit.
Kemudian fikirannya teralih pula akan hal perkahwinan Yana dengan Daud Junaidi.

Seperti ada sesuatu bermain di benak kalbu wartawan lelaki itu. Dahinya berkerut.

Tiba-tiba suatu panggilan masuk ke henfon Harun. Nombornya tidak di kenali.

"Siapa?"tanya Harun.

"Aku..Daud Junaidi"

"Huh engkau ada hal apa call aku ni?"

"Engkau tak nak ucap tahniah ke?"

"Tahniah di atas perkahwinan engkau dengan Yana ke? Hm..aku sibuk ni. Tak ada masa lah nak layan semua ni"

"Bukan..."

"Bukan apa?"

"Maksud aku..projek hibrid tu dah berjaya.."

Tersentak Harun dengan kata-kata Daud Junaidi. Kini barulah dia faham apa sebenarnya keraguan yang bermain di fikirannya tadi.

"Yana mana?!"desak Harun.

"Hahahaha..aku fikirkan engkau ni betul-betul lah wartawan yang hebat.. rupanya kau pun gagal membongkar permainan aku kali ini"

"Aku dah tahu sebenarnya..cuma aku masih ragu-ragu sebab memikirkan tentang engkau dan kapal angkasa engkau yang dah lama berlepas ke planet asal kau"

"Hahahaha..sebenarnya kapal angkasa aku masih ada je kat Zon Projek Highlander. Ia hanya di ghaibkan dari pandangan orang melalui mod halimunan"

"Sudah..kau belum jawab soalan aku lagi!"

"Ah..Yana dah di masukkan ke wad bersalin pun..engkau takkan sempat kali ni Run!"

"Belum tentu lagi! cakaplah Yana kat mana?"

"Hahaha..baiklah..baiklah..Yana di Hospital Anggerik Biru. Apa gunanya kau tahu pun..sejurus kau tiba di sini aku dah selamat bawa bayi tu pergi"

Panggilan pun di matikan.

Bergegas Harun berkemas dan beredar meninggalkan pejabat.


___________

SEMENTARA itu Yana sedang berada di bilik bersalin Hospital Anggerik Biru bersama seorang doktor dan beberapa orang pembantu.

"Ahhhh..."

Yana menarik nafas dalam-dalam sebelum kembali mengerah kudrat. Akhirnya bayi yang di kandungkannya itu berjaya juga di lahirkan.

"Aaaaaaaa!!"

Beberapa jururawat pembantu doktor berteriak ketakutan saat melihat bayi terbabit.

"Maafkan kami Puan Yana..bayi kamu.."

"Kenapa doktor?"soal Yana sebelum bayi yang sudah di balut tubuhnya dengan kain itu pun di serahkan pada Yana.

"Aaaaaaa!"

Yana sendiri terkejut dan terjerit ketakutan.

Tiba-tiba pintu bilik pembedahan bersalin itu pun terbuka. Daud Junaidi melangkah masuk.

"Serahkan bayi tu pada aku cepat!"arah lelaki itu sebelum wajahnya bertukar ke rupa sebenarnya.

Doktor dan pembantunya terus di serang ketakutan.

"Apa semua ni?"soal Yana.

Zenus pun mencampakkan keratan artikel tulisan Yana sendiri. Ianya adalah berkaitan kes bayi hibrid Puan Salwa yang pernah di dedahkannya suatu ketika lalu melalui akhbar BONGKAR.

Yana tergamam dan berasa dunianya seperti gelap-gelita ketika itu. Kini barulah dia tahu kenapa Daud Junaidi yang pernah di temuinya di kaki lima suatu ketika lalu bersikap dingin seolah mereka tidak pernah kenal antara sama lain secara rapat dan mesra. Rupanya Yana telah terpedaya oleh penyamaran rupa yang di lakukan oleh orang misteri yang telah menjadikan dirinya sebagai mangsa untuk projek bayi hibrid seterusnya. Nasib wartawan wanita itu kini tak ubah seperti nasib Puan Salwa.

Harun yang tiba sedikit lewat di Hospital berkenaan tidak mampu berbuat apa-apa. Dia berlari ke arah hutan di belakang Hospital sejurus melihat ada cahaya menjulang tinggi hingga ke angkasa sebelum sebuah jet pesawat terbang laju dan ghaib di langit malam.

Harun tahu dia sudah gagal kali ini dan terlewat untuk memberkas orang misteri terbabit. Walaubagaimanapun rakan sejawatnya Yana Maya berada dalam keadaan selamat dan stabil.


_____________

YANA tersandar di katil wad. Rakan-rakan wartawan dan staf datang menziarahinya. Wartawan wanita itu tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak termenung semenjak kehilangan bayinya. Yana masih gamam dengan fakta bahawa dirinya juga adalah mangsa kepada projek bayi hibrid orang misteri.

"Uhuhu iya ko tak apa-apa ke ni kak Yana? Sekian"wartawan Yeob bertanya.

Yana senyap dan terus termenung panjang.

Yeob hanya berpandangan saja dengan Haziq,Asywina dan dua tiga orang wartawan lain.

"Uhuhu iya jikalau ko sedih kerana tak dapat bersuamikan orang misteri..bior le ko kawin dengan..."

"Hish Yeob! kak Yana tak berapa mood tu. Tak usah lah cakap hal-hal yang mengganggu perasaan dia"tegah Kak Husna.

"Huu?uhuhu iya sori..sori..sekian"

Harun dan Ghani hanya berdiri dekat pintu wad. Mereka juga berasa simpati dengan apa yang menimpa Yana.

"Err..kami ada belikan akak buah tangan sikit ni.."kata Haziq.

"Huu?uhuhu iya Kak Yana tak ada selera nak makan semua tu ya..huhuhu bior le aku je tolong makankan..sekian"

Baru je tangan wartawan gemuk tu nak capai buah epal yang di bawa oleh Haziq,wartawan lain telah menegahnya.

"Huwaaaa..ko semua janganlah nak halang aku cenggini..uhuhu iya daripada di bazirkan tak makan..bior le masuk dalam perut besor aku je..huwaaaa..sekian"

"Wei kau jangan buat perangai lah Yeob"kata Asywina.

"Huwaaaa..lepaskan aku lah.."

Di saat yang lain-lain sedang bergelut dengan wartawan Yeob Maon yang amat degil dan gemuk itu,Yana terus terbaring dan termenung panjang tanpa sepatah kata.

Pandangannya lesu dan kosong serta hampa sepertimana perasaan nya yang sedang berkecamuk kini.

                     (TAMAT)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience