"CIS, rancangan gagal lagi! Arghh!!"
Stereng kereta dipukul berkali-kali. Dia sangkakan, Natrah akan menyambutnya dengan godaan namun lain pula yang terjadi.
Baru saja dia hendak menyelinap masuk ke bilik Natrah, tiba-tiba pula Eirfan datang tunjuk hero! Punahlah segala rancangannya. Pasti saat ini mereka sedang berseronok di dalam bilik. Arghh!! Sial!!
Betapa dia mengatur rancangan kali ini dengan hebat dan teliti. Dia sengaja membeli pil perangsang di farmasi untuk menjebak Natrah. Air coklat yang diberikan kepada Natrah sebenarnya sudah dicampur dengan pil itu. Bukan sebiji tetapi dua biji pil sekaligus!!
Dia hanya menunggu waktu yang tepat dan sesuai. Jika Natrah sudah meminum air itu, pasti kesannya sudah terasa. Dan ketika itulah dia menyelinap masuk ke bilik Natrah dan 'sesuatu' akan berlaku.
Tetapi lain pula yang terjadi. Eirfan yang muncul pula, sekaligus memusnahkan harapan dan rancangannya untuk memiliki Natrah.
"Arghh!! Takpe. Tahulah apa aku nak buat. Sabar Mizan. Sabar!! Ada banyak cara lagi"
CAHAYA MATAHARI yang senyap-senyap menerombos masuk ke ruang jendela memaksa dia mencelikkan mata. Kepalanya terasa pening dan urat sarafnya terasa agak sakit.
Jam besar di dinding dikerling. Sudah pukul 11 pagi! Tersentak dengan waktu itu, dia menggagahkan diri untuk bangkit dari pembaringan.
Dan sekali lagi dia tersentak. Tiada seurat benang pun melekat pada tubuh badannya. Ya Allah! Natrah mula mengongoi. Apa sudah jadi??
"Ke..kenapa? Apa sudah jadi dengan aku?" Natrah teresak-esak.
Pintu bilik tandas terkuak. Natrah berdebar. Siapakah gerangan yang berniat jahat kepadanya?
Dadanya bergetar hebat tatkala melihat figura Eirfan mendekatinya. Natrah mengemaskan balutan selimut yang menutupi seluruh badannya sehingga ke kepala.
Eirfan bergerak ke sofa. Beberapa helai pakaian diambil lalu diletakkan di hujung katil.
"Pakai baju ni. Pergi mandi dan bersihkan diri"
"Apa dah jadi? Awak buat apa pada saya?!"
Tiba-tiba, Natrah jadi teringat akan peristiwa lama dahulu. Arwah Ehsan juga pernah melakukan hal yang sama terhadapnya sehingga kesuciannya teragut. Adakah perkara sama berlaku lagi kepadanya?
"Ara..."
"Awak jahat Eirfan!! Awak jahat! Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya??! Kenapa awak tergamak buat saya macam ni?"
Esakan Natrah memenuhi ruangan bilik itu.
Eirfan mendekati Natrah dan cuba menenangkan gadis itu. Jika waktu boleh diputar, dia takkan membiarkan semuanya berlaku seperti itu.
"Kenapa saya kena hadap benda yang sama lagi untuk kali kedua?? Kenapa?? Kenapa?? Arghh!!" Natrah menjerit dalam esakannya.
"Ara, dengar sini! Takde apa yang berlaku pada kita malam tadi. Ya, benda tu hampir terjadi tapi saya mampu untuk tepis semua nafsu tu"
Natrah mengangkat wajah memandang Eirfan. Melihat tatapan itu, dia yakin Eirfan tak berbohong. Tetapi apa yang sudah jadi?
"Bersihkan diri awak dulu. Dah selesai semua, saya akan cerita semuanya pada awak. Please..listen to me"
SELESAI menyiapkan diri, Natrah berdiri di hadapan cermin. Dia belum mampu untuk keluar dari bilik mandi setelah apa yang terjadi. Dia rasa segan. Adakah Eirfan telah melihat segala miliknya? Ya Allah!!Dia tak sanggup nak hadap muka Eirfan buat masa itu.
Wajahnya yang terbias di cermin ditatap penuh kasihan. Riak itu tampak pucat saja. Dia jadi tak bermaya setelah apa yang berlaku.
