HFM 80 | | Lembaran Baru

Romance Completed 136766

Dihya tersenyum saat tangannya menyuapkan sepotong kek ke mulut kecil puteranya yang berusia setahun. Zane Hayes, suaminya, duduk di sebelahnya sambil mata hitam pekatnya tidak lepas daripada memandang dua insan kesayangannya itu.

Senyuman tipis terukir di bibirnya, memancarkan kebahagiaan yang sempurna. Sudah setahun berlalu sejak kehadiran cahaya mata mereka, seorang putera yang kini menjadi nadi utama dalam setiap hembusan nafas mereka. Majlis resepsi yang diadakan hari ini bukan sekadar meraikan ulang tahun si kecil, malah menjadi saksi bisu kepada keutuhan sebuah keluarga yang telah mereka bina di atas takdir yang penuh liku.


“Mama… lagi!” suara kecil itu meminta lagi, membuatkan Dihya dan Zane tertawa kecil.


“Sudah, sayang. Nanti sakit perut kamu."pujuk Dihya lembut sambil mengelap sisa kek di pipi tembam puteranya.

Zane pula mencapai tangan Dihya, mengucup lembut belakang tapak tangan isterinya. Mengundang jungkitan di kening Dihya.


"Kenapa?"tanya Dihya kehairanan.

Zane sekadar menggeleng sambil tersenyum nipis."Saja."Dia bukan apa. Dia cuma rasa bersyukur sebab betapa bahagianya dia rasakan ketika ini melihat Dihya dan anak lelakinya bersama dengan dia sekarang ini.

Dihya kembali memandang anak lelakinya sambil mengeratkan cengkaman Tangan dalam genggaman Zane ketika itu.


Pada masa itulah Zane bersuara lagi. "Terima kasih untuk semuanya sayang. Saya tak tahu kalau bukan kerana awak, saya mungkin takkan rasa bahagia macam ni." pandang Zane pada raut wajah isterinya.


Dihya membalas pandangan Zane, matanya berkaca. “Saya pun sama.Terima kasih sebab sudi terima saya ke dalam hidup awak. ”Air mata gembira yang ditahan sejak tadi akhirnya menitis, membasahi pipinya. Zane mengusap lembut pipi isterinya, turut berkongsi rasa syukur yang melimpah ruah.


"Kalau dulu awak favorite mistress saya, sekarang awak adalah orang yang paling saya favorite kan dalam dunia ni..." seloroh Zane.Zane menarik Dihya ke dalam pelukannya dan dibalas dengan Dihya bersama tawa kecil.

Mereka telah melalui badai yang maha dahsyat, namun setiap titisan air mata dan peluh yang tumpah itu telah membentuk ikatan yang lebih kukuh, sebuah kasih yang tidak mungkin goyah.

Sejak pemergian Tuan Samsoong, kehidupan Tuan Hayes dan isterinya menjadi lebih tenang. Jauh dari hiruk-pikuk dunia perniagaan yang penuh persaingan, Tuan Hayes kini mengisi hari-harinya dengan aktiviti santai, menikmati saat-saat berharga bersama isteri tercinta.

Empayar keluarga Samsoong yang megah kini berada sepenuhnya di bawah kendalian Zane. Dia telah membuktikan kemampuannya menguruskan syarikat dengan cemerlang, memastikan legasi yang ditinggalkan Tuan Samsoong terus berkembang maju. Walaupun sibuk, Zane sentiasa memastikan Dihya dan putera mereka adalah keutamaannya.


“OH YA, Zane, ayah dan ibu kata mereka akan datang hujung minggu nanti,” beritahu Dihya suatu pagi ketika mereka bersarapan.


“Iya? Baguslah. Dah lama juga mereka tak datang ke sini. ” balas Zane sambil menyuapkan roti bakar ke mulut. “Ayah nampak lebih sihat dan gembira sejak dia bersara.”


Dihya mengangguk setuju. “Memang. Ibu pun sama. Mereka patut dapat ketenangan macam ni.” Dia teringat bagaimana dulunya hubungan Zane dengan keluarganya sedikit renggang dek tekanan perniagaan, namun kini semuanya telah pulih, malah lebih akrab. Kebahagiaan ibu bapa Zane adalah cerminan kepada ketenangan hati mereka sendiri.

