"Semua arahan yang diberikan kami dah lakukan. Setiap malam kami tidur dalam lubang kotor, berdoa supaya musuh tak mengerat leher kami. Setiap hari kami habiskan masa merangkak dekat lumpur dan tanah sambil peluru bersiul atas kepala. Tapi ini kali terakhir kami akan pertaruhkan nyawa. Ini hari terakhir mereka. Lepas mengambil balik istana ni, kami pulang ke rumah. Kami semua."
Pvt_Iszran,
Outside, Kesuma_Palace,
Imperial_Marine_Corps,
1st_Battalion, 6th_Company.
Sgt.Hasril menolak halangan ke tepi yang berada di tengah laluan;
"Khabar baik. Tentera darat dah tawan seluruh utara pulau ni. Saya nak kamu semua bertahan dan bila supply drop turun. Bergerak masuk...
"Itu dia."
Izuwan melihat kotak-kotak diturunkan dari pesawat di langit menggunakan parachute. Semua ahli kompeni mendapatkan bekalan untuk mulakan kerja.
Apabila supply drop dibuka, terdapat Scoped SAR M1, M1919 MG, Thompson dan BAR. Juga beg berisi peluru pelbagai kaliber.
Iszran mengambil secukupnya dan bersedia di depan semasa yang lain masih memilih peluru ataupun senjata.
"Navy air force dah banyak kali bom tempat ni... Tengoklah, sana."
Azizul mengambil submachine gun.
"Kejap lagi diorang datang balik lepas refuel dan rearm."
Hasril melihat jalan masuk ke dalam istana.
Semasa sibuk dengan memilih peluru, seorang askar marin jatuh ditembak.
Izuwan terus meniarap;
"Shi-! Sniper! Mana dia?!"
Beberapa askar musuh keluar menyerang mereka. Diikuti sniper dari atas pokok.
"Elimina gloria!!!"
Azizul melepaskan tembakan;
"Semak! Pokok!"
Iszran melontar pisau kearah askar musuh dan berlindung dekat belakang batu sebelum mortar mula menyerang mereka.
"Bunker! Pergi sana!"
Hasril menunding jari menuju struktur di hujung jalan.
Semua orang bergegas. Iszran orang kedua terakhir masuk. Yang lain berteriak, memanggil orang terakhir untuk berlari lebih laju sebelum terlambat.
"Waaahh!!!"
Askar terakhir terhumban dan mati akibat ledakan peluru mortar di sebelahnya.
Izuwan menolak pintu besi bunker dan menumpukan perhatian ke pintu masuk bawah tanah.
"Cepat sangat mereka tahu posisi kita... Mereka meati ada mata-mata dalam terowong ni. Kita kena selesaikan mereka dulu baru teruskan perjalanan..."
Hasril membuka pintu kayu tersebut;
"Isz, masuk dan bunuh siapa saja yang ada dekat dalam. Jumpa kami di belah sana."
Iszran melompat masuk dan merangkak perlahan-lahan dalam gelap mengikut menyelusuri laluan terowong.
Dia mendengar ada perbualan antara dua atau lebih orang dalam bahasa asing dari bilik kecil di depannya.
Dengan sekelip mata, Iszran melontar batu dari atas tanah ke mentol di atas siling. Kumpulan tersebut terkejut apabila mereka tidak dapat melihat apa-apa.
Tanpa mereka sedar, Iszran melontar dua butir bom tangan dan sekaligus membunuh mereka semua di situ tanpa membuang sebutir peluru pun.
Dia meneruskan penerokaan sepanjang terowong dan tiba dekat hujung. Juga adalah jalan keluar, askar marin di luar menariknya ke atas menggunakan tali.
Askar Marin yang lain datang dan memasangkan bahan letupan di luar terowong dan meletupkannya.
"Bertenang dan ikut saya."
Hasril berjalan ke tangga naik ke puncak bukit.
