KRISIS pencerobohan lanun yang semakin meningkat di perairan Sabah membuatkan semakin banyak operasi yang perlu aku tangani. Cuti, memang tak pernah wujud buat aku untuk beberapa bulan ini. Rindu pada keluarga terpaksa aku tolak ke tepi dahulu.
"Tuan...ini laporan tentang operasi kita di Sabah tempoh hari.."
"Terima kasih, Koperal Ahmad Danny, awak boleh keluar sekarang.."
"Baik, Tuan..."
Laporan tentang operasi yang baru sahaja aku tangani bersama tujuh Batalion Infantri Standard dan satu Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Sarawak yang bergabung tenaga untuk menentang kegiatan lanun dan pencerobohan sempadan di perairan Sabah kelmarin, aku teliti dengan sebaik mungkin. Baru mahu melepaskan nafas yang mengasak dadaku, muncul pula satu bunyi aneh di dalam bilik pejabatku ini.
Aku amati bunyi pelik itu sebaik mungkin, sehingga terpejam mataku untuk mencari dari arah mana munculnya bunyi pelik ini. Semakin lama aku mengamati bunyi itu semakin jelas pula ia menyapa gegendang telingaku. Bunyi itu kedengaran seakan-akan bunyi gelang kaki wanita India.
Dahlah malam ni, malam Jumaat giliran aku pula kena bertugas memeriksa beberapa orang prebet berkawal di post guard. Ah, malang pula aku rasa diriku saat ini. Aku menekup kedua-dua belah telingaku dengan telapak tangan. Sebentar bunyi itu hilang. Namun, bila aku jatuhkan semula kedua-dua belah lenganku, bunyi itu semakin kuat menampar gegendang telingaku. Aku bawa diriku ke bawah meja. Menyorok kan tubuh sasa tinggi lampaiku dari bunyi yang menyeramkan itu. Mujur muat-muat sahaja badan aku di bawah meja ini.
Seketika kemudian, ketukan pintu bilik pejabatku ini menyentak diriku. Tak pasal-pasal terhantuk kepala aku dibuatnya. Aku melaung kata 'MASUK' itu agak lantang.
"Tuan saya 2703851, Leftenan Muda Farihin, lapor diri...! Tuan...!!!"
"Woi...aku kat sinilah..." aku melambai-lambaikan tanganku dari arah bawah meja ini.
Mujur Leftenan Muda Farihin yang tak mengerti makna takut ini segera mengetahui keberadaanku saat ini.
"Ya... Allah, Tuan buat apa kau kat bawah meja itu, bah..keluarlah Tuan..!" terkeluar loghat Sabahnya.
Aku merangkak keluar dari bawah meja kerjaku semula. Jatuh air muka aku berhadapan dengan Leftenan Muda Farihin saat ini. Aku kemaskan semula diriku yang berantakan. Aku lihat Leftenan Muda Farihin ingin mentertawakan aku, namun bila terpandangkan muka ketat aku, langsung terbantut niatnya itu.
"Ya..ada apa malam-malam ni Leftenan..sepatutnya awak dah pulang ke berek.."
"Ya..tuan, tapi saya diarahkan untuk menyampai pesanan sulit ini pada tuan..Tuan!"
"Erm..letak atas meja dulu...arahan daripada siapa Leftenan..?"
"Daripada, Tuan Jeneral Shamsyul Shamsuddin..tuan. Kalau tiada apa lagi, saya keluar dulu tuan.."
"Kejap, Leftenan..masa awak masuk tadi, ada dengar apa-apa tak..?"
"Tak dengar apa-apa, tuan..!"
"Betul, tak dengar apa-apa?" aku ulang kata yang sama sampai sepuluh kali.
Dari bersemangat Leftenan Muda Farihin menjawab sehingga suaranya dah naik lemau aku dengar. Sakit pula telinga aku ni mendengarkan suaranya yang serupa radio rosak.
"Sudah, awak boleh keluar sekarang Leftenan. Tutup pintu tu rapat-rapat..!"
"Baik.. Tuan!" jeritan suara Leftenan Farihin bergema di seluruh ruang sederhana besar ini. Mungkin dia sebal dengan aku sebentar tadi.
Aku bawa diriku duduk semula di kerusi empukku itu. Air putih yang memang sudah siap tersedia di atas meja aku teguk rakus. Mujur bunyi itu tidak kedengaran lagi selepas kedatangan Leftenan Muda Farihin sebentar tadi.
"Tahu 'ekau' takut...jangan ganggu.. esey nak buek kojo ni.. tolonglah yo.." mohon aku pada entiti yang aku sendiri pun tak tahu kewujudannya itu.
Kata Mak Qhurshiah, kalau kita minta baik-baik, 'benda' tu takkan kacau kita. Ah, mengarut jelah semua tu, tapi cakap orang tua-tua ni kena diguna pakai juga. Tapi janganlah sampai jatuh kurafat. Tak pasal-pasal terpesong pulak akidah.
Mulut aku masih terkumat-kamit membaca beberapa potong surah yang terlintas di kepala otakku sambil menghabiskan segala kerja-kerja yang masih berbaki. Sekilas, aku menghalakan pandanganku ke sekeping sampul surat yang terletak elok di atas meja kerja aku yang berwarna coklat gelap ini.
Aku ambil dan membuka dengan teliti. Isinya aku keluarkan dengan berhati-hati. Surat pertukaran tempat bertugas yang tertera sebaris namaku, aku teliti dengan penuh khusyuk. Aku kena lapor diri seminggu dari sekarang di Kem Seberang Takir, Kuala Terengganu. Aduhai, tak beragak betullah ketua aku ni. Dia nak tukarkan aku tapi bagi waktu terlalu singkat. Ingat aku ni ada kuasa 'Super Saya' ke macam Ghoku hero, kartun Dragon Ball tu..?
***
Kampung Juasseh Tengah aku jejakki lagi pagi Selasa itu. Muncul Mak Qhurshiah yang sudah menantikan kepulanganku. Terus aku dapatkan Mak Qhurshiah yang tersenyum mekar di muka pintu.
"Rindunyo kek Omak..." aku terus peluk ibuku setelah menyalami dan mengucupi tangan tuanya. Kucupan terus aku berikan pada kedua belah pipi ibuku yang cantik jelita ini.
"Masuk Ngah...anak Omak ni dah makan lom..?"
"Bolum Mak...nak Zohor jap, tadi tak sompek. Mak.. Qas mano..? Anak buah Angah tu comei tak Mak?" aku menyoal ibuku bagai hari esok sudah tiada.
"Ekau ni, nak lawan taukey nampak eh, ingat Omak jo boleh tanyo laju-laju macam kereto api. Ado tu hah dalam bilik eh, cucu Omak mestilah comei.. ekau tengoklah omak bapak budak tu pulak..alahai ekau ni Ngah...dah poei solat dulu. Tak elok lengah-lengah an.."
"Baik.. Madam!" aku buat tabik hormat di hadapan Mak Qhurshiah, tak pasal-pasal melatah ibu aku ni.
"Mak kau hijau... Ngah ekau ngono an Omak yo, bertuah punyo budak..." Mak Qhurshiah memukul tubuhku dengan tudung periuk di tangannya. Nasib kena dekat belakang badan, kalau kena kepala tadi..? Padan muka aku..!
"Ngah...gulai Omak kek dapur..." bekejaran Mak Qhurshiah membawa dirinya macam berdesupnya kereta yang dipandu oleh pelumba di Litar Formula One, Sepang.
Kepala aku gelengkan. Baru aku tahu kehadiran tudung periuk di tangan Mak Qhurshiah tu datangnya dari arah dapur rupanya. Setelah usai aku menunaikan kewajipanku sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini, aku bawa diriku menuju ke bilik milik adik perempuan aku, Qaureen Qasmina.
Daun pintu bilik Qaureen Qasmina aku ketuk terlebih dahulu. Tanpa menunggu lama, Qaureen Qasmina dah berdiri di muka pintu.
"Abang Ngah...Ya Allah, rindunyo Qas dengan Abang Ngah..Abang Amin tak balik samo ko..? Abang Ngah, jom tengok baby Merqeen.."
