LENGAN baju kemeja yang terlipat tinggi hingga paras siku diturunkan. Butang kolar bajunya dibuka agar lebih selesa. Pandangannya dibuang ke arah ambulans yang baru sahaja pergi.
"Teruk juga kereta tu kena rempuh. Harap pemandunya panjang umur," gumam Uzair.
"Uzair, done. Baru selesa nak merayau bila kita dah selesai tunaikan tanggungjawab. Uzair, sekarang ni masa untuk kau bayar balik apa yang kau dah buat pada aku pagi tadi. "
Uzair mengeluh. Senyuman nipis diberikan ke Megat dan Naim.
"Sorry Megat. Aku tak sangka anak Datin June datang sekali. Selama lima tahun dia balik Malaysia tak seorang pun pernah nampak dia. Mungkin sebab mama ada bagitahu sesuatu pada dia agaknya sebabbtu dia turun."
Megat menggaru keningnya yang tak gatal. Seingat Megat Datin June langsung tak kenalkan gadis cantik itu sebagai anaknya.
"Tadi tu anak dia ke?"
"Ya, mama seperti sengaja nak jodohkan aku dengan anak kawan dia." Uzair menapak menuju ke arah kereta bersama mereka sambil berbual kosong.
"Jauh gila jadi kereta kita. Ni semua gara-gara excident tu. Sampai kawasan hentian ni sekali jem teruk," rungut Megat.
"Jalan la... macam perempuan membebel," keluh Uzair.
Pandangannya masih lagi ke arah kereta yang remuk itu sedang diangkat ke atas loriUzair meredupkan dan ditajamkan mahu melihat dengan lebih jelas apa yang baru dia lihat tadi.
Megat merengus apabila melihat Uzair berdiri jauh daripada dirinya dan naim. "Naim, kau tengok Tuan kau tu. Kita dah sampai kereta dia boleh berdiri sana."
Naim hanya ketawa kecil.
"Encik macam tak kenal Tuan Uzair tu...itu memang perangai dia sejak lima tahun ni. Saya dengan Ejoy dah biasa dah. Mungkin Tuan Uzair masih tak dapat lupakan peristiwa yang menimpa Tuan dulu."
Megat menggaru keningnya dan berakhir dengan mengetuk bumbung kereta seketika. Wajah Naim ditenung lama.
"Naim, selama kau jadi driver Uzair... pernah tak dia kata biar aku yang bawa kereta?" soal Megat inginkan kepastian.
Naim menggeleng.
"Jadi betullah dia memang fobia bawa kereta lepas kejadian tu. Aku ingat selama ni dia sengaja nak buli aku." Megat menggosok tengkuknya dan mengeluh panjang.
"Ya, Tuan Uzair memang sampai sekarang fobia bawa kereta. Lagi satu Puan Wanda cukup risau bila dengar dia excident. Semalam Encik Megat sendiri nampak macam mana Puan Wanda marah Ejoy."
Megat seperti terdiam memikirkan peristiwa semalam.
"Hah, aku nampak... kenapa Puan Wanda marah?"
"Tuan Ejoy dengan Uzair kemalangan semalam. Syukurlah tak ada apa berlaku pada Tuan. Lampu kereta depan jea yang pecah."
Megat mengangguk lambat. Megat hanya memandang Uzair sedang leka berdiri melihat kereta itu. "Betullah kata Isya, Puan Wanda jaga sangat dia."
Beberapa minit kemudian Uzair menghampiri Megat dan Naim sedang merokok di tepi kereta. Senyuman senget dihadiahkan ke Megat sedang memandangnya dengan wajah mengetat.
"Alamak, Megat marah.Rileks... aku cuma nak tengok orang tu angkat kereta tu."
"Banyak kau punya tengok. Kau ni Uzair... tengok kereta remuk tu naik trak tunda sampaikan trak tunda tu pergi baru kau ingat aku dengan Naim dekat sini. Ikutkan hati nak jea aku tinggalkan kau tadi tapi sebab fikir tak baik so aku tunggu la juga," bebel Megat.
"Alahai, santai sudah Megat. Lagipun semua urusan kita dah selesai. Cepat-cepat nak pergi mana?" Uzair menumbuk dada Megat perlahan berharap Megat tidak merajuk.
