BEBERAPA BULAN KEMUDIAN
Sudah beberapa bulan berlalu, namun sikap dingin Natrah tetap tak berubah. Bahkan semakin menguji kesabaran Eirfan. Apa saja yang dilakukan atau diperkatakan, pasti salah di matanya. Sehinggakan Eirfan hampir menyerah dengan semuanya!
Natrah tetap dengan kedegilannya untuk 'berperang' dengan Eirfan. Mereka juga sudah tak sebilik. Itupun sejak Nabihah dan Ayish kembali ke kem bersama Azrul.
"Aduhhh, sakitnya perut aku! Ya Allah, sakitnya!" Natrah menggapai telefon di sebelahnya. Dia ingin menelefon Nabihah namun panggilan tidak berjawab.
Jam di dinding dikerling. Pantas saja Nabihah tak mengangkat panggilan. Waktu masih terlalu pagi lagi. Baru jam 2 pagi!
Natrah kaget saat merasakan ada aliran air hangat sedang meluncur keluar dari arah kangkangnya. Dia panik! Dah sampai due ke?
Dia bangkit dari atas katil dan berjalan perlahan-lahan menuju ke almari. Air tadi semakin deras mengalir. Air ketubannya sudah pecah! Ditambah pula dengan rasa nyilu pada hujung rahimnya.
"Ya Allah rasa apa ni? Contraction ke ni? Ya Allah sakitnya!!"
Natrah tak larat nak berdiri. Rasa contraction tersebut hampir melemahkannya. Dia hampir terjatuh ke lantai namun sempat disambut oleh Eirfan.
"Love! Kenapa ni?" Wajah Eirfan cemas.
"Sakit! Sakit sangat"
"Kita pergi hospital ye?"
Eirfan angkat tubuh Natrah dan bergegas menuju ke keretanya. Dia harus segera sampai ke hospital dan mendapatkan bantuan.
HAMPIR empat jam bertarung nyawa, akhirnya Natrah berjaya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.74kg. Perasaan gembira Eirfan tak dapat dikawal lagi tatkala melihat betapa gebu dan putihnya bayi tersebut disambut di hadapan matanya.
Setelah dibersihkan oleh jururawat dan diperiksa keadaannya, bayi tersebut dibawa ke sisi Natrah semula.
Eirfan tampak gembira, namun tidak pada Natrah. Seperti mana bencinya pada Ehsan ,seperti itu juga perasaannya pada bayi yang baru lahir itu.
"Love, tengok muka dia. Putih je..Hensem pulak tu. Dia ikut muka papa kan?" Eirfan menggomol pipi bayi tersebut.
"Awak jangan nak happy sangatlah! Tu bukan anak awak pun..."
Natrah terlepas cakap. Riak pada wajah Eirfan berubah kelat. Sebaik mungkin, dia sabarkan hatinya meladeni si isteri.
"Dah fikir nama untuk dia?" Eirfan tukar topik. Perasaannya sangat terluka dengan percakapan Natrah tadi namun dia buang jauh-jauh rasa itu.
"Tak!" jawab Natrah acuh tak acuh.
"Hmmm, kalau macam tu..kita namakan dia..." Eirfan lihat wajah bayi itu. Dalam hatinya terselit perasaan sedih dan cemburu kerana wajah bayi itu salin tak tumpah seperti wajah arwah Ehsan. Ya, dia seperti Ehsan. Persis!
"Erman. Wan Azmirul Erman"
Natrah tayang muka selamba. Tugasnya sudah selesai. Dia sudah mengandung dan melahirkan bayi tersebut. Dan jangan harap dia juga akan menjaga dan membesarkannya!
Erman yang sedang nyenyak tidur tiba-tiba menangis. Eirfan kaget. Apa yang harus dilakukan?
Masuk seorang jururawat lalu mendekati mereka.
"Kenapa baby nangis ye misi?"
"Ohh agaknya dia nak menyusu badan dengan mama dia. Puan Natrah kena bagi susu pada dia. Kalau tak, nanti puan terkena bengkak susu"
"Bahaya ke bengkak susu?" tanya Eirfan lagi. Dia tak tahu-menahu akan soal itu.
Jururawat tersebut hanya tersenyum. "Tak bahaya. Tapi sakit bagi puan nanti. Bengkak susu boleh sebabkan demam"
"Ohh macam tu. Kalau macam tu, baby kena menyusulah kan?"
"Ye betul"
Terbeliak mata Natrah mendengar penjelasan itu. Dia tak mahu menyusu akan Erman. Tak sudi dan tak akan! Namun melihatkan wajah riang Eirfan dan jururawat yang tersenyum, dia terpaksa turutkan juga walau hatinya menentang!
"Saya keluar dulu. Saya cuma nak cek keadaan puan. Nanti akan ada doktor yang datang untuk periksa puan lagi"
"Bila saya boleh discharge?" tanya Natrah sambil memangku Erman.
"Hmmm tak pasti lagi. Kami kena cek baby ada jaundice atau tak. Kalau jaundice dia tinggi, puan mungkin terpaksa stay lama dekat hospital. Tapi kalau sebaliknya ,puan boleh discharge hari ni jugak"
Natrah hanya mengangguk. Setelah jururawat tadi keluar, Eirfan duduk di sisi katil.
"Bagilah Erman susu. Kesian dia, menangis dari tadi"
Natrah berdecit. "Ya, awak kesiankan dia saja. Awak tak kesiankan saya!"
Eirfan mengeluh. Dia sudah malas nak bertekak dengan Natrah. Dia ingin hari itu berlalu dengan ceria. Namun Natrah tak semena-mena buat onar!
"Love. Kenapa cakap macam tu? Hubby sayang dua-dua tau? Takde beza pun"
Eirfan masih bersikap baik. Dia masih ingin menyelamatkan rumah tangganya. Dia yakin, bahagia masih ada untuk mereka.
"Apa-apa jelah!" Natrah memangku Erman dengan lebih dekat agar bisa menyusukan anaknya. Dia nak halau Eirfan dari situ kerana segan bahagian peribadinya dilihat oleh lelaki itu. Kerana sejak mereka berkahwin ,Eirfan tak pernah lagi melihat atau menyentuhnya.
Namun melihatkan wajah Eirfan yang tenang, dia jadi bisu sebisunya. Sudahnya, dia biarkan saja Erman menyusu dengannya di hadapan Eirfan. Soal malu dia letak jauh-jauh dulu!
"EEE COMELNYA baby kau Ara! Geram aku" ujar Hasma. Erman sudah berada di dalam pangkuannya. Tak henti-henti wajah comel itu dikucup.
"Bagi aku pulaklah! Asyik hang ja pegang. Aku pun nak jugak" Azizah seakan merajuk. Dari tadi asyik Hasma saja yang melekat dengan Erman. Dia tak punya peluang langsung.
"Yelah-yelah! Aunty Azi dah merajuklah Erman" ejek Hasma seraya menyerahkan Erman kepada Azizah.
Perlakuan Hasma dan Azizah hanya dipandang sepi oleh Natrah. Walau seribu pujian sekalipun ditujukan kepada Erman, hatinya tetap tak berdalih. Dia tak inginkan bayi itu. Apatah lagi wajahnya salin tak tumpah seperti wajah Ehsan.
"Muka hang ni sebijik muka bos kami yang dulu. Tapi harap-haraplah perangai hang tak macam dia na? Jenuh kami nak menghadap nanti"
Hasma menyiku Azizah tatkala mendengar omongan Azizah itu. Dia perasan Natrah mempamerkan riak tak selesa.
Azizah angkat kepala. Dia blurr! "Awat?!"
"Kau ni kan..." Pinggang Azizah dicuit. "Cakap tak berlapis! Agak-agaklah sikit!"
Bibir diketap. Segera Azizah tampar mulutnya sendiri. Dia baru menyedari kehadiran Natrah di situ. Adoiilah mulut ni!!
"By the way, Eirfan mana? Tak nampak dari tadi" Hasma menukar topik perbualan.
"Solat kot" jawab Natrah sepatah. Dia tak hiraukan kata-kata Azizah walaupun dalam hati sudah tak keruan. Dia sedar akan kenyataan itu namun hatinya sebaik mungkin menafikannya.
"Ara, aku nak mintak maaf kat hang. Aku takdak niat pun nak..."
Kata-kata Azizah terhenti saat Natrah mengangkat tangannya. Dia pandang Hasma namun sahabatnya itu hanya memberi isyarat untuk diam.
"Takpe. Aku tak nak dengar apa-apa pasal lelaki tu. Jadi aku harap sangat korang faham dan respect perasaan aku"
"Ya. Aku janji tak buat lagi dah. Sorry tau?"
Azizah menerpa ke arah Natrah dan memeluknya. Dia benar-benar memaksudkannya. Tiada sekelumit niat pun hendak menyakiti hati Natrah.
"Iye..aku tahu" ujar Natrah.
"Bak sini Erman! Korang nak berkasih sayang, dipersilakan. Tapi Erman bagi aku"
Laju saja Hasma merebut Erman dari tangan Azizah. Mengalah juga Azizah. Dia peluk kembali tubuh Natrah itu.
"ARA sihat?" tanya Nabihah tatkala Eirfan menjenguknya di situ.
"Alhamdulillah sihat kak. Baby pun sihat" ujar Eirfan dengan riak gembira.
"Alhamdulillah syukur. Bihah pun sihat. Baby kami pun sihat" sampuk Azrul yang berdiri di sisi Nabihah sambil menggendong bayi lelakinya.
"Tak sangkakan, kak Bihah dan Ara lahirkan anak pada hari yang sama"
Eirfan kaget saat menerima panggilan telefon daripada Azrul. Menurut Azrul, Nabihah sudah selamat melahirkan anak lelaki. Ketika hendak menyampaikan berita gembira tersebut kepada Natrah, saat itulah dia melihat Natrah yang hampir rebah di atas lantai. Untung saja dia sempat menjenguk Natrah.
"Yelah. Aturan Allah tak pernah salah kan?" tukas Nabihah pula. Gembira berkali ganda pada saat menerima kehadiran orang baru, Natrah juga memberikan khabar bahagia kepadanya.
"Lelaki jugak kan?" soal Azrul.
"Aah lelaki"
"Wahh, boleh dah buat footballer team nanti" usik Azrul seraya mengekek.
"Football team apanya kalau cuma dua orang?" sampuk Nabihah lagi, tak mahu mengalah.
"Alaa, nanti-nanti tambahlah!" Semakin galak pula Azrul menyakat. Merona Nabihah dibuatnya.
"Ada-ada je!" Nabihah cubit pinggang suaminya.
Eirfan ketawa melihat pasangan bahagia itu. Dia cemburu dan berharap semoga begitu juga kemesraan dia dan Natrah. Namun kenyataan tetap kenyataan.
"Bila Ara discharge?"
"Tak tahu lagi kak. Kata misi tadi, kena tengok baby ada jaundice ke tak"
Nabihah mengangguk kepala.
"Akak pula bila discharge?"
"In Shaa Allah petang ni. Misi ada cakap tadi"
"Dah bagi nama ke?" tanya Azrul pula.
"Dah. Wan Azmirul Erman"
"Sedap nama tu"
"Alhamdulillah. Baby akak pulak?"
"Kami dah setuju nak bagi nama dia Mohammad Fariq. Anak akak yang pertama tu Mohammad Farish. Jadi biar sama"
Tersenyum Eirfan mendengarnya. Nama yang simple! Seronok bila sama-sama dapat pilihkan nama anak. Sedangkan dia??
"Nanti kami nak lawat Ara dan baby dia"
Omongan Nabihah mematikan lamunan Eirfan. Laju saja dia mengangguk kepala, bersetuju dengan cadangan Nabihah.
MEMELUK Nabihah membuatkan hati Natrah tenteram dan tenang seketika. Dia ingin meluahkan segalanya namun dia tak bisa. Nabihah juga baru lepas melahirkan anak seperti dirinya. Emosi amat tak stabil ketika ini. Jadi dia hanya mampu bersabar saja.
"Baby akak pun boy. Kita dah ada anak. Sama umur. Nanti bolehlah dorang jadi sepupu dan kawan yang baik. Macam kita"
"Ye, walaupun selalu gaduh macam anjing dan kucing"
"Sebab Ara nakal sangat. Mana akak tak marah?"
Mengekek keduanya dengan kata-kata itu. Memang mereka sering bergaduh. Namun tak sedikit pun perkara itu mengurangkan kasih sayang mereka. Bahkan mereka semakin akrab hari demi hari.
"Comelnya wajah Erman. Gebu je"
Wajah lena Erman yang sedang tidur di dalam babycot dipandang. Dia tak menyangka kini adik perempuannya sudah menjadi seorang ibu. Dia bersyukur dan berharap semoga Natrah mahu menyayangi Erman serta melupakan dendamnya.
"Mana baby akak? Kenapa tak bawak sini?"
"Ara ni! Mana boleh usung baby baru lahir ke sana sini tanpa izin misi. Nanti kena sembur" ujar Nabihah diiringi gelak tawanya.
"Aah. Ara tak tahu. First time"
"Nanti Ara dapat jugak tengok anak buah Ara tu. Sebijik muka Ayish masa kecik dulu"
"Ye ea? Mesti comel. Tapi akak tak comel pun" ujar Natrah berbaur gurauan. Dia gelak juga.
"Pandai ye usik akak?"
"Bukan selalu"
"Yelah" sahut Nabihah. Dia hela nafas sambil menggenggam tangan Natrah. Wajah itu dipandang tak berkelip.
"Akak harap sangat Ara dan Eirfan dapat bina sebuah keluarga yang bahagia. Dengan kehadiran Erman ni, Allah pasti akan kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka pada korang"
Nabihah memberikan nasihat. Dia dapat menghidu sesuatu yang tak kena pada hubungan mereka. Walaupun masing-masing menyepi, namun sinar mata tak mampu nak menipu.
"Akak rasa Eirfan bahagia ke dengan Ara?"
"Laa kenapa cakap macam tu?"
"Entah! Perasaan Ara menafikan semua tu"
"Dek.." Genggaman dieratkan. "Bahagia kalau tak boleh dicari, biar kita cipta. Jangan asyik terperuk dengan masa silam dan berdendam. Tak baik untuk diri sendiri"
"Akak tahu, Ara dan Eirfan saling menyayangi. Tapi Ara ni ego sangat. Kenapa nak seksa hati sendiri? Kesian tengok Eirfan tau?"
Helaan nafas terdengar berat. Iya, kesian tengok Eirfan! Dia yang menjerumuskan lelaki itu ke dalam masa silamnya. Jadi biarlah dia yang membetulkan semuanya.
Namun kuatkah dia berdepan semuanya?!
Share this novel