Qaureen Qasmina sudah menarik lengan kekarku ke arah katil bayi yang terletak di hujung katilnya. Aku agak keberatan untuk melangkahkan kakiku di dalam bilik peraduan adikku ini, langsung aku keraskan tubuhku.
"Kenapo ni Abang Ngah, tak sudi ko nak nengok anak Qas.." wajah Qaureen Qasmina dah berubah riak.
"Bukan macam tu Dik Qas, Abang Ngah sogan nak masuk bilik ekau, Dik Qas kan dah nikah...bilik ni kan privasi ekau dengan Amin..tak syok lah.. bawa jolah baby ekau tu keluar.."
"Yolah...kebetulan baby Qas dah jago hah, macam tahu-tahu yo Pak Ngah eh nak jumpo dio.."
Qaureen Qasmina menyerahkan anak sulungnya itu untuk aku dukung. Elok sahaja bayi lelaki ini diam di dalam gendonganku. Aku elus lembut pipi montel baby Merqeen dengan jejemari kasarku. Sudah empat bulan usianya. Selama itu jugalah aku tak bersua muka secara berhadapan dengan ahli keluargaku. Kini, terubat kerinduanku kepada mereka.
Tambahan dapat berkumpul makan bersama di ruang tengah dapur di atas hamparan tikar mengkuang. Makan sambil bersila. Ah, aku terlalu rindukan suasana sebegini. Menjamu hidangan daripada air tangan ibu, walaupun menunya ringkas, keenakkannya boleh buat ukuran saiz badanku berubah.
"Ngah..kau cuti lamo ko...?" soal Abah Qayyum setelah menghabiskan suapan terakhirnya.
"Taklah Abah, lopeh ni kono bertugas kek tompek baru..raso eh kem Abah dulu tu..Kem Seberang Takir kek Kolo Terengganu. Angah diserap masuk dalam Batalion Infantri (PARA), Abah."
"Botolah tu, kem Abah dulu tu...elok-elok kek tompek baru..bilo lapor diri..?" Abah Qayyum menyoal aku dengan senyuman terukir di wajah.
"Jumaat ni Abah..." jawab aku ringkas.
"Laa..tiga hari lagi jolah, takpolah Ngah, ada laei dua hari ekau bersamo dengan kami..eh, si Amin pun kono transfer samo ko..."
"Tak tau pulak Angah, Abah.. takdo pulak Amin bagitahu kek Angah...tak tahulah do kok dio nak buek surprise.."
Terdengar ada suara seorang lelaki yang memberi salam di pintu hadapan rumah. Qaureen Qasmina dah berlari untuk membuka pintu. Rindu benar nampaknya adik aku ni pada suaminya.
"Erm...mm, kot yo pun rindu, simpan-simpan sikitlah kemesroan tu, nak berdarah hidung Abang Ngah ni hah, kesianlah mo Abang Ngah yang bujang ni..."
"Dah tu apo lambek bonar nak menikah, lamo dah kak Bebo tu tunggu Abang Ngah, jangan sampai melopeh nanti Abang Ngah oiii..." Qaureen Qasmina memberi peringatan.
Ya...Allah, kenapalah aku dah lupa pasal minah pakar bedah tu..? Mungkin aku tak ambil pusing pasal perempuan agaknya. Yalah, bagi aku mereka ni semua membebankan kepala otak aku. Buat tempat persinggahan bolehlah, tapi kalau nak serius, aku rasa pintu hati aku belum terbuka.
Tapi...lain pulak aku rasakan bila berdepan dengan Dr Simra Sahana Shamreen a.k.a Bebo ni. Entahlah, macam ada satu aura yang sukar untuk aku tafsirkan dalam bentuk kata-kata. Inikah yang dinamakan CINTA..?
"Erm..sobut jo nama Kak Bebo, terus Abang Ngah mengelamun jauh. Kalau Abang Ngah dah suko cakap, bagitahu empunyo badan.. jangan duk diporam hati tu, Abang Ngah nak buek pekasam pulak ko..?"
"Ekau ni kan Dik Qas, Abang Ngah jahit mulut tu kang, dah poei bagi laki ekau makan...ponek dio tu.."
"Abang Ngah...bilo sampai..?" tegur Kapten Shahril Aimin sambil bersalaman denganku. Tubuhku dipeluknya.
