Masa Kini - Malaysia
SENTUHAN terakhir! Dengan meletakkan satu kad kecil yang dibuatnya sendiri. Lalu dilekatkan di atas pemegang Tiffin Carrier bercorak floral. Bekas mangkuk tingkat khas dibelikan untuk bekal suami tercinta. Untuk dibawa ke tempat kerja. Untuk anak-anak pula, bekal sudah semestinya diletakkan di dalam bekas Tupperware.
Menyengih Jazlynn Amara tika melihat bekal yang disediakan untuk suami dan anak-anak. Ini pertama kali dia menyediakan sarapan dan dibungkuskan. Hanya itu sahaja dia mampu lakukan hanya demi untuk memujuk kesayangan-kesayangan hamba yang sudah merajuk di atas! Mommy tercinta begitu bersemangat bangkit seawal pagi menyiapkan diri untuk pergi ke kerja. Yalah! Mahunya tak bersemangat kerana hari ini merupakan hari pertama dia melaporkan diri bekerja sebagai Tea Lady!
Jazlynn Amara mula mengerling jam di dinding dapur. Waktu sudah menginjak ke 6:30 minit pagi. Lantas dia mula melangkah keluar dan mahu naik ke atas menjenguk Encik Suami yang sedang menyiapkan anak-anak…
Yang pastinya Abang Hakim kini sedang cemberut memuncung sekarang ini! Hehehe…
Baru sahaja sebelah kaki diangkat mahu menapak menaiki tangga…TING!
TONG!
"Puan Jaz… Puan Sarah sudah ada di depan tu.” Mak Timah. Pembantu rumah memaklumkan.
Jazlynn Amara mula menimbang tara samada mahu berlari sekejap ke atas berpamitan sama suami dan anak-anak ataupun hanya melaung dari bawah sahaja dan…
Jazlynn Amara akhirnya mula menapak naik namun baru sahaja dua tapak menuju… langkahnya mula terhenti di saat mindanya teringat akan perbalahan kecil yang tercetus malam tadi bersama suami yang secara tiba-tiba membebel tidak suka dia mempunyai pekerjaan.
“Abang… Haziq… Hani. Mommy gerak dulu tau pergi kerja. Jangan lupa ambil bekal di dapur. Nanti mommy balik… mommy masak sedap-sedap. Nanti balik school… mommy ambil Haziq dan Hani ya. Love you sayang-sayang mommy…”
“Okey mommy!”
Jazlynn Amara tersenyum lebar dan mula berpaling lalu menuju ke pintu rumah. Menyempat beliau melurut mesra lengan Mak Timah yang tersenyum padanya.
**
BEBERAPA mata-mata mula menjeling bila ada satu batang sosok melalui kawasan mereka. Bukannya apa… terkadang itu terkeliru siapa yang lalu-lalang. Bikin keliru sahaja satu manusia ini bila memunculkan diri!
“Bukan main lagi ya Tea Lady kita tu. Amboi dress up dia. Mengalahkan jawatan pengurus di sini! Aku yang kerani cabuk ni pun kalah!”
Izzati. Kerani di bahagian Unit Pemasaran mula melancarkan umpat.
“Aku dengar cerita yang laki dia tu kaya. Bosan duduk di rumah katanya. Itu yang nak kerja tu.”
Latifah. Juga merupakan kerani di bahagian Unit Pemasaran. Juga berbicara umpat bersama-sama dengan Izzati.
“Apa punya bini. Sudah dapat tok laki kaya. Duduk rumah diam-diam sudahlah! Saya ni kan kak. Kalau sudah dapat suami kaya… tak adanya nak kerja. Duduk rumah… goyang kaki… habiskan duit tok laki saja. Hehehe…”
Izzati mula mencebik. Terbit sedikit rasa iri apabila mengetahui bahawa pekerja baru merangkap pemegang jawatan Tea Lady di syarikat ini memiliki suami yang kaya. Jadi tidak hairanlah jika wanita bernama Jazlynn Amara mampu berpakaian semewah itu. Sudah serupa model sedang buat pertunjukan runaway fashion show pula! Ke hulu dan ke hilir sambil menolak troli membawa air untuk staf.
“Amara. Kau ke sini sekejap!” Izzati mula memanggil.
“Ya, Cik Izzati? Cik mahu air? Cik nak air yang mana satu?” Jazlynn Amara mula beramah sambil tersenyum manis.
“Aku dengar cerita yang laki kau orang kaya. Betul ke?”
“Suami saya kerja biasa-biasa saja, Cik. Janji kami anak beranak cukup makan… cukup pakai…”
“Kerja biasa apanya kalau mampu belikan bini dress berjenama Burberry. Eh Amara! Laki kau kerja apa ya? Bagitahulah kitaorang. Nak tahu juga…” Latifah mula kepochi.
“Biarlah rahsia. Nah. Air untuk Puan Latifah dan Cik Izzati. Selamat bekerja. Saya gerak dulu ya.”
“Eh… eh dia tu! Kerja sebagai Tea Lady sahaja pun! Kerek pula dia nak berahsia bagai! Ingat retis fofular (artis popular)?!” Izzati mula tidak berpuas hati.
“Hoi! Kau orang berdua! Buat kerja. Jangan nak menyibuk hal orang!”
Izzati dan Latifah pantas menyibukkan diri apabila ditegur oleh Puan Nur Sarah, merangkap Penolong Pengurus Kanan di Unit Pemasaran.
