Rayyan, dengan api amarah yang berkobar-kobar, melepaskan tembakan tanpa ragu-ragu. Dentuman peluru memenuhi ruang tamu yang sunyi,bergetar hingga ke tulang.Sasaran tembakannya sengaja hampir mengenai Zulkilfi, membuatkan semua yang ada di situ tersentak. Namun, Zul tetap mendiamkan diri, berdiri teguh tanpa menunjukkan sebarang tanda melarikan diri atau cuba menyelamatkan diri.Keberaniannya itu bukannya tanda keberanian,tetapi lebih kepada pasrah menghadapi nasib yang sudah tertulis.
Rayyan melangkah perlahan-lahan ke arah Zul. Pistol di tangannya masih digenggam erat, larasnya diacukan dengan penuh amaran. Setiap langkahnya menggema, seolah-olah membawa aura kematian yang menyesakkan dada setiap orang yang memandang. Wajah Rayyan merah padam, matanya tajam menikam ke arah Zul yang tidak sedikit pun berganjak.
"KAU INGAT AKU MAIN-MAIN, ZULKILFI?" Suara Rayyan memecah suasana. Nada suaranya keras, penuh dengan amarah yang hampir tidak tertanggung lagi.
Hawa panas amarah Rayyan terasa bagai mencengkam seisi ruang.Anak anak buahnya kaku,tidak mampu bergerak,apatah lagi bersuara.Dalam kesunyian itu,hanya nafas mereka yang terdengar berat,seiring dengan jantung yang berdegup kencang.
Zul menarik nafas dalam, mengangkat wajahnya untuk menatap mata Rayyan. Dalam hatinya, dia sudah bersedia untuk apa sahaja. Dia tahu kesalahan yang dilakukan adalah besar, tetapi dia memilih untuk tidak lari dari tanggungjawabnya.
"Boss... kalau kau nak hukum aku,aku terima,"ujar Zul,suaranya tenang walaupun jantungnya berdegup kencang .
"Tapi aku harap kau fikirkan apa yang lebih penting sekarang..Zahira."
Tangan Rayyan sedikit terketar mendengar nama gadis itu disebut.Amarah yang meluap luap seakan tergugat.Namun,wajahnya tetap tegang,dan pistolnya masih teracung ke arah Zul.Suasana menjadi semakin tegang,dengan anak anak buah Rayyan hanya mampu memandang,tidak berani untuk bersuara.Beberapa dia antara mereka kelihatan menahan nafas,seolah olah takut salah gerak.
"Aku rasa kau semua dah tahu siapa Zahira bagi aku!" suara Rayyan memecah keheningan. Ia seperti petir membelah awan, menggegar seluruh ruangan. Pandangannya tajam menikam setiap anak buahnya, membuatkan mereka menundukkan wajah. Tiada seorang pun yang berani mengangkat kepala, apatah lagi bertentang mata dengannya.
"Zahira bukan saja tebusan!" suara Rayyan semakin menggeletar, penuh emosi. Kemarahan di dalam dirinya bagaikan api yang membara,sukar untuk dipadamkan. Wajahnya merah menyala, rahangnya mengetap kuat.
"Tapi dengan apa yang jadi pagi tadi... cukup untuk membakar amarah aku ! Kau semua hancurkan segalanya ! Kau semua takutkan dia!" Rayyan menghayunkan pistolnya ke arah mereka, jari telunjuknya hampir menekan pelatuk. Semua anak buahnya terdiam, kaku bagaikan patung.
Rayyan memandang Zulkilfi."ZUL!"jeritannya menggema.Zul mengangkat wajahnya dengan perlahan.Matanya bertemu dengan pandangan mata Rayyan-sebuah pandangan penuh kengerian,bagaikan singa yang sedang memburu mngs.Jantung zul berdegup kencang ,semakin laju seolah olah ingin meletup.Ketakutan menguasai dirinya,namun dia tetap berdiri tegak,walaupun tubuhnya bergetar halus.
"Maaf,Boss.Aku hanya fikirkan keselamatan Boss pada waktu itu."
Zul bersuara perlahan ,cuba menjelaskan.Peluh mula mengalir deras di dahinya.
"Aku rasa Zahira satu ancaman..Sehingga aku hilang.."
kata-katanya terhenti.Dia tidak mampu lagi bersuara.Wajahnya tertunduk,kehilangan kata.
"Hilang arah atau hilang akal?" soal Rayyan dengan nada yang sangat menyeramkan.
Zul mendongak,matana bertemu dengan senyuman Rayyan.Tapi senyuman itu bukan senyuman biasa.Ia adalah senyuman sinis yang cukup untuk membuatkan sesiapa saja saja menggigil.Senyuman itu menjadi isyarat kematian yang menghantui semua anak buahnya.
Mereka semua menelan liur,rasa gemuruh menguasai diri.Pandangan Rayyan melingkar diseluruh ruangan,tajam seperti pedang.
"Bagus!Kenapa kau tak bunuh saja Zahira terus?!" tempiknya,suaranya bergema lebih kuat dari sebelumnya.
"Kau semua memang bodoh!BODOH!Zahira adalah nyawa aku!"
Kemarahannya semakin meluap,seperti lava gunung berapi yang hampir meletus.Pistol di tangannya dihayun lagi,jarinya semakin gatal untuk melepaskan tembakan.Namun,dia menahan diri.Amarahnya tidak membawa apa apa selain bara yang terus membakar hatinya.
Ruangan itu senyap .Setiap orang hanya mampu berdiri kaku,menunggu keputusan Rayyan,sama ada mereka akan selamat atau tidak.Dalam ketegangan itu,langkah berat Rayyan terdengar menghampiri Zul.
"Ingat ini,Zul."suara Rayyan tiba tiba berubah,rendah tetapi penuh ancaman.
"Kalau ada apa apa berlaku pada Zahira..Kau orang yang akan dipersalahkan.Faham?!"
Zul hanya mampu mengangguk,peluh dingin makin deras mengalir di wajahnya.Semua anak buah Rayyan tahu,ini bukan lagi tentang Zahira sebagai tebusan-ia adalah tentang seorang lelaki yang bersedia melakukan pa saja demi melindungi gadis yang dicintainya.
"Mulai sekarang, aku nak kau bertugas sebagai pengawal peribadi Zahira," arah Rayyan tegas tanpa sedikit pun nada keraguan.
Kata-kata itu meluncur keluar dengan penuh wibawa, membuatkan ruangan menjadi sunyi. Zul yang berdiri tegap di hadapannya hanya mampu terpaku. Pandangannya mengarah ke wajah ketuanya, namun fikirannya bergelut dengan kejutan yang mendalam.
Selama 10 tahun dia menjadi orang kanan Rayyan—tempat Rayyan meluahkan strategi, kepercayaan, dan segala rahsia. Kini, dengan hanya beberapa patah kata, dia ditugaskan menjaga seorang gadis yang baru saja dikenali. Hatinya memberontak, namun dia tahu tiada gunanya mempersoalkan arahan ketua yang telah dia sumpah setia.
Rayyan, yang bijak membaca emosi orang di sekelilingnya, menangkap perubahan halus pada wajah Zul. "Ada masalah?" soalnya tegas, pandangannya menikam tepat ke mata anak buahnya yang kini penuh keraguan.
"Tiada, Boss," balas Zul pantas, menenangkan suasana.
"Aku sentiasa bersedia berkhidmat untuk Boss dan melindungi tebusan daripada sebarang ancaman, walau apa pun yang terjadi." Suaranya tegas, mencerminkan disiplin yang dia pegang teguh selama ini.
Rayyan mengangguk perlahan, memberi tanda puas hati dengan jawapan Zul. Dia melangkah ke arah kerusi mewahnya dan duduk dengan penuh keangkuhan. Nafasnya dihela panjang, terasa berat beban yang menghimpit mindanya. Pandangannya tajam menembusi ruang, sebelum kembali tertumpu pada Zul yang masih berdiri tegak seperti patung tentera.
"Aku nak kau jaga dia dengan baik. Lindungi dia daripada sebarang ancaman, kekerasan, atau bahaya, sama ada dari orang luar… atau dari aku sendiri," ujar Rayyan, suaranya sedikit merendah di hujung ayat.
