BAB 21: Amaran!
KEMUNCULAN isu keluaran nombor 2 SELONGKAR dengan tajuk muka hadapan berjudul 'SIAPA SOSOK MISTERI DI BALIK JENDELA APARTMEN BLOK B HUNTED HILLS?' nyata telah menarik minat ramai peminat setia tabloid BONGKAR agar beralih membaca akhbar tabloid baru tersebut.
Percaturan yang dibuat oleh pengarah urusan SELONGKAR iaitu Encik Daud Junaidi ternyata tidak salah malah sangat menguntungkan syarikat baru terbabit. Jualan edisi kedua SELONGKAR di pasaran telah mendapat sambutan memberangsangkan!
Perkara ini turut di sedari oleh sidang redaksi staf dan wartawan dari syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR. Nyata mereka sangat terkejut hingga telah menjadi buah mulut perbincangan hangat di pejabat.
Bukan setakat itu,malah laporan jualan isu terbaru BONGKAR yang sudah menjengah di pasaran juga di dapati merosot.
*****
BILIK PEJABAT PENGARAH URUSAN.
PAKK!
Harun menepuk ke meja dengan wajah geram.
"Sabarlah Run..biasalah tu..ada masa rating kita naik..ada masa,turun"nasihat Ghani.
"Aku bengang bukan pasal rating jualan kita turun Ghani"kata Harun.
"Habis tu?"
"Aku cukup bengang bila kita yang memulakan sesuatu,tapi kemudian syarikat lain pulak eksploitasi apa yang kita mulakan demi kepentingan mereka. Ini lah apa yang SELONGKAR dah buat! mereka nampak pembaca kita kecewa lepas artikel berkenaan Haunted Hills terpaksa di hentikan. Jadi mereka pun menangguklah di air keruh"kata Harun sambil geleng kepala dan tak puas hati.
Yana yang sedang termenung menongkat pipi setelah semangatnya luntur dengan rating jualan dua isu mutakhir BONGKAR yang masih mengecewakan pun mulai bersuara.
"Ghani..Harun...i ingat kita kena ubah fikiran dan keputusan yang kita dah capai sebelum ni. Kita tak ada pilihan lain selain kembali semula ke Haunted Hills and give what our readers want. They want more articles about Haunted Hills,that's fine! I'm back and let's do it!"kata Yana penuh bersemangat.
Ghani dan Harun menoleh ke arah Yana.
"Engkau sanggup lagi ke Yana?"tanya Harun.
"Memanglah risikonya ada Run..tapi kita dah tak ada pilihan lain lagi. Sampai bila kita nak lihat lebih ramai readers kita berpaling kepada SELONGKAR?"
_______________
MALAM tu kereta yang di pandu oleh wartawan Yeob Maon berhenti sebentar di sebuah kedai 24 jam. Macam biasalah wartawan gemuk gedempol dan pendek serta bersuara parau tu singgah ke situ untuk apa lagi kalau bukan nak beli keropok jajan dan sekotak air milo besar kegemarannya.
KTING TONG!
Pintu kaca kedai 24 jam di tolak sebelum sepasang kaki peha debab dan besar melangkah masuk.
"Huhuhu iya ada macam-macam kopok jajan yang lazat dan enak ada di jual ya? Huhuhu iya baik..baik..sekian"tersengih-sengih dah macam apa.
Malam-malam macam ni wartawan Yeob pakai tshirt band metal kegemarannya MEGADETH dan berseluar pendek je.
Keropok jajan dekat rak di belek setiap satu.
"Huu?kopok kentang perasa sate barbeque pedas? Huhuhu sodip..sodip..bior le aku beli je..sekian"
Dua bungkus besar di sambarnya terus.
Ternampak pulak sosej donat dan cucuk-cucuk nugget goreng dalam peti oven kedai.
"Uhuhu iya dik..mintak bior ko bungkuskan aku sosej donat dua ketul sama cucuk nugget tiga batang ya..sekian"katanya pada gadis jurujual di kaunter.
"Okey bang"
Setelah membayar di kaunter, si buncit tu toleh pulak ke rak menjual majalah dan paper. Di lihatnya ada seorang lelaki sedang belek akhbar tabloid misteri keluaran isu terbaru BONGKAR.
"Adoi laa..kenapa lah BONGKAR dah stop terbitkan artikel Haunted Hills tu ek? boring lah macam ni! kita sebagai pembaca di biar tertanya-tanya dengan persoalan misteri Haunted Hills yang masih banyak lagi tak terjawab"kata pelanggan tu meluahkan ketidakpuasan hatinya.
Laju je si wartawan buncit Yeob Maon mendekati pemuda berkenaan.
''Huu..uhuhu iya mintak bior ko teruskan baca surat kabor BONGKAR ni ya..uhuhu ini jikeranakan artikel-artikel lain yang menarik masih banyak untuk ko baca lah..sekian"
"Eh awak ni wartawan Yeob Maon kan?"
"Huhuhu iya ko kenal aku tak pe..huhuhu mintak bior ko baca artikel siasatan aku kat bilik asrama budak sekolah mati bunuh diri gantung kat kipas..sekian"
"Err..tapi saya lebih berminat dengan artikel Yana Maya tentang Haunted Hills Encik Yeob''
Tiba-tiba seorang lelaki lain pula mencelah perbualan tersebut.
"Give up je lah baca BONGKAR. Lebih baik ko try baca tabloid ni pulak"kata lelaki tu sambil cadangkan senaskah akhbar SELONGKAR yang turut ada di jual dekat rak akhbar dan majalah kedai.
"Huu?! Uhuhu tak patut..tak patut..iya ko ni sapa pulak haa? Tiba-tiba nak kacau daun cenggini. Uhuhu bior le dia nak baca BONGKAR. Ko sibuk sangat dah kenapa haa?sekian"wartawan Yeob Maon dah bercekak pinggang. Cakap mengah-mengah dengan suara parau yang lantang.
Lelaki tu menahan wartawan Yeob dengan tangannya sambil tersengih.
"Wow tak sangka wartawan Yeob Maon parau dan selantang ini suaranya..well by the way..aku Yen. Wartawan SELONGKAR yang bertanggungjawab pergi redah ke Haunted Hills dan tulis artikel utama kat muka hadapan ni"kata lelaki tersebut sambil tayang akhbar SELONGKAR.
"Uhuhu mintak ko jangan layan sangat orang ni..iya terus beli surat kabor BONGKAR dan balik rumah ya..sekian"
"Nah! BONGKAR tak nak sambung pasal Haunted Hills tak apa,SELONGKAR pun boleh amek alih tugas yang di tinggalkan oleh wartawan Yana Maya"kata Yen.
Pemuda tadi pulak tengah belek surat khabar SELONGKAR.
"Wow best lah! tak sangka SELONGKAR lebih berani dari BONGKAR. Yes! aku nak beli tabloid ni je"katanya.
"Huwaaaaa! naya..naya..lebih baik aku balik dan ngap kopok jajan sosej donat yang aku beli ni lagi baguslah..sekian"
"Makanlah selagi boleh ya wartawan Yeob Maon..tak lama lagi syarikat BONGKAR dah gulung tikar,dah tak ada gaji nak beli kopok jajan bagai dah..kikiki bye"wartawan Yen menyakat.
"Uhuhu tidak..tidak..ko dah salah besor! Uhuhu jikalau maka nya syarikat SELONGKAR yang akan bungkus..sekian..sekian..aku tak mo nak layan ko!"
Wartawan Yeob Maon terpaksa beredar dari kedai dengan kecewa.
_________________
SEJURUS beredar dari kedai pasaraya 24 jam,wartawan Yen terus memandu keretanya untuk pulang ke rumah. Bulan malam mengambang penuh di dada langit. Lagu dari stesyen radio terus berkumandang dari corong radio kereta sambil kenderaan itu membelah di sebatang jalanraya.
Wartawan Yen bersiul-siul sambil memandu. Sesekali kepalanya di terangguk-angguk mengikut rentak lagu yang sedang bersiaran. Pada ketika itu jalan yang di lalui agak sunyi-sepi.
Tiba-tiba di lihatnya ada kelibat seseorang sedang berdiri di tengah jalan tak jauh di hadapannya.
Tak pasal-pasal keretanya terpaksa di brek. Seorang lelaki yang tidak begitu jelas wajahnya sedang berdiri tercegat. Dia di lihat memakai topi seperti koboi dengan menyarung jaket kulit leather hitam panjang separas lutut dan bersarung tangan.
PINN PINNN!
Wartawan Yen membunyikan hon beberapa kali sebelum membuka tingkap lalu menghamburkan kata-kata kesat.
"Woi nak mati ke! Kenapa berdiri tengah jalan macam tu!?' bodoh ke tepi lah!"
Lelaki misteri itu tetap tidak mahu berganjak. Tiba-tiba dia menyeluk ke dalam saku jaketnya sebelum melempar segulung kertas ke hadapan cermin kereta detektif Yen.
"Aik? Dia baling apa ni? Bukan surat khabar ke?"Yen pun meraba tangan nya ke luar tingkap lalu menggapai gulungan tersebut.
Apabila gulungan itu di buka,ternyata ianya adalah naskah akhbar tabloid SELONGKAR.
Kemudian muncul suatu suara di dalam benak fikiran wartawan terbabit.
'Ini adalah suatu amaran! Kalau kau berani tulis lagi artikel pendedahan tentang apartmen Haunted Hills, kau memang menempah nahas!"
Wartawan dari syarikat akhbar SELONGKAR itu tahu lelaki misteri di hadapannya pasti ada kaitan dengan tapak apartmen terbiar Haunted Hills dan malah sedang memberinya amaran dalam bentuk komunikasi telepati.
"Kau ni siapa sebenarnya?!"soal wartawan Yen dengan cara bercakap di dalam minda.
"Kau tak perlu tahu aku siapa. Tak cukup lagi ke dengan gambar aku yang kau ambil dari sebalik jendela blok B Haunted Hills dan siarkan sebagai muka hadapan tabloid tu?! Ingat,gerak-geri kamu di Haunted Hills akan selalu di perhatikan"
Wartawan Yen berasa sedikit ketakutan. Tangannya mulai menggigil. Lelaki misteri itu pun di lihat melangkah pergi lalu menyelinap ke dalam hutan di sebelah tepian jalan.
Yen tidak segera beredar. Dia masih menanti dan terjenguk-jenguk ke arah hutan.
Sesuatu yang pelik berlaku di hadapan mata wartawan itu. Dia melihat ada cahaya terang di sebalik celahan hutan. Kemudian cahaya itu menjulang tinggi ke langit tinggi sebelum berdesup ia meluncur pergi selaju tembakkan peluru.
"Ish..apa sebenarnya benda tu?"Yen masih kebingungan.
Setelah segalanya kembali tenang barulah kereta yang di naiki beredar dari situ.
Share this novel