Blouse bunga lengan panjang itu tampak cantik dipadankan dengan skirt plain. Dia pakai pula shawl plain berwarna kuning bagi menutupi kepalanya.
Setelah yakin dan bersedia, dia menapak keluar dari bilik mandi dan mendapatkan Eirfan yang duduk di sofa. Sempat juga dia hela nafas.
"Duduklah" pelawa Eirfan dengan senyuman. Penampilan Natrah sangat simple namun nampak elegen. Dia menyempatkan diri singgah ke mall sebentar tadi untuk membeli pakaian Natrah. Untung saja saiz pakaian tersebut ngam di badannya.
"Kita sarapan dulu. Saya dah pesan sandwich, roti kawen dan kopi O panas untuk awak. Isi perut tu dulu"
Kopi O panas yang masih berasap-asap di udara di cicip perlahan ke mulut. Suhu bilik yang agak sejuk membuatkan dia kedinginan.
"Saya cuma nak tahu apa yang jadi semalam" ujar Natrah sambil menahan sebak di dada. Seleranya hilang tatkala teringat akan dirinya yang bangun pagi tadi tanpa sebarang pakaian di badan.
Eirfan menarik nafas dalam-dalam sambil menatap wajah pucat Natrah. Jelas kelihatan riak ketakutan pada wajah itu. Hatinya jadi luluh dan kasihan serta-merta.
"Malam tadi, awak..."
MELIHAT Natrah semakin ghairah mengucup bibirnya tanpa rela, Eirfan segera bertindak pantas. Dia tak boleh terus-terusan hanyut dalam dosa itu. Dia tak mahu berzina dan menyentuh wanita yang belum sah menjadi miliknya.
Saat Natrah mensasarkan bahagian dadanya, cepat-cepat Eirfan menolak tubuh Natrah sehingga terjatuh ke ranjang. Peluang itu diambil untuk dia melarikan diri. Namun tak sempat berbuat demikian, Natrah terlebih dahulu pantas bertindak dengan menindih kembali tubuhnya.
Keadaan semakin gawat saat Natrah sudah menanggalkan pakaian dalamnya satu-persatu. Eirfan tak fikir panjang. Dalam kesempatan itu, dia sekali lagi menolak dengan kuat tubuh Natrah dan melarikan diri ke dalam bilik air.
Pintu dikunci dengan sebaik mungkin. Cukup! Dia tak mahu membuat dosa hanya untuk kesenangan dirinya. Dia masih punya iman, meskipun imannya sering turun naik.
"Hubby, buka pintu ni!!"
Masakklah dia!! Natrah sudah terjerit di luar sana sambil memusingkan tombol pintu. Tak berhasil, kini Natrah mengetuk-ngetuk pula pintu tersebut.
"Hubby!! Bukaklah pintu ni! Please.. Love tak tahan ni!! Hubby!!"
Meremang bulu roma Eirfan mendengar bicara Natrah. Kenapa Natrah bisa bertindak di luar kawalan seperti itu? Apa yang sudah jadi? Setahu dia, itu bukannya tipikal seorang Natrah! Mesti ada yang tidak kena.
"Hubby, please.."
Eirfan mendiamkan diri di dalam sana. Biar Natrah merayu sekalipun, dia takkan sesekali membuka pintu. Tak sanggup matanya disajikan dengan keadaan Natrah yang berbogel itu.
EIRFAN tersedar dari tidur tatkala bunyi mesej masuk ke telefon bimbitnya. Tangannya meraba-raba lantai untuk mencari telefonnya namun tak ketemu. Perlahan-lahan dia membuka matanya dan melihat telefon bimbitnya di hujung sana.
Dengan mata yang masih mengantuk, dia bangkit dan berjalan ke arah tab mandi. Telefon bimbit digapai. Mesej dari Datin Jenny.
Ketika itulah baru dia sedar jam sudah pukul 2.45 pagi. Rupa-rupanya dia terlelap di dalam bilik mandi. Lehernya terasa lenguh. Seluruh anggota badan terasa sakit. Dia tertidur di lantai gara-gara melarikan diri dari Natrah.
Teringatkan Natrah, perlahan-lahan Eirfan membuka pintu bilik. Figura Natrah dicari-cari. Nafas lega dihela ketika melihat Natrah sedang lena diulit mimpi nun di atas katil. Barangkali dia keletihan dan berputus asa merayu semalam. Eirfan sengih sendiri. Agaknya begitulah perasaan digoda oleh seseorang! Arghh!!
Derap kaki diatur menghampiri katil. Melihat wajah Natrah, dia jadi kasihan. Siapa yang tega menganiaya Natrah seperti itu? Untung saja dia yang Natrah cari dan rayu. Jika lelaki lain, tidak sanggup dia memikirkan nasibnya.
Bahagian dada Natrah terdedah sedikit. Eirfan tunduk menyelimuti bahagian itu. Suhu bilik diset semula. Dia rasa terlalu dingin dengan suhu 16°C itu.
Kemudian dia berlalu ke sofa dan melelapkan mata di situ. Pagi nanti, ada banyak yang harus mereka bicarakan!
"AWAK menakutkan saya semalam, tahu tak?!" akui Eirfan. Pertama kali dia rasa digoda begitu. Natrah memang benar-benar menakutkan.
Cerita yang dibawa oleh Eirfan membuatkan Natrah tak berani nak angkat wajah. Dia menunduk saja dari tadi. Malu tak payah cakaplah! Rasa nak tampal muka tu dengan simen je!
"Tapi awak jangan risau. Takde apa yang jadi pada kita semalam. Saya takkan sentuh awak selagi hubungan kita belum terikat sepenuhnya. You earn my highest respect, Nur Natrah! Jadi saya takkan mengkhianati perkara tu"
Pengakuan Eirfan benar-benar bikin hati Natrah terharu. Dia tidak menyangka sebegitu tinggi penghormatan yang Eirfan berikan padanya.
"But if you still not believe me, we can make a check-up" usul Eirfan. Dia sedia melakukan sebarang jenis ujian kesihatan bagi membuktikan kata-katanya.
Natrah angkat wajah. "Tak..tak perlu"
Senyuman Eirfan melebar. Syukurlah, Natrah masih mempercayainya.
"Siapa yang cuba nak perangkap awak?"
Natrah menggeleng kepala. Dia juga buntu. Setahu dia, dia tak pernah mencampuri urusan sesiapa pun. Bahkan untuk menyakiti hati sesiapapun jauh sekali!
"Saya jumpa ni dalam cup awak. Awak minum air coklat petang semalam kan?"
Eirfan keluarkan serpihan pil dari kotak kecil. Dia menjumpai pil itu pagi tadi.
"Ini..." Natrah mengerut dahi. Dia teringat akan Hamizan. Lelaki itu yang memberikan dia minuman tersebut. Tapi takkanlah Hamizan berniat yang bukan-bukan? Kalau betul, untuk apa?
"Air coklat ni Hamizan yang bagi semasa kami sama-sama naik lif semalam. Katanya, dia beli extra. So dia bagi saya satu"
"Hamizan?" Eirfan kaget.
Natrah mengangguk laju.
"Bila awak minum?"
"Lepas masuk dalam bilik. Saya minum habis sebab haus sangat"
"Hamizan ada jumpa awak ke selepas tu?"
"Takde! Sebab saya dengar suara awak. Jadi saya..." Natrah tak jadi melanjutkan ayatnya. Dia malu.
"Okey, saya faham. Agaknya Hamizan yang letak pil ni dalam minuman awak"
"Tapi untuk apa? Saya tak pernah kacau dia pun"
Wajah Natrah ditatap. Kemudian sebuah senyuman dia hadiahkan buat wanita itu.
"Awak memang tak pernah kacau dia. Tapi dia..." jeda Eirfan seketika. Tak mustahil Hamizan juga menyukai Natrah. Lihat saja pada wajahnya. Walaupun tampak pucat dan tiada sebarang riasan, dia tetap nampak comel!
"Saya rasa dia sukakan awak!" sambung Eirfan.
Natrah kaget. Hamizan sukakan dia??
"Tak mungkin dia sukakan saya"
"Ara, saya ni lelaki jugak. Saya boleh nampak dari cara dia layan awak. Takkan awak tak faham?"
Laju Natrah menggeleng kepala. Lantas, Eirfan mengeluh panjang. Natrah bersikap dungu!