Dari kiri dan kanan mereka, banyak askar musuh keluar dari lubang persembunyian, menjeritkan war cry.
"Spider hole!"
Izuwan melepaskan tembakan BAR tanpa henti.
Iszran menikam musuh dengan bayonet dan merampas pedang pada pinggang lawannya itu.
"MG! Menara sana!"
Azizul ternampak kerdipan cahaya di belah barat laut.
Setiap askar marin bergegas berlindung di lubang-lubang yang digunakan oleh askar berani mati tadi.
"Bazooka! Mana?!"
Hasril membetulkan helmetnya dan memanggil anak buahnya.
"Azik gugur! Azik gugur!"
Izuwan melaporkan keadaan anggota yang membawa bazooka.
Iszran melontar bom asap dan merangkak pantas ke tempat lain, mencari titik buta machine gunner musuh.
*Kachak*
Dia melutut dan menyasarkan kepala musuh lalu me-neutral-kan sasaran.
Azizul segera mendapatkan Azik yang terkulai tidak bernyawa dan meratapi pemergiannya.
Kawasan di belakang mereka kembali meletus oleh bedilan unit mortar pihak lawan.
Izuwan melihat jauh ke atas bukit;
"Sarge. Enemy backup!"
"Berlindung! Siap sedia dan jangan bagi mereka datang dekat!"
Hasril mengangkat bazooka di bahu kanannya.
6th Company terus bertahan, Izuwan dan Iszran mempertahankan posisi belah kiri. Azizul bersama anggota lain di posisi belah kiri dan menerima tentangan lebih kuat daripada pihak musuh.
"Sarge! Mereka berundur!"
Azizul melaporkan.
"Fokus pada puncak bukit!"
Arah Hasril dan kompeninya tiba di puncak bukit;
"Masuk gerbang ni, belok ke barat dan kita akan sampai dalam perkarangan istana!"
Izuwan mengambil tempat pada tiang batu dekat gerbang;
"Sarge, kita makin ke dalam istana... Saya dah nak kehabisan peluru."
"Guna saja apa yang ada.
"Ambil senjata mereka kalau terpaksa."
Hasril memberitahu.
Tidak lama kemudian, askar musuh muncul dari dalam bangunan di belah barat.
"Atas bumbung!"
Azizul menunding jari.
Hasril mengambil peluang dan melepaskan tembakan bazooka untuk meletupkan sebilangan besar askar musuh yang berada di atas sana.
Iszran menembak askar musuh yang menggunakan jendela sebagai tempat untuk menyerang;
"Enemy clear!"
Dia memberi isyarat kepada rakan kompeni untuk memasuki dan memeriksa bangunan.
Izuwan dan beberapa anggota masuk ke bangunan kemudian keluar dengan isyarat; "bersih."
Maka semua bergerak masuk ke dalam bangunan, terpaksa memijak lautan mayat di sepanjang koridor yang sempit.
"Naik tangga tu dan kita akan sampai di kawasan taman!"
Hasril memaklumkan.
Izuwan menahan kompeni dekat luar taman istana;
"Unit mortar elimina ada di sini. Empat pit."
Iszran mengisi peluru;
"Kita neutralize satu. Pastu kamu semua halang bantuan mereka datang. Biar aku uruskan setiap pit."
"Dengar semua? Bagi isz fire support dan lepas ni kerja kita jadi lagi senang."
Azizul menarik pin bom asap.
Selepas mencapai persetujuan dan selesai dengan persiapan, dua orang pertama masuk ke taman lalu diikuti yang lain.
Askar-askar yang menjaga pit dikejutkan dengan kepulan asap di pintu masuk taman.
Azizul muncul dan menghujani mereka dengan peluru machine gun sehingga overheat.
Iszran membunuh setiap askar di dalam mortar pit. Dia merampas dan "priming" satu peluru mortar.
Dia melontar peluru tersebut ke mortar pit 2# dan melenyapkan semua orang di dalamnya.
