HOSPITAL SHAH ALAM
"Aku dekat mana ni." Ayuni tersedar dari komanya setelah dua hari tidak sedarkan diri.
Dia memegang kepalanya yang terasa berat dengan penglihatan setengah kabur. "Aku dekat hospital ke ni. Siapa yang bawa aku." Kata Ayuni seorang diri.
Ayuni melihat ada susuk tubuh seorang lelaki sedang tertidur dengan kepala lelaki itu dibaringkan pada kakinya. "Siapa pula mamat ni." Ujar Ayuni.
Perlahan dia ingin bangun dari katil. Ditarik perlahan selimut yang menutupi separuh badannya ke tepi. Sebelum kaki Ayuni sempat menginjak ke lantai, lelaki itu terjaga dari lenanya.
"Awak nak ke mana?" Tanya lelaki itu.
"Sa...saya nak balik." Balas Ayuni.
"Awak tak sihat lagi. Tunggu sehingga doktor sahkan yang awak boleh balik." Kata lelaki itu.
"Tapi saya nak balik, saya tak suka duduk sini." Balas Ayuni lagi.
"Kalau awak nak balik, awak nak balik mana." Tanya lelaki itu lagi.
"Balik rumah saya la." Kata Ayuni.
"Rumah awak dekat mana? Jom saya hantarkan balik." Pelawa lelaki itu.
Terdiam seketika Ayuni bila mana Tengku Farhan bertanya di mana rumahnya. Tidak mampu dia menjawab soalan yang begitu berat. Ayuni sudah lupa apa maksud rumah kerana dia sudah kehilangan segala - galanya. Keluarga, rumah dan kasih sayang. Tiada erti lagi baginya semua itu.
"Awak sendiri pun tak tahu rumah awak dekat mana." Kata Tengku Farhan lagi.
"Tapi saya nak balik..." Mula berkaca kelopak mata Ayuni.
"Saya akan hantar ke mana saja awak nak pergi. Asalkan awak duduk sini sampai awak sembuh."
"Awak siapa? Kenapa saya kena duduk sini?" Tanya Ayuni pada Tengku Farhan.
"Saya Farhan, saya jumpa awak pengsan dekat lorong gelap dua hari lepas. Doktor cakap awak kena duduk wad sampai awak sembuh" Jawab Tengku Farhan.
"Saya dah sihat sekarang. Saya tak perlukan doktor lagi." Kata Ayuni.
Tengku Farhan tidak mahu mengganggu emosi Ayuni yang sedang tidak stabil. "Tunggu sekejap saya panggilkan doktor."
Ayuni menunggu dengan penuh sabar. Hatinya bercampur risau dan takut kalau - kalau dia ditahan wad lagi. Tidak lama kemudian, muncul seseorang dengan pakaian serba putih.
"Doktor, tolong tengokkan dia, dah boleh discharge atau belum." Tanya Tengku Farhan.
Dicapainya kertas yang tergantung pada hujung katil Ayuni. Dia membelek setiap helaian dengan teliti.
"Kalau ikut rekod ni, cik Ayuni dah boleh dibawa pulang. Tapi harus menjalani rawatan susulan." Kata doktor itu pada mereka.
Lega rasa hati Ayuni mendengar kata - kata doktor. Tapi dia masih risau jika lelaki di sebelahnya itu tidak mahu membayar kos rawatannya.
"Okay terima doktor." Ucap Tengku Farhan.
"Sama - sama, kalau tak ada apa - apa lagi saya beransur dulu." Kata doktor itu sebelum melangkah meninggalkan mereka berduaan.
Hilang sahaja bayangan doktor dari ruangan mereka. "Dah. Saya nak balik." Kata Ayuni.
"Ya saya tahu awak dah boleh balik. Tapi awak nak kemana? Saya hantarkan." Pelawa Tengku Farhan pada Ayuni.
"Saya....." Perlahan nada Ayuni sehingga sukar didengari Tengku Farhan.
"Apa dia?" Sedikit meninggi nada Tengku Farhan.
"Saya tak tahu nak ke mana." Balas Ayuni dengan nada sayu.
Ayuni tidak tahu hendak dihantar ke mana, dia hilang segala-galanya kerna ayah durjana. Air mata mula memenuhi kelopak mata Ayuni. Tengku Farhan yang ada di sebelah Ayuni buntu harus berbuat apa. Dia tidak pernah alami kejadian sebegitu sebelum ini.
Di masa kecemasan, otaknya selalu cepat berkerja. "Saya tahu nak bawa awak ke mana." Kata Tengku Farhan.