*
“Ehem…”
“Thanks babe. Tolong aku ambilkan Haziq dan Hani di sekolah. Aku ingat kerja buat ni air senang. Kuat minum rupanya staf di sini. Tak putus-putus aku buat air. Aduhai!”
“Aik! Mengeluh ke, Jaz?”
“Aku mengeluh sebab suami aku sudah bising-bising. Bising bila aku tak pandai manage waktu. Aku rasa aku mahu resign lah. Kembali semula pada rutin jadi fulltime housewife.”
“Janganlah macam tu, Jaz. Jangan kata sehari. Tak sampai lima jam kut kau kerja. Tak apa, babe. Hal anak-anak kau. Aku sudah uruskan. Sudah selamat pun pulang ke rumah. Nanti lama-lama tu… kau pandailah manage time kau. Tapi salah kau juga. Pergi buat air sedap bak ang siapa suruh!”
Jazlynn Amara hanya ketawa.
“Nampak gayanya… aku kena masak untuk makan malam extra umph lah nanti. Hey lah Abang Hakim. Sejak aku diterima kerja. Makin menjadi-jadi bebel dia…”
“Suami membebel itu tandanya sayang, Jaz. Tak apalah. Kau bagi ruang pada diri kau dulu. Kalau rasa tak boleh… kau resign saja.” Nur Sarah menepuk bahu Jazlynn Amara.
“Aku kena kerja, Sarah. Kau pun tahu kenapa aku perlu kerjakan?”
“Ya. Aku tahu. Kau pun sudah ceritakan pada aku pun. Hah! Cakap dengan laki kau tu. Tak usah nak bising-bising kau kerja. Siapa suruh terlepas cakap!”
Jazlynn Amara terusan melepaskan tawa tika mendengar rungutan bebelan Nur Sarah terhadap suaminya.
Ada sebab mengapa beliau memohon kerja. Ini semua disebabkan satu masa itu. Sewaktu berborak bersama Abang Hakim. Encik Suami tercinta terlepas bicara. Dimana Abang Hakim kepingin benar mahu merasa hadiah ulang tahun perkahwinan permberian dari hasil titik peluh sang isteri tercinta.
Makanya bermula di saat itulah Jazlynn Amara mula mencari kerja. Apa sahaja jenis kerja! Dan apabila suaminya terpaksa mengalah dengan kedegilannya. Dengan ini syarat Abang Hakim berikan adalah…Mencari kerja selaku Tea Lady di mana-mana syarikat dalam tempoh masa sebulan sahaja. Sudah dapat gaji. Terus ‘cabut’!
Heh! Baiklah daddy! Mommy dengan ini menurut perintah!
*
TAN Sri Ismail mula bangkit dari duduknya di atas kerusi beroda sebaik sahaja melihat satu figura yang cukup berkaliber dan berkarisma mula melangkah masuk ke ruang pejabat CEO.
Mereka mula berjabat tangan lalu Tan Sri Ismail mempersilakan tetamunya agar duduk di sofa.
Tan Sri Ismail melakarkan senyuman penuh kagum di kala renungannya dihalakan kepada sosok yang berada di hadapannya ini. Sama sekali tidak menyangka kertas kerja yang dibentangkan oleh syarikatnya mampu menarik minat sang jejaka berkaliber di hadapannya ini untuk menjalinkan satu kerjasama di antara dua benua.
“Sebelum kita mulakan perbincangan, Dato’. Jemputlah minum dulu.” Tan Sri Ismail mula mempelawa.
Sedikit berubah riak wajah Tan Sri Ismail di saat beliau melihat perubahan raut wajah tetamunya itu. Pantas dia meraih cawan di atas meja dan mula meneguknya.
Tan Sri Ismail mula berkerut dahi. Tiada yang pelik pada rasa Latte ini. Sedap sahaja!
“Ada yang tak kena ke, Dato’? Atau Dato’ sebenarnya tak minum air minuman cafein?”
“Siapa yang buat air Latte ni, Tan Sri?”
“Our new Tea Lady. Baru masuk kerja hari ini, Dato’… Tan Sri.” Puan Zaleha, setiusaha utama kepada Tan Sri Ismail mula mencelah.
“Siapa nama dia?”
“Nama dia Puan Ama…”
“Jazlynn Amara…”
“Ya, Dato’. Itu nama penuh Puan Amara.”
Puan Zaleha hanya terkebil-kebil mengiyakan. Sedikit terkejut barangkali apabila Dato’ yang tampan dan segak ini menyebut sebaris penuh nama Tea Lady mereka.
Hai lah Acik Tea Lady kita seorang itu! Teringat pula gosip-mosip kerani di Unit Pemasaran. Asyik mencanang cerita menohmah si Jazlynn Amara itu berlagak macam retis fofular (artis polular)! Ini Dato’ yang tampan lagi segak ini… yang baru melangkah ke sini pun tahu nama penuh Puan Amara!
Siapa Jazlynn Amara ini sebenarnya?! Benar-benar retis (artis) kah?!Puan Zaleha mula mengumam di dalam hati.
Are u ready for Dato B.E.S.T eh R.E.M.P.A.H? hihi ter kpop 2ne1 lak haha...
Share this novel
lama tggu tokey rempah ratus ni. mcik ni dah majuk dgn np baru dia kuau tp demi dato', mcik buangla majuk kjap. abes cite dato, hai² bai² semula la
free reading ka ni author