"Kau ni bila nak berubah?"
"Aku berubah? Dah kenapa kau nak aku berubah. Uzair Zein tak akan berubah dan dia akan kekal seperti ini."
Puntung rokok di tangannya dibuang. Giliran Megat menumbuk Uzair bukan satu tapi tiga empat kali hinggakan tubuh Uzair terdorong ke belakang.
"Kau sengaja tukar cerita Uzair... kau tahu maksud aku. Cuba buang perasaan kau tu. Aku tahu kau sedih bila tengok benda tu semua. Lagi kau tengok, lagi kau ingat, lagi tu juga kau susah nak lupakan hal tu. Uzair, tolonglah. Sampai bila?"
Uzair hanya ketawa kecil apabila Megat mula berleter. Bukan itu yang bermain di mindanya sekarang. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya sebenarnya tadi. Uzair dapat rasakan Megat sedang merenungnya dengan tajam.
"Naim, nanti call Ejoy. Suruh dia bawa Farisya ke cafe tempat biasa."
"Baik Tuan."
Megat tergumam. Bahu Uzair ditolak kasar saat Uzair mahu masuk ke dalam kereta.
"Dah cepat. Bising betul mulut macam perempuan." Apa yang pasti Uzair percaya Megat seperti tidak menyangka dengan apa yang dia bicarakan ke Naim tadi.
"Uzair! Isya ada sini ke? Kenapa kau tak bagitahu aku. Aduh la abang ipar aku ni. Suka tau bagi aku kejutan."
"Hoi, tackle mama sampai dapat dulu baru boleh panggil aku abang ipar."
Naim hanya ketawa melihat Tuan Uzair dan Encik Megat bertekak.
...
Dari dulu lagi Megat memang sudah menaruh hati dengan Farisya. Hanya disebabkan hubungan mereka terhalang, Farisya dan Megat terpaksa pendam perasaan mereka. Uzairlah orang tengah mereka. Uzair juga yang akan menemani mereka berdua berjumpa tanpa pengetahuan mama.
"Macam mana kau bawa budak gedik ni keluar Ejoy?"
"Macam biasa Tuan. Tuan jangan risau, Puan Wanda tak tahu pun."
Uzair mengangguk. "Korang jaga dua ketul tu. Aku nak keluar sedut asap."
Uzair bangun dan melangkah keluar daripada cafe. Fikirannya melayang memikirkan pemandu trak tunda tadi. Ada sesuatu yang buatkan hatinya terusik ketika memandangnya tadi.
Lamunannya terhenti apabila Uzair terasa ada sesuatu melanggar kakinya. Seorang anak kecil terduduk di hujung kakinya sekarang. Seluarnya yang kotor dibiarkan. Uzair merendahkan tubuhnya membantu anak yang telah melanggar kakinya.
"Kenapa lari, dah jatuh. Bangun cepat." Belum sempat Uzair menyentuhnya, anak itu menangis teresak-esak.
"Eh, eh... jangan la nangis. Kenapa menangis ni? Uncle bukan marah awak pun?" Uzair mula panik. Kepalanya digaru kasar. Buntu memikirkan apa yang perlu dilakukan dengan anak ini agar tidak menangis.
"Kek dah jatuh... dah tak ada duit nak beli lagi." Kedua tangannya menggosok-gosok matanya.
Kek cawan yang berada di lantai tidak jauh dari mereka dipandang sekilas. Uzair bangun dan mengutip kek cawan itu dengan perasaan sayu. Hati anak itu sama hancur dengan kek cawan ini.
Anak itu menghampiri Uzair dan merampas kek di tangan Uzair.
"Kek mak... dah rosak... macam mana ni... Awish dah tak ada duit."
Wajah anak kecil yang membahasakan diri Awish ditenung dengan rasa bersalah. Tidak sanggup Uzair melihat hati Awish hancur.
"Adik beli kek ni untuk mak?" soal Uzair lembut.
"Emm... atuk mesti marah sebab membazir," balasnya dengan suara bergetar. Kek di tangannya masih dipegang kemas. Air mata di pipi masih lagi bertaburan.