Di sudut dunia yang lain, Sarah dan Lee pula sedang meniti episod baharu dalam hidup mereka. Dengan kehadiran cahaya mata kembar yang comel, kehidupan mereka menjadi lebih ceria dan bermakna. Atas tuntutan kerjaya Lee, mereka sekeluarga telah berpindah ke luar negara, memulakan pengembaraan baru yang penuh kegembiraan. Walaupun terpisah oleh jarak yang jauh, ikatan persahabatan antara Sarah dan Dihya tidak pernah pudar.

Sejak pertemuan terakhir mereka, kedua-dua wanita ini sering berhubung melalui panggilan video dan pesanan teks. Mereka berkongsi cerita tentang cabaran membesarkan anak kembar, tentang gelagat lucu putera Dihya, malah tentang gosip-gosip kecil yang mewarnai kehidupan mereka. Ikatan yang dulunya bermula dengan situasi yang janggal, kini telah berkembang menjadi persahabatan yang erat, umpama adik-beradik.

Suatu petang, telefon Dihya berdering. Nama ‘Sarah’ terpapar di skrin.


“Hai, Sarah!” sapa Dihya ceria.


“Hai, Dihya! Macam mana? Sihat?” suara Sarah kedengaran teruja di hujung talian.


“Macam ni aje la, sihat. Kamu dan si kembar macam mana?”


“Kami pun sihat. Ya ampun, Dihya, pening kepala saya nak uruskan si kembar ni. Seorang nak susu, seorang lagi nak berdukung,” adu Sarah diselangi tawa kecil.


Dihya turut tertawa. “Sabarlah, Sarah. Memang macam tu la cabaran jadi ibu. Tapi seronok kan?”


“Seronok sangat! Eh, Dihya, bila kamu nak datang melawat kami kat sini? Anak-anak saya asyik tanya pasal ‘aunty Dihya’ mereka,” ajak Sarah.


Dihya tersenyum lebar. “Hahaha, tengok la nanti, Sarah. Nanti kalau Zane ada masa lapang, kami datang melawat. Kamu pun, bila-bila ada kelapangan, datanglah ke sini. Dah lama tak jumpa secara berdepan.”


"Of course. Nanti saya beritahu Lee."

Dihya berborak panjang lagi dengan Sarah, sambil di berborak senyuman masih terukir di bibirnya. Dia memandang ke arah Zane yang sedang mendukung putera mereka, bermain di ruang tamu. Mel dengar hilaian ketawa dan suara agah ceria dari dua orang itu menyerikan lagi suasana petang. Tak pernah dia duga bahawa kehidupannya kini adalah sebuah lukisan indah yang diwarnai kebahagiaan dan kasih sayang.

Semua liku-liku yang telah dilalui, akhirnya membawa mereka ke arah cahaya. Kini, mereka tidak lagi terikat dengan takdir yang menekan, sebaliknya, mereka adalah penentu takdir mereka sendiri, melakar kisah cinta yang abadi. Mereka telah membuktikan bahawa cinta sejati, walaupun diuji dengan pelbagai rintangan, akan sentiasa menemukan jalannya menuju kebahagiaan yang hakiki.

-TAMAT-

Tamat sudah. Walaupun tak sempurna Tinta ucapkan ribuan penghargaan buat Buddies dan pembaca yang end up mengikuti perjalanan Tinta sepanjang proses menyiapkan novel ni. Terima kasih untuk donation, sokongan serta komen yang telah diberikan kepada novel His Favorites Mistress ini. Jauh dalam hati, tanpa sokongan Buddies serta pembaca semua novel ni takkan complete. Terima kasih sekali lagi kerana setia mengikuti TintaHitamTanpaArah sehingga sekarang. Virtual hugs Buat Semua.

Share this novel

Jubaidah Chezam
2025-06-15 17:09:13 

tq tinta , ada cerita baru lagi tak lps ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience