“CIK Mustika. Ada rumors yang mengatakan Cik Mustika ada hubungan istimewa dengan Tengku Saif. Boleh bagi komen?”
Mustika menayang senyuman yang cukup manis memikat. “Tengku Saif dan saya tak ada apa-apalah… Kami cuma berkawan baik,” Tangannya disenggol pada bahu sasa lelaki itu, nak tunjuk betapa ‘akrab’ hubungan ‘persahabatan’ mereka.
Kawan baik sampai beli rumah. Humph!
“Tengku Saif? Komen tuan sendiri tentang rumors ni?”
Dan kamera diteleng ke wajah kacak Tengku Saif yang hampir tak berperasaan.
“Saya tak kisah sangat tentang rumors tu. Tapi,” Dia memandang Mustika. “Saya risau rumors seperti ini akan ganggu Mustika,”
Eee, menyampah! Nigina dah sumpah seranah lelaki tu dalam hati.
Dua orang nurse yang dari tadi menonton tv, kini mula berborak sesama sendiri.
“Eee, kau tengok tu. Setiap bulan, mesti berganti skandal. Tak padan dengan laki orang!”
Kawannya menyampuk, “Kalau yang laki orang tu Tengku Saif, aku pun beratur tau. Hi hi hi!”
“Hei, kau jangan macam-macam. Aku dengar, isteri Tengku Saif tu pun bukan calang-calang orang. Kaya-raya juga tau. tapikan... Dia tak kisah ke suami dia macam tu? Tak kesian dengan diri sendiri ke?”
“Biarlah, rumah tangga diorang. Orang kaya ni lain sikit pemikirannya. Kita-kita yang marhaen ni terpaksa hadap drama mereka.”
Nigina mencuka. Tanpa dia sedar, seseorang sudah berdiri di belakangnya. “Saya pun tak faham, apa masalah lelaki macam Tengku Saif tu. Apalah dalam kepala otak dia?”
Nigina tersentak dan menoleh. “Doktor Zul?”
Lah, dari tadi dia ni pun menonton tv rupanya…
“Isteri dia nampak apa dalam suami dia agaknya, sampai dia boleh bertahan?” sambung Doktor Zul lagi. Nigina di sebelahnya dah melopong.
“OKAY. Apa masalah suami kau tu sebenarnya eh?!”
Nigina telan air liur lagi. Dengan Atifa pun dia kena dengar pasal gosip Tengku Saif.
Saif, Saif dan Saif! Gosip liar mengalahkan artis! Dia sampai naik bosan.
“Hello, Nigina Haura! Don’t ignore me,” suara bingit Atifa menerjah telefon. Awalnya, Nigina cuma menghubungi Atifa untuk ucap terima kasih kerana dah pinjamkan wang kepadanya. Tapi, belum sempat Nigina lontarkan ucapan penghargaannya, Atifa dah serang dulu dengan gosip yang dia tonton di televisyen tadi.
“Apa yang jadi? Macam yang kau nampaklah,” balas Nigina acuh tak acuh. Dia siap memarkir kenderaan di garaj lalu disambut pembantu rumah. Puan Dija segera mengambil beg tangan dan bantu Nigina menanggalkan kot. “Puan Nigina nak apa untuk makan malam,”
“Saya kenyang. Terima kasih.”
Walaupun tak makan dari pagi, Nigina tak ada selera. Waktu itu juga, suara Atifa memecah hening di antara Nigina dan Puan Dija.
“Aku tahulah yang husband kau tu main perempuan! Sampai bila kau nak biar macam tu Nigina… Kau tak sayang diri kau ke?”
Rasa malu mula meruap di wajah Nigina, lagi-lagi dia tahu yang Puan Dija turut mendengarnya. Puan Dija hanya mampu memandang dengan rasa simpati. Tapi Nigina kekalkan muka selambanya dan masuk ke dalam rumah.
“Maaflah kalau kau rasa aku bebankan kau sebab pinjam duit. Nanti, aku bayar balik secepat mungkin ya.”
“Nigina… Bukan itu maksud aku… Aku sayang kau Nigina. Aku tak kisah kalau kau nak pinjam duit aku berapa banyak pun. Tapi, Saif suami kau… Takkan kau nak biar dia terus sakiti kau macam ni? Kau bukan perempuan biasa-biasa Nigina, kau keluarga ternama juga, ada status. Walaupun Saif sembunyikan kau sebagai isteri, dia tak boleh rendahkan kau begini.” Panjang lebar Atifa sekolahkan Nigina. Dan Nigina tahu, semua itu tak lain hanya kebenaran semata-mata.
