BAB 47:Isu Terakhir

Thriller Series 558

BAB 47:Isu Terakhir.

KEHILANGAN wartawan Harun Nasharuddin sudah memasuki beberapa hari lamanya. Para wartawan dari syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR telah di hantar ke Zon Projek Highlanders dengan di iringi oleh pihak polis demi menjejaki Harun namun usaha itu menemui kegagalan.

Perkara pelik dan aneh telah berlaku di sana. Di ceruk area di mana pesawat piring terbang itu di daratkan tiba-tiba tidak dapat di akses masuk oleh kenderaan kerana telah bermunculan medan-medan yang mengalirkan arus elektrik voltan tinggi yang berbahaya.

Oleh kerana keterhadan masa dan harus mengejar dateline yang telah di tetapkan,akhbar misteri BONGKAR terpaksa menerbitkan keluaran isu terbaru mereka dengan memfokuskan perihal misteri kehilangan Harun sebagai headline muka hadapan.

Sebahagian pembaca agak terkejut dengan berita tersebut dan berharap agar wartawan Harun berada dalam keadaan baik-baik dan selamat di temui semula. Namun tak kurang juga mulut-mulut sumbang yang mengatakan berita kehilangan Harun hanyalah gimik dan sensasi yang sengaja di ada-adakan oleh pihak akhbar tabloid BONGKAR demi melariskan jualan.

                        ****

"Ah! I dah naik fed up lah dengan  segelintir pembaca BONGKAR ni. Ada ke patut mereka kata kita sengaja reka-reka cerita pasal kehilangan Harun. Hei hal ni dah sampai melibatkan pihak polis okey! di sokong dengan foto serta bukti rakaman video CCTV lagi. Ssmuanya dah kita dedahkan dalam keluaran isu terbaru BONGKAR. Please lah.."wartawan Yana dah terduduk lesu di bangku opis setelah mengamati reaksi segelintir pembaca.

"Uhuhu iya mintak bior ko tak payah nak pening-pening kepala sangatlah kak Yana..uhuhu iye aku percaya yang buat komen reaksi tak percaya tu semua bukan pembaca BONGKAR ya..zaman sekarang netizen bangang cenggitu memang bersepah nak nak bagi komen bagai..uhuhu sekian"kata wartawan Yeob.

"Iyalah tapi tak usahlah cakap yang kononnya pihak kita sengaja nak lariskan jualan. BONGKAR bukan tabloid picisan tak ada maruah macam tu..erggh geram akak tau..rasa nak canai-canai je lemak lendut perut Yeob tu sambil bayangkan muka netizen-netizen tu"

Bahahahajaj hahahaha

Pecah wartawan-wartawan lain ketawa.

"Huu?huwaaaaa..!! perut besor aku bukan tepung doh roti canailah sampai kak Yana nak uli-uli cenggitu pulak..sekian"parau je suara Yeob.

Ahahahaha

Yana Maya pun terlepas ketawa geli hati.


______________

PEJAM celik sudah sebulan berlalu. Begitulah hal nya dengan kehilangan wartawan senior utama BONGKAR iaitu Harun Nasharuddin terus menjadi teka-teka dan misteri. Apakah beliau masih hidup lagi atau sebaliknya tiada siapa pun tahu.

Para staf dan wartawan sidang redaksi di syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR masih bersedih mengenangkan nasib Harun namun apakandaya..hendak tak hendak terpaksalah mereka menerima hakikatnya.

Para pembaca akhbar tabloid BONGKAR pun tak jemu-jemu memberi kata semangat buat para wartawan itu. Tak kurang juga ada yang menasihati agar pihak BONGKAR move on sahaja terus walaupun tanpa Harun Nasharuddin.

Ketika masuk bulan ke dua kehilangan Harun,BONGKAR sudah mulai boleh menerima hakikat itu. Isu-isu keluaran terbaru dengan pelbagai artikel pembongkaran hal misteri terus di terbitkan seperti biasa di setiap hujung minggu.

Akan tetapi perbezaannya sudah tentu agak ketara apabila tiada lagi artikel-arikel misteri dari wartawan Harun Nasharuddin dapat di ketengahkan.

Ini yang membuatkan rating pembaca BONGKAR mulai sedikit menurun dan merisaukan warga kerja di syarikat penerbitan akhbar tabloid terbabit.

                         ****

"Huwaaaaaa?!!! dah kenapa ko tak jual semua surat kabor BONGKAR ni haa Jangahir? Uhuhuhu iya dari hari ahad hari tu sampai hari ni dah masuk hari khamis pun masih banyak menimbun cenggini tak terjual-jual..uhuhu tak patut..tak patut..sekian"tanya wartawan Yeob ketika singgah ke kedai runcit yang di usahakan oleh warga Bangladesh itu.

"Saiya lagilah pining kipala abang..lagi sudah order satu timbun ini Bungkar punya paper..tapi tiyada laku juga. Sikit hari lagi kidai saiya pun boleh bankrap lah bang"kata Jangahir.

"Uhuhu patut..patut..iya memang patut ya..sekian"

"Haa? maksud abang ini Bungkar memang patut tiyada laku di jual ka?"

"Huu?!uhuhu tidak..tidak..maksud aku memang patut kedai ko ni tutup sebab BONGKAR gagal terjual ya..sekian"

"Hayo abang..abang..lagi-lagi saiya punya kidai juga kina"Jangahir dah geleng-geleng kepala. Dah masak benar dengan pe'el wartawan gemuk bersuara parau itu.

Begitulah hal nya dari minggu ke minggu. Jualan akhbar misteri BONGKAR terus menjunam. Adakah warga pekerjanya harus menerima hakikat bahawa syarikat penerbitan terbabit bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi?

