Kandungan yang pergi berusia enam minggu. Datang tiba-tiba, pergi juga begitu. Sebahagian besar perasaannya merelakan, sebahagian lagi menangis berdarah mengiringi kehilangan si anak.
Pergi ke hospital dia sendiri, pulang selepas empat malam juga begitu, sendiri. Betul-betul seperti orang melarat tiada siapa yang peduli dan sayangkan dia. Hatinya menangis lagi.
Dia cuba mengingat nombor telefon Michan. Berulang kali dia mencuba tapi tetap gagal. Tulisan ceritanya beberapa hari sebelum perpisahan dia dengan Michan, sahabat itu baru sahaja menukar nombor telefon kerana tidak tahan gangguan scammer. Kebetulan yang malang untuk dia.
Michan mungkin sudah berulang kali cuba menghubungi dia melalui nombor lama dahulu. Telefon yang telah mama rampas. Entah bilalah dia akan berpeluang bertemu Michan lagi.
Masuk ke dalam rumah Khaleeda terduduk di hadapan pintu. Menangis mengongoi-ngongoi melepaskan rasa hati yang tertahan-tahan selama empat malam di hospital.
Semua ini salah ibu bapanya. Kalau Mama dan Papa membenarkan dia menyertai mereka ke Pulau Pinang selepas tamat peperiksaan tempoh hari, pasti tiada cerita sedih ini semua.
Kenapa mereka pilih besarkan dia di dunia ini hanya untuk dibiar hidup kesepian dan keseorangan tanpa kasih sayang!?.
Dahulu di zaman persekolahan dia dipalau kawan-kawan yang cemburukan hidupnya. Cemburu dengan rupa parasnya, pekerjaan Mama dan Papa, pendapatan kedua ibu bapanya itu, rumah mewah yang dia huni, kenderaan yang ibu bapanya pandu.
Tanpa mereka tahu satu-satunya orang yang sayangkan dia seikhlasnya hanyalah Michan. Dia masih ada rasa gembira yang tersisa kerana adanya Michan.
Sekarang dia muflis dalam segala segi. Kegembiraan dan kasih sayang dan terbaru maruah diri dan anaknya juga diuji pergi dari dirinya.
@@@@@@@
Yusoff pakir motor Yunus yang sudah jadi miliknya. Beg galas di belakang badan, Yusoff letak di atas bakul motor untuk mengeluarkan segugus kunci.
Kunci ini pemberian pasangan orang kaya sebelum dia bertolak ke Pahang. Yusoff tekan remote, pintu pagar daripada besi utuh dengan reka bentuk moden dan mewah itu terbuka sendiri dan Yusoff bergerak masuk dengan motor buruknya.
Sungguh tidak padan langsung rupa paras motor Yusoff walau hanya untuk dibandingkan dengan tong sampah di halaman rumah mewah ini.
Yusoff pakir motornya di bahagian paling tepi di ruang pakir di beranda rumah, bimbang mencederakan tiga buah kereta mewah yang di pakir di situ.
Satu pesanan masuk ke dalam telefonnya sebagai balasan pesanan yang dia sudah dihantar beberapa ketika yang lalu.
'Kami outstation, Dida di rumah'.
Senyap sunyi. Tiada bunyi pergerakan atau radio atau apa sahaja. Budak itu tiada di rumahkah?.
Yusoff serba salah. Kunci di tangan diramas-ramas, kemudian dilambung-lambung sepanjang dia bertimbang tara apa yang harus dia buat. Patutkah dia masuk ke dalam rumah?.
Hampir setengah jam kemudian Yusoff memutuskan untuk masuk ke dalam rumah. Bukankah ini sudah disetujui di dalam perjanjian. Jika dia bergerak pergi pasangan orang kaya akan menuduh dia tidak melaksanakan tugasnya.
"Bismillahirahmaanirahim".
"Assalamualaikum."
Bersuara biasa sahaja. Tidak berkuat dan tidak juga perlahan. Dengan kaki kanan Yusoff mulakan langkah masuk ke dalam rumah.
Omak ai! rumah ke istana ni? Pertama kali dalam hidupnya melihat rumah mewah begini. Baik dari segi keluasan, jenis perabut dan reka bentuknya.
Kenapalah kau kufur nikmat budak!? Mak ayah sudah sediakan syurga dunia untuk kau, tapi kau balas dengan tuba.
Sudah buat salah pun tetap juga mak ayah carikan jalan untuk menutup dosa kau!. Apalah nak jadi budak-budak sekarang?.
Amboi Sop! bercakap berlagak macam baik sangat!
Astaghfirullahhalazim!
Yusoff istighfar di dalam hati. Jauh benar akalnya berfikir ketika dia bergerak perlahan dan melilau matanya memerhati sekeliling rumah.
Beg galas di bahu terasa berat. Manalah si isteri tak menyambut kepulangan suami?... huhu.
Mesti membuta lagi walau hari sudah tinggi. Maklumlah hidup tiada masalah. Buat masalah orang lain tukang selesaikan.
Eh! ke situ lagi.