Kata-kata terakhir itu membuatkan Zul terdiam, keliru. Dengan keberanian yang tersisa, dia memberanikan diri untuk bertanya, "Apa maksud Boss?"
Rayyan bersandar sedikit di kerusinya, tangannya menyentuh dagu seolah-olah menimbang-nimbang kata-kata yang akan keluar. "Aku risau, Zul. Risau kalau aku sendiri yang mencederakan dia," katanya, nadanya bercampur kejujuran dan penyesalan yang jarang sekali terlihat. "Jadi, aku beri tugasan ini pada kau sebab aku percaya kau mampu lindungi dia. Lindungi Zahira… daripada aku."
Zul terpaku seketika. Arahan itu bukan hanya sekadar tugas biasa; ia membawa tanggungjawab yang besar, melindungi seseorang daripada ancaman yang datang bukan dari luar, tetapi dari ketua mereka sendiri. Namun, Zul tahu, kesetiaannya kepada Rayyan adalah mutlak.
Tanpa bertanya lebih lanjut, Zul mengangguk hormat. "Baik, Boss. Tugasan ini akan saya laksanakan sebaik mungkin."
Rayyan mengangguk tanda puas hati, pandangannya kembali kosong, seolah-olah tenggelam dalam lautan fikirannya yang bergelora. "Selepas mesyuarat nanti, jumpa aku di bilik. Kita bincang lebih lanjut."
"Baik, Boss," Zul membalas pendek, sebelum memberikan sedikit senyuman sebagai tanda hormat.
Di sebalik setiap arahan Rayyan, terselit rahsia dan kekeliruan yang hanya dia sendiri tahu. Tanggungjawab Zul kini bukan sekadar melindungi Zahira, tetapi juga memahami ketuanya yang semakin sulit untuk dibaca.
"HOLLAND!" Rayyan menjerit lantang, suaranya memecah keheningan ruangan seperti guruh yang menggema. Nama itu milik salah seorang pengawal peribadi yang ditugaskan mengatur bahagian keselamatan anak buah Rayyan. Mendengar namanya dipanggil, Holland melangkah ke hadapan dengan tenang tetapi penuh ketegasan, kini berdiri sebaris dengan Zul.
"Siapa yang jaga pintu bilik Zahira hari ini?" tanya Rayyan, suaranya dingin namun tajam, seolah-olah tidak memberi ruang untuk kesilapan. Pandangannya tidak berganjak dari wajah Holland, menunggu jawapan.
"Unit 02, Boss," jawab Holland dengan yakin. Dia tahu dengan pasti siapa yang menjaga setiap sudut kawasan Rayyan kerana dia sendiri yang menyusun jadual. Unit 02, terdiri daripada 15 pengawal terlatih, telah diarahkan menjaga pintu bilik Zahira mengikut arahan yang dia tetapkan.
Rayyan, yang kini berdiri tegap di hadapan Holland, memberikan arahan tegas. "Panggil mereka sekarang."
Holland mengangguk patuh, lalu memberi isyarat kepada unit tersebut. Dalam beberapa detik, 15 orang pengawal muncul di belakang Holland, berdiri dalam barisan kemas. Namun, wajah mereka sedikit pucat, menyedari situasi yang tegang.
Rayyan memegang pistol di tangannya, memandang setiap seorang daripada mereka dengan pandangan tajam yang menggigilkan hati. Dia melangkah perlahan, seperti singa yang memeriksa kawasannya. Kemudian, suaranya meletus seperti bom. "SIAPA yang jaga pintu bilik Zahira?!"
Tiada siapa yang berani bersuara. Keadaan itu hanya menambah bara di dalam dada Rayyan. Dia benci pada penipuan, lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan arahan langsung daripadanya.
"Holland," panggil Rayyan dengan nada yang lebih rendah, tetapi tetap penuh amaran.
"ALEX dan RIAX, Boss," jawab Holland dengan tenang, walaupun dia dapat merasakan aura kemarahan yang semakin membara dari ketuanya.
Rayyan tersenyum sinis, dan tawa jahatnya bergema, menghantar ketakutan ke setiap penjuru bilik. Alex dan Riax melangkah ke hadapan dengan wajah penuh ketakutan.
