Aku duduk termenung diatas sebuah kerusi beroda sambil menongkat dagu,kedua belah kaki aku silangkan.bola mata aku ni seronok ja melihat telatah manusia yang lalu lalang didepan kawasan Salon tempat aku bekerja.
Ada manusia yang jalannya tertunduk sahaja matanya merenung telefon pintar,jari jemarinya laju bergerak menyentuh skrin.kaki pula melangkah ikut kata hati.
"Ehhh.....Hah padan muka kan dah mendapat.Tengoklah lagi handphone tu! Kau ingat kaki kau tu ada sensor nak bagi tau kau ada longkang kat depan."
Aku membebel sorang sorang,rasa kesian pun ada rasa nak gelak pun ada tengok sorang budak perempuan ni terjelepuk jatuh dalam longkang.Ya memang salah dia bila berjalan tu tak bagi tumpuan,tapi yang aku geram setan mana la yang curi penutup longkang tu.
"Isshh tak faham la aku dengan perangai orang zaman sekarang.penutup longkang tu pun diaorang nak curi.macam macam kerja halal yang ada kat Malaysia ni.kerjaya mencuri juga jadi pilihan.Dah kalau nak mencuri pun curi la emas ka,berlian ka.. ni tak penutup longkang tu juga korang nak curi."
Tergeleng geleng kepala aku memikirkan perangai manusia zaman sekarang ni.Buat sesuatu tak fikir dulu.Aku terus pandang luar,aku tengok budak perempuan tu terhincut hincut berjalan okey la tu ada yang menolong.
Tapi pandangan aku lebih tertumpu pada sepasang pasangan kekasih yang dari tadi aku tengok dah macam belangkas.Siap bertepuk tampar lagi.
"Isshh apa nak jadi la remaja zaman sekarang ni dah tak reti malu ka,kawin ja la kalau dah gatal sangat.Kat tempat awam pun menjadi."
Aku terus membebel sendirian,sesekali aku menoleh merenung kerusi kerusi kosong dalam Salon Kak Fatimah.
"Haiihhh mana la custemor ni,dah 3 jam aku kat dalam ni sorang custemor pun belum masuk."
Aku terus membebel tanpa rasa jemu,aku bangun dan berjalan ke muka pintu.. aku perhati ja kenapa kad yang tergantung kat muka pintu perkataan opennya didalam otak aku blurr sekejap.Aku garu garu kepala aku yang tak gatal ni sambil aku tenung lagi..
"Ya Allah..patut lah costemor tak masuk kalau dah diluarnya closed."
Cepat cepat aku pusingkan kad yang tergantung tu.Aku dah tak duduk aku berdiri dengan penuh semangat menunggu pelanggan.
Tapi pandangan aku ni masih nak tengok pasangan kekasih yang dari tadi duduk berdating kat kedai nasi kandar depan Salon kak Fatimah ni.
Aku tenung muka lelaki tu... Aku tenung muka budak perempuan tu,aku agak agak la umur diaorang mungkin masih belasan tahun.
Aku tengok lagi muka lelaki tu aku zoom kecil sampai nampak susuk badan lelaki tu.
"Ku semangat! sihatnya!"
Bulat biji mata aku tengok tubuh gempal lelaki tu.Aku tengok pula gadis ayu yang duduk disebelahnya.
"Alahaii sekepingnya.. sekali kena hempap ni mau tak bangun"
Isshh jauh pula fikiran aku melayang sibuk betul otak aku ni nak berfantasi hal diaorang.
"Macam tak sepadan ja diaorang nih! ni kalau bersanding bagai pinang tersilap belah,sebelah kecil sebelah besar."
Aku ketawa terkekek kekek sorang sorang.
"Astagfirullah hal azim."
Aku beristigfar panjang sambil menekup mulut.Tanpa sengaja aku dah menghina orang.Sungguh aku menyesal.Aku tampar tampar mulut aku ni sambil membebel marah kan diri sendiri.dah macam orang gila pun ada aku ni.
Tapi aku tak kisah orang luar takkan nampak.Salon kak Fatimah cerminnya ada tilted orang dalam boleh nampak orang luar,orang luar kena buka pintu dulu baru boleh nampak orang dalam.
