PUAN Fia terlihat sibuk memasukkan jamu-jamunya ke dalam kotak sesuai permintaan pelanggannya. Jamunya sememangnya menjadi pilihan nombor satu para perempuan di luar sana oleh kerana kualiti dan keberkesanannya. Menjadikan jamunya, nombor satu terlaris di pasaran. Hebat bukan.
"Apa ni mak?." Soal Sha sambil membelek jamu berwarna kuning itu.
Kyra juga ikut membelek-belek jamu keluaran terbaru ibu sahabat baiknya.
"Oh ya, tu jamu untuk kesuburan. Kamu kena cuba. Banyak yang dah cuba. Berkesan kamu tahu. Tu, anak makcik Wawa. Dah 5 tahun menanti zuriat. Susah mengandung. Jadi, mak suruh di amalkan jamu mak ni. Alhamdulilah. Tak sampai 3 bulan, dia di sahkan mengandung. Kamu kena try jamu mak ni."
"Aalah Sha. Aku ni juga peminat setia jamu mak kau ni. Tengok sekarang, aku dah ada 3 anak yang comel-comel. Bukan hanya bagi kesuburan. Badan aku ni juga, macam anak darakan. Semua kesempurnaan aku ni, dari jamu mak kau nilah. Dylan makin tergila-gilakan aku tau."
"See. Ada bukti. Mak bukan cakap kosong tau. Takkanlah mak jual jamu, anak mak sendiri tak cuba. Mak yakin, kalau kamu minum jamu mak. InsyaAllah, dalam beberapa bulan kamu pasti mengandung."
"Sha makan pil kesuburanlah mak. Sha tak minum jamu-jamu macam ni."
"Apa pil tu buat kamu mengandung?. Takkan. Sebaiknya kamu cuba amalkan jamu mak ni. Di jamin, menjadi."
"Ok. Sha try. Berapa satu botol?."
"Tak payah bayarlah. Ambik je berapa botol yang kamu nak. Mak kamu nikan, tauke jamu. Anytime kamu nak, just bagitahu mak. Mak pasti akan hantarkan untuk kamu."
"Terima kasih mak Sha yang tersayang ni." lantas di peluk erat tubuh ibunya.
"Apa yang mak tak boleh buat untuk anak mak satu-satu ni."
"Sweetnya dua beranak ni. Cemburu tau kita yang tak rapat dengan mak ni. Oh ya, mana Sarah. Dia dah tak tinggal sini ke?. Dari tadi tak nampak batang hidung dia."
"Buat apa cari orang yang takda. Budak tu juga tak mengaku yang makcik ni mak dia. Ya terpulang. Bukan anak makcik juga"
"Kyra suka style makcik. Dah orang tak sudi dengan kita lagi. Ya. Buat apa di ingatkan."
Senyuman Kyra lebar terukir ketika melihat kereta suaminya. Membuatkan Sha dan Puan Fia dengan serentak menoleh kearah cahaya terang yang menusuk matanya.
"Siapa tu?."
"Dylanlah siapa lagi. But, kereta merah tu. Aku tak tahu. Nampak macam kereta Datuk Liam."
"Datuk Liam?. Bujang hot tu ke?." Puan Fia meneka. Bibirnya pula lebar terukir.
"Ai makcik. Nampak excited semacam je ni. Ke makcik ada hati dengan Datuk Liam. Kalau benar dia, makcik nak Kyra tolong makcik dekat dengan dia."
"Boleh juga."
Sementara Sha sama sekali tidak tertarik akan topik pembicaan antara ibunya dan sahabatnya, malah sibuk dengan telefon bimbitnya.
'Mana abang ni?. Kenapa tak balas chat?.' Soalnya dalam hati.
"Sayang. Tengah buat apa tu? " Soal Dylan, sambil melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya.
Seketika mata Liam tertuju pada seorang gadis yang duduk di samping isteri sahabatnya.
"Ni ha, tolong makcik Fia. Eh, ada Datuk Liam juga."
"Jangan panggil saya Datuklah."
"Mana boleh. Datuk orang terhormat kot. Kalau Datuk tak nak ni panggil Datuk, mungkin tuan. Tak ke manis tu."
"Suka kamulah. Ni Ada ke jamu untuk lelaki?."
"Ada. Ni ha. Jamu gagah dah perkasa. Tuan patut cuba." Jawab Puan Fia sambil menunjukkan botol jamu berwarna biru itu.
"Apa kelebihannya?."
"Jamu ni, banyak kelebihan tau. Salah satunya, meningkatkan tenaga, baik pulih saraf, sendi, tumit, lutut dan seluruh badan. Dan bagi dah kahwin, memekatkan air... tak perlu saya jelaskan, tahan lama, meningkat nafsu dan lain-lain. Baik untuk korang yang dah berumur ni. Jamu ni juga antara jamu makcik yang best sellers. Korang patut cuba."
"Saya dah try makcik. Kyra nilah yang suruh saya amalkan jamu makcik ni. Memang padu. Sebelum saya amalkan jamu makcik ni, saya sering sakit-sakit, biasalah faktor umurkan. Sekarang, dan amalkan jamu makcik, jarang saya sakit. Apatahlagi soal kejantanan. Sampai rimas Kyra saya buat. Kan sayang."
"Eee, malulah."
"Saya naklah 4 botol. Untuk persediaan, kalau-kalau saya beristeri nantikan."
"Aw. Untunglah isteri tuan nanti. Sebelumnya terima kasih. Nanti, saya bungkuskan untuk tuan. Oh ya, korang terus balik ke?. Dah malam ni, bahaya. Sebaiknya korang menginap sini. Rumah makcik tu banyak bilik. Di jamin selesa setiap bilik ada penghawa dingin."
"Boleh juga makcik. Kalau balik sekarang, nak dekat pagi baru sampai." Setuju Dylan, lalu matanya tertuju pada Liam.
Membuatkan senyumannya terukir ketika melihat pandangan mata sahabatnya tidak selepas memandang kawan isterinya. Ini baru pertama kali pemuda itu memasang pandangan seolah-olah tertarik akan seseorang. Apa benar tekaannya?.
"Ehem. Why pandang dia macam nak makan dia je?. Kau suka dia ke?." Soal Dylan berbahasa Thailand, membuatkan Liam tersedar dari lamunannya.
"Kau nak apa?."
"Ni, aku menginap sini. Kau?."
"Ikut kau jelah."
"Ok."
"Apa yang korang cakap ni. Kap, kap. Mengumpat makcik ke?."
"Taklah makcik. Ni ha, kawan saya ni suka dekat anak makcik. Anak makcik single ke?. Kalau single, kawan saya ni nak masuk meminang katanya."
Kata-kata Dylan membuatkan Sha berhenti dari menatap telefon bimbitnya, lalu menatap pemuda itu.
"Mana ada makcik. Pandai-pandai jelah Dylan ni."
"Anak makcik dah kahwin. Kalau makcik masih single."
"Amboi makcik. Makcik nak ke dengan kawan saya ni?."
"Siapa yang tak nakkan." Jawab Puan Fia. Membuat ketawa mereka pecah. Kecuali Sha dan Liam yang saling berpandangan. Seketika jatungnya berdegup dengan sangat laju. Ini pertama kalinya dia merasakannya. Apa dia terkena sihir cinta pada pandangan pertama. Atau sebaliknya.
•
"ARGH..." Teriak Ian, melepaskan benih cintanya pada gadis yang ia cinta, lalu melabuhkan ciuman hangatnya di seluruh wajah Sarah di akhiri dengan bibir sexy gadis itu. "Sayang ok?."
"Ok. Abang tulah bertenaga sangat. Abang makan pil ke?."
"Tenaga abang datangnya dari kerinduan abang pada sayang. Abang juga, akan pastikan perut ni di isi dengan benih abang tak lama lagi." Jawab Ian, sambil mengelus penuh kasih sayang perut gadis itu, lalu di ciumnya beberapa kali.
"Kalaulah sayang mengandung. Tak ke nanti Kak Sha terluka. Kalau dia minta cerai. Macam mana?."
"Sayang jangan risaulah. Selagi duit mengalir di akaun bank dia. Dia akan tetap di sisi abang. Yelah, diakan nakkan harta abang. Mana dia berani minta cerai."
"Nampaknya abang lebih sayangkan dia dari sayang."
"Abang sayang dua-dua. Tapi kalau dia berani main tangan dekat sayang. Abang tak teragak-agak balas 10 kali ganda dari apa yang dia buat pada sayang. Bagi abang sayang yang pertama dan dia yang kedua."
"Aw, sweetnya dia. But, jangan nanti sayang dah kembung, abang campak sayang pulak."
"Itu takkan terjadi sayang. Abang dah tunggu kehadiran zuriat hampir 6 tahun. Abang pasti akan ratukan sayang. Apa yang sayang nak, abang pasti turuti."
"Aw. Tak sabar pulak nak mengandung."
"I love you sayang." Sambil di peluk erat gadis itu.
"I love you too abang." Membalas pelukkan itu.
Lalu di pandang semula wajah sang kekasih.
"Jadi, boleh kita sambung. Abang belum puas lagilah. Abang nak semai benih banyak-banyak, biar menjadi. Boleh sayang?." Pinta Ian manja.
Sarah mengangguk sambil tersenyum.
"Thanks sayang."
Sarah mengangguk lagi. Betapa bahagianya sekarang. Rasa ingin memiliki pemuda itu sepenuhnya. Apakan daya, Ian masih mencintai isterinya. Dia harus segera memikirkan cara untuk menyingkirkan kakaknya. Tapi apa?.
Share this novel