ABMM BAB 1 : DATIN SERI NAJMA ALYANA

Romance Series 1950

NAMAKU Nur Nayla Adriana Alexander. Aku berusia awal 20-an, dibesarkan di dalam sebuah keluarga serba mewah. Aku mempunyai seorang abang dan seorang kakak yang melengkapi kehidupan rumah tangga Dato' Seri Haiqal Alexander bersama isteri kesayangannya Datin Seri Najma Alyana, merangkap kedua ibu dan bapa kami.

Kehidupan keluarga kami amat bahagia awalnya, namun setelah kehilangan kakak Naylie buat selama-lamanya, merubah segala-galanya.Yang membuatkan aku paling terkilan, kebahagian keluarga kami diragut dalam sekelip mata dan menjadi berantakan akibat mama tegar menyalahkanku atas kembalinya satu-satu saudara perempuanku, Nur Naylie Anzalna Alexander kepada sang Maha Pencipta.

"Aku tak mahu tahu, kau dah ragut nyawa anak aku, Nayla.. sebab kau anak sulung perempuan aku mati...!" teriak Datin Seri Najma Alyana bagai kerasukan.

"Ma... kenapa mama kata adik yang bunuh kak Naylie.. kak Naylie meninggal sebab dia kena langgar lori tu.. pemandu lori tu yang bunuh kak Naylie, bukannya adik...adik tak bunuh kak Naylie.. adik tak bunuh..!" aku ulang kata-kata itu dengan linangan air mata di hadapan Datin Seri Najma Alyana. Puas aku membela diri, namun mama tetap dengan pendiriannya yang tidak mampu dilenturkan lagi.

"Tapi.. dia mati sebab nak selamatkan kaulah, bodoh..kenapa kau je yang tak mati!" tangannya masih mencengkam kemas batang leherku.

"Ya.. Allah, sayang... awak nak bunuh anak kita pula ke..? Istighfar sayang, Nayla jelah anak perempuan kita yang tinggal..sayang kenapa macam dirasuk hantu ni..!" tempikan kuat Dato' Seri Haiqal Alexander menyedarkan kembali isterinya itu ke alam nyata. Serta-merta membuatkan sepasang lengan yang kemas mencekik di batang leherku terlerai.

Dato' Seri Haiqal Alexander dengan pantas berlari mendapatkan aku yang sudah terbatuk-batuk di dalam bilik stor yang terletak di belakang rumah. Diusapnya batang leherku yang kemerahan dengan tanda jejemari Datin Seri Najma Alyana yang berbekas.

Tubuh kecilku sudah selamat digendong oleh Dato' Seri Haiqal yang sudah dicemari dengan peluh yang merenik di wajah tampannya itu. Wajah itu penuh dengan kekesalan dan bercampur dengan amarah yang menggunung.

"Awak ingat ya Najma, kalau apa-apa jadi pada adik, abang takkan maafkan sayang sampai bila-bila dan ingat satu perkara, aku takkan segan-silunya memberikan kau satu lagi title yang sangat digeruni wanita..Ingat tu Najma!" tengking Dato' Seri Haiqal di hadapan isterinya yang sudah terjelopok di lantai simen itu. Hilang sudah panggilan mesranya pada si isteri yang paling dicintai sepenuh jiwanya.

"Abang...!!!!"

"Abang....maafkan sayang, abang.. jangan abang, sayang tak sanggup hidup tanpa abang.." rayu Datin Seri Najma Alyana sambil menangis tersedu-sedan. Batang betis milik suaminya dipeluk kejap.

"Baik..abang bagi satu lagi peluang untuk Najma berubah, kalau Najma masih berdegil, abang akan tinggalkan Najma.. ingat tu Najma! Adik tak salah, dah takdir Naylie pergi dulu daripada kita semua. Awak kena reda..qada dan qadar Allah!"

"Ya...ya..maafkan Najma, abang..Najma janji, Najma ubah sikap Najma..maafkan, Najma ya, abang...Najma janji tak sakitkan adik lagi..Adik maafkan, mama."