Ayuni mengesat air matanya hingga kering. "Ke mana?" Soal Ayuni pada Tengku Farhan.
"Awak ikut je dulu." Jawab Tengku Farhan.
"Awak bagitahu dulu, ke mana awak nak bawa saya." Ayuni menekan mahukan jawapan. Dia risau kalau - kalau lelaki itu membawanya kembali ke tempat Don. Pasti teruk dia dikerjakan Don nanti.
"Saya bawa awak pergi rumah saya dulu." Pasrah Tengku Farhan bila ditekan Ayuni.
Ayuni separuh yakin dengan jawapan Tengku Farhan. Tapi dia tahu, kalau bukan kerana Tengku Farhan yang membawanya ke hospital. Tidak tahu apa akan jadi padanya.
"Okay." Lembut suara Ayuni.
"Sekarang awak pergi tukar baju, saya tunggu dekat lobi." Arah Tengku Farhan pada Ayuni.
"Okay."
Ayuni hanya menuruti sahaja perintah dari Tengku Farhan. Dia turun dari katil dan terus menuju ke bilik air. Tiba sahaja di dalam bilik air, ditutupnya rapat pintu dan merenung tajam pada cermin bilik air.
"Betul ke aku nak ikut mamat tu." Bisik hati kecil Ayuni.
Tengku Farhan yang tiba di lantai bawah lobi terus menuju ke kaunter untuk urusan pelepasan Ayuni keluar dari wad. Bertimbun ubat diberikan pada Tengku Farhan untuk di hadam si Ayuni.
Selesai sahaja urusannya di kaunter. Terperanjat Tengku Farhan dibuat Ayuni apabila melihat Ayuni yang sudah berdiri betul - betul di sebelahnya.
"Ya Allah awak ni, jangan buat saya terperanjat boleh tak. Bagi lah salam dulu ke apa." Kata Tengku Farhan pada Ayuni.
Ayuni yang bermain - main dengan jemarinya. "Assalamualaikum." Sengaja diajuk kata - kata Tengku Farhan.
"Haa waalaikumsalam." Balas Tengku Farhan.
Ayuni melihat plastik yang berisi ubat - ubatan. "Kenapa banyak sangat ubat dia bagi?" Soal Ayuni hairan.
"Saya pun tak tahulaa kenapa banyak sangat dia bagi." Jawab Tengku Farhan pada soalan Ayuni.
Tengku Farhan mula melangkah meninggalkan lobi hospital yang sesak dengan manusia. Ada yang berdiri, ada yang berlari. Ada yang sakit dan ada yang sihat. Tidak terhitung di jari pelawat hospital olehnya.
Hati Ayuni yang masih bercampur baur mahu mengikut Tengku Farhan atau tidak kini sedikit reda. Tidak dihirau lagi apa yang bakal terjadi. Di otaknya hanya mahu keluar dari hospital sahaja.
"Awak..." Panggil Tengku Farhan Dari depan
"Ya kenapa?" Tengku Farhan sedikit menoleh ke belakang memerhati langkah Ayuni.
"Saya lapar." Ujar Ayuni sambil mengusap - usap perutnya.
Sebelah bibir Tengku Farhan ditarik tersenyum melihat tingkah Ayuni. "Okay jom kita pergi makan dulu." Kata Tengku Farhan pada Ayuni.
"Kalau kita bungkus lepas tu makan dekat rumah je boleh tak?" Pinta Ayuni dengan wajah simpatinya.
Tengku Farhan hanya mengangguk tanda setuju dengan permintaan Ayuni. "Tengok lama - lama comel pula budak ni." Monolog Tengku Farhan dalam hatinya.
Setibanya Tengku Farhan di hadapan keretanya. Sekali lagi Ayuni ingin mendapatkan kepastian. "Betul ya awak nak bawa saya balik rumah?" Soal Ayuni.
"Betullah...takkan saya nak permainkan awak pula." Tengku Farhan cuba yakinkan Ayuni.
Setelah sekali lagi diyakinkan Tengku Farhan, barulah Ayuni berani masuk ke dalam kereta Tengku Farhan. Walau diberitahu ke mana tujuan mereka, Ayuni tetap sahaja pasrah jika destinasi ditujui tidak benar seperti apa yang dikata.
Hatinya sudah lama mati rasa dengan kata, pujuk dan rayu insan bernama lelaki. Tetapi kali ini dia cuba memberi sedikit harapannya pada Tengku Farhan setelah apa yang lelaki itu lakukan padanya sepanjang di hospital.
Share this novel