Bab 1

Romance Series 16182

"Mama!"seorang kanak-kanak lelaki sedang mencari ibunya. Dia melihat-lihat sekeliling mencari keberadaan sang ibu.

"Mama! Ihsan takut..."ujarnya perlahan. Kakinya terus menerus berlari mencari ibu.

"Ihsan!!!"kedengaran suara ibunya memanggil dari belakang. Dia terus memusingkan badannya.

"Mama,"dia terus berlari. Jannah terus memeluk satu-satu anak lelakinya itu. Dada masih lagi berdetak dengan laju. Memikirkan perkara buruk yang bakal berlaku kepada Ihsan jika dia tidak menjumpai anaknya itu.

"Ihsan pergi mana? I've told you to wait for me, tapi kenapa Ihsan tinggalkan tempat tu?"ujar Jannah.

"I'm sorry. Ihsan worry about you. Ihsan tunggu mama lama tau,"ujar Ihsan dengan petahnya.

"You nak aiskrim dekat uncle tu and dia kena beratur sebab ramai orang. So you have to wait for a little bit. Nasib mama perasan yang you ikut buih-buih belon tu,"Ihsan menundukkan kepalanya tanda bersalah. Memang betul pun dia ikut sekelompok kanak-kanak bermain benda itu sebentar tadi.

"Dah. Jom balik. Mama nak masak makan malam, atau tak payah masak jer, sebab harini Ihsan buat mama risau..."Jannah tersenyum kecil melihat riak wajah Ihsan yang cemberut.

"No. You have to cook, mama. Ihsan nak ayam goreng boleh?"pinta Ihsan.

"Biar mama fikir sekejap..."lama Jannah mendiamkan diri. Tapi dah mula nampak wajah Ihsan yang sudah memerah. Nak menangis la tuuuu....

"Please mama. Ihsan janji tak buat lagi"

"Okay fine. Mama akan masak everything untuk anak mama."Jannah ketawa perlahan. Sungguh dia kasihi satu-satu permata hatinya itu. Tidak ada yang mampu menggantikannya.

"Love you mama,"ujar Ihsan sambil menepuk-nepuk tangannya beberapa kali tanda teruja. Tanpa sedar ada seorang lelaki yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Puan..."panggil lelaki itu.

"Ahhh, yer. Kenapa?"Jannah dan Ihsan terus memandang ke arah punca suara tersebut.

"Ni aiskrim yang puan tak ambil tadi,"ujar lelaki tersebut sambil menyerahkan aiskrim tersebut kepada Jannah.

"Terima kasih. Buat susah-susah saja."Jannah menyambut aiskrim tersebut.

"Tak susahkan saya pun. Alang-alang saya memang beratur belakang puan tadi. Terkejut juga saya tiba-tiba puan berlari tinggalkan macam tu ja,"ujar lelaki tersebut ramah.

"Ouh, ha. Anak saya ni tiba-tiba berjalan pergi tinggalkan tempat yang saya suruh dia tunggu. Takut juga yang dia hilang. Nasib baik jumpa. Kalau tak gelabah juga saya."Jannah mengusap lembut kepala Ihsan yang sedang sibuk melahap aiskrimnya.

"Maaf bertanya, mana suami puan, yer?"soal lelaki itu tiba-tiba membuatkan Jannah terdiam dan senyumannya mati buat seketika.

"Hurmm. Tak payah jawab la puan, soalan saya tuh. Maaf kalau saya menyinggung perasaan puan,"ujar lelaki itu sambil menggaru kepalanya perlahan.

"Ehh. Tak apa pun. Terima kasih untuk aiskrim ni. Susah-susah jer bagi dekat saya,"ujar Jannah.

"Tak ada susah mana pun."

"Urmmm....saya sebenarnya nak mintak diri dulu. Dah nak masuk maghrib."ujar Jannah membuatkan lelaki itu terus melihat jam di tangannya. Dia mengangguk perlahan.

"Baiklah kalau macam tu. Saya minta maaf kalau saya ada menyinggung perasaan puan atau apa pun lah walaupun baru sekejap tadi."

"Eh...Tak apa. Ihsan... cakap thank you dekat abang,"ujar Jannah.

"Thank you, abang untuk aiskrim ni,"ujar Ihsan. 

"Welcome,"lelaki itu terus mengusap perlahan rambut Ihsan.

"Saya minta diri dulu. Assalamualaikum,"ujar Jannah. Dia terus menundukkan kepalanya sedikit tanda terima kasih. Dia terus mengajak Insan untuk pergi dari situ.

"Waalaikumussalam,"lelaki itu menatap belakang Jannah yang semakin lama semakin menjauh.

"Jannah, adakah kau bahagia bersama dengan dia?"lelaki itu terus berlalu dari taman itu.

"Mama, kenapa mama tak jawab soalan abang tu tadi? Bukan papa sibuk kerja ka, mama?"soal Ihsan. Pintu kereta dibuka lalu dia terus duduk di sebelah tempat pemandu.

