MELIHAT akan satu bungkusan di atas mejanya, bibirnya laju mengeluh panjang. Sudah seminggu sejak dari berjumpa Ilham, dia asyik menerima hadiah yang sama daripada lelaki itu. Guess what? Dia mampu mengagak akan isi hadiah tersebut.
Perlahan-lahan, dia menghenyakkan punggung di atas kerusi sambil pandangan mata yang tak henti melirik ke arah bungkusan tersebut.
"Another present from your encik double parking ke nyah?" tegur Azizah, berbaur usikan. Dia seakan dapat menghidu bau-bau nasi minyak.
"Apa?!" jerkah Hasma tatkala Azizah mendekatkan hidungnya ke seluruh tubuh Hasma.
"Ada bau-bau nasi minyak. Bila hang nak belanja aku? Lapaq ni!" Azizah ulas perut. Buat pulak muka kesian di hadapan Hasma yang sudah mencebik memandangnya.
"Kau ni kan..tak habis-habis dengan lapar lapar lapar! Takde benda lain ke dalam otak kau tu?"
"Takdak!!" Sengihan Azizah menambahkan geram di hati Hasma. Nak saja dia staplerkan mulut murai si Azizah tu! Ada saja modal nak menjawab!!
"Baju lagi ke?"
Pertanyaan Azizah dijawab dengan anggukan.
"Untunglah hang! Hari-hari dapat melawa. Baju mahai pulak tu"
Untung? Memanglah untung sampaikan satu ofis fikir dia ada simpan sugar daddy. Sebab apa? Sebab hampir setiap hari dia dapat bungkusan yang sama dari orang yang sama! Haishhh!!
"Malaslah aku! Nah!! Ambik ni!"
Hasma serahkan bungkusan tersebut kepada Azizah.
Melebar senyuman Azizah dapat hadiah mahal. Dari Hasma pulak tu! Bukannya selalu si Hasma tu nak sedekah dekat dia! Bolehlah jugak dia melawa nanti. Ha ha ha...
"Betui ka ni hang bagi kat aku?"
Hasma mengangguk laju.
"Tak menyesai ka hang?"
Sekali lagi, Hasma mengangguk.
"Sungguh ka?"
Hasma menjeling. Rasa nak tampar pulak mulut si minah utara ni!
"Sekali lagi kau tanya macam-macam, aku ambik balik!"
Oopss!! Azizah kunci mulut. Namun hanya seketika. Otaknya berfikir sesuatu dan tanpa mempedulikan ugutan Hasma, dia tanya jugak!
"Pasai pa dia bagi hang baju? Macam tak romantis ja! Bagilah emas ka, bunga ka, coklat ka. Hang kan suka makan! Ha ha ha" tempelak Azizah sambil menampar-nampar bahu Hasma.
"Kau pernah rasa makan stapler tak?"
Oo oo! Hasma marah.
"Okay-okay! Sorry laaa!"
Sepi. Baik Hasma mahupun Azizah masing-masing terdiam.
"Hang tak jawab lagi soalan aku!"
"Manalah aku tahu! Macam sindir aku ada jugak" Hasma buat kesimpulan sendiri.
"Sindiq lagu mana?"
"Yelah, sejak peristiwa haritu, dia rajin je beli baju dengan aku. Semuanya cun pulak dengan saiz aku" Hasma meletakkan jari di dagu.
Azizah garu kepala. Dia masih tak memahami akan omongan Hasma itu.
"Sebab hang suka baju ka?"
Hasma menjeling lagi. Hishh! Dasar otak lembablah minah ni!!
"Bukanlah! Pasal semua baju kat mall tu macam takde saiz aku! Sebab tu lah aku cakap, dia macam sindir aku"
"Haaa?" Sangat tak berkait rapat pulak ulasan Hasma itu.
"Aku tak fahamlah!"
"Susah bercakap dengan otak udang macam kau ni!"
Hasma tinggalkan Azizah yang kebingungan bersama fakta-faktanya tadi.
"LOVE"
Sayup-sayup suara serak basah Eirfan memanggil isterinya. Sudah hampir sebulan rumah mereka sepi tanpa sebarang celoteh dari bibir mungil itu.
Sejak berita kehamilan Natrah mengisi ruang kehidupan mereka, dia perasan Natrah suka menyendiri dan kemurungan. Apabila dia bertanyakan khabar, Natrah hanya menggeleng kepala tanpa sebarang jawapan. Berat badan Natrah juga tampak susut kerana dia sudah jarang makan.
Kebingungan Eirfan tak berakhir di situ apabila suatu hari dia menerima panggilan daripada Natrah yang teresak-esak dalam tangisan. Mendengarkan suara esakan isterinya, dia lantas pamit mendapatkan Natrah. Sesudah tiba di rumah, dia kaget melihat keadaan rumannya yang seolah barusan dirompak seseorang. Meja, kusyen, kerusi dan barangan lain bertaburan di atas lantai.
Lantaran peristiwa itu, Eirfan tak berani meninggalkan Natrah sendirian di rumah. Dia mulai khuatir akan kesihatan isterinya.
"Love" panggil Eirfan lagi.
Suara batuk Natrah dari arah bilik tidur mereka memanggil Eirfan untuk segera mendapatkan Natrah.
"Love"
Natrah menoleh dan memberikan senyuman hambar. Bibirnya tampak pucat saja. Keadaannya sangat tak terurus ketika itu. Hati Eirfan diserang rawan.
"Love okey?"
Pertanyaan pertama setelah Natrah didekati.
Tiada sahutan dari Natrah. Eirfan mengeluh panjang.
"Kenapa mengeluh? Dah bosan dengan saya?"
Pertanyaan sinis Natrah menyentak hujung hati Eirfan. Teganya Natrah menuduhnya seperti itu.
"Kenapa cakap macam tu?" soal Eirfan penuh lembut.
"Hubby tak pernah bosan atau luak pun dengan Love. Hubby penat. Tu je"
Ya, dia penat. Penat dengan segala yang berlaku. Siapa saja tak ingin dan rindukan belaian dari seorang isteri? Sejak mereka kahwin, Natrah tak pernah lagi dia sentuh atas alasan dia hormatkan isterinya. Dia faham akan trauma yang dialami oleh Natrah tetapi sebagai seorang lelaki yang sudah bergelar suami, pastinya dia inginkan keintiman itu.
Bukan dia tidak punya hak. Tetapi kerana risaukan Natrah dan menghormati keputusannya, Eirfan mengalah walau harus mengharungi detik kekecewaan saat ditolak berkali-kali.
"Sorry" ucap Natrah dalam nada yang penuh penyesalan. Dia tahu apa yang Eirfan inginkan. Bukan dia tak mampu memberi, namun dia belum bersedia.
Adakalanya, dia buntu akan hala tuju hubungan mereka. Eirfan suaminya yang sah namun kenapa dia merasakan masih ada gap di antara mereka? Adakah kerana kedegilannya? Atau trauma masa lalu yang membawa nanah di hatinya?
Natrah teresak-esak. Dia sedar dia tak mampu menjadi isteri yang terbaik untuk Eirfan. Dia sedih kerana harus menjerut lelaki itu di dalam kehidupannya. Jika Eirfan tidak mengahwininya, pasti lelaki itu sedang berbahagia di samping wanita lain. Yang jauh lebih baik dan suci darinya..
"Kenapa Love? Kenapa menangis?"
Tubuh Natrah sudah dibawa dalam dakapan.
"Sorry Hubby! Love betul-betul mintak maaf"
Natrah membenamkan kepalanya ke dada sasa milik Eirfan, memuntahkan segala kesedihan dan penyesalan yang tak berpenghujung. Entah sampai bila mereka harus mengharungi semua itu. Allah saja punya jawapannya.
"Hubby maafkan Love. Dunia akhirat"
"AKU rasa macam nak lawat Aralah hari ni. Kau nak join?"
"Hang ajak aku ka?" Mata Azizah bersinar-sinar memandang ke arah Hasma.
"Dah pehal pulak engkau ni?! Yelah, aku ajak kau. Tak nak, aku pergi sorang!"
"Takdaklah! Angin hang harini dengan semalam-semalam punya macam dok kena ja. Aku takut tengok hang. Nanti tak pasai, hang ngap aku!" akui Azizah. Dia tak boleh betul kalau angin Hasma dah menyerang. Nanti silap haribulan, dia ke barat, Hasma ke utara!
Hasma sekadar menjeling.
"Nak tak?"
"Haihhh mestilah mau! Rugi tak pi eaa"
"Apa khabar agaknya kawan kita tu kan? Lama dah tak contact dia. Kau tau tak? Aku dengar dari Sophia, yang Ara tu kena dengan arwah dulu"
Azizah angkat kening. "Kena? Kena apa?"
"Ala...kena tu..." Hasma kurang selesa nak sebut perkataan tersebut. Lebih perit ,tak dapat dia gambarkan perasaan Natrah ketika ini. Bagaimana pula dengan Eirfan? Mesti lelaki itu kecewa. Kasihannya mereka!