Yusoff bergerak ke ruang menonton mahu duduk di sofa. Mahu meletakkan beg yang sudah dirasakan berat kerana lama sangat didukung.
Dia terlalu penat. Semalam sampai lewat daripada kampung. Yunus pula bekerja shift malam. Bimbang mahu pulang ke rumah yang hanya ada Wati maka Yusoff tidur duduk di terminal bas.
Apabila Yunus menghantar pesanan sudah ada di rumah barulah dia pulang ke rumah mengambil motorsikal dan pakaian tambahan untuk bekal guna tinggal di rumah pasangan orang kaya.
Makkk!
Yusoff mengurut dada. Kerana muka sofa yang berkedudukkan membelakangkan dia sebelum ini jadi Yusoff tidak nampak rupanya budak itu sedang terbaring tidur di situ.
Yusoff ambil tempat di sofa satu tempat duduk menghadap si mata bundar yang berbaring. Wajah itu sedikit pucat tapi dalam tidur pun terlihat cantik.
Perangai sahaja tak cantik. Suka sangat berpakaian menjolok mata. Mengundang orang berimiginasi akhirnya sendiri juga yang susah. Menyusahkan aku pula tu.
Eh!
Adoi, penatlah kepala ini berpusing-pusing menilai dan memikir masalah orang. Yusoff sandarkan badan menunggu di situ. Sesekali mengerling ke arah sang isteri... huhu.
Tidur mati macam ni. Bahaya sungguh. Tak kanlah budak ini tidak dengar bunyi pintu gate di buka, bunyi motornya yang bingit dan bunyi alarm pintu ketika di buka sebentar tadi?. Nasib baik dia yang masuk kalau orang jahat?.
"Ermm..."
"Errmm..."
"Errrmmm... ermm erm"
Yusoff berbunyi daripada perlahan menjadi semakin kuat memancing sedar daripada si isteri. Budak itu bergerak sedikit kemudian mengeliat kecil dengan wajah berkerut. Tidurnya sudah rasa terganggu agaknya.
Ketika mata yang cantik itu terbuka, kuyu sahaja bukaannya. Terkebil-kebil memandang tepat ke wajah Yusoff yang kekal duduk memerhati dari sofa satu tempat duduk.
Arghh!!!
Si mata bundar tiba-tiba menjerit. Bukan budak itu sahaja terlompat, Yusoff juga turut melompat.
Wat de hek!
@@@@@@@
Bunyi mengeram berulang kali mengganggu tidurnya. Kepalanya pusing, badannya lemah amat. Selepas satu malam pulang daripada hospital dia demam dan tidak berdaya.
Dia yakin sudah membuka mata tapi dia nampak sosok Yusoff sedang duduk merenungnya. Mimpi apa ini?.
Bukankah tadi dia mimpikan Hamzah yang menangis merayu memohon kemaafan darinya. Sekarang Hamzah menghantar Yusoff pula ke sebagai orang tengah?.
Arghh!!!.
Apabila mamainya hilang dan otaknya sudah mampu berfikir sosok Yusoff yang dilihatnya bukan mimpi, Khaleeda langsung terbangun dari berbaring dan terjerit kecil.
Dia sudah terduduk memeluk lutut di atas sofa. Sang suami yang juga terlompat sudah berdiri meramas rambut dengan wajah tidak puas hati.
"Maaf..."
"Dah lama Abang sampai?"
Khaleeda rasa bersalah kerana dia tertidur ketika Yusoff sampai dan terjerit pula apabila sedar sehingga memeranjatkan Yusoff.
Yusoff sudah kembali duduk di sofa. Sekadar mendiamkan diri dan memandang ke luar rumah melalui tingkap kaca. Sedang menenangkan diri mungkin.
Khaleeda gagahkan diri untuk bangun. Niatnya dia mahu mengambilkan air minuman sebagai menyambut kedatangan Yusoff.
Apabila berjaya berdiri Khaleeda terduduk kembali. Malangnya hanya sedikit punggungnya jatuh ke sofa menyebabkan dia melorot pula ke lantai. Tangan segera memegang kepala yang pening. Pandangannya berpusing.
Uweekkk!!!
Khaleeda muntah!. Habis baju dan seluar yang dipakainya. Dia pejam mata cuba mengawal rasa sakit di kepala. Langsung tidak boleh membuka mata kerana pandangannya menjadi pusing dan kelam.
Ada tangan memegang bahunya. Kemudian dia terasa rambutnya di raup ke belakang beberapa kali kemudian diikat tinggi.
"Okay tak?"
Khaleeda menggeleng. Air mata jatuh kasar satu-satu. Kepalanya sangat sakit. Tangan yang mengikat rambutnya beralih ke dahi.
"Demam ni. Kejap!."
Dia terasa Yusoff bangun meninggalkan dia yang terduduk di lantai. Khaleeda tidak berdaya untuk bangun. Tidak berani juga untuk membuka mata kerana pandangannya berpusing jika melakukannya.
Double chapter ni untuk sume yg masih sudi temankan Sy wpn lme Sy tak ada. tqvm sume. syg uoll
Share this novel