Datin Seri Najma Alyana mengesat air matanya yang masih mengalir di pipi dengan sedikit kasar. Perlahan-lahan dia menegakkan tubuhnya kembali berdiri. Kedua-dua belah tangannya naik mengusap perlahan belakang tubuhku yang masih kemas di dalam dukungan Dato' Seri Haiqal. Setiap usapan daripada tangan Datin Seri Najma Alyana membuatkan tubuhku menggeletar hebat. Memang aku tak menafikan, aku terlalu rindukan sentuhan itu, namun entah mengapa aku rasa setiap sentuhan daripada ibuku terasa bagai sebilah pedang yang menghiris-hiris kejam setiap inci tubuhku.

"Awak tengok sendiri, Najma...adik takut dengan ibunya sendiri, awak tak sedih ke?
Dah pergilah bersihkan diri tu..berehat, nanti abang bawa awak dapatkan rawatan kat hospital."

"Abang nak kata saya gila pulak ke?"

Tiba-tiba Datin Seri Najma Alyana menengking kuat sehingga tergamam Dato' Seri Haiqal dibuatnya. Mujur pegangannya terhadapku masih kemas, jika tidak terjelepok aku di atas lantai jubin granit berwarna hijau zamrud itu.

"Ya Allah...awak ni dah teruk sangat ni Najma, abang tak boleh nak biarkan lagi.. Riz ambil Nayla ni masuk kereta cepat. Papa nak bawa mama ke hospital."

Tidak lama kemudian, kereta mewah milik Dato' Seri Haiqal meluncur laju mengejarkan isterinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

***

KETIBAAN aku di rumah Aisyah disambut dengan mesra oleh keluarga Aisyah yang telah menunggu lebih awal. Aku lihat Aisyah sudah dirangkul oleh kedua-dua orang abangnya, along Aniq bersama angah Annas mendapatkan aku di muka pintu rumahnya.

Sebentar kemudian, kedua-dua orang abangnya itu mendapatkan walid Akmal dan umi Amira, lantas bersalaman dan mengucup tangan orang tua mereka dengan penuh hormat. Aku hanya mampu melihat kemesraan itu dalam hati yang sebak.

Kemudian, abang sulung Aisyah yang bernama Aniq Aisy disertai Annas Asyraf, abang ngah pada si Aisyah ini malu-malu mendapatkan aku.

"Welcome home...Nayla..ni untuk Nayla..bicara Aniq Aisy malu-malu, lalu menyuruh Annas Asyraf menghulurkan sejambak ros putih dipegangan tangannya.

"Terima kasih along Aniq..untuk Nayla je, untuk Syah takde ke..?"

"Syah tak suka bunga..angah bagi coklat je.." jawab angah Annas laju mencantas bicara along Aniq yang baru sahaja mahu membuka bicaranya.

Aku simpan senyum setelah menata pandangan pada along Aniq. Kacaknya anak sulung abi Akmal ni. Susah pula nak larikan pandangan mata ni dari menatap seraut wajahnya yang putih bersih tanpa sebarang cela itu.

Di kejauhan itu, aku lihat bayangan abang Harriz sedang berlari-lari anak menghampiriku.

"A..DIKKK...! Sorry abang Riz terlambat sikit.." tergamam aku dibuatnya, nasib tak terlepas jambangan bunga ros yang cantik ini.

Aku dah cekak pinggangku dengan sebelah tangan kananku. Lengan sebelah kiri pula, masih utuh memegang bouquet ros putih itu yang dihiasi dengan Baby-breath biru muda pemberian along Aniq. Along Aniq ni macam tahu-tahu je aku sukakan bunga ini. Sekali-sekala aku bawa hidung mancungku menghidu aroma lembut dari bungaan itu.

"Abang Riz..tak payahlah nak jerit-jerit, adik ni bukannya artis pun..erm, ingat abang tak nak dah datang..!" aku muncungkan bibir.

"Janganlah merajuk, abang ada kerja sikit nak settle dekat pejabat tadi, mana boleh abang biarkan macamtu je, tahu kat papa, masak abang kena bebel.." abang Riz dah mengacak-ngacak rambut lurusku yang aku ikat ala-ala ponytail.

Abang Harriz mendapatkan walid Akmal bersama umi Amira setelah aku memperkenalkan mereka di antara satu sama lain. Sorotan mata abang Harriz masih tertumpu pada Aisyah yang pada mulanya menganggap Aisyah ini kaum sejenis dengannya.

"Maafkan saya, saya ingat awak ni lelaki.. sorry tau, sakit ke saya tepuk bahu awak tadi.." soal abang Harriz serba-salah. Canggung aku lihat dia yang berdiri di sebelahku.

"Relaks lah bro...dah biasa dah, aku kalau bergurau dengan along dan angah aku ni lagi kasar. Along Aniq aku ni, jangan bawa main wow... aku serik dengan mamat ni..tangan dia ni bisa.."

"Nur Aisyah Adriana binti Hj Akmal Al Hussain..jaga tingkah laku tu..ingat awak tu perempuan..!" Walid sudah bertegas, tertunduk kepala Aisyah menukur lantai.

"Ingat walid... maaf..janji tak buat dah" Nur Aisyah Adriana menjawab perlahan. Terus disauknya lengan umi Amira lalu melentokkan kepalanya di bahu ibunya itu yang beralaskan tudung labuh itu.

"Ya Allah, masuklah apa duk tercegat depan pintu tu, bertuah punya anak..tetamu dibiarkannya..masuk Nayla, apa namanya abang kamu ni tadi, Harriz kan..hah, jemput masuk.."

Aku dan Aisyah terus membawa diri ke dapur, aku tinggalkan abang Harriz dengan kedua-dua abang Aisyah. Rancak juga aku lihat abang aku ni berbual dengan angah Annas, manakala aku dan along Aniq tak habis bermain mata. Nak larikan diri daripada panahan mata along Aniq yang agak berbahaya ni, aku terus tarik lengan Aisyah mengikut langkah umi Amira ke ruangan dapur mereka. Tanpa segan silu aku buat rumah mereka macam rumah aku sendiri.

"Hai, Nayla..dah pergilah duduk kat depan tu, awak tu tetamu umi, takkan nak buat semua ni.."

"Ala...umi ni macam tak tahu pulak, anak bujang sulung umi tu, nak try si Nayla ni..Nayla takut abi tahu, tu yang lari ke dapur ni, selamatkan diri."

"Ish, budak Aniq ni...tak takut ke dia dengan abi kamu tu? Maaf ya, Nayla..anak umi yang sulung tu memang nakal sikit. Ke kamu pun tak kisah..?"

Umi Amira cuba mengusik aku. Dan auto muka aku jadi merah macam sebiji buah tomato masak ranum.

"Umi, muka Nayla dah merah...ala..la comelnya."

Aisyah dah tertawa lepas, namun tawanya tiba-tiba terhenti sendiri pabila abi Akmal sudah terpacak di hadapannya sebelah isterinya. Aku hanya mampu menekup mulutku menahan tawa yang baru sahaja mahu meletus.

Selesai menjamu selera tengah hari itu, aku dan abang Harizz meminta izin untuk pulang.

"Okeylah..Syah.. aku gerak dululah ya, abang Riz aku ni busy orangnya, maklumlah nak kena handle projek juta-juta..Aduh, sakitlah abang Riz..!"

Aku menggosok-gosok kepalaku yang berasa sakit akibat diluku oleh jari-jemari tirus dan panjang Harriz Naufal. Matanya yang bulat dijengilkan padaku.

Aku cebikkan bibir mungilku. Tangan umi Amira aku raih untuk bersalaman dengannya.

"Umi Amira...walid Akmal, along Aniq dengan angah Annaz...Nayla dengan abang Riz minta diri dulu ya..sampai jumpa lagi.., terima kasih bagi bunga ni, along Aniq. Syah nanti datang rumah tau.."

"Insya Allah.. eh, sampaikan salam aku pada uncle Haiqal dengan aunty Najma.."

"Okey, kami minta diri dulu.."

***

Aku dan Harriz berbual-bual kosong sepanjang perjalanan kami untuk sampai ke banglo mewah Dato' Seri Haiqal Alexander. Harriz yang memandu Nissan GT-R Nismo GT3 putih kesayangannya dengan penuh berhemah walaupun dia masih lagi setia melayan pelbagai celotehanku dari tadi.

"Abang Riz, adik takutlah dengan mama, mama okey tak?"