Lagipun Salon kak Fatimah ni macam macam banel dia gantung orang bisnes la katakan.Tak cukup dengan banel frame ayat ayat al quran dia gantung dah macam kedai pakistan kat Nilai.Kadang kadang aku fikir aku ni kerja potong rambut orang ka atau jual frame ayat ayat Al quran.Teringat aku satu kejadian tu....
Masa tu aku tengah sibuk potong rambut costemor.
"Dik cantik la frame tu! mana beli?"
Tanya sorang lagi pelanggan yang menunggu giliran.
"Err tak tahu lah,bos yang beli."
Aku jawab ja,muka dia aku tak pandang.
"Eh yang tu tulisan tangan ka?"
Dia tanya lagi,jari telunjuk dia halakan kat frame dengan tulisan Qod.
Terpaksalah la aku tengok.
"Hah ah ya kak tu tulisan tangan."
Aku sambung balik gunting rambut Kak Juna.Kak Juna ni pelanggan tetap Salon ni.Yang Kak Juna ni pon satu,style rambut apa la yang dia nak jenuh aku nak fikir.main cakap ja potong macam ni la macam tu lah... Kang tak pasal pasal style ronaldo aku buat.
"Dik dik... Frame tu ada lampu ya!"
Allah dia tanya lagi.Dalam hati aku ni dah beristigfar panjang.Aku baru nak fokus.Aku tarik nafas dalam dalam.Aku pandang muka pelanggan tu dengan senyuman paling manis.
"Kak saya ni pekerja ja kat sini,frame ni semua boss saya yang beli. saya tak tahu apa pun.kalau kak nak beli frame kat kedai depan sana ada jual."
Aku cakap kat dia jari telunjuk aku halakan pada semua frame.Hah puas hati aku.tahu pula dia diam lepas kena sound.
Aku dongak tengok semua frame yang elok ja tergantung.Aku pun hairan dengan Kak Fatimah ni kenapa la dia gantung frame ni semua.bagus tu bagus tapi banyak sangat.Aku rasa hantu setan nak tumpang tidur pun takut.Ahh biar lah sakit pula otak aku nak fikir.
"Haih mana la costemor ni!!"
Aku merungut dalam hati.dah letih berdiri aku duduk balik atas kerusi tadi.Kenapa la mata aku asyik nak tengok pasangan kekasih tadi.Tengok ja lah bukan kena bayar pun.
"Amboii makan bersuap pula.Alahai romantiknya.Hah buka la mulut tu,malu malu pula awek dia."
Aku bercakap sendiri.
Entah kenapa la mulut aku yang kat dalam ni ternganga.Aku telan air liur yang nak hampir meleleh.
Aku tengok jam kat tangan.
"Laa dah pukul 2.30 petang.Mana la si Azie ni,aku dah kebulur ni.solat pun belum.Geram betul aku dengan Azie.Tadi bukan main janji nak datang awal"
Aku sambung membebel dalam hati.tapi mata aku masih merenung pasangan kekasih tadi.Tapi aku lebih berminat nak ushar lelaki tu.Tengah baik punya ushar aku nampak kelibat Azie dengan lengang lenggoknya berjalan kearah salon Kak Fatimah.Kecil besar kecil besar ja aku tengok dia,bergaya macam orang kerja ofis,dengan kasut tumitnya,dengan baju kebayanya.
"Amboi kau sempat lagi nak melayan,aku dah kebulur tahap gaban ni."
Aku merungut sorang sorang bila aku tengok Azie menghentikan langkahnya berbual dengan sorang lelaki ni.Geram pula aku tengok sahabat dunia aku ni.Akhirat memang aku taknak kawan dengan dia karang lambat pula aku ke syurga.Pakaian tak cukup kain,tudung entah kemana,sebagai kawan aku dah nasihat tapi dia cakap belum sampai seru lantak kau lah jangan malaikat maut seru dulu sudah.
"Asslammualaikum..."
Daun pintu Azie buka sambil memberi salam.
"Waalaikummussalam."
Aku jawab salam Azie dengan suara garang.bibir aku ni memang dah tak mampu nak senyum.Muka dia pun malas aku nak pandang.
"Sory beb! aku nak datang awal tadi.Tiba tiba perut aku sakit."