"Kena apa wei? Aku tak tau lah!"
"Kena raped"
Hasma bisik ke telinga Azizah.
"Haaa?!" Tersentak Azizah dibuatnya.
"Hang jangan nak buat cerita na? Ara tu kawan aku tau? Hang jangan nak jaja cerita yang dok betui!" Marah Azizah dengan riak wajahnya. Tampak tak senang dengan cerita didengarnya itu.
"Betullah! Mana ada aku buat cerita!"
"Siapa yang habaq kat hang?"
"Sophia!"
"Mana dia tau?"
Pelik bin ajaib! Mana pulak si Sophia tu ceduk cerita tak betul? Hishh, pantang dialah kalau orang buat cerita tak betul pasal kawan dia! Boleh hangin satu badan dibuatnya!
"Si Soraya tu yang cakap. Kalau kau nak tahu, satu ofis dah tahu tau?"
"Satu ofis? Awat aku tak tau?"
"Bukan department kitalah! Department Sophia tu!"
Azizah diam. Betul ke berita tersebut? Dia buntu. Kalau betul, kasihan betul nasib yang menimpa Natrah. Itu ke alasannya dia berhenti kerja?
"Tak boleh jadi ni!"
Azizah sudah angkat punggung.
"Woii! Kau nak pergi mana?"
Hasma mengepung Azizah.
"Jumpa Ara!"
"Kejap!" Hasma tarik lengan Azizah.
"Awat?"
"Kau nak tanya dia pasal hal ni ke?"
"Gila punya otaklah hang! Takkanlah aku nak tanya dia pasai ni"
"Dah tu?"
"Nak lawat dia lah! Pi tengok keadaan dia lagu mana. Okey ke dak. Sihat ke dak"
"Ni kan ofis hour!"
"Arghhh, tak kisahlah!"
"TAK bagitau pun nak datang. Kalau tak, boleh saya sediakan apa-apa untuk dijamu"
Eirfan menghidangkan dua cawan teh dan sepinggan biskut. Diletakkan di atas meja lalu dia mempelawa mereka berdua.
"Ara mana?" Hasma menyoal.
"Ada. Dia tengah tidur. Nak saya panggilkan ke?"
"Ehh takpalah! Biaq ja dia tidoq"
Hasma mencicip air teh dengan perlahan-lahan. Dia sebenarnya sedang berfikir cara untuk mengetahui keadaan Natrah namun tidak mampu kelihatan terlampau kepo. Risau pula jika Eirfan terasa hati dengan pertanyaannya.
"Err, Fan. Ada yang kami nak tanya ni. Tu pun kalau awak tak keberatan nak bagitau"
Azizah terlebih dahulu memulakan mukadimah. Hasma sempat kaget. Fikirnya, dia yang akan memulakan semuanya.
Eirfan mengerut dahi. Bunyi serius saja. Jarang-jarang dia dengar Azizah seserius ini. Biasanya gadis itu lebih santai dan gemar bergurau.
"Ya? Apa dia?"
"Errr begini..." Azizah sempat mengerling ke arah Hasma. Kemudian anak matanya jatuh pada tampang Eirfan.
"Pasal Ara.." jedanya seketika. Menarik nafas dalam-dalam kemudian dilepaskan kembali.
Tak senang duduk Eirfan dibuatnya. Kenapa dengan Ara? Dia mulai diserang pelbagai persoalan.
"Betui ka kami dengaq yang arwah Ehsan..."
Omongan Azizah terhenti ketika melihat Eirfan mengangguk kepala dengan wajah yang sugul. Nafas dihela perlahan. Mula membayangkan kesakitan dan ketakutan yang dihadapi oleh Natrah ketika itu.
Hasma dan Azizah mengucap panjang. Tak terluah akan apa yang barusan mereka dengar. Sungguh, mereka tak menyangka sejauh itu arwah Ehsan bertindak.
"Kami mintak maaf. Kami baru tahu sekarang" celah Hasma setelah keadaan kembali reda.
Eirfan mengangguk kepala.
"She was hurt. Sedih. Dah tak macam dulu lagi" luah Eirfan. Wajahnya penuh kekecewaan.
"Awak? Awak okey?"
Mendengarkan pertanyaan Hasma, laju Eirfan menggeleng tanpa dia sedar. Sungguh, dia betul-betul penat.