Uzair menolak dagu kecil anak itu. Air mata di pipi Awish dilap menggunakan tangannya. Kek yang ada di tangan Awish ditarik perlahan-lahan.
"Awish jangan menangis. Uncle gantikan balik kek tu. Tadi Awish kata nak bagi kek ni pada mak ya?"
Anak itu mengangguk laju.
"Jom ikut uncle beli, nanti Awish kenalkan uncle dengan atuk ya," pujuk Uzair.
"Terima kasih uncle... mak mesti suka bila dapat kek," balasnya riang namun masih lagi tersedu-sedu.
Uzair menyeluk poket seluarnya dan mengelap tangannya dan tangan anak kecil itu yang comot terkena kek tadi. Uzair menghulurkan tangannya mahu memimpin tangan anak itu ke kedai kek di sebelah cafe miliknya. Senangnya hati apabila anak itu menyambut dan menarik tangannya menuju ke kedai kek.
Sebaik tiba di dalam kedai itu, Awish berlari ke arah rak kek dengan senyuman riang. Seorang pekerja kedai itu menghampiri Awish.
"Eh, adik... nak apa lagi?"
"Abang, nak kek ni."
"Tadi adik dah beli kek ni... adik kata nak bagi mak adik? Ini beli lagi?"
Uzair menepuk belakang badan pekerja kedai itu. "Dah jatuh. Dia berlari langgar kaki aku."
"Oh... patutlah... abang, adik ni tadi cuma ada dua ringgit dalam tangan dia. Dia beria cerita pada saya yang dia nak beli kek untuk mak. Saya kesian saya bagi la juga."
Uzair menjeling harga kek cawan itu. Senyuman terukir di bibirnya. "Kau memang baik dik. Dah, suruh dia pilih kek yang besar nanti aku bayarkan."
Pekerja itu mengangguk dan memandang anak kecil itu sedang melihat kek cawan tadi.
"Adik, uncle ni kata adik boleh pilih kek besar dekat sana. Mari sini abang dukung. Adik pilih ya."
"Betul ke? Wah, terima kasih uncle." Awish berlari ke arah Uzair dan memeluknya kakinya.
"Sama-sama, dah pergi pilih kek dengan abang ni."
Entah mengapa Uzair turut tersenyum ketika memandang wajah anak kecil itu ceria. Walaupun pakaiannya nampak lusuh wajahnya nampak bersih dan tidak comot. Selesai membeli kek, Uzair menemaninya ke arah atuknya sedang menunggunya di motor.
"Awish, kenapa lama sangat. Risau atuk."
"Atuk, tengok tu. Awish dah belikan kek untuk mak." Awish melompat-lompat di hadapan atuk dan Uzair. Jari kecilnya menunding ke arah kotak kek di tangan Uzair.
"Astagfirullah, Awish! Awish dapat duit mana beli kek besar ni?"
"Pak cik, saya ganti balik kek cucu pak cik. Tadi dia terlanggar saya. Kek dia dah jatuh. Saya gantikan baru untuk dia. Maaf ya." Uzair menghulurkan kotak kek di tangannya ke arah pak cik itu.
"Alhamdulillah, terima kasih nak. Susahkan anak pula. Awish, tadi atuk suruh beli kek cawan kenapa beli kek besar?"
"Eh, pak cik... saya yang suruh dia pilih kek besar. Kek cawan tu pun ada dalam ni." Uzair cuba tenangkan pak cik itu.
"Awish, uncle pergi dulu ya. Sampaikan salam uncle pada mak awak. Uncle doakan mak awak akan selalu jadi super hero awak." Pipi Awish dicuit lembut.
"Baik uncle. Terima kasih uncle kacak."
"Terima kasih nak. Terima kasih banyak."
"Sama-sama pak cik. Hati-hati bawa motor. Saya pergi dulu," balas Uzair. Tangan pak cik itu digenggam kemas menyebabkan wajahnya berubah.
Sungguh hatinya benar-benar tersentuh apabila melihat mereka berdua. Satu keluhan panjang dilepaskan. Uzair beredar daripada mereka namun suara Awish telah menghentikan langkah Uzair.
"Motor atuk rosak lagi?"
Uzair menoleh ke arah pak cik tua itu bersama cucunya. Timbul rasa simpati dalam dirinya melihat atuk dan cucu itu mahu melintas jalan.
"Pak cik! Awish! Tunggu dulu!"
...
Sebaik tiba di halaman rumah pak cik, Uzair berdiri kaku dengan wajah berkerut. Uzair menyembunyikan wajahnya yang sudah hampir menitiskan air mata.
"Terima kasih nak hantar Awish dengan pak cik balik."
"Sama-sama pak cik. Saya balik dulu ya." Uzair bersalaman dengan pak cik itu.
Awish menarik tangan Uzair dan mencium tangannya. "Terima kasih uncle. Jumpa lagi."
Uzair merendahkan tubuhnya dan memeluk Awish. Kepala anak itu diusap lembut. "Jadi anak yang sentiasa banggakan mak dan atuk ya Awish. Ada rezeki boleh uncle datang sini?"
"Boleh, bolehkan atuk uncle datang?" soal Awish dengan penuh teruja.
"Boleh cu. Uncle tak kisah ke umah Awish yang buruk ni," balas pak cik.
"Hah, uncle dengar tak?" usik Awish.
Uzair dan Naim ketawa kecil dan tersenyum lebar melihat mimik muka Awish yang comel.
"Dengar, uncle tak kisah pun. Uncle dah lewat. Uncle balik dulu ya, nanti mama uncle marah uncle balik lewat. Saya gerak dulu pak cik. Assalamualaikum." Uzair bangun dan memandang Naim.
Naim mengangguk dan menghulurkan tangan bersalaman dengan pak cik.
Sepanjang perjalanan pulang Uzair lebih banyak termenung memikirkan apa yang telah berlaku padanya hari ini.
"Tuan, saya tengok dari balik rumah pak cik tu Tuan diam jea. Tuan ada masalah ke?"
"Naim, boleh tak kau tolong aku cari siapa Awish dan pak cik tua tu."
"Tuan nak buat apa?"
"Buat apa yang patutlah. Sibuklah kau ni, sama macam mama," bentak Uzair.
Naim ketawa mengekek apabila Tuannya tiba-tiba meninggikan suaranya.
"Jangan marah Tuan, saya gurau jea. Nanti saya carikan dan serahkan pada Tuan. Tuan jangan risau, saya simpan dalam poket saya rahsia Tuan."
"Hmm... tahu pun. Baguslah sedar diri."
Naim mengemam senyumannya. Sekali lagi Naim memandang Tuannya melaui cermin pandang belakang.
"Ada apa lagi Naim? Ada benda yang belum kau bagitahu aku?" Uzair sedar Naim seperti mahu mengatakan sesuatu.
"Sebenarnya tadi Ejoy bagitahu saya yang Puan Wanda adakan majlis makan malam malam esok. Katanya nak raikan Isya balik tapi Ejoy ada dengar Puan Wanda call dalam kereta nak kenalkan Tuan dengan Cik Melissa."
Tersentak Uzair mendengar bicara Naim. IPhone yang dipegang terlepas dari tangannya. Air liur diteguk pahit. Tak sanggup rasanya Uzair mahu berdepan dengan Melissa. Hatinya mula rasa gelisah. Bagaimana Uzair mahu berdepan dengan orang yang telah aniaya Arie satu ketika dulu.
"Aku rasa serik nak jumpa perempuan tu Naim lepas apa yang dia buat pada Arie dulu."
"Itu saya cakap dengan Ejoy. Berani betul Cik Melissa tu nak jumpa Tuan."
Uzair mendesah panjang. Matanya dipejam seketika. Kepalanya disandarkan ke kerusi menghilangkan rasa gelisahnya. Susuk tubuh pemandu trak itu melintasi fikirannya menyebabkan Uzair terkejut dan mengucap panjang.
"Tuan,Tuan kenapa? Mimpi ngeri lagi?"
Uzair hanya diam tanpa menjawab soalan daripada Naim. Wajahnya digosok kasar menggunakan kedua tapak tangannya. Kenapa muncul wajah itu di fikirannya sekarang. Siapa dia? Adakah aku ada peluang untuk bertemunya lagi?
Share this novel