*Boooommm..!*
"Two mortar pit clear! Dua lagi ada di belakang taman ni!"
Izuwan berkata.
6th Company maju lebih dalam ke kawasan taman. Ketibaan mereka disambut oleh tembakan MG Elimina di penghujung taman.
"MG! Left flank!
"Take'em out!"
Askar Marin meminta bantuan.
Hasril memakai bazooka bagi menghancurkan machine gunner yang berlindung di dalam pondok.
"Last mortar pit taken out!"
Iszran mengesahkan kerjanya dengan memusnahkan pit keempat.
"..."
Hasril melihat baki anggota kompeninya, hanya lebih kurang 54 orang sahaja;
"Masuk sini. Kita tembus ke kawasan kolam istana. Dan bantuan akan tiba dalam masa terdekat..."
Rumah besar di belah timur menjadi pilihannya.
Azizul membuka pintu rumah yang dikatakan;
"Bagus. Kita boleh hancurkan lagi tempat ni sampai tiada yang ingat macamana rupanya..."
Apabila mereka melalui ruang utama rumah itu, ukiran berbentuk bunga berdiri utuh walaupun sudah hilangan warna, retak dan sedikit kotor akibat peperangan.
Iszran meneliti;
"Asters. Bunga untuk raikan hubungan persaudaraan..."
"Ex septavis ut augustinus.
"Apa maksudnya?"
Izuwan membaca teks pada batang bunga.
"...
"Dari septavis kepada augustine."
Iszran menterjemah.
Azizul memerhati ke luar jendela apabila bunyi enjin kapal terbang bergema di langit.
Hasril membuka pintu keluar;
"Bantuan dah sampai. Mari gerak."
Kawasan kolam istana sungguh besar dihiasi tanaman hijau dan tugu. Terdapat dua laluan menuju ke bangunan utama istana, setiap satu dikotori debu akibat kesan pengeboman yang dilakukan oleh tentera udara.
"Terus berjaga-jaga. Flank both site! Bersihkan kawasan ni! Berpecah dan buru mereka!"
Arah Hasril dengan isyarat tangan.
Iszran memilih laluan belah kanan. Beberapa askar musuh hadir memberikan tentangan. Kolam yang kering menjadi pilihan terbaik bagi beberapa askar berlindung.
Tidak lama kemudian, tempat itu berjaya dibersihkan. Azizul dan Iszran membuka gerbang masuk ke bangunan utama. Izuwan menolak pintu masuk dan Hasril mengambil posisi memimpin semua anggotanya supaya tidak sesat.
"Shh...
"Sarge. Bayang-bayang."
Izuwan melihat ke jendela di bahagian bilik.
"Bunuh mereka.
"Azizul, pasang MG. Lindung unit para yang akan masuk dari belakang."
Hasril mengeluarkan arahan.
Izuwan menembak jendela dan menumbangkan beberapa askar musuh yang berada di luar tingkap.
Azizul melaksanakan apa yang disuruh. Iszran dan Hasril masuk ke ruangan seterusnya, menghadap beberapa lagi skuad musuh.
Unit Para berjaya masuk ke bangunan sebelah atas bantuan MG dan Azizul meninggalkan senjata berat itu kerana sudah kehabisan peluru.
Dia mengambil senjata musuh di atas lantai dan mendekati satu tangga turun ke bahagian basement bangunan.
Tiba-tiba askar musuh yang berpura-pura mati bangun menikam Azizul di bahagian dada.
"Aargh!"
Jerit Azizul.
"Zul!"
Izuwan menarik askar musuh dan menembaknya sampai mati.
Azizul terduduk. Hasril pun datang dekat, memegang tangan dan berbisik kepada anak buahnya.
Iszran melihat wajah Azizul yang tenang dan perlahan-lahan menutup matanya. Kemudian sarjan berdiri semula dan melontar bom asap ke bawah tangga.
Selebihnya turun masuk ke ruang bawah tanah dan meneroka laluan ke bangunan lain.