"Takpelah! Saya akan siasat perkara ni dan pil ni untuk apa. Tapi kalau dari sikap awak semalam dan kebetulan saya terjumpa pil ni, saya rasa ni pil perangsang"
"Pil perangsang?" Itukah yang menyebabkan dia rasa begitu terangsang semalam? Dia sedar akan apa yang berlaku tetapi dia tak mampu nak mengawalnya. Ya Allah!!
"Yupp pil perangsang! Dia kawal semua pergerakan kita, termasuklah nafsu yang tu.."
Pipi Natrah merona. Dia malu. Jelaslah segala-galanya sudah dilihat oleh lelaki itu. Aduii!! Mana dia nak letak muka dia??!
"Awak malu Ara?" Eirfan sekadar mengusik.
"Semalam...semalam.. awak...dah.."
"Dah? Maksud awak??" Eirfan ulang pertanyaan itu. Walaupun dia dapat mengagak akan ayat seterusnya.
Natrah menggigit bibir. Dia malu nak teruskan ayatnya itu.
"Dah apa?" tanya Eirfan sekali lagi.
"Awak..dah tengok semua ke?" Usai berkata begitu, Natrah menyembunyikan wajah di sebalik bantal kecil.
Kelakuan Natrah mengundang tawa kecil pada bibir itu. Dia menghela nafas lantas mengatur ayat.
"Ye saya dah tengok semua. All of it. From the top until the bottom"
Ayat Eirfan bikin Natrah semakin malu. Eishh!! Buat hallah kau Ara!
Bantal yang ditekup pada wajah Natrah, Eirfan alih dengan perlahan. Kemudian, dia lemparkan senyuman.
"Sebabkan saya dah tengok semua, dan kesucian saya pun awak dah ragut, jadi nak tak nak awak kena kawen dengan saya!"
Ayat Eirfan buat Natrah nak sembunyi dan lari jauh-jauh. Bila pulak dia ragut kesucian Eirfan? Mengada je lebih!!
"Saya dah hilang teruna tau gara-gara awak?! Awak kena bertanggungjawab!" tegas Eirfan dalam bicaranya. Dia hampir nak tergelak namun ditahan saja.
"Awak cakap, takde apa-apa pun yang berlaku semalam. Jadi macam mana pulak saya ragut kesucian awak?"
"Takkan awak dah lupa??" Eirfan senyum sinis. "Dari dahi sampai ke bibir saya..."
"Stop!!" Natrah mencelah. Dia tak sanggup nak dengar lagi. Sudah berbakul-bakul malu yang dia kena tanggung hari itu saja.
Eirfan mengekek. Senang hati mengusik wanita itu.
"Tapi saya serius Ara! Saya nak kita kawen. Saya nak terus lindungi awak supaya takde sesiapa pun yang akan ganggu awak lagi"
Bicara itu buat Natrah diam. Dia tak tahu nak bagi reaksi apa, namun yang pasti hatinya senang.
"Dan, yang pasti, bila kita kawen, kita boleh repeat yang semalam!"
Eirfan kenyit mata. Natrah sembunyi wajah. Arhhh!!! Maluu!!
"BEB! Beb!! You tengok ni!! Hot news. OMG!!"
Rakaman yang sempat diambilnya tadi ditunjuk kepada Fairuz. Melihat rakaman itu, Fairuz membeliakkan biji matanya.
"You betul ke ni?"
"Takkanlah rakaman ni menipu? I tak edit tau!" ujar Ratikah. Wajarlah si Natrah tu tunjuk taring, rupa-rupanya ada penyokong dari belakang!
"Tak sangkakan beb? Orang yang bertudung litup boleh buat kerja terkutuk macam ni!"
Rakaman tersebut menunjukkan Natrah dan Eirfan keluar dari bilik bersama-sama. Keduanya bergelak tawa sehingga tak sedar ada mata-mata yang memerhati.
"Apa you nak buat dengan rakaman ni?" Fairuz kembali merias wajahnya.
"Adalah!!" Ratikah pamer senyum sinis. Dia yang dari dulu cuba pikat Eirfan tak pernah dapat-dapat, takkanlah semudah itu si Natrah nak celen dia?!
"You jangan nak macam-macam beb!!"
"I tahulah beb. Don't worry okay?!"
Share this novel