Bab 85

Romance Series 39746

Setelah selesai melihat cerita tu, mereka pulang ke rumah keluarga tania seketika untuk menanyakan khabar mereka. Semasa disana, dilihat perempuan tu ada disebelah mama

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, eh talhah tania masuklah" kata hud

Mereka menuju ke arah papa dan mama

"Papa dengan mama sihat ke?"

"Alhamdulillah kami sihat je, kamu berdua macam mana?"

"Alhamdulillah kami sihat je kan biy?"

"Iye sayang"

"Mama nak tanya, sapa dia tu?"

"Ouhh, itu nama dia maisara doktor dekat hospital abang kamu kerja tu dan kawan abang kamu lah"

"Ouhh, cantik orangnya. Ingatkan girlfriend abang tadi"

"Boleh jadi" bisik mamanya

"Ouhh, hahahahahahaha. Bakal menantu mama yang kedua"

"Baik"

Talhah memandang maisara, hud terus mencubit talhah memberi isyarat supaya memandang tania. Terus dipandang isterinya itu memberi jelingan maut, dan lehernya terputus. Terus talhah kecut perut. Tidur luarlah aku malam ni

"Ayokk, pandai-pandailah setel" kata hud

"Saya panggil akak sara boleh?"

"Hahh? boleh je" jawab sara malu-malu

"Akak umur berapa?"

"Emm 31"

"Ouhh, muda lagi. Abang saya tu dah 34 tua" usik tania

Sara hanya senyum

"Akak dah lama ke kawan dengan abang?"

"Emmm mula-mula dia masuk hospital"

"Ouhh, dah lama la jugak rupanya. Akak kawan jeke atau ada hubungan special?"

Sara tersenyum dan menjawab "kawan biasa je setakat ni"

"Ouhh, tapi akak cantik. Saya suka tengok akak"

"Tapikan kalau saya nampak akak cantik, abang nampak lagi 2 kali cantik agaknya"

Hud sudah tersenyum malu, manakala sara pun sama

"So ada berita baik ke?"

"Berita apa pa?"

"Cucu ke?"

"Ushhh, papa. Agak-agaklah baru seminggu kahwin. Tania kosong lagilah papa. Papa kene tunggu dalam setahun ke"

"Lamanya papa nak tunggu, papa nak main cucu. Nak main dengan anak semua dah besar panjang dah kahwin. Nak main dengan bini asyik kene istilah gatal, jadi tunggu cucu je lah" usik papanya

"Hahahahahahahaha amboi abang, melebih nampak"

Mereka semua tertawa

Setelah itu, mereka pulang ke rumah untuk berehat

"Sayang" kata talhah sambil menahan isterinya daripada berjalan

"Yo, what's up?"

"Hoho, ahli gangster mana ni?"

"Biy punya kumpulan lah"

"Eh kita pulak, tapi betul la sayang. Biy panggil ni sebab nak bagitahu sesuatu"

"Bagitahu apa?"

"Jomm, kita pergi honeymoon nak?"

"Dekat mana?"

"Jomm, kita tengok dekat mana yang sesuai"

Talhah mengambil komputer ribanya dan menarik tania duduk diatas ribanya lalu membuka komputer ribanya

"Sayang nak pergi mana? nak pergi masak ke?"

"Nak pergi buat air, panaslah"

"Ouhh, pergi la dulu. Cepat sikit, biy nak jugak air coklat ais"

"Okay, tunggu kejap"

Tania bangun dan menuju ke dapur lalu membuatnya air untuk dia dan suaminya

5 minit menunggu, tania menuju ke arah talhah semula dan meletakkan air itu. Lalu tangan talhah menarik pinggang tania dan duduk diatas ribanya

"Biy nak honeymoon dekat mana?"

"Dekat mana-mana pun boleh. Dekat rumah dalam bilik pun okay" usik talhah

"Biy niii" kata tania sambil menyiku lembut perut talhah

"Okay-okay, kita tengok dulu dekat mana yang cantik okay?"

"Okay"

"Wowwww banyak tempat yang cantik"

"Memanglah, tapi sayang nak yang mana?"

"Sayang suka kalau ada hotel atas air tu, mesti lagi cantik"

"Ushhh atas air jugak yang dia nak" talhah mencari mengikut kehendak isterinya itu

Mereka mencari destinasi yang diingini ialah di Sipadan Kapalai Water Village Resort. Mereka mengambil cuti seminggu untuk pergi ke sana

"Okay, kita dah sampai" kata talhah sambil membuka ikatan kain dimata isterinya itu

"Wowwww cantiknya biy, atas air"

"Yup, kan sayang yang mintak? biy ikutkan aje"

"Thanks biy, sayang biy" kata tania sambil mencium pipi suaminya itu

Tania pun membuka tingkap lalu melihat pemandangan diluar

Talhah yang melihat isterinya khusyuk melihat ke luar, talhah terus memeluk pinggang isterinya itu dan mencium bahunya

"Sayang" panggil talhah mengoda

"Iye?"

"Malam ni boleh belanja biy?"

"Taknok"

"Alooo sayang, baru sekali kita buatkan? selebihnya penat dengan kerja je. Bolehlah...... please........."

"Iye lah iye lah, ishhh tangan ni. Cuba jaga sikit, suka-suka hati je merayap dalam baju orang eh?"

Pada malam itu, tania dan talhah telah makan diliuar sebagai makan malamnya sambil melihat pemandangan sekeliling

"Cantiklah biy pemandangan dekat situ, sayang nak pergi ambik gambar dekat sana sekejap boleh?"

"Boleh, sayang pergilah. Biy tolong ambikkan gambar

Setelah siap mereka bergambar, mereka terus menuju ke bilik untuk solat dan berehat

Semasa talhah membaringkan dirinya diatas katil seketika, tiba-tiba hidungnya terhidu bau harum daripada bilik air. Dilihat isterinya baru sahaja keluar daripada bilik air dengan mengenakan baju tidur fabrik satin paras paha. Dia pasti isterinya mahu mengodanya

Tania duduk dimeja solek, untuk memakai losyen seperti rutin biasanya. Setelah siap, tania menuju ke arah suaminya dikatil dan berbaring sisi suaminya

"Biy" panggil tania

"Yes?"

"Wangi tak?"

"Wangi, wangi sangat. Rasa macam nak gigit je. Gigit sikit boleh?"

"Boleh, nak sekarang? ke awal sangat?"

"Tak awal dah, boleh lah ni" kata talhah sambil mengangkat tania berada dikepala katil

"Ishhh, biy ni tak menyempat eh?" kata tania sambil menutup mulut suaminya daripada menciumnya. Talhah hanya menggelengkan kepalanya berkali-kali

Talhah terus memegang kedua-dua pergelangan isterinya dan mencium bibir isterinya sepuas hatinya

"Jomm sayang"

Tania menganggukkan kepalanya sahaja dan menutup lampu tidur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience