"Tolonglah papa, Ara cintakan Haris, mustahil Ara boleh tinggalkan Haris demi ikut kehendak merepek dari papa tu!" Ara melutut, merayu.
Tuan Khairi masih berdegil.
Kalau anaknya boleh degil, apalagi ayahnya, kan?
"Ini bukan permintaan mengarut, kahwin dengan pilihan papa, tinggalkan Haris,"
Ara pegang lutut Tuan Khairi.
"Tak boleh papa, Haris dengan Ara saling mencintai," Ara menolak lagi.
Tuan Khairi menjulingkan matanya ke atas.
"Cinta? setakat 5 tahun bercinta tapi tak berusaha untuk menghalalkan, itu ke namanya cinta? Ara, Haris tu cuma nak berseronok dengan Ara, dia tak ada niat nak kahwin dengan Ara," Tuan Khairi memegang bahu Ara.
Dia perlu sedarkan anaknya.
"Dia nak kahwin dengan Ara!"
Tuan Khairi geleng.
"Kalau macam tu, kenapa dia masih tak bawa keluarga dia jumpa papa? papa sendiri tak tahu sama ada mak bapak dia hidup atau tak, dia pernah bawa Ara jumpa keluarga dia?" Tuan Khairi melemparkan soalan yang memakan diri Ara semula.
Ara terdiam, tapi dia perlu mencari jawapan munasabah.
"It...itu sebab Ara masih belum bersedia, kalau papa nak Ara kahwin juga, Ara boleh kahwin, tapi bukan dengan lelaki Ara tak kenal, Ara akan ajak Haris kahwin," Ara masih bertegas.
"Papa tak izinkan, kahwin dengan pilihan papa ataupun tinggalkan semua kesenangan Ara dan pergi hidup dengan Haris," Tuan Khairi senyum sinis, dia tahu kelemahan anaknya sendiri.
Ara tidak dapat hidup tanpa kemewahan, dari kecil hingga dewasa, Ara tak pernah rasa susah.
"Papa! stop making this drama! apa papa ni!" Ara berontak.
"Kahwin dengan pilihan papa dan hidup senang, ataupun.., kahwin dengan Haris tanpa harta papa satu sen pun dalam tangan Ara, choose," Tuan Khairi seronok melihat wajah Ara yang sudah berubah gusar.
Ara diam, dia berbelah-bagi.
"Sampai hati papa kan?" Ara memandang ayahnya dengan muka simpati.
"Sampai je," Tuan Khairi pula menjawab selamba tanpa rasa bersalah.
"Ara tak sukalah! papa tahu Ara tak boleh survive kalau Ara tak ada duit!" Ara hentak kakinya ke lantai, geram!
"Yes, betul, sebab papa tau Ara tak boleh hidup tanpa duit papa lah, papa terpaksa gunakan duit untuk buat Ara ikut cakap papa, why? cinta lebih hebat dari duit ke?" Tuan Khairi balas jujur dengan muka selambanya.
Ara terasa mahu meraung.
Hatinya suruh memilih Haris , namun jiwanya memilih harta.
Susah bila jadi mata duitan ni!
"Papa bagi masa 3 hari , kalau setuju datang ke location dinner date kita dengan family bakal suami Ara lepas 3 hari tu , faham?" Tuan Khairi bertegas dan meninggalkan Ara sendirian membuat keputusan.
Tuan Khairi sengih dan mengangkat jari kepada Puan Melur.
Puan Melur tertawa dan mereka berdua menepuk tangan lalu bersama-sama sembunyi dibalik dinding mengintip Ara yang stress seorang diri.
"Abang rasa Ara boleh setuju ke?" soal Puan Melur separa berbisik.
"Abang yakin, lagipun Aishah dah kesuntukan masa, Abang percaya Adhuka boleh bimbing Ara suatu saat nanti," Tuan Khairi meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Aishah kawan baiknya.
"Tapi, kan Adhuka tu dah-"
"Buta tak semestinya dia jahil dalam agama, Abang kenal keluarga Aishah tu, Aishah banyak bantu Abang dulu, kini tibanya masa untuk Abang balas budi dia, kasihan juga pada Adhuka, ditinggalkan tunang," balas Tuan Khairi.
"Tapi, kita dah serahkan masa depan anak kita tau Abang, Abang yakin ke Ara boleh terima and jaga Adhuka tu? Abang kenal sendiri anak Abang tu macam mana," Puan Melur bersuara sayu.
"Abang tahu apa Abang buat Melur, percayakan Abang."
...
"Diorang dah sampai..." Puan Aishah berbisik perlahan ditepi telinga Adhuka.
Adhuka yang hanya diam membisu mula duduk dengan betul dan sopan.
Kaca mata hitam yang dipakainya juga dibetulkan.
Puan Aishah membantu Adhuka mengemaskan pakaian yang dipakai.
"Assalamualaikum, Aishah, maaflah lambat..." Tegur Puan Melur sopan sambil bersalaman berlaga pipi antara mereka.
"Waalaikumussalam, tak apa, kami pun baru je sampai," balas Puan Aishah mengerling ke arah Ara yang diam berdiri di belakang antara Puan Melur dan Tuan Khairi.
Tuan Khairi mengambil tangan Adhuka dan berjabat.
"Apa khabar uncle?" Adhuka menegur sopan.
"Alhamdulillah, baik, kamu sihat Adhuka?" Tuan Khairi bertanya kembali.
"Alhamdulillah, macam ni lah saya uncle..." Adhuka senyum.
Puan Melur melihat Ara yang seolah tidak berminat itu segera menepuk perlahan lengan Ara mengarah untuk bersalaman dengan bakal mertuanya.
Ara berdecit dan mula tersenyum secara paksa kepada Puan Aishah.
"Hai, aunty, saya Ara,"
Puan Aishah tersenyum.
"Cantiknya kamu bila tengok depan-depan," puji Puan Aishah buat Ara tersengih sumbing.
Ara terpandang susuk lelaki yang berdiri di sebelah Puan Aishah.
"Oh, inilah anak aunty, Nasser Adhuka," Puan Aishah memeluk bahu Adhuka.
Ara memerhatikan Adhuka dari atas dan bawah.
'Boleh tahan,' komen Ara dalam hati.
"Saya Ara Kamelia," Ara menghulurkan tangan kepada Adhuka.
"Nasser Adhuka," balas Adhuka cuba mengapai tangan Ara untuk dijabat.
Ara angkat kening merasa sangsi apabila melihat Adhuka yang terkebil-kebil mencari tangannya yang jelas-jelas dia suakan tepat depan mata Adhuka.
"Tangan saya dekat depan muka awak, buta ke?" selamba soalan itu keluar dari mulut Ara.
Puan Melur terus menepuk bahu Ara dan menarik anak gadisnya supaya duduk.
Adhuka berdehem perlahan dan duduk ditempatnya.
Ara masih memerhatikan Adhuka sementara dia langsung tidak mengambil perhatian dengan perbualan kedua ibubapanya mengenai masa depannya sendiri.
Ya, Ara terpaksa memilih untuk setuju dengan cadangan papa yang mahu kahwinkan dia dengan lelaki asing ini hanya semata-mata tidak mahu kehilangan kesenangan yang selama ini dia idamkan.
Ara meneliti Adhuka secara tajam, namun lelaki itu sedikit pun tidak ada rasa mahu memandangnya semula.
Ara merasa semakin sangsi.
Mulutnya terasa ringan untuk bersuara setelah lama dia mendiamkan diri tanpa menyampuk.
"Dia ni, buta ke?" soal Ara selamba membuat mereka semua terdiam.
Adhuka juga yang sedang meminum air tersentak.
Puan Aishah terus menepuk dan mengusap belakang Adhuka.
"Ara..." Tuan Khairi sudah mengeluarkan amaran.
"Ara tanya bakal suami Ara, salah ke? sebab Ara tengok dia ni macam..." Ara melihat Adhuka yang berterusan terkebil-kebil dengan dirinya sendiri itu.
"Ya, saya buta." Adhuka sendiri yang membalas.
Ara terus terdiam.
"Saya buta disebabkan kemalangan, tunang saya lari dan-" Adhuka kembali diam.
Ara terus memandang kedua ibu ayahnya.
Ara mula tersenyum sinis, dia langsung tidak diberitahu mengenai kecacatan fizikal lelaki yang bakal dia kahwin.
"Okay, teruskan perbincangan," Ara sengih penuh makna dan mula duduk bersandar di kerusinya dengan tangan disilangkan.
Tuan Khairi dan Puan Melur masing-masing berbalas pandangan apabila melihat Ara tidak melenting.
"Kita sambung ya?" Tuan Khairi memandang Puan Aishah semula.
Puan Aishah mengangguk.
Perbincangan berlangsung semula.
Ara sembunyikan senyuman sinisnya sambil melihat Adhuka dengan penuh makna.
Share this novel