BAB 2:Di Kawal Sesuatu
KERETA Harun tiba di perkarangan tapak apartmen Haunted Hills kira-kira setengah jam kemudian. Hujan masih turun mencurah-curah bersama simbahan cahaya kilat di kejauhan serta deruan guruh-guruh. Kereta Yana juga ada di temuinya dekat situ.
Pandangan Harun meliar ke segenap ceruk dan blok-blok bangunan pangsapuri terbiar dan usang itu. Keberadaan Yana secara tepat tidak dapat di pastikan. Suasana agak gelap. Tambahan pula keliling tapak pangsapuri Haunted Hills adalah hutan belukar dan semak-samun.
Hendak tak hendak terpaksalah Harun menyalakan suar yang ada di bawanya sekali bersama lampu suluh lalu bergegas Harun pergi mencari Yana dekat blok yang paling hampir terlebih dahulu.
"Yana!'Harun berteriak beberapa kali ketika melangkah naik ke tangga sehinggalah dia tiba di balkoni tingkat satu blok A.
Setiap rumah di tingkat tersebut di periksa. Suluhan lampu picit Harun bersimpang-siur ke sana ke mari.
"Yana! engkau ada kat mana tu?!''
Teriakkan Harun hanya sia-sia. Dia terus berjalan dan mencari.
SEMENTARA itu Yana pula terus berlari sehingga dia tiba di hujung balkoni tingkat 2 blok D.
KREKKK...
Sebuah pintu terbuka dengan sendirinya. Daun pintu usang itu agak berkeriut bunyinya. Yana tidak tahu siapa yang membukanya. Entah bilik apakah itu,Yana tidak pasti. Tapi Yana berasa sedikit pelik dan aneh kerana dari pintu yang terbuka itu dapat di lihatnya ada cahaya berbalam-balam dari sebelah dalam.
Perlahan-lahan kaki Yana melangkah menghampiri pintu itu. Kini dia berdiri tercegat dan mengintai ke dalamnya. Rupanya ia adalah sebuah bilik hall mini yang terdapat peti-peti almari loker,meja kerusi dan sebagainya.
Menurut agakkan Yana,kemungkinan bilik itu adalah pejabat untuk kegunaan staf pihak pengurusan apartmen Haunted Hills suatu ketika lalu.
"Pelik..bekalan elektrik kat apartmen Haunted Hills kan dah lama kena potong. Sejak berdekad lalu lagi. Macam mana pulak lampu ni boleh menyala?"fikirnya dengan dahi berkerut.
Dalam pada kehairanan,Yana sempat memanfaatkan keadaan penuh misteri dan keanehan itu dengan membuat rakaman melalui kamera video digital. Sebagai seorang wartawan dan penulis akhbar tabloid misteri,material berbentuk rakaman video,audio atau foto amat penting untuk menyokong fakta sesebuah artikel atau jurnal yang hendak di tulis dan di terbitkan.
Sambil merakam,Yana berkomentar dengan membuat ulasan.
''...Saya sekarang sedang berada di tingkat dua blok D apartmen Haunted Hills. Seperti yang anda saksikan dalam video ini. Lampu ruangan hall mini yang saya percayai adalah bilik kegunaan staf management pangsapuri Haunted Hills sekitar dua puluh tahun lalu ini dapat menyala dengan baik dan terang sekali. Inilah yang menghairankan!..walhal bekalan elektriknya sudah lama di potong"
Yana terus melilau di dalam hall mini dan terus merakam. Meja dan kerusi serta perabot lain agak bersawang dan berdebu. Tiba-tiba entah dari mana datangnya guli-guli berjatuhan di lantai. Pantas di rakamnya semua itu sambil berkomentar.
"Auch! Anda boleh lihat sendiri bagaimana guli-guli ini bertaburan sekarang. Saya tak tahu bagaimana hal ni boleh terjadi. Tiada sesiapa pun dekat ruang hall ni selain saya.."
Krekk..
BEDEBUMM!
Yana terkejut lalu menoleh. Rupanya pintu yang di masuki telah tertutup dengan sendirinya. Tiba-tiba suhu di dalam hall mini itu pun bertukar menjadi sejuk.
Muncul sebuah kolam di atas lantai. Wap-wap sejuk berkepul-kepul keluar dari permukaannya. Yana benar-benar di baluti rasa seram dan cemas. Dinding-dinding,loker,meja dan kerusi mulai jadi berwap.
Tak bertangguh tombol pintu di goncang-goncang dengan harapan pintu itu dapat di buka kembali. Akan tetapi malang nasib Yana kerana apa yang di harapkan tidak berlaku. Dia bagaikan terperangkap dalam ruang hall terbabit.
Ketika akar-akar mulai muncul dari celah bawahan pintu,Yana terjerit dan berganjak ke belakang. Kamera video digital di tangannya pun terlepas.
Akar-akar itu bagaikan ribuan ekor ular terus menjalar ke arah Yana. Ia datang dari segenap arah. Yana yang sudah terlalu panik dan cemas tiada pilihan lain selain melompat ke dalam kolam berwap sejuk itu.
"Aaaaaaaaaaaa!!"
HARUN baru tiba di tingkat 4 apartmen blok D setelah ternampak cahaya berbalam muncul dekat situ tadi. Cahaya itu datangnya dari dalam bilik ruang hall sewaktu pintunya masih belum tertutup tadi.
"Yana!"teriak Harun berkali-kali sambil menggoncang tombol pintu terbabit.
Harun juga kehairanan melihat pintu itu terbelenggu dengan akar-akar bergerak yang entah datang dari mana. Dia tahu Yana sedang terperangkap di dalam sana dek suatu perkara aneh yang tak masuk dek akal.
Harun tiada pilihan lain.
"Heyarrghhhhh!"
Pintu itu di tendangnya dengan kuat.
Akar-akar itu tiba-tiba hilang ghaib entah ke mana. Setelah merempuh ke permukaan pintu beberapa kali,akhirnya barulah ia berjaya di buka.
"Yana!"
Harun meluru masuk dan mendapati Yana terbaring pengsan tidak sedarkan diri di atas lantai. Bilik hall itu sudah kembali ke keadaan asalnya semula. Kolam dengan wap sejuk berkepul-kepul tadi pun sudah hilang ghaib dari pandangan mata.
Harun tidak segera mengejutkan Yana dari pengsannya. Dia melilau ke segenap penjuru dalam hall terbabit. Seperti mana Yana,dia juga kehairanan memikirkan bagaimana lampu di situ dapat di nyalakan.
Harun mengutip video kamera digital milik Yana. Rakaman juga masih sedang berjalan. Dia duduk seketika lalu memainkan kembali rakaman yang telah di buat oleh Yana. Harun jadi terpegun dengan apa yang di tontonnya.
"Ada sesuatu yang tak kena dengan tempat ni"getus hati Harun sambil meliarkan pandangan ke segenap penjuru.
_____________________
HUJAN sudah mulai renyai. Harun memapah Yana dan mereka berjalan keluar dari pagar keliling tapak apartmen Haunted Hills. Yana masih pucat dan lemah.
"Engkau tak apa-apa ke ni Yana?"tanya Harun.
"Mmm..okey kot"lemah suara Yana.
Dua wartawan tabloid misteri BONGKAR itu bersandar sebentar dekat kereta. Yana berpeluk tubuh dan termenung panjang. Harun membakar sebatang rokok.
"Aku dah tengok rakaman video kau tadi"kata Harun. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya. Cermin matanya yang basah dek hujan lalu di buka dan di lap buat seketika.
"You rasa ada apa je kat kawasan blok pangsapuri terbiar ni Run?"tanya Yana sambil meraut wajah. Renyai hujan membuatkan dia kembali rasa segar bermaya.
