Kantin Sekolah
Tengah hari itu, kantin sekolah dipenuhi pelajar.
Suasana bising dengan gelak ketawa dan bunyi sudu garpu beradu.
Faiq duduk di meja khasnya, memandang kosong ke arah nasi goreng yang sudah sejuk.
Nafsu makannya entah ke mana.
Matanya redup.
Kepalanya penuh berserabut.
Kedatangan Idzlan
Tiba-tiba, kerusi di hadapannya ditarik.
Idzlan Farhan melabuhkan punggung tanpa dipelawa,
seperti biasa dengan gaya santainya.
"Bro," sapanya sambil tersengih.
"Aku ada berita."
Faiq hanya mengangguk malas.
Idzlan bersandar santai.
"Motor kau dah siap baiki."
Faiq mengangkat kening sedikit.
"Kos semua sekali... RM2,000."
Berita Tekanan
Faiq mengerutkan dahi.
"Dua ribu?"
Nadanya rendah, berat.
Idzlan mengangguk.
"Yup.
Benda bukan sikit, bro.
Enjin kau kena reset, tayar tukar baru, body touch up, wiring semua kena repair."
Faiq menarik nafas perlahan.
Duit sebanyak itu bukan sedikit.
Walaupun dia anak Dato',
tapi dia tahu keluarganya bukan jenis suka tabur duit untuk perkara remeh.
Syarat Tersembunyi
Idzlan memandang kiri kanan,
kemudian bersandar lebih dekat ke meja.
"Dragon bagi kau masa seminggu je untuk settle."
Faiq diam, tangan menggenggam sudu plastiknya erat-erat.
"Kalau tak bayar dalam masa seminggu..."
Idzlan berhenti sebentar, senyum sinis.
"...kau terpaksa join PACITO, bro."
Tekanan Yang Membunuh
Kata-kata itu bagaikan batu besar menghempap dada Faiq.
Dia terasa nafasnya tersekat.
Bayar RM2,000 dalam masa seminggu —
atau...
masuk ke dalam dunia yang dia sendiri masih ragu-ragu untuk pijak sepenuhnya.
Pilihan atau paksaan?
Wajah Idzlan
Idzlan tersengih, seolah-olah tidak terasa beratnya berita itu.
"Kau pilih, bro.
Senang je."
Dia menepuk meja perlahan sebelum bangun meninggalkan Faiq yang masih membatu di situ.
Faiq Yang Buntu
Faiq menundukkan kepala.
Keringat dingin mula membasahi belakang bajunya.
Pilihan atau paksaan?
Dia tidak pasti lagi...
adakah jalan ini benar-benar dia pilih —
atau dia sebenarnya sedang diseret perlahan-lahan...
ke dunia yang semakin gelap?
Dalam Perjalanan Pulang
Bunyi enjin Toyota Alphard yang dipandu Pak Tam bergema lembut dalam ruang senyap.
Faiq duduk di kerusi belakang, memandang ke luar jendela.
Langit petang kelabu, seolah-olah menggambarkan isi hatinya.
Pak Tam, lelaki separuh abad berwajah tenang, sesekali melirik ke cermin pandang belakang.
Dia dapat merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Faiq.
Perbualan Berat
"Ada apa-apa nak Pak Tam tolong, Faiq?"
Pak Tam akhirnya membuka bicara, suaranya lembut.
Faiq menarik nafas panjang.
Matanya masih memandang kosong ke luar.
"Motor saya...
dah siap baiki."
Faiq bersuara perlahan.
"Kos dia... dua ribu ringgit."
Pak Tam mengangguk perlahan, sudah menjangka sesuatu yang berat.
"Kau nak minta tolong siapa?"
soal Pak Tam, masih tenang.
Faiq menggeleng perlahan.
"Ummi dengan Abi mana sempat nak layan saya, Pak Tam.
Mereka sibuk.
Jarang balik."
Nada suaranya tidak ada marah.
Hanya kenyataan kosong, penuh pahit.
Pak Tam diam.
Menyusun ayat di fikirannya.
Rahsia Yang Disimpan
Faiq bersandar di kerusi.
"Motor tu...
Ummi Abi tahu tak yang dia dah rosak teruk tempoh hari?"
Pak Tam menggeleng perlahan.
"Saya tak sampai hati nak bagitahu, Faiq.
Mereka dah cukup sibuk dengan kerja.
Tak nak tambah berat kepala mereka lagi."
Faiq mengangguk perlahan.
Dia tahu Pak Tam jujur.
Dia tahu niat Pak Tam baik.
Tapi dalam masa yang sama,
beban di bahunya terasa semakin berat.
Suara Hati
"Dua ribu ringgit..."
"Dalam seminggu..."
"Kalau tak... aku terpaksa jual jiwa aku untuk PACITO."
Faiq menutup matanya sebentar.
Antara maruah, kepercayaan, dan keperluan,
dia tersepit tanpa jalan keluar.
Pak Tam hanya memandu tenang,
membiarkan Faiq bertarung dengan fikirannya sendiri.
Dalam kabin sunyi itu,
bunyi jam dashboard berdetik seperti menandakan detik-detik yang menghampiri satu keputusan besar dalam hidup Faiq Furqan.
Perbincangan Rahsia di Dapur
Malam itu, selepas Faiq masuk ke biliknya,
Pak Tam dan Mak Minah duduk bersembang di dapur.
Bunyi kipas lama berputar perlahan menemani sunyi mereka.
Pak Tam menyandar lemah pada kerusi.
"Minah,"
dia memulakan dengan suara perlahan,
"Motor Faiq tu... dah siap repair.
Kos dia... dua ribu ringgit."
Mak Minah Terkejut
Mak Minah yang sedang mengelap meja tiba-tiba terhenti.
Matanya membulat.
"Astagfirullah...
Dua ribu ringgit?!"
Pak Tam mengangguk perlahan.
"Saya pun terkejut.
Motor tu bukan main-main rosaknya.
Saya masih rahsiakan dari Dato' dan Datin.
Mereka terlalu sibuk."
Mak Minah mengeluh panjang.
"Kasihan Faiq...
Dia budak lagi.
Mana nak cekau duit sebanyak tu."
Pak Tam mengetap bibir.
Dia tahu Faiq takkan senang cari duit dalam masa seminggu.
Cadangan Mak Minah
Tiba-tiba Mak Minah mendekatkan wajahnya, berbisik penuh serius.
"Pak Tam, saya rasa...
ada orang yang boleh tolong dia."
Pak Tam mengangkat kening.
"Siapa?"
Mak Minah tersenyum sedikit.
"Sahabat baik dia di sekolah — Uwaisy Umar.
Budak tu lain macam baiknya.
Dan abang Faiq sendiri — Amir Furqan."
Pak Tam mengangguk perlahan.
Dia pernah dengar nama itu.
Pernah melihat bagaimana mata Faiq bersinar setiap kali berbual tentang Amir.
Keputusan
"Kita tak perlu terus beritahu Dato' Datin sekarang,"
kata Mak Minah perlahan.
"Kita cuba dulu...
usaha melalui orang yang betul-betul sayang Faiq.
Yang faham jiwanya."
Pak Tam merenung ke arah bilik Faiq di tingkat atas.
Di hatinya, dia tahu —
mereka perlu bertindak segera.
Kerana masa semakin suntuk.
Dan dunia gelap sudah semakin hampir menggenggam Faiq Furqan.
Share this novel