Mereka terserempak dengan saki baki askar musuh dan terus bertempur tanpa buang masa.
Pertempuran berterusan sehinggalah mereka tiba di ruang bawah tanah yang memiliki tangga naik ke atas.
Hasril memegang pemegang pintu dan melihat baki anggotanya seramai 22 orang apabila keluar dari bangunan.
Suasana sunyi. Hanya bunyi kapal terbang dan bom kedengaran di telinga. Kotak supply drop ada di perkarangan istana.
Dari bangunan seberang, dua askar musuh memegang kain putih berjalan kearah mereka.
"Hold fire."
Kata Hasril;
"Wan. Periksa dia."
Izuwan dan Hasril menahan dua askar itu sebelum memeriksa badan mereka.
"Pusing!"
Izuwan berkata kepada askar 1#.
"Angkat tangan."
Hasril memeriksa poket baju askar 2#.
Secara mengejut, kedua-dua askar cuba merampas senjata dari Izuwan dan Hasril.
Iszran menarik pistol dan menembak kedua-dua askar. Ledakan bom dalam baju askar musuh buat askar marin yang lain terhumban ke atas tanah.
Hasril tidak sedarkan diri. Izuwan hanya alami cedera ringan dan memeriksa keadaan sarjan.
"Hasril!!! Isz! Sarjan dah terkorban! Anjing-anjing elimina ni dah bunuh dia!"
Jerit Izuwan mendapati tapak tangannya berdarah.
Laungan warcry datang dari bangunan seberang dan asap tebal terbentuk di depannya.
Iszran mendapatkan Thompson dari supply drop;
"Ini bukan masa berkabung!
"Ini masa kita pertahankan tempat ni!!
"Hold your line!!!"
Dia melepaskan tembakan pada kepulan asap.
Izuwan dan askar marin ikut arahannya, berbaris di beg pasir dan melepaskan tembakan apabila ada askar musuh keluar dari asap.
Unit para datang dari bangunan lain memberikan bantuan dan menyiapkan radio di belakang mereka semua.
"Airstrike are available!"
Askar Para menyerahkan radio kepada Iszran.
"Panggil! Hantar semua askar durjana ni ke neraka!!"
Jerit Izuwan.
Jumlah musuh tidak berkurang dan terus menyerang posisi mereka dengan bayonet charge.
Tidak lama kemudian, pesawat pengebom terbang lalu di atas dan mengebom bangunan di seberang.
Warcry sekali lagi datang tapi dari bangunan sebelah, asap baharu terbentuk.
"Tak guna! Jangan berhenti menembak!!!"
Izuwan melontar bom tangan ke depan.
"Airstrike available!"
Radio berbunyi.
Iszran menggunakan pistol untuk membunuh sambil menggunakan radio. Dia berteriak sekuat hati supaya mesejnya dapat didengari operator radio.
"Isz!!! Panggil airstrike! Sekarang jugak!!"
Askar marin bergelut dengan askar penyerang.
Dua buah pesawat tempur tiba dengan payload yang banyak cukup untuk merobohkan bangunan sebelah dan menghentikan gelombang askar berani mati Elimina.
Suasana kembali sunyi. Askar marin dan unit para kekal waspada sehingga bantuan tiba dari rear line.
Izuwan menyandar pada pagar batu;
"Akhirnya... Kita...berjaya. Perang ni dah berakhir..."
Iszran melaporkan kepada HQ;
"Marin-02 ke HQ. Minta medic personnel untuk bawak keluar yang cedera keluar dari sini. Over."
"HQ ke marin-02. 50 Medical personnel dah bertolak. ETA dalam 180 minit. Over."
HQ menutup radio.
Rasanya ini chapter terakhir, (mungkin lah). Ada banyak lagi idea/scene yang rasa nak letak kat dalam cerita ni. By the way, thank you baca cerita ni. Jumpa lagi. (人 •͈ᴗ•͈)
Share this novel