Harun memerhati ke blok-blok pangsapuri terbiar lagi usang itu.
"Wartawan sambilan tu tak sepatutnya di berikan tugasan macam ni..err aku terlupa nama dia.."
"Zurin!"Yana mengingatkan.
"Engkau masih nak handle tugas yang dia tinggalkan ni lagi ke Yana?"
"Of course..kenapa? Kau ingat aku takut? Jangan sesekali kau berhajat nak take over tugasan ni dari aku Run..i give you a warning''balas Yana.
Harun tersenyum sambil menoleh ke arah Yana.
"Itu sebablah aku bangga ada partner macam kau Yana. Aku tak risau pada wartawan-wartawan junior kita kat syarikat tabloid BONGKAR nak silih bertukar ganti atau apa...aku lebih risau kalau kehilangan senior reporter partner yang sebagus dan dedikasi macam kau"
"Kau bercakap seolah kita kat tabloid BONGKAR ni dah ketandusan wartawan muda pelapis yang berbakat lah Run. Hei you lupa ke..kita masih ada Haziq,Asywina,Yeob..they are our talented junior Run"kata Yana.
"Aku pun harap mereka boleh terus kekal lama berkhidmat dengan tabloid BONGKAR. Yup..tak di nafikan mereka sangat bagus,dedikasi dan syarikat penerbitan BONGKAR sangat memerlukan wartawan-wartawan muda berpotensi besar macam mereka"kata Harun.
Yana mengangguk bersetuju.
"Oh ya let's get back to the topic..kau masih belum jawab pertanyaan aku tadi Run"
Harun berdiri memerhatikan ke blok-blok apartmen Haunted Hills yang terbiar usang di hadapannya.
"Aku tak fikir hantu boleh menimbulkan keadaan luar biasa seperti dalam video yang engkau rakam tadi Yana. Kau pasti ke yang kau terjatuh ke dalam kolam ais tu tadi?"
Yana juga mulai sangsi dengan persoalan yang di timbulkan oleh Harun itu apabila mendapati pakaiannya tidak pula basah setelah membuat keputusan untuk terjun ke dalam kolam berwap sejuk itu tadi akibat di asak oleh ribuan akar-akar menjalar dari segenap arah.
"Entahlah Run. I pun naik bingung memikirkan hal tu"
"Apa yang terjadi lepas kau terjun tadi?"
"Aku tak ingat apa-apa. Dah pengsan kot"
"Hm..kolam ais dan akar-akar tu sebenarnya tak berwujud secara nyata Yana. Aku temui engkau dah terbaring atas lantai"
"Maksud kau benda-benda tu semuanya hanya seperti khayalan mata saja? Tapi bagaimana pulak dengan suhu sejuk dalam bilik tu Run?..I rasa sendiri betapa sejuknya waktu kolam ais tu muncul"
"Yang itu pasti ada penjelasannya yang kita belum tahu buat masa sekarang"
Lama Harun membuang pandangannya ke arah blok-blok apartment terbiar Haunted Hills.
"Aku dapat rasakan yang tempat ni sedang di kawal oleh 'sesuatu'..."
Kata-kata Harun terputus setakat di situ. Ada sesuatu yang bermain dalam fikirannya. Yana berkerut dahi sambil terus menantikan butir-butiran kata seterusnya dari Harun.
"Sesuatu yang lebih dari sekadar gangguan makhluk halus atau hantu.."
Yana tersentak. Namun Harun tidak pula menjelaskannya lebih lanjut.
"Aku tak pasti kita sebenarnya sedang berdepan dengan 'apa' kat tempat ni. Aku percaya dan yakin engkau boleh buat penyiasatan dan penelitian lebih lanjut dan mendalam lagi tentang apartmen Haunted Hills ni Yana"
"Baiklah..nanti aku siasat lebih lanjut. Oh ya i forgot something to tell you.."kata Yana.
"Apa dia?"
"Tentang Zurin"
"Kenapa dengan dia?"
Share this novel