Dengan muka selamba dia pandang aku.boleh pula dia bagi alasan basi,itu ja ka alasan yang dia ada.Sepanjang aku kerja kat sini asal lambat alasan tu ja dia bagi.sakit perut.Azie tenung muka aku.Aku tenung balik muka dia.Berkerut muka aku ni tengok Azie bersolek macam nak pergi kenduri kawin.
"Banyak la kau punya sakit perut.Perut aku ni macam macam bunyi dah keluar.Tengok kedai jangan nak main handphone.Aku nak solat."
Tegas betul suara aku masa ni.Azie tak jawab dia hanya mengangguk.Tapi aku tengok muka dia slamba ja tak ada rasa bersalah langsung.
Aku berjalan pergi masuk bilik belakang.bilik belakang tu Kak Fatimah jadikan bilik solat.Kak Fatimah ni alim orangnya.Tudungnya labuh,pakaiannya jubah hitam sahaja.Bab solat dia sangat tegas.sebab tu lah walid aku nak sangat aku kerja dengan dia.Walid aku ni tak kisah sangat aku nak kerja apa yang penting halal.Tapi walid aku suka sangat aku kerja sini sebab Salon Kak Fatimah ni namanya Salon Muslimah.
Selesai solat zohor cepat cepat aku pakai tudung.tak sabar aku nak keluar pergi makan kat kedai nasi kandar depan tu.Tapi dalam hati aku ni tak sabar nak ushar lelaki tadi dengan lebih dekat.
Aku ushar semua lauk lauk yang tersusun atas meja.Air liur aku ni dah banyak kali aku telan.Kini tiba giliran aku ambil nasi.
"Nasi separuh!"
"Nasi putih ka briyani."
Tanya mamak tu.
"Nasi putih! ayam goreng.sayur kobis.bendi.kuah campur."
Laju ja aku bagitau menu yang aku nak kat mamak tu.
Terkebil kebil mata aku tengok mamak tu buat kerja.laju betul.Dah siap dia hulur pinggan nasi aku siap dengan bil.
Aku jalan dalam kedai nasi kandar tu cari port nak duduk.aku perasan lelaki yang aku dok ushar tadi tu ada lagi tengah minum tapi awek dia tak ada kat sebelah.
Aku duduk dekat dengan meja dia,tapi bukan meja yang sama.Aku angkat tangan dan baca doa.Baru nak sentuh nasi aku teringat tangan tak basuh lagi.Aku bangun.Aku perasan lelaki tu tengok aku.Aku tengok balik.Dia senyum.aku apa lagi senyum balik la.
Lepas basuh tangan aku duduk balik.dengan lafaz bismillah aku mula makan.Sesekali bola mata aku suka nak tengok wajah lelaki tu.
"Macam Bob la!"
Tiba tiba nama tu tersebut dalam hati aku.Suapan aku yang rancak tadi terhenti.Aku sebenarnya malas dah nak ingat lelaki yang aku panggil Bob.
Ya Bob!
Bob cinta hati aku.Bob lelaki pertama yang pernah bertahkta dihati aku.Bob dia lah kawan,dia lah kekasih dan dia lah suami aku.
Sekilas pandang aku tengok lelaki tadi.
"Tapi Bob lagi hensem.Bob putih,dia gelap sikit.mata Bob kuyu.mata dia bulat.bentuk muka Bob bujur.bentuk muka dia bulat.hidung Bob tinggi.hidung dia tinggi juga.tapi hidung bob lagi tinggi.bibir Bob??"
Aku dah tak ingat.apa yang aku ingat badan Bob sama macam lelaki yang aku tengah ushar ni.Tapi Bob tinggi dia ni aku tak tahu lah dari tadi duduk ja.
Bob! bila sebut nama Bob dah boleh bayang mesti chubby orangnya.Ya Bob chubby.Tapi aku sayang.Ya Bob chubby tapi aku cinta.Bak kata pepatah cinta itu buta.
Aku kenal Bob dah lama dari tingkatan dua lagi.Bob pula tingkatan empat.Bob ni pengawas kat sekolah.Aku pula budak nerd yang duduk dalam kelas aliran agama. Ya lah aku ni kan anak Pak Ustaz semestinya walid nak aku ni bercampur dengan budak budak beriman.