Jannah terkedu. Dia tahu yang dia masih belum berterus terang tentang kejadian yang berlaku antara dia dan bekas suaminya. Ayah Ihsan dan dia sudah lama berpisah selepas Ihsan lahir.

Dan keberadaan keluarganya juga dia rahsiakan daripada Ihsan. Dia tidak akan membawa pulang Ihsan kerana dia tahu keluarganya tidak akan menerima Ihsan dengan baik. Cukup sahaja dia diperlakukan dengan buruk tetapi bukan Ihsan.

Kehendak keluarganya sudah diturutkan untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak menganggapnya langsung. Memandang wajahnya, tidak mungkin.

Dia kandungkan Ihsan kerana paksa. Tapi dia tahu Ihsan adalah hadiah yang terbaik sepanjang hidupnya. Hadiah yang tak ternilai harganya. Dia terus tersenyum kecil memandang Ihsan.

"Jom lah kita balik. Ihsan nak makan ayam goreng tak?"soal Jannah. Dia tidak akan menjawab soalan Ihsan sebentar tadi. Tangannya laju menghidupkan enjin kereta.

"Nak. Ihsan tak sabar nak makan ayam goreng mama,"ujar Ihsan gembira. Masakan namanya tidak pernah mengecewakan. Marvelous.

"Okey jom."

************************************

"Umi, bukan uda tak nak kahwin. Cuma masa yang tak sesuai,"ujar Jebat. Dulu bukan main tak bagi kita bercinta zaman sekolah sekarang dipaksanya kita kahwin pulak. Tapi kita ni siapalah kan...tak boleh membantah.

"Bila masa yang sesuai tu? Cuba bagitau umi,"Puan Hazwani bertanya. Sungguh dia tidak faham dengan anak bujangnya yang seorang ini.

"Sekarang ini. Uda masih tak capai impian uda lagi. Uda baru kerja umi."Jebat berharap yang uminya akan faham yang dia masih nak fokus dengan kerjanya.

"Baru kerja apa pulak uda. Kamu tu dah kerja dah lima tahun dekat restoran tu. Kahwin ya, uda....Umi dah ada calon yang sesuai untuk uda,"bukan boleh dibiarkan anak bujangnya yang seorang ini. Umur dah masuk 30 tahun tapi masih tak ada isteri. Orang lain masing-masing dah ada cucu. Anak sendiri masih sibuk dengan kerja.

"Abah tolonglah uda,"ujar Jebat. Abah dia memang tak membantu langsung.

"Bukan apa uda. Kalau abah cakap nanti, umi merajuk dengan abah. Abah nak tidur dekat mana? Sila jawab,"soal Encik Azman.

"Tidur dengan uda ja lah. Alah nanti uda belanja jam baru untuk abah. Tolonglah abah,"ujar Jebat. Berharap sangat yang abah akan membantunya.

"Sudah. Abang jangan sesekali nak back-up uda. Saya dah tengok lama sangat dah biar anak awak ni membujang. Jam tu saya pun boleh beli dan saya mampu beli untuk abang."

"Okay. Now i'm surrender. Uda bincanglah elok-elok dengan umi. Alah kahwin jer. Bagi cucu dekat abah dengan umi. Lagipun adik-adik kamu kecil lagi."

"Abah...."uda terkedu.

"Kecil yang mana pulak? Uda rasa semua dah masuk umur 20-an. Boleh jer suruh diorang kahwin,"ujar Jebat. Dia rasa adik lelakinya itu dah cukup tua untuk kahwin. Kenapa dia sahaja yang jadi sasaran?

"Itu cerita nantilah. Kahwin ya, uda. Nanti bayangkan kalau masa uda kahwin tu, umi tak ada dah dekat dunia ni,"ujar umi. Dia ni kempunan nak main dengan cucu. Kalau boleh anak dia bawa calon yang macam mana pun tetap okay.

"Apa umi ni? Haihhh. Tengoklah macam mana. Bagi uda masa,"patut ker umi pakai ayat sebegitu untuk memaksa dia berkahwin. Tak best tau macam ni.

"Masa banyak mana lagi uda? Umur tu bukan makin berkurang, tapi makin bertambah. Umi ni teringin nak tengok uda kahwin."

"Bagi uda masa. Mungkin nanti ada yang berkenan di hati. Bolehlah uda bawa balik jumpa umi. Umi doalah banyak-banyak supaya cepat uda bawa balik awek,"ujar Jebat.

"Haih ya lah. Umi bagi masa sampai hujung tahun depan. Lama tau umi bagi nih. Sebab nak bagi masa uda cari yang terbaik."

"Baik. Terima kasih umi atas keperihatinan anda,"ujar Jebat. Nasib umi bertimbang rasa. Kalau tak nahas jer. Bukan tak nak kahwin tau, cuma tak ada yang memikat hati lagi. Berharap jumpalah yang berkenan.

Assalamualaikum. Ini adalah karya terbaru saya. mungkin cerita ni akan slow update. apa-apa pun selamat membaca.

Share this novel

cchk
2024-06-24 12:53:14 

test


NovelPlus Premium

The best ads free experience