"Tengah hari tadi..dah siap berkubang dah dalam sungai kek hujung jalan tu hah..lopeh gian.."
"Alahai... Abang Ngah buek kojo tak menunggu..Esey masuk bilik dulu yo.. nak mandi, lopeh tu makan..rindu masakkan Omak mo bini comei esey ni Abang Ngah. Laei-laei kek budak kocik tu, comei boto sama macam omak eh ni hah.."
"Poei la...Abang Ngah dah konyang.." tawaku sambil mengelus perutku yang terasa sedikit senak.
***
Aku bawa langkahku duduk di pangkin luar rumah menemani Abah Qayyum sambil minum kopi. Memang port Abah selepas makan malam. Abah aku ni memang tak merokok orangnya sebab tu, tubuh badan Abah Qayyum masih segak. Kekal dari masa muda-muda dulu sampailah dah masuk enam puluh tahun umurnya.
"Abah...dulu maso Abah dalam anggota, Abah unit Batalion 18 RAMD kan..Kompeni Bravo."
"Yo...apo pulak ekau tanyo..?"
"Takdolah, Abah...cumo nak ilmu yo kek Abah...sebab Angah kan Sniper.. tup-tup kono belajar tongojun pulak..memanglah basic tu dah ado..tapi macam tak yakinlah Abah..."
"Apo pulak tak yakin, bukan maso kocik-kocik ekau suko tongojun (terjun) ko.. tu parut kek dahi tu tak ingat dapek eh macam mano..naik gilo Omak ekau, melalak siang malam ekau tak bangun sebulan koma kek hospital kem Abah dulu.."
Aku tertawa kecil, memang aku dah tak nak ingat dah peristiwa pahit tu. Melihat tangisan Mak Qhurshiah bagai menyentap kasar tangkai hatiku.
"Alaa... tu maso kocik Abah..ni dah godang, mano nak samo.."
"Ngah.. sini, dokek sikit mo Abah yang ponting sekarang ni keinginan. Pucuk pangka eh kek sinia.." Abah Qayyum tunjuk tepat telunjuknya ke arah dada kiriku dan sisi kepalaku. Dia tersenyum penuh makna ke arahku sebelum berlalu meninggalkan aku berseorang di situ.
"Ngah...jangan lamo bonar memikir tu...Abah masuk dulu, Omak ekau dah sojuk dalam bilik tu tunggu Abah..." tawaku lepas mendengar kata akhir Abahku tadi. Sajalah tu nak dera hati anak jantannya ni.
Aku geleng kepala. Tengah sedap layan minum kopi panas buatan ibuku, Kapten Shahril Aimin menyapaku.
"Amboi.. Abang Ngah borak apo mo Abah, seronok bona nampak eh.." Kapten Shahril Aimin labuhkan punggungnya di hadapanku.
"Pasal Abah maso dalam unit dulu..ingatkan Abah nak turunkan ilmu, last-last dio suroh Abang Ngah fikir sendiri..Eh, ekau kono transfer tak..?"
"Kolo Terengganu...kono lah Abang Ngah oii..tu yang esey balik ni.. berjodoh boto kito kan.." Kapten Shahril Aimin senyum nipis.
"Ekau kan brotherhood Abang Ngah..mano pongonah (pernah) berpisah..Abang Ngah ingatlah ni pasti Jeneral kito tu nak bontuk satu unit baru..tak habis-habis unit rahsio eh tu. Ekau kan dari unit pemusnah bom.. Abang Ngah pulak sniper...tentu ada agenda tersembunyi ni.."
"Apo-apolah Abang Ngah, sedio berbakti pado negaro tercinto. Kito kan dah bersumpah..Abang Ngah tak nak membuto (tidur) laei ko..? Dah jauh malam ni Abang Ngah.."
"Ala...ekau ni, tahulah ado bini tengah menunggu...tomanlah Abang Ngah kojap hah...mato ni sogar pulak deh, minam kupi ni agak eh..ekau tak nak ko pekono secawan.."
"Mano buleh tolak kupi Mak Qhurshiah..sodap hinggo menjilat jari...nasib baik si kocik dah tido..."
"Baik anak ekau tu, tak banyak ragam..konyang menyusu terus tido. Merengek pun kojap-kojap jo..."
"Alhamdulillah...Allah permudahan Qas jaga baby Merqeen..mungkin esey ni tak dapeklah nak jago mereko berduo tu macam suami oghang lain tu, mintak maaf yo Abang Ngah, esey selalu tingga an Qas, tapi percayolah Abang Ngah, Qas satu-satunyo isteri tercinto esey dunio akhirat.." aku angguk kepala, bahu adik ipar aku ni aku tepuk lembut.
"Sssh.....kau donga tak, apo yang Abang Ngah donga..." jari telunjuk sudah terlekap di bibir.
Kapten Shahril Aimin dah angkat kedua-dua belah kening tebalnya. Kepalanya digeleng-gelengkan. Kedua- dua belah tangan kekarnya sudah diangkat dan digoyang serupa Mami Jarum. Mujur tak pakai gelang tangan.
Cakap pasal gelang, bunyi gelang kaki itu kedengaran lagi. Betul-betul menghantui aku. Dahlah malam-malam buta ni, tepat betul masa 'dia' cari untuk berbunyi. Dengan berlatar bunyi cengkerik, unggas bersama burung hantu dok berpadu malam ni buat konsert, arghh... betul-betul menyeram kan suasana. Desiran angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut membuatkan segala bulu yang ada di tubuh aku meremang, mencanak-canak naiknya.
Aku pandang si Amin yang tengah leka menghirup air kopi Mak Qhurshiah di dalam cawan aku. Aduhai, memang takde perasaan betullah dia ni. Hati kering betul, tak perasan ke abang iparnya ni dah serupa mayat kat sini, ketakutan. Jika ditoreh lengan aku ni rasanya tak keluar langsung darah agaknya.
"Woi, Amin...takkan ekau tak donga langsung..."
"Masalah eh, memang esey tak dongalah Abang Ngah..."
"Ekau pokak ko Amin oii...bunyi tu kuek kot, Ka-ching....Ka-ching dari tadi tau...Abang Ngah sajo buek bodoh..."
"Perasaan Abang Ngah je kot...tak ado pun Abang Ngah, bunyi burung hantu adolah..."
"Hah....lagi kuek bunyi eh, hah...Ka- ching....Ka-ching macam golang kaki, aci India...takkan sikit pun ekau tak donga an, Amin oii...ekau bagi Abang Ngah paneh ni..sebolum ekau makan penumbok Abang Ngah, lobih baik ekau masuk sekarang...!" jerkah aku pada adik iparku ini.
"Abang Ngah ni, macam-macamlah.. Abang Ngah pun masuk, dah malam buto ni.. esey masuk dulu, jangan lupo kunci pintu ni kang.." pesan Kapten Shahril Aimin yang sudah membawa langkahnya dengan wajah cemberut.
Sebaik sahaja Kapten Shahril Aimin masuk ke dalam rumah, bunyi gelang kaki itu kedengaran lagi kuat dan sangat jelas. Aku yang sudah diselubungi rasa ketakutan sengaja aku layankan permainan entiti itu. Gemerincing bunyi loceng-loceng kecil itu bergeseran sesama sendiri. Bila diamati bunyinya seperti satu muzik klasik India, sekali dengar macam lagu Bollywood filem kesukaan Abah Qayyum, lakonan Dharmendra dengan Hema Malini, Tum Haseen Main Jawan yang popular tahun 1970 an dulu.
Aap ko pahle bhi kahin dekha hai...
Khwab me ya rubaru par dekha hai...
Aao hilmil jaye moj udale zindagi me...
Tum haseen..main jawan....
Tum haseen...main jawan..
Aku pun apa lagi, dalam ketakutan boleh pula dok layan goyang sama, sebab lagu ni rancak gila. Sedar-sedar, aku terbangun di laman rumah Abah Qayyum dan Mak Qhurshiah, mujur ada lagi berapa minit nak azan Subuh!
Assalamualaikum dan hai semua...done update bab seterusnya. Apa macam kelakar ke idok? Sila tinggalkan comment yg membina buat author...love you alls..
Share this novel