                           ****

"Yess!! Wooohoooo!!"

Wartawan Haziq berlari riang menuju ke pejabat sejurus keluar dari lif.

"Ai riang semacam je kau ni Ziq? Apa kes?"tanya Asywina dan wartawan-wartawan lain.

"Heheh mestilah happy wei...aku baru je pulang lepas buat tugasan ke suatu lokasi. Minggu ni aku bakal tampil dengan artikel misteri yang paling gempak berjudul Orang kerdil penghuni pinggiran sungai. Pembaca BONGKAR pasti akan tercengang gila bila mereka lihat sendiri foto-foto orang kerdil yang berjaya aku tangkap waktu meninjau ke sungai tu"cerita Haziq.

Akan tetapi kegembiraan Haziq jadi terbantut setakat di situ saja apabila perasan rakan-rakan sejawatnya yang lain masing-masing kelihatan termenung muram di meja dengan wajah kurang bersemangat.

"Ai kau orang ni nampak sedih je dah kenapa?"tanyanya.

Belum sempat dia menantikan jawapan dari rakan-rakannya,tiba-tiba baru Haziq perasan wartawan Yeob Maon sedang tersembam wajah di meja sambil teresak-esak menangis sambil di pujuk oleh Kak Husna dan Rauf Johari.

"Sudahlah Yeob..bawa bersabar dan bertenang ya..bukan awak sorang je sedih..kita semua kat syarikat ni pun sedih"kata Kak Husna. Kesian benar melihatkan wartawan gemuk yang selalu ceria dan banyak celoteh nya itu tiba-tiba tersembam dan menangis kesedihan begitu.

"Huwaaaaa..isk..isk..habis nanti aku nak kerja kat mana lagi haa? Uhuhu aku ada anak bini sama opah nak di sara kat rumahlah..isk isk"

"Yeob dah kenapa tu?"tanya Haziq.

"Ziq..harap kau tabahlah. Tadi waktu kau keluar pergi buat tugasan,Encik Ghani bagi tahu minggu ni last kita terbitkan isu terbaru BONGKAR sebab minggu depan premis ni terpaksa di tutup"terang Asywina.

"Apa?! biar betul?"Haziq terkejut dan tergamam.

"Tak ada maknanya kami nak bergurau Ziq. Jualan BONGKAR jatuh merudum teruk sejak abang Harun tak ada lagi bersama kita. Kampeni pun dah tak mampu nak bayar sewa bulanan premis"

Haziq terduduk lesu. Semangatnya yang tadi berkobar-kobar selepas berjaya mendapatkan bahan untuk penulisan artikel misteri langsung terpadam begitu sahaja.

Maya pula sedang duduk tersandar di kerusi dalam bilik opis kosong yang di tinggalkan oleh Harun. Wartawan wanita itu termenung jauh dan berdiam diri agak lama semenjak dari tadi. Suara perbualan staf dan rakan wartawan lain pun dapat di dengarinya dari bilik itu. Bertambah sayu hatinya bila mendengar suara esak tangisan wartawan Yeob.

Berita yang baru di sampaikan oleh Ghani tadi berkaitan penutupan syarikat penerbitan BONGKAR pada minggu hadapan sudah di duganya lebih awal.

Yana merenung ke segenap bilik opis kecil itu. Barang-barang dan fail kerja milik Harun sudah di kemas rapi dan di masukkan ke dalam kotak.

Yana menatap ke bingkai gambar Harun yang ada di atas meja. Air matanya mengalir ke pipi.

Dia berharap agar dapat menemui semula rakan sejawatnya itu lagi suatu ketika nanti. Fikiran Yana melayang mengenangkan pelbagai momen-momen silam di saat dia dan Harun bertugas dalam dunia kewartawanan misteri dahulu.

AKHIRNYA naskah isu keluaran terakhir BONGKAR menjengah ke pasaran pada hujung minggu itu. Tiada artikel misteri terbaru yang di tampilkan sebagai headline muka hadapan,sebaliknya ia lebih berbentuk recap atau imbas kembali petikkan beberapa artikel lama BONGKAR yang paling top dan pernah viral suatu ketika lalu di samping pemberitahuan kepada para pembaca tentang berakhirnya penerbitan akhbar tabloid misteri terbabit.

                         *****

"Bang! abang nantilah bang! Janganlah sedey sedey yitu macam. Tadi saiya sudah berjaya pujuk dua orang kawan kasi beli yini Bungkar paper"teriak Jangahir ketika wartawan Yeob hendak beredar dari kedai.

"Huwaaaaa...tak ada guna ko nak pujuk orang beli surat kabor tu lagi lah..uhuhu iya itu keluaran isu terakhir di mana minggu depan ko dah boleh jual tabloid misteri lain pulaklah..huwaaaaa..sekian!"parau je suara wartawan Yeob kesedihan kerana kerjayanya sebagai wartawan di syarikat penerbitan BONGKAR juga sudah berakhir.

"Aiyo..manyak kesian punya abang. Lagi-lagi dia pun sudah tiyada kirja dekat yini BUNGKAR punya paper juga"kata Jangahir simpati ketika kereta perodua wartawan Yeob sudah beredar pergi.

Ketika Jangahir berpaling semula ke kedainya tiba-tiba seorang lelaki dengan jaket kulit leather hitam panjang hingga ke paras lutut di lihat sudah tercegat dekat rak menjual akhbar dan majalah sambil membelek naskah isu terakhir BONGKAR.

"Ayo..siapa pula yini orang pakai topi dan sarung tangan?"fikir Jangahir kehairanan sambil garu-garu kepala.

Dia pun pergilah melayan orang tersebut.

BAB 47:Isu Terakhir

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience