Rate

HFM 69 | | Pendamping Upahan

Romance Series 121199

(Flashbacks beberapa bulan yang lalu, di hospital sama Dihya menerima rawatan semasa kejadian di racun oleh Astrid....)

Sunyi sepi bilik rawatan yang menempatkan Tuan Samsoong petang itu. Disekitar bilik rawatan VVIP itu dihiasi dengan interior design seperti suite hotel. Sedangkan ianya adalah hospital. Dan di penjuru bilik itu sebuah katil berada. Kanan katil itu sebuah kerusi roda berada.

Tuan Samsoong yang sememangnya seorang yang komited pada pekerjaannya kelihatan bersama dengan laptop dan helaian kertas di sekitar tempat dia duduk melunjur di katil itu. Cermin mata terpasang di wajah bersama tiub oksigen di hidung. Walaupun dalam keadaan tidak mengizinkan begitu, ianya tetap tidak menghentikan lelaki berusia 75 tahun itu terus menjalankan tugasnya.

Sewaktu dia muda, Tuan Samsoong sentiasa merasakan dirinya tidak terkalahkan. Dia adalah paling berpengaruh dan berkemampuan. Sehinggalah tiba masanya untuk soal keluarga dan tanggungjawab. Beliau tidak dapat menjadi sesempurna seperti yang dilakukan dalam hal kerja.

Disebabkan kesibukan dan komitmen terhadap kerja, Tuan Samsoong banyak menghabiskan usia muda dan masa dia dengan kerja. Pergi luar negara, meeting, golfing, event, dinner dan charity. Tapi tak pernah sekali dia luangkan masa bersama isteri dan anaknya.

Yang mana setelah anaknya dewasa, anaknya lebih memilih untuk memberontak dan cuba menggulingkan kuasa dalam syarikatnya sendiri. Oleh itu dia memberikan syarat kepada anak lelakinya. Sekiranya ingin harta darinya, Hayes perlu mempunyai anak lelaki. Dan dia tak sangka pula Hayes betul-betul bawa anak lelaki ke dalam keluarga ni. Ingatkan anak angkat, rupa-rupanya anak kandung hasil perkahwinan rahsia anak lelakinya yang dia sendiri tak pernah tahu.

Pada masa itu Tuan Samsoong fikir kerjaya dan legasinya akan berakhir selepas munculnya cucu tunggalnya yang satu ini di dalam keluarga mereka. Rupa-rupanya sangkaan dia meleset. Cucu yang disangka akan merampas kuasa dan kedudukannya ini adalah musuh kepada Hayes sendiri. Zane membencikan Hayes kerana Hayes punca kematian ibu dan datuk kesayangan cucunya itu.

Suatu hari, dalam keadaan berlebam dan menangis Zane datang kepadanya. Melutut dan merayu agar membantunya untuk membalas dendam ke atas Hayes. Maka Tuan Samsoong pun memberikan kuasa kepada Zane di usia muda. Dengan harapan Hayes tidak akan lagi menganggu Zane.

Namun lelaki ular seperti Hayes itu tetap mempergunakan Zane untuk kepentingannya sendiri. Dari menjadikan Zane sebagai pengiring untuk para pelabur muda, perantaraan untuk melayani wanita-wanita kaya yang sudah berusia demi mendapatkan pengaruh. Hingga memaksa Zane melakukan perkara yang tidak diingini oleh budak itu. Tindakan Hayes mengakibatkan Zane cipta karakter self destruction demi mempertahankan dirinya dan memuaskan hati Hayes.

Rentetan dari peristiwa itu Tuan Samsoong memilih untuk melindungi dan mempertahankan Zane tidak kira apa sekalipun situasinya. Dan dia akan sentiasa mempercayai Zane dalam apa jua keadaan. Sebab di dalam keluarga itu hanya Zane sahaja yang menganggap dirinya sebagai keluarga.

Sementara yang lain hanya menganggap dirinya sebagai trofi yang menunggu masa untuk diganti.

Maka Tuan Samsoong telah merancang pelbagai pelan untuk menjaga Zane dalam diam. Dari memasang mata-mata sehingga pakar untuk cover up segala kesilapan atau skandal yang dicetuskan oleh Zane.

Termasuk la, dengan mengupah orang untuk menjadi pendamping cucunya. Ramai sebenarnya wanita yang telah diupah. Tapi tiada seorang pun dapat bertahan kerana tidak tahan dengan sikap Zane, ada juga yang terpaksa berhenti setelah menjadi mangsa penderaan Astrid, isteri Zane.

Semenjak itu Tuan Samsoong dan Kyren merancang dengan teliti agar kesilapan yang sama tidak berlaku.

Tapi itulah kan, benda pun tak boleh nak agak.

Sesempurna macam mana sekalipun rancangan tu, pasti akan ada loophole dan masalah tetap akan muncul jugak.

Sebab manusia ini cenderung untuk melakukan kesilapan dan ada kekurangan serta kelemahannya.

Ketikan kekunci laptop dan kersikan kertas kedengaran berselang seli, kesunyian bilik itu dipecah dengan bunyi ketukan pintu tidak lama kemudian.

Tuan Samsoong yang dengar pun mengangkat kepala. Bila dia pandang ke hadapan, seseorang berpakaian pesakit berjalan masuk ke situ dengan tiang IV drip bersama. Melihat wajah itu saja sudah buatkan Tuan Samsoong menarik sengih meleret.

Lucu dengan situasi mereka itu.


"Should I laugh or praise you for what I'm seeing right now?"seloroh Tuan Samsoong sekembali memandang helaian dokumen di dalam tangannya ketika itu. "How come we both end up in hospital at the same time?"

Orang yang berjalan bersama tiang drip itu mendekati tepi katil sebelum berdiri di situ tanpa mengatakan apa-apa. Dia hanya diam memerhatikan tangan Tuan Samsoong sibuk menulis dan menandatangan ke atas kertas di situ.

Untuk seketika keadaan berterusan begitu sehinggalah Tuan Samsoong menutup fail yang disemaknya itu. Lelaki itu menanggalkan cermin mata lalu diletakkan ke atas fail sebelum berpaling memandang orang di sebelah katilnya dengan senyuman nipis di bibir.


"Bagaimana dengan keadaan kamu? Saya dengar kamu dalam situasi bahaya yang hampir saja meragut nyawa kamu...adakah keadaan kamu dah membaik?"

Bersama renungan dingin, orang itu memandang Tuan Samsoong sebelum menundukkan mata ke lantai ekoran malu dengan berita yang diperoleh dari tugasnya itu.


"Ianya bukan salah kamu keadaan menjadi begini. Macam kamu kata, kita hanya mampu merancang sahaja. Keputusannya tiada siapa boleh tentukan." tiba-tiba Tuan Samsoong terbatuk. Lelaki itu berkerut kening sambil memegang dadanya yang kesakitan setiap kali dia batuk.


"Maafkan saya tuan."ucap orang itu dengan perlahan.


"Saya yang sepatutnya minta maaf kepada kamu. Sebabnya kalau bukan kerana saya, mungkin kamu tidak berada di dalam situasi ni."tambah lelaki itu setelah berasa lega dari sakit tadi. "Sepertinya saya tiada masa yang banyak untuk di buang. Dan kejadian yang menimpa kamu ini memudahkan lagi urusan kita."Tuan Samsoong bergerak hendak mendapatkan segelas air dari meja, tetapi tangan orang itu terlebih dahulu mencapainya lalu diserahkan kepadanya.


"Saya tak apa-apa tuan. Jadi jangan risau mengenainya."


Seusai minum Tuan Samsoong bersandar semula ke belakang. Nafas lega di lepas panjang sebelum dia memandang wajah gadis muda yang sedang berkerut kening serius. "Sekurang-kekurangannya dalam masa tiga bulan ini Zane tidak lagi terlibat dalam masalah. Saya tidak lagi mendengar dia keluar menjoli berganti perempuan setiap malam. Dia juga sudah berhenti melawat kelab atau bar. Malah dia banyak habiskan masa dengan bekerja serta pulang ke rumah lebih awal. Jadi pengorbanan kamu ini tidak ada yang sia-sia."senyumnya selepas itu."Kamu dah lakukan pekerjaan yang bagus Dihya Maelani." ujar Tuan Samsoong lagi.

PERLAHAN-LAHAN Dihya mengangkat mata dari lantai untuk memandang Tuan Samsoong. Senyuman di bibir pucat itu ditenung kosong tanpa reaksi.

Ya.

Orang upahan itu adalah Dihya Maelani.

Gadis yang selama ini dikenali sebagai bartender dan seorang gadis miskin yang berasal dari keluarga berhutang, adalah gadis sama yang diupah oleh Tuan Samsoong untuk dijadikan sebagai pendamping Zane Hayes sejak awal lagi.

Maka selama ini semuanya adalah rancangan Tuan Samsoong demi melindungi Zane sejak awal lagi. Dan apa yang Dihya Maelani lakukan juga adalah sebahagian daripada penyamaran dan tugasnya sebagai orang bawahan Tuan Samsoong.

Oleh kerana Tuan Samsoong tahu akan citarasa yang Zane kehendaki pada wanita, Tuan Samsoong telah mencari dan menapis sebaik mungkin calon yang ada. Dan Dihya adalah calon paling sesuai dan amat tepat dengan ciri-ciri kesukaan Zane.

Dari pekerjaan Dihya di bar, hari Zane datang melawat bar sehingga ke hari mereka bertemu. Semuanya telah di skripkan agar kelihatan lebih natural dan meyakinkan.

Semua ini bermula pada malam dimana Dihya sedarkan diri di hospital selepas kemalangan yang menimpa dirinya 8 tahun yang lalu. Tuan Samsoong menemui Dihya dan menceritakan segalanya apa yang terjadi pada Dihya. Untuk menebus kesilapan Zane, Tuan Samsoong pun menawarkan pekerjaan kepada Dihya sebagai staf ofis dipejabatnya. Selama 7 tahun Dihya bekerja dibawah bantuan Tuan Samsoong.

Sehubungan itu, disebabkan Tuan Samsoong telah banyak berjasa kepada Dihya, Dihya pun bersetuju untuk menerima permintaan Tuan Samsoong sebagai membalas jasa baik orang tua tersebut kerana telah membantu hidupnya dari terus terjerumus dalam masalah dan bahaya.

Kalau bukan kerana Tuan Samsoong, hidup Dihya mungkin sudah berakhir di rumah pelacuran. Namun begitu Dihya tetap dibelenggu dengan masalah hutang bapanya sepanjang masa itu.

Dan Dihya juga tidak tahu menahu bahawa kemalangan yang menimpa dirinya disebabkan Zane. Apa yang Tuan Samsoong sampaikan pada hari pertemuan mereka pada waktu itu hanya la dimana lelaki itu yang menyelamatkan Dihya selepas dilanggar. Selebihnya dirahsiakan oleh Tuan Samsoong. Apa Dihya tahu, dia kemalangan kemudian Tuan Samsoong yang bantu membayar kos perawatannya sebelum menyediakan tempat tinggal serta kerja untuknya saja.

Semua ini dibantu oleh Kyren sendiri. Lelaki itu yang telah mempelan segalanya. Dari hari pertemuan Dihya dan Zane di bar, menyediakan maklumat mengenai latar belakang Dihya sehingga la penyampaian maklumat rutin Zane melalui telefon yang dibekalkan olehnya kepada Dihya sejak awal lagi.

Dari awal semuanya hanyalah samaran semata-mata demi melindungi Zane.

Share this novel

fieyluv fieyluv
2025-02-17 16:57:19 

of course bolehh!!

matcha
2025-02-17 14:52:17 

Take time tintaaa.

NUR FATHIA
2025-02-17 01:04:37 

take your time.. I still love dhia dn zane


NovelPlus Premium

The best ads free experience