RAISYA duduk di hadapan cermin bilik tidurnya, jari-jemarinya mengusap perut yang mula menonjol sedikit. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya sejak beberapa minggu lalu. Untuk pertama kalinya dalam hidup, dia berjaya merasai nikmat kehamilan yang memasuki trimester kedua.
Dua kali sebelum ini, Raisya tidak sempat pun merasa sejauh ini. Kandungannya gugur terlalu awal, malah tidak sampai sebulan pun rahimnya dihuni. Kali ini, setiap hari yang berlalu terasa seperti hadiah. Rasa takut yang dulu menghantui kini semakin hilang, berganti dengan syukur yang tidak terkata.
“Sayang, you senyum sorang-sorang depan cermin tu, apa yang kelakar?” Thaqeef muncul di muka pintu, bersandar sambil melipat tangan di dada. Senyuman nakalnya jelas cuba mengusik.
Raisya menoleh sambil ketawa kecil. “Raisya rasa macam mimpi… dah masuk tiga bulan lebih, baby kita masih ada dengan Raisya.”
Thaqeef melangkah masuk, duduk di sisi isterinya. Dia letakkan tapak tangan ke perut Raisya, terasa hangat dan berdegup. “It’s not a dream, sayang. This time Allah betul-betul hadiahkan kita. Abang janji akan jaga Raisya and baby sampai lahir nanti.”
Air mata Raisya bergenang, tapi kali ini air mata bahagia. “Abang tahu tak, Raisya takut sangat sebelum ni. Setiap kali Raisya rasa sakit sikit, Raisya risau baby kita pergi macam dulu.”
“Shhh…” Thaqeef cepat-cepat mengusap rambut isterinya. “Don’t think about the past. Kali ni kita kena percaya Allah tetap bagi peluang untuk kita rasa bahagia dengan kehadiran anak kita. Abang akan ada dengan sayang every step of the way.”
Raisya tersandar di bahu suaminya, mendengar degupan jantung lelaki itu yang sentiasa jadi tenang untuknya.
Thaqeef senyum kecil sambil menunduk mencium ubun-ubun isterinya. “Sayang, you tahu tak… sejak baby ni ada, abang rasa Raisya makin manja.”
Raisya tersengih malu. “Manja apa pulak? Raisya rasa Raisya makin menyusahkan abang, adalah.”
“Eh, jangan cakap macam tu.” Thaqeef menarik wajah isterinya supaya bertentang mata. “You’re not a burden. Sayang tahu tak, abang suka bila sayang merengek suruh abang ambilkan air, suruh abang picit kaki, suruh abang teman you makan. Itu tanda Raisya percayakan abang untuk jaga sayang. That’s my job as your husband.”
Raisya ketawa kecil. “Abang ni, pandai betul abang ambil hati Raisya, ya? Mesti tak nak Raisya teruf fikir bukan-bukan, kan?”
“Abang cakap ikhlas.” Thaqeef menarik tangan isterinya, meletakkannya di dada. “Feel this? Selagi jantung abang berdegup, selagi tu abang akan jaga sayang dengan baby kita.”
Raisya menggigit bibir, hatinya sarat dengan bahagia. “Abang ni, kalau baby kita dengar apa abang cakap, mesti dia rasa bertuah ada papa macam abang.”
Thaqeef ketawa sambil menunduk lagi, kali ini mencium perut isterinya. “Hear that, little one? Papa’s waiting for you. Grow strong, okay? Mama and papa love you so much.”
Raisya cepat-cepat lap air mata yang menitis lagi. “Abang… you’re too sweet, sampai Raisya tak tahu nak balas apa.”
“Of course. I’m your husband, kan? Kalau bukan abang yang sweet dengan sayang, siapa lagi?” balas Thaqeef sambil kenyit mata.
BEBERAPA minggu selepas itu, apabila kandungan Raisya semakin stabil, Thaqeef akhirnya setuju untuk berkongsi berita gembira itu dengan keluarga.
Rumah besar Tan Sri Johari dan Puan Sri Tiara malam itu meriah. Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama. Meja makan dipenuhi hidangan kegemaran keluarga.
Sebaik sahaja Raisya dan Thaqeef mengumumkan berita kehamilan itu, Puan Sri Tiara menekup mulutnya, air mata deras menitis. “Alhamdulillah… doa mommy akhirnya dimakbulkan. Raisya, jaga diri elok-elok ya. Mommy akan pastikan semua keperluan Raisya cukup.”
Raisya sebak, matanya berkaca. Dia tunduk, mencium tangan ibu mertuanya. “Terima kasih, mommy. Raisya janji akan jaga kandungan ni sebaik mungkin.”
Thaqeef tersenyum bangga melihat kedua-dua wanita kesayangannya berpelukan. Tan Sri Johari pula mengusap bahu anak lelakinya, wajahnya penuh bangga. “Well done, son. Finally, you’ll be a father.”
“Insya-Allah, daddy. Doakan kami kuat,” jawab Thaqeef dengan suara tenang.
Suasana malam itu penuh dengan tawa, doa, dan kegembiraan. Semua orang kelihatan bahagia dengan berita itu, seolah-olah doa mereka selama ini sudah pun didengari.
Namun, di sudut meja, wajah Soraya jelas tidak berseri. Dia duduk dengan tangan bersilang, sesekali menjeling Raisya yang menjadi perhatian utama keluarga malam itu. Wajahnya masam mencuka, jauh berbeza dengan ahli keluarga lain.
Taufiq, suaminya yang merupakan abang sulung Thaqeef perasan akan riak wajah wanita itu. Dia menyiku lengan isterinya perlahan. “Asal muka you monyok je? Semua orang happy tapi you macam lain je.”
Soraya mendengus. “Mommy you memang lalang. Dulu dia jugak yang complaint pasal Raisya tak boleh pregnant. Sekarang over happy pulak.”
Taufiq menjeling tajam. “Eh, tak baiklah you cakap macam tu kat mommy I. Takkan you jealous tengok mommy happy? Masa you pregnant dulu, apa je mommy tak belikan? Semua you nak, semua mommy bagi. So janganlah you nak jealous tak tentu pasal.”
Soraya mencebik. “Tapi masa Raisya dua kali gugur, mommy you jugak yang bising dengan I. Kata susah hati sebab Raisya tu. Sekarang macam lupa terus.”
“Biasalah orang tua, risaukan anak. You tu je yang lebih-lebih,” sindir Taufiq, malas nak panjangkan.
Soraya menjeling suaminya tajam. “Eh, apa pasal I pulak?”
“You ingat I tak tahu ke yang you sibuk nak suruh mommy terima adik sepupu you tu jadi isteri kedua adik I?” Taufiq menyoal dengan nada sindir.
Berubah wajah Soraya mendengar sindiran itu.
“Adik sepupu you tu janda, tau,” sambung Taufiq lagi, nada suara rendah tapi tajam.
Soraya terus memotong, nada geram. “Hina sangat ke janda? Sekurang-kurangnya Intan tu boleh pregnant. Kalau tak, tak adalah dia dapat title janda anak satu! Dari kahwin dengan anak dara macam Raisya tu? Dahlah kahwin awal, tapi seorang anak pun tak mampu bagi kat adik you.”
Wajah Taufiq berubah, jelas tidak suka dengan kata-kata isterinya. “Mulut you tu jaga sikit, Soraya. Jangan sampai Thaqeef dengar you hina wife dia. Kalau dia dengar, silap-silap you sendiri yang kena pelempang dengan dia.”
Soraya mendengus kuat, matanya mengecil. “You takut sangat dengan adik you tu kenapa? Jangan lupa, kita ni yang bagi mommy cucu dulu. Kita dah ada sepasang anak. Bukan macam Thaqeef tu… beria sangat kahwin dengan perempuan sebatang kara tu lepas habis belajar, konon nak bagi dia rasa hidup ada keluarga. Tapi tengoklah sekarang, bertahun-tahun kahwin tak ada hasil pun. Padahal kahwin lagi awal dari kita.”
Taufiq menarik nafas panjang, jelas sudah tidak mahu melayan mulut isterinya yang semakin menjadi. Dia mengeluh perlahan, kemudian bangun meninggalkan Soraya sendirian di meja makan, masih dengan wajah masam mencuka.
Soraya menggenggam penumbuknya di bawah meja. Hatinya semakin panas apabila melihat Raisya dikelilingi Puan Sri Tiara dan ahli keluarga lain yang tidak henti-henti bertanya tentang kandungan.
“Semua nak jaga dia sekarang. Semua perhatian pada dia. Habis tu aku ni apa?” gumamnya perlahan.
Ketika itu matanya terhenti pada anaknya, Seth, yang berusia lima tahun sedang bermain dengan bola di halaman. Senyumannya muncul, senyuman yang penuh dengan niat lain.
“Seth, come here!” panggilnya.
Kanak-kanak itu berlari mendapatkan ibunya, bola kecil masih di tangan. “Why, mommy?”
Soraya berlutut, mengusap rambut anaknya lembut. “Seth nak Tok Mi sayang Seth dengan adik je tak?”
Seth mengerutkan dahi. “Tok Mi always sayang Seth…” jawabnya polos.
“Lepas ni Tok Mi ada cucu baru. Tok Mi mesti lupa kat Seth. Nanti semua toys Tok Mi beli untuk baby pak su, bukan untuk Seth lagi,” bisik Soraya dengan suara yang cukup lembut untuk meracun.
Seth memandang wajah ibunya, jelas keliru. “Really, mommy?”
Soraya senyum sinis. “Kalau Seth nak Tok Mi sayang Seth je… Seth kena ikut cakap mommy. Okay?”
Anak kecil itu teragak-agak tapi akhirnya mengangguk. “Okay, mommy.”
Soraya tersenyum puas. Dia tahu rancangan jahatnya baru sahaja bermula.
Raisya masih sibuk dilayan oleh Puan Sri Tiara di ruang tamu. Wajahnya berseri-seri dengan kegembiraan yang tak pernah dia rasa sebelum ini. Namun tanpa dia sedar, di sudut lain ada mata yang sedang merancang sesuatu yang bisa meragut kebahagiaannya.
Bahagia itu memang datang tapi dugaan juga mula menunggu di pintu.
Share this novel