"Mama dah okey dah, sebenarnya mama terlalu sayangkan adik, tapi saja tak nak tunjuk. Abang ada dengar haritu mama tanya dekat papa pasal adik. Mama rindukan adik, nanti cuba ambil hati mama..mana tahu mama dah buka hati terima adik. Maafkan mama, mama tu kan sakit."

"Okey..wish me good luck"

"Jom masuk, kita dah sampai"

Aku melangkah dengan getaran yang hebat di hati. Melihat kelibat mama di hadapan muka pintu utama rumah sudah cukup membuatkan perut aku kecut. Aku mengucapkan salam dan menghulurkan tanganku untuk menyalami tangan mama.

"AADIIKK...My princess, maafkan mama..selama ni mama banyak lukakan hati adik, maafkan mama ya, sayang."

"No, ma..mama takde salah apa-apa pun, thanks ma, terima adik kembali."

Air mataku mengalir dengan sendirinya, sebak hatiku lantas aku memeluk erat tubuh mama yang masih berdiri di situ.

"Dahlah tu, kita masuk dulu..nanti continue kat dalam," Harizz tiba-tiba menyergah.

"Abang Riz jangan nak perli kami pulak ye, mama ada masakkan lauk kegemaran adik tau, Asam pedas ikan pari dengan telur dadar, ada sambal belacan juga."

"Terima kasih mama, tak sabar adik nak makan, rindunya dengan makanan kat sini. Papa mana ma, takkan tak balik office lagi?"

Di kejauhan terdengar suara gurau maskulin memberikan salam.

"Panjang umur papa..ni anak kesayangan abang sebut-sebut nama abang dari tadi, kita makan sekali ya, abang?"

"Tunggu, kejap ya sayang-sayang papa...Papa nak mandi kejap."

Selepas menjamu selera, kami semua ke ruang tamu untuk berehat. Kami sama-sama menonton televisyen dan berbual-bual santai. Mama tersenyum mekar pabila mulut aku tak habis-habis memuji masakannya. Pelbagai cerita kami kongsikan pada malam ini. Aku yang banyak bercerita manakala, papa, mama dan abang Harriz menjadi pendengar setia.

"Sorry, rasanya setakat ni dulu cerita adik, mengantuk sangat dah ni," beberapa kali aku menguap, mata aku juga sudah berair menahan dari terpejam.

"Okay dear..time to sleep now, nanti kita sambung lagi okay, pergilah masuk bilik, tentu penatkan baru beberapa hari pulang dari London" ujar mama sambil tersenyum manis.

Aku membawa diri ke kamarku selepas aku menyalami tangan insan-insan kesayanganku. Sebaiknya aku membaringkan tubuhku di atas katil empuk bercadar warna biru lembut itu mataku terus terpejam sehinggalah kutersedar dengan sendirinya pada awal pagi itu kerana bayangan jejaka yang tidak sengaja aku langgar di airport tempoh hari berlegar-legar di fikiranku. Apabila terfikirkan kembali detik itu, buat aku tersenyum sendiri. Sempat juga aku melirik wajahnya dari kejauhan itu.

Senyumannya juga tidak dapat aku lupakan hingga sekarang. Lunak suaranya yang memanggil-manggil aku, arghh..gila bayang aku dibuatnya. Wajahnya yang tampan, senyumannya yang menawan, bau wangian lembut dengan bau musk campuran sitrus yang melekat di tubuhnya, sampai membawa aku ke alam mimpi yang indah. Dah gila bayang kah aku ni? Aku senyum sendiri bila benak ini asyik terbayangkannya!

Hihihi...Nayla dh gila byg, padahal suka juga kat Along Aniq, abg si Aisyah tu..hai, Nayla mna satu yg kau nk ni??? Happy reading gaiss, jemput follow dan komen.

Share this novel

AlZahra06
2025-05-05 13:45:09 

Hihihi...Nayla, Nayla nasib mama dh dpt terima Nayla, mana satu yg kau nk ni, Aniq ke some one special yg jatuh atas badan dia tu?

Erna Md Nordin
2025-05-02 07:28:38 

#maaf di atas sedikit ralat tentang panggilan walid Akmal, bapa Aisyah yg tertukar kpd abi...


NovelPlus Premium

The best ads free experience