Bab 5

Romance Series 39746

"Kau nak tahu tak, adalah seorang lelaki ni semenjak aku keje dekat syarikat tan sri anaqi tu sebulan. Tetiba aku dapat bunga wehh and bunga tu ialah bunga kegemaran aku. Aku hairan tau, setiap kali aku dapat bunga dia tak pernah nak bagitahu aku siapa dia, aku pernah kenal ke, aku pernah jumpa atleast sekali ke. Ni tak, ayat yang dia tulis dekat kad masa hantar bunga pun. Dia tulis "for my sweetheart, for my dear, for my love" tapi ada lagilah for for yang dia hantar, dikatakan wehh everyday kott aku dapat. Aku tak tahu nak buat apa, last2 aku letak dalam bilik pejabat je. Kalau kau masuk bilik aku, bau bunga je wehh. Habis melekat bau kat baju aku tauu" kata tania panjang lebar, wani sedia mendengar sehingga tamat

"Ouhh............ macam tu, maybe dia secret admire kau kott" teka wani sambil minum jus oren

"Tapi wehh, kalau betul la dia ada secret admire kat aku. Asal tak tulis nombor phone ke, tulis nama ke? Atleast la aku boleh try cari kat ig ke?"

"Ye tak ye jugak kann, atau dia nak kau cari siapa dia" teka wani

"Tapi sape dohhh??? aku tak ada pulak ambik bf orang je, tunang orang ataupun laki orang"

"Maybe dia berdendam sebab paras rupa, atau kejayaan kau ke? kita tak tahu manusia kann semuanya kalau boleh dia nak dengki. Tak faham aku kadang-kadang dengan sifat manusia ni" geleng kepala wani dan tunangnya serentak

"Itulah, habistu aku nak buat macam mana eh?" tanya tania

"Okay, aku bagi cadangan. Kalau dia still ganggu kau sampai hujung bulan ni. Kau pergi buat report polis. Tak pun kau kawin" kata wani dalam senyum

"Report polis tu aku setuju, yang kawin tu aku kurang setuju. Apasal aku kene kawin pulak?" tanya tania keliru

"Ehh tak ada apa-apa, saje je cakap"

Tania menjeling wani semacam, lalu terus menghabiskan jus tembikai susunya

"Okay la babe, tu je aku nak bagitahu. Aku nak kena masuk pejabat balik ni"

"Okay la, nanti kalau kau perlukan apa-apa pertolongan kau calling-calling je aku. Tunang aku ni faham, dia tahu aku cuma rapat dengan kau je" kata wani sambil memegang tangan tania

"Alright, aku gerak dulu"

Mereka pun beredar ke arah kereta masing-masing lalu bergerak ke arah tempat kerja masing-masing. Sampai di pejabat tania menaiki lif seperti biasa menuju ke biliknya lalu menyambung menyiapkan kerjanya sahaja sehingga tamat waktu kerja

Pada waktu tania ingin menaiki lif, tania terpandang seorang lelaki di dalam lif. Tetapi lelaki itu hanya menundukkan wajahnya tetapi berpakaian pejabat dengan suit warna putih, kasut berkilat, corak tali leher pun mahal

"Sape eh mamat belakang aku ni? asal macam orang kaya je, ke anak tan sri? Hehhh biar je la, aku nak tumpang turun je" kata tania dalam hati sambil mendoa supaya tidak berlaku apa-apa

Setelah sampai di bawah, tania terus berjalan laju menuju ke keretanya. Lelaki itu pun turut mengikutinya daripada belakang dengan langkah yang laju

"Ishhh dia ni aku jalan laju. Kau jalan laju, aku jalan slow kau pun jalan slow. Apa benda ni, kalau mamat ni tiba-tiba pegang aku memang aku pukul dia sampai lumat" kata tania dalam hati sambil berdoa

Lelaki itu terus dan terus mengikuti tania sehingga ke keretanya. Lepastu tetiba tangan lelaki itu memegang bahu tania. Pantas tania memusing tangan lelaki tersebut sehingga lelaki tersebut terpusing dan terbalik di depan tania

Tania terkejut "eh asal muka mamat ni sama macam yang dekat aku jumpa di majlis pertunangan wani tu? entah-entah ni lelaki hensem yang aku cakap tu?" kata tania dalam hati sambil melihat lelaki itu mengeliat menahan kesakitan di bahunya

Selepas tania dapat mengecam wajah lelaki itu, cepat-cepat tania membantunya untuk bangun

"Ya Allah mr, sorry sorry i tak tahu pulak ada orang belakang i. I terkejut tiba-tiba ada orang pegang bahu i. I ingatkan orang jahat tadi" kata tania sambil menolong lelaki itu bangun

"Tak apa, tak ada apa-apa pun. Salah i jugak sebab tetiba pergi pegang bahu you. Actually i nak bagi ni, your kad bank jatuh masa you nak simpan phone dalam beg tangan tadi" kata lelaki itu sampai memegang lengannya yang kesakitan kerana terseliuh sambil menghulurkan kad bank kepada tania

Tania terus mengambil kad bank yang dihulurkan oleh lelaki tadi. Tania keliru ingin memberi bantuan ataupun tidak

"Aku nak tolong dia ke tak eh? tapi dia dah bagi kad bank aku yang tercicir, nasib baik dia yang jumpa. Kalau orang lain jumpa macam mana? muflis terus aku dibuatnya. Emm................ tolong je la, dapat pahala free and dia pun hensem. Hehehehe boleh ajak member ke" kata tania dalam hati

"Emmm mr may i help you? atleast i bawak you pergi klinik" kata tania segan kerana dia terlampau kasar

"Its okay, sikit je ni. Esok lusa sembuhlah" kata lelaki tu sambil mengosok bahunya

"Mr tak apa la mehh la i hantar, i takut kalau lain jadinya dekat bahu you tu. I rasa bersalah, so biar i hantar you ke klinik boleh? atleast i tahu bahu you okay ke tak" tania masih cuba untuk memujuk lelaki hensem itu

"Tak menyusahkan you ke?" tanya lelaki itu lagi kerana risau menyusahkan tania

"Tak, sikit pun tak susahkan i. Sepatutnya i yang berterima kasih dekat you sebab pulangkan kad bank i. Sorry tauuu again"

"Emmmmm" hampir 10 saat juga lelaki itu berfikir mahu pergi atau tidak. Seketika lelaki itu mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor seseorang tidak lama tetapi bagi tania lama kerana entahlah

"Dia call sape eh tu? asal macam serious je tu" kata tania sambil keningnya terangat sebelah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience