Battle of Kemboja melabuhkan tirainya. 3 bulan daripada tarikh yang sepatutnya tamat. Bila IZMC dihantar keluar ke Pulau Kesuma, Kemboja Airfield mainkan peranan penting dalam operasi seterusnya. Antara kru yang ditempatkan dekat sana adalah Imperial Navy "Gagak Hitam". Skuad yang akan bersihkan segala halangan sebelum IZMC tiba di pulau terakhir dibawah jajahan Dukedom of Elimina.
Task Force K merangkumi 6 battleship, 13 battlecruiser dan 58 destroyer berlayar ke Kesuma bersama 17 aircraft carrier yang mengangkut sebanyak 1,100 pesawat tempur. 140,000 orang askar IZMC dan IZA dibawa berlayar bersama.
4_Star_General_Kasturi,
Imperial_Palace_Melati,
Capital_of_Pakma,
Zehir_Thallasocracy.
"6526 marine cedera termasuk navy seamen dan medics. 1252 yang disahkan terkorban. 3089 dari 1st army division cedera dan 404 disahkan terkorban.
"Keseluruhannya, 9615 askar diraja cedera untuk membebaskan pulau kemboja, marigold, cempaka dan mawar dengan korban sebanyak 1656 nyawa."
Panglima Kasturi melaporkan laporan terkini berkaitan kempen perang di timur semasa menghadap baginda di Istana Sri Melati.
"Panglima. Ada perkembangan berkaitan operasi di maraya dan yan?"
Maharaja Jasmin II menanya.
"70,000 pelarian dari maraya dan yan telah sedia untuk operasi pembebasan tanah air mereka. Dua armada diberi nama Task Force M dan Task Force Y akan bawa mereka ke sana.
"Akan tetapi, operasi di dua negara jiran akan bermula selepas operasi kesuma selesai kelak. Dua armada tersebut akan dibantu oleh imperial navy dan marines corps."
Panglima Kasturi menjawab tanpa sesikit kegusaran.
"Macamana pula dengan projek kapal kelas bimasakti?"
"Sistem persenjataan baharu telah dipasang pada bimasakti dan ujian tembakan akan dilaksanakan bermula lusa.
"Kapal keenam berserta yang ketujuh akan diubahsuai menjadi aircraft carrier. Seiiringan navy 7th carrier fleet."
"Musim tengkujuh dah hampir tiba, sampai masa rakyat kurang ke laut. Tapi bukan navy...
"Perbanyakkan penghantaran A-Class Ration ke eastern front, beta tak nak ada askar kelaparan dan kesejukan tatkala kita semua kenyang dan tidur dengan selesa."
"Menurut titah tuanku."
Selepas mendapat perkenan daripada baginda, dengan perlahan panglima mengundurkan diri.
Dua hari kemudian, Ministry of Propaganda mengeluarkan dengan poster dan mesej kepada rakyat di pelosok empayar;
"Help the emperor finish the job!"
Poster pertama menunjukkan gambar dua kapal tempur menembak musuh di laut. Kepulan asap hitam dan ombak tinggi membuatkan kapal itu lebih menonjol.
"To Victory! Together!"
Poster kedua menunjukkan gambar tengkorak bertulis "Elimina" di dahi ditikam oleh dua bayonet dari bawah tengkuk.
"Victory is Vital! Elimines would rob Zehirians of their own produce!"
Poster ketiga menunjukkan gambar askar-askar Elimina dengan kejam menyeksa dan merompak hasil bumi orang Zehir.
General_Secretary_Kamilia,
Grand_Zehiria_Palace,
Muskgrad_Oblast,Zekhirskaya,
Zehir_Thalassocracy.
Zharevna Kamilia menekan butang mesin menaip di atas meja;
"Ditujukan kepada semua anak kelahiran zekhirskaya. Kamilia di sini.
"Seramai 271 anak kelahiran zekhirskaya telah kembali ke bumi ibu pertiwi. Tepat jam 0000 malam tadi mereka tiba di makam perwira tentera putih.
"Keluarga mereka akan terima pingat terakhir dan insentif khas untuk membantu memenuhi keperluan harian sehingga ada ahli keluarga mampu menjana pendapatan.
"Ibu pertiwi berterima kasih atas pengorbanan 271 wira empayar ini termasuk kamu yang bekerja di kilang-kilang, pelabuhan, lombong mineral, makmal dan sekolah.
"Teruskan berbakti, buktikan zekhirskaya dipenuhi insan ilmuan bijaksana dan menyumbang kemajuan saintifik kepada dunia.
"Slava narodu zekhirskoy."
General_Priestess_Kemboja,
Ancient_Flower_City,
Island_of_Papillon,
Zehir_Thalassocracy.
Panglima Kemboja mentadbir urus semua kerja-kerja lapangan seperti;
• membersihkan semua kawasan yang hancur oleh perang papillon.
• membaiki struktur yang selamat dari kempen elimina di situ.
• memelihara senibina dan sejarah yang begitu berharga bagi bangsa Zehir.
Imperial Religious Corps dan Imperial Medical Corps ditugaskan untuk menjaga dan merawat orang awam terutamanya wanita,orang tua dan kanak-kanak.
Imperial Engineering Corps akan mengendalikan pelabagi jenis kenderaan khas seperti Type-24 IV yang diubahsuai menjadi bulldozer dan demolition carrier.
