"Aku okay, kamu okay,Kamu okay, aku okay,Kami okay, semua okay,Semua okay, Kami okay" Telefon Faiq tiba-tiba berdering,kali ringtone K-clique Kamu Okay
Panggilan Faiq masuk,nama tertera ummi.
"Haa faiq,pergi mane tu malam-malam??dahlah tak bagitahu ke mak minah pergi mana??...Faiq,tolonglah jangan buat macam tu dekat mak minah!!"
"Ikut sukalah,dah-dah,nak pergi solat ni!!!" Jerkah Faiq dan terus tutup telefon dalam nada senyap(silent).
"Wuish,biar betul kau ni...kau jerkah macam tu sekali dekat mak kau ni" uwaisy terkejut.
Faiq menjeling mata dekat uwaisy dengan goku super saiya adepun macam mata sharingan naruto.
"Okay-okay,hal peribadi tak nak masuk campur" sambil angkat kedua belah tangan dekat Faiq.
Faiq berdiam diri,lama betul dia diam.
"Faiq,macam ni wuduk yang wajib ada 3 je iaitu seluruh muka beserta niat.Membasuh tangan hingga ke siku.Membasuh sebahagian daripada kepala sekurang-sekurangnya membasahkan tiga helai rambut." Terang Uwaisy
"Solat pulak yang wajib...takbiratul ihram kena betul-betul lafaz dekat mulut pastu al fatihah pastu....." Belum sempat uwaisy menerangkan tertib solat.
"Aku tanya apa khabar,aku tanya apa khabar semua,malam ini sungguh cerah" nada dering telefon faiq berbunyi lagi,kali ini ringtone joe flizzow&sona one-aku tanya apa khabar.
"Wuish dasyat betul" uwaisy kejut tanda kagum
Nama tertera ummi.
"Faiq kenapa makin melampau ni!!" Marah Datin zubaidah
Uwaisy langsung merampas telefon Faiq dari genggaman tangan Faiq.
"Haish asal rampas telefon aku?!!??" Marah faiq.
Suasana malam itu menjadi tegang dengan orang ketiga.
Apa maksud orang ketiga?boleh jadi baik dan boleh jadi makin teruk..
"Mak cik,saya uwaisy..Faiq ada di rumah saya sekarang ni,dia tengah sambut birthday dia mak cik...kesian dia lonely..ni haa sekarang dia baru nak belajar solat balik,lupa katenye...kesian dia mak cik" jawab Uwaisy
"Ya Allah kesiannye faiq,kenapalah aku baru sedar betapa teruknye aku jaga anak,sampaikan faiq terabai macam tu sekali" monolog dalaman Datin faridah menari-nari pada fikiran dan hati beliau.
"Okey uwaisy,tolong ubah dia baik-baik"
"Okey...kami pergi solat dahulu..assalamualaikum"
" wa'alaikumussalam"
Faiq menjeling ke arah uwaisy dengan pandangan tajam.
"Maaf yer faiq,aku terpaksa masuk campur urusan peribadi kau,bukan apa masalah tak akan selesai jika tak selesai dengan baik-baik"
Kata Uwaisy
"Kau tak tahu cerita sebab apa aku tak puas hati dekat mak aku!!!" Tengking Faiq
"Okay sekarang kita solat maghrib dulu,nanti chawlah nak cakap apa" uwaisy tenangkan keadaan.
Jalan cerita sentiasa berputar dalam roda kehidupan.
Saat tak berdaya menempuh satu demi satu episod duka merana tiada siapa yang tahu,
Cepat-cepatlah pujuk hati untuk bangkit semula.
Cepat-cepatlah bina tembok yang kukuh untuk menjadi kebal semula.
Kerana tahu dan percaya akan ada hikmah demi hikmah yang bakal hamparkan seperti sebelum ini,
Dan hikmah itulah yang selalu memberi pelajaran dan panduan untuk ke jalan kebenaran
Share this novel