“Nigina, kalau pun kau buat semua ni sebab sayang mama kau… Jangan lupa untuk sayang diri sendiri juga,”
Pedih. Itu yang Nigina rasa. Macam nak menangis, tapi tiada suara keluar. Atifa betul.
Tapi…
“Tifa, aku baru sampai rumah. Aku hang up dulu ya,”
“Gina…”
Truuut… Panggilan dimatikan.
Nigina mengeluh dengan perlahan mengenangkan nasibnya begini.
Memang dari awal lagi, Tengku Saif Adam mengahwininya bukan atas dasar cinta. Walaupun sudah berkahwin, nama Tengku Saif banyak terpalit dengan skandal sana dan sini. Tapi satu perkara yang jelas, tak pernah sekalipun Tengku Saif membangkitkan perpisahan dengan Nigina. Sekali pun tak pernah mengugut untuk menceraikannya.
Dan dengan duit lelaki itu jugalah, rawatan ibunya dapat diteruskan.
Sebenarnya, suatu masa dulu sebelum mereka bergelar suami isteri. Tengku Saif Adam seorang lelaki yang sangat baik dengannya. Entah di mana silapnya…
“BILA sampai?”
Huh? Nigina dari tadi mengelamun. Tiba-tiba ada suara yang menegur. Dia angkat muka dan nampak Tengku Saif. Lelaki tu yang tak berbaju, hanya berbalut dengan tuala sahaja.
Oh wow! Nice body… Ugh, dengan dadanya, six packs nya… Rambut basahnya…
“Should I charge you for staring? Since Gina minta abang bayar kalau nak sentuh Gina,” suara itu seakan menjentik dahi Nigina sekali lagi. Ah, memalukan!
“Lain kali saya belikan tuala lagi besar untuk abang,” Nigina cepat-cepat berpaling. Di belakangnya ada almari khas menyimpan tuala dan pakaian mandi. Dan dia perasan, Tengku Saif sedang berjalan ke arahnnya.
Oh tidak… Aku kena lari.
Nigina membelok ke kanan, ke pintu keluar. Tapi, ada tangan yang menghentikannya. Oh, main block jalan orang pulak. Nigina belok ke kiri pula. Juga sama, tangannya yang lagi satu menghalang.
Tengku Saif tersenyum, tapi tatapannya cukup sinis. Dia rapatkan tubuhnya pada Nigina.
Wajah Nigina terasa panas. Tapi dia maintain muka selamba.
“Kenapa malu? Gina dah tengok semuanya pada tubuh abang, apa yang nak dimalukan?”
Nigina ketap gigi. Mahu saja aku lempang sampai ke rumah jiran sebelah.
Dengan muka yang selamba, Nigina menatap matanya. “Kenapa? Ada apa-apa yang saya boleh bantu abang? Kalau tak ada apa-apa, saya nak pergi,”
Tengku Saif, senyumannya makin lebar. “Oh… I see… Berapa harganya kalau nak suruh Gina mandi dengan abang? Kalau Gina nak abang bayar lebih, kena effort lebih.”
Amarah Nigina tertahan-tahan, tapi suara bosnya mengugut mahu berhentikannya kerja kembali menghantui. Ditambah denagn bayangan ibunya di hospital. Dia tak boleh kehilangan salah satu sumber wangnya, Tengku Saif Adam…
“Memang tugas saya sebagai seorang isteri untuk melayan suami saya. Tapi macam abang sendiri cakaplah. Kalau nak lebih, bayarlah lebih.” sinis Nigina. Ayatnya langsung meluputkan senyuman Tengku Saif. Lelaki itu akhirnya berundur selangkah.
“Hm… Kalau macam tu, tak apalah. Macam menyusahkan Gina je,” Tengku Saif berundur lagi dan mengambil bajunya untuk disarung. Akhirnya, Tengku Saif tinggalkannya bersendirian dan menuju ke bilik kerja. Barulah Nigina dapat menghela nafas lega.
“Baik aku mandi dulu, badan pun dah melekit!” Nigina mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi. Hari ni hari whole body, jadi mandi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dalam satu jam jugaklah dia bertapa dalam bilik air tu.
“Fuh, segar…”
Melangkah keluar daripada bilik air selangkah demi selangkah. Kamar tidur mereka dah gelap memandangkan jam sudah pukul satu pagi.
Nigina menyanyi-nyanyi kecil, sambil mengelap badan. Kemudian, tualanya dibuang ke tepi, tinggallah dia tanpa seurat benang.
“Hmm… Hmm…” Terus menyanyi.
“Hmm… huh?”
Nigina baru sedar yang Tengku Saif sedang merenungnya tanpa berkelip.
Share this novel