Panglima Kemboja masuk dalam dewan istana yang dijadikan ruang menyimpan bekalan makanan, binaan dan ubat-ubatan;
"Betulkah kentang-kentang di sini sudah rosak? Kesemuanya?"
Kapten Chempaka, yang diberi tugas menguruskan dewan tampil;
"Iya panglima. Ikut saya."
Panglima dan Kapten berjalan ke timbunan kotak berisi kentang dan melihat hampir semua kentang telah bertunas.
"Cuba tanam yang mana tidak ada tompok-tompok hijau."
Kata Panglima Kemboja;
"Yang beracun, kupas lepastu keringkan kulitnya dan guna jadi bahan bakar. Saya taknak banyak pembaziran.
Sambung beliau lagi.
"Kita boleh guna isi sudah hijau jadi bahan juga. Atau, kita hantar ke berek dekat selatan?"
Cadang Kapten Chempaka.
"Berek?"
Panglima tertanya-tanya.
"Latihan lontar bom. Jimat kos sebelum askar guna bom yang sebenar."
Kapten menyatakan sebab.
Panglima Kemboja tertawa;
"Pandai-pandai.
"Saya akan minta pandangan dari pegawai di sana. Kita kekal dengan idea yang pertama dan yang kedua dulu."
"Baiklah, tuan."
Kapten Chempaka bersetuju.
Panglima meninggalkan dewan dan ditahan oleh pegawai bertugas di bilik komunikasi.
"Izn aurora dah sertai task force k. Seramai 200 daripada 800 medic dari irc dah dipindahkan ke atas Izn industrious untuk hadiri sesi taklimat sebelum mendarat di melati atoll."
Lapor pegawai.
"Ada apa-apa maklumat pasal izn impulse, impact dan impair?"
Tanya Panglima Kemboja.
"Err... Ada.
"Ketiga-tiga kapal akan bawa balik seramai 3865 askar ke sini untuk dapatkan rawatan penuh.
"Selepas selesai refuel dan restocking, impulse dengan impair akan teruskan perjalanan ke north zehiriana atas arahan navy upper command."
"Impact?"
"Kekal di sini sehingga ada arahan baharu dikeluarkan."
"Terima kasih. Awak boleh pergi rehat, saya akan ambil alih command center sementara."
Panglima Kemboja senyum.
"Terima kasih, tuan.
"Izinkan saya."
Pegawai berterima kasih dan beredar dengan gembira.
Private_Iszran,
Hangar_Bay_No.2,
[CV-159]_IZN_Industrious,
Boaring_Sea.
Private 1st Class Specialist Iszran Hetzerneuer adalah seorang Embarkation Specialist.
Dia sibuk memeriksa kuantiti bekalan makanan dan senjata yang baru diterima dari IZN Aurora dan IZN Borealis. Ini adalah tugasan utamanya ketika tidak bertempur.
"Tiada masalah. Terima kasih dan kami akan uruskan semuanya di sini.
Iszran mengangkat tabik;
"Gott mit uns."
Kru Aurora dan Borealis pun membalas tabik;
"God with us."
Dari atas dek, kru kapal IZN Industrious melihat kedua-dua IZN Aurora dan Borealis mula menjauhi kapal pengangkut pesawat tersebut sebelum kembali ke posisi asal di dalam formasi armada.
"Caliber .03 M1D. Versi baru untuk Caliber .03 M1 yang diserta sekali 2×2 scope. Tujuannya untuk jadi sniper rifle.
Iszran berkongsi cerita akan rifle yang dipakainya setiap masa di medan perang;
"Tapi army terlupa sesuatu, m1 dibuat untuk memenuhi doctrine of superior firepower. M1 bukan untuk precision. Effective range,640 meter kalau penggunanya yang handal."
Mjr.Adzwan dan Navy Admiral terus mendengar laporan dari Wira Papillon akan senjata yang sedang digunakannya.
"Sejujurnya, saya tak suka dengan idea rifle ni. Hanya bazir bahan mentah kalau diluluskan."
Iszran memberitahu pendapat peribadinya;
"Sniper rifle patutnya kekal dengan ciri bolt-action, tahan lasak, senang dijaga dan dipakai berbanding rifle."
Mjr.Adzwan mengambil pen;
"Sudah, private.
Beliau mula menulis borang;
"Kamu akan pulangkan M1D ke armoury dan kembali pakai rifle yang kamu biasa gunakan."
Navy Admiral berbisik kepada mejar dengan serius buat beberapa minit. Mereka akhiri perbincangan dengan anggukkan kepala.
"Berkaitan dengan rifle yang awak buat sendiri, keputusan kami muktamad.
Navy Admiral bercakap tanpa awak sebarang perasaan;
"Awak dibenarkan menggunakan rifle tu. Kami yakin, insan yang berbakat macam awak boleh berikan lagi banyak sumbangan, kemajuan kepada tentera kita.
"Kami akan usulkan nama awak ke pertandingan reka senjata yang kebiasaannya dianjurkan oleh Imp. Department of Defense bila kempen dan perang ni dah tamat."
Iszran kaku sekejap apabila mendengar berita tersebut. Rentak dentuman hatinya berdegup kencang dan tangannya berasa sejuk.
Tidak lama selepas itu, dia mengangkat tabik sekali lagi dan beredar balik ke stesen kerjanya.
Beban kerja makin bertambab, jadi kurang masa tengok phone (。•́︿•̀。) Maybe I should shorten the story for each upcoming chapter so it could be publish more often.... Truly sorry another 3 months for you to wait...
Share this novel