"Ara tak bagi saya sentuh dia sepanjang kami kawen. Dia masih trauma. Dan saya faham tu. Sekarang, dia sedang mengandung. Anak arwah" Kata-kata terakhir itu kedengaran kecewa dan sedih. Betapa dia sedih kerana benih yang dikandung oleh Natrah justeru bukan dari hubungan mereka. Pun begitu, dia tetap bersyukur kerana bakal dikurniakan anak tidak lama lagi. Baginya, anak tersebut tidak berdosa. Jadi kenapa harus menghukumnya?
Mendengarkan itu, sekali lagi Hasma dan Azizah kaget. Bahkan hati mereka terusik dengan berita tersebut. Wajah Eirfan walaupun tampak tenang namun pada dasarnya, dia belum bisa menyembunyikan seribu kedukaannya.
"Tapi Ara tak boleh nak terima kandungan dia"
"Kenapa?" soal Hasma.
"Dia bencikan arwah. Sebab tu dia tak nak anak tu"
"Tapi budak tu tak berdosa" sahut Hasma lagi.
"Iye, tau. Tapi masa ni emosi Ara tak stabil. Cakap apa pun takkan jadi apa"
"Apa plan awak?" tanya Azizah pula setelah dari tadi mengunci mulut.
Eirfan mengangkat bahu. Dia sendiri tak tahu harus berbuat apa.
"Mungkin buat masa sekarang, saya tengok keadaan dulu. Saya yakin, Ara dapat hadap semua ni. Dia perlukan kita semua" ujar Eirfan.
"Kita orang akan ada kalau awak dan Ara perlukan kami" ujar Hasma pula.
Azizah mengangguk.
"Thanks" ucap Eirfan.
TUAN KASSIM tersenyum lebar menerima kehadiran tetamu itu. Tanpa membuang masa, dia memperlawa lelaki itu duduk di hadapannya.
"So how's London so far?"
"Not that bad atok! But still, I miss Malaysia more"
Kak Atie datang membawa dulang. Dua cawan kopi tarik disajikan bersama dengan kerepek pisang dan donut.
"Terima kasih Atie"
Kak Atie mengangguk seraya kembali ke dapur.
"Am datang jumpa atok ni sebenarnya ada hajat sikit" Ilham tersengih.
"Hajat? Hajat apa?" Tuan Kassim tidak faham. Sebentar tadi, dia menerima panggilan telefon daripada Ilham, mengatakan hasrat ingin ketemu. Fikirnya, Ilham merinduinya kerana sudah hampir 8 tahun mereka tidak berjumpa.
Ilham, satu-satunya cucu dari arwah Ezrai, iaitu abang kandungnya. Sejak kepermegian Ezrai, dialah yang bertungkus-lumus membesarkan Ilham sehingga lelaki itu berjaya seperti sekarang. Kini dia kembali ke Malaysia untuk menabur bakti pada tanah airnya sendiri.
"Sebelum tu, Am nak ucapkan takziah atas kepermegian Ehsan. Maaf, Am tak sempat nak datang haritu"
Tuan Kassim hanya mengangguk. Dia juga sudah menerima pesanan tersebut daripada Ilham melalui panggilan telefon.
"So apa hajat Am ke mari?" Tak mahu hanyut dalam kesedihan, Tuan Kassim alih topik perbualan.
"Ohh about that! Am dengar, kantin cafe kat company atok nak tutup ye? Am ingat nak sewa kantin kat situ. If that's okay for you"
"Apa pulak tak okay? That's a good idea actually. Am ambik kulinary kan? Belajar sampai luar negara. I believe you should have enough and better experience in this field"
Sebenarnya, kalau diikutkan, dia ingin Ilham mengambil alih jawatan CEO buat sementara waktu. Sementara itu, dia akan cuba untuk memujuk Eirfan kembali ke sisinya. Datuk Elias juga sudah setuju untuk melepaskan jawatan tersebut. Katanya, dia sudah letih dengan segala nafsu dunia. Agaknya, sinar keinsafan sudah mula menghiasi ruang hatinya. Baguslah, dia berharap semoga Datik Elias dan isterinya bisa menerima Eirfan pula selepas ini.
"So atok okey dengan permintaan Am?"
Suara mesra Ilham membawa Tuan Kassim kembali ke alam nyata.
"Of course! Bolehlah atok rasa masakan Am. Lama tak merasa air tangan Am ni!"
Ilham mengukir senyum bahagia.
p/s: ada yg masih merindui Ara dan Eirfan? maaf bru sempat update setelah sekian lama menyepi. new chapters coming soon. happy reading ;)
Share this novel