Oleh kerana aku ni budak nerd memang selalu lah dibuli.Aku pula duduk asrama.hampir setiap hari lah aku kena buli.
"Nah! basuh semua pakaian ni! jangan ada yang koyak pulak.baju aku ni mahal tau!"
Selamba ja budak senior tu suruh aku cuci semua pakaian dia.
Budak nerd kan mana tau melawan.Aku pun simpan buku dalam beg.Turun dari katil baldi yang berisi pakaian tu aku ambil.Sambil berjalan pergi ke tandas aku menangis.laju ja airmata aku ni keluar sambil mulut aku ni membebel.
"Elok ja ada kaki tangan buat la sendiri! kau ingat aku bibik kau!"
Aku berani cakap belakang ja,kalau berdepan aku diam seribu bahasa.
Malam tu juga aku basuh semua baju budak senior tu.Takutnya aku sorang sorang dalam tandas tu tuhan saja yang tahu.Dik kerana terlalu takut tanpa sengaja aku dah terkoyakan baju t.shirt budak senior tu.Aku pun tak tahu la macam mana t.shirt tu boleh tersangkut kat kepala paip.
"Hah sudah! mampus aku.apa aku nak jawab ni."
Menggelabah aku sorang sorang dalam tandas tu.Aku tengok kesan koyak tu boleh tahan juga besarnya.Nak jahit pun dah tak boleh.
"Apa aku nak buat ni! conform Aishah mengamuk,dah la mahal semua pakaian dia."
Aku bercakap sorang sorang baju t.shirt Aishah yang koyak tu aku tengok berkali kali.Lama juga aku bertapa dalam tandas,rasa takut tadi entah hilang kemana.Yang aku takut sekarang nak berhadapan dengan budak senior terpaling popular kat sekolah aku.
Aishah.cantik orangnya dah cantik pandai pula dah la pandai anak orang kaya lagi.Tapi sayang perangai hampeh.Tapi perangai buruk dia dengan aku ja.Depan orang lain dia lah gadis terpaling baik.terpaling ayu.
Terlopong mulut Aisyah masa aku hulurkan baju t.shirt dia yang koyak tu.dia punya nganga dah sama besar dengan kesan kat koyak.
"Errr Kak Aishah sa..saya minta maaf saya tak sengaja.saya janji nanti saya ganti ya!"
Tersekat sekat suara aku nak minta maaf dengan Aishah atau Kak Aishah.aku panggil dia kak sebab dia lagi tua dari aku.kebetulan pula dia satu kelas dengan Bob.
Dia pandang aku dengan riak wajah marah.
"Apa?? kau nak ganti! kau ingat ni baju pasar malam.sepuluh ringgit. Ini original guess kau tau!.mampu ka kau nak ganti."
"Betul! saya nak ganti berapa harganya??"
"Bak sini 150!"
Kata Aishah sambil meghulurkan telapak tangan.
Bulat mata aku dengar harga baju t.shirt Aishah.
"Biar betul harga tu.ka Kak Aishah ni nak scam aku."
Bisik hati aku.macam tak percaya pula aku.aku tengok t.shirt tu dah macam rupa t.shirt bundle takkan harga ratus ratus.
"Mahal sangat la Kak Aisyah. tak ada discaunt ka??"
Sempat lagi aku mencuba nasib minta discaunt kot kot Aishah nak bagi 70% discaunt.
Atas bawah atas bawah Aishah pandang aku.
"No discaunt."
Lepas Aishah cakap macam tu dia terus blah.Sejak dari hari tu sebulan juga la aku ambil puasa sunat nak simpan duit.
Lama aku mengelamun.Tanpa sedar jam dah hampir pukul 3.30 petang kelam kabut aku bangun dari kerusi sambil anak mata aku menjeling kearah lelaki tadi.
"Laa dah blah." bisik hati aku.
Perut pun dah kenyang hati pun dah senang aku berjalan balik ke salon Kak Fatimah.Aku tolak daun pintu aku tengok Azie sibuk tengah potong rambut pelanggan.Aku tengok ada seorang lagi pelanggan tengah menunggu giliran.
"Alhamdulillah rezeki."
Bisik hati aku besyukur dah ada pelanggan.Aku berjalan sambil mengukir senyuman kat pelanggan tu.
Share this novel