"Mana kau pergi?!" bentak Rayyan, matanya membara seperti api.
"Rehat, Boss," jawab salah seorang daripada mereka dengan suara yang hampir tidak kedengaran.
"Rehat atau ambil remeh?!" suara Rayyan meletus sekali lagi, membuatkan mereka tersentak.
"Aku masuk bilik dan hairan, TIADA pengawal di pintu! Kau fikir aku ni apa? Tak ambil peduli, hah?!" Rayyan mendekati mereka dengan langkah perlahan tetapi mengancam. Wajahnya penuh dengan kekecewaan dan kemarahan.
"Apa kau fikir aku tak pantau setiap langkah kau semua?! HAH?!" Dengan geram, Rayyan menghentak pistolnya pada bahu mereka, membuatkan kedua-duanya terhuyung-hayang.
"Maaf, Boss! Kami takkan ulangi lagi!" rayu Riax cuba meredakan situasi.
Namun, Rayyan tidak peduli. "Aku tak nak dengar maaf kau! Dah terlambat!" katanya dingin.
Melihat keadaan yang semakin memuncak, Holland segera campur tangan. "Boss, biar saya uruskan mereka," celahnya, nadanya penuh profesional.
Rayyan memandang Holland sebentar, kemudian mengangguk tanda setuju. Dia tahu Holland mampu menangani mereka dengan lebih tegas dan disiplin.
Holland sempat memberikan senyuman sinis yang cukup untuk membuatkan semua anak buah Rayyan menggigil ketakutan. Mereka tahu layanan Holland jauh lebih kejam daripada ketua mereka sendiri. Disiplin adalah segalanya bagi Holland.
Rayyan kemudian memandang Zul. "Zul, jangan lupa tentang tugasan esok."
"Baik, Boss," jawab Zul, mengangguk hormat.
Tiba-tiba, pandangan Rayyan tertumpu pada Lucy dan Dav, yang berdiri di tepi ruangan dengan pakaian tidur mereka. Wajah mereka tampak cemas, namun mereka cuba menyembunyikan rasa takut itu dengan senyuman getir.
Rayyan memandang mereka dari atas ke bawah, lalu bersuara, "Hmm… apa-apa pun, baju tu agak menarik."
Dav dan Lucy, yang awalnya pucat, kini tersenyum lega. "Terima kasih, Boss," jawab mereka serentak, penuh sopan.
Mereka sempat menoleh ke arah Zul, tersenyum mengejek kerana mendapat pujian daripada ketua mereka. Zul, yang berdiri di sisi Rayyan, hanya menjeling tajam, tetapi memilih untuk tidak berkata apa-apa.
"Apa yang aku pesan, pastikan ingat! Disiplin adalah segalanya!" tegas Rayyan sebelum melangkah keluar dari ruangan itu, diikuti oleh Zul yang setia berada di sisinya.
Setiap langkah Rayyan membawa aura ancaman yang tidak dapat disangka. Dan di belakangnya, anak-anak buahnya berdiri kaku, penuh rasa hormat dan ketakutan, memahami bahawa di bawah kepimpinannya, tiada ruang untuk kecuaian.
....
Zul melangkah masuk ke bilik Rayyan dengan langkah tegap, mendahului ketuanya seperti biasa. Pintu bilik itu ditutup rapat, menandakan perbincangan serius bakal berlangsung. Dia berjalan ke meja besar dan mewah milik Rayyan, satu simbol kekuasaan yang tidak dapat dinafikan. Rayyan, yang sudah duduk di kerusinya, membuka laci mejanya dengan tenang. Beberapa fail berwarna hitam dan coklat dikeluarkan, lalu diletakkan di atas permukaan meja dengan rapi.
Rayyan memandang Zul, yang berdiri tegak di hadapannya. "Duduk," arah Rayyan ringkas.
Zul mengangguk patuh, menarik kerusi dengan sopan sebelum duduk menghadap ketuanya. Suasana bilik itu hening, hanya bunyi jam berdetik mengisi ruang.
"Sudah berapa lama kau berkhidmat dengan aku, Zul?" tanya Rayyan, matanya memandang tajam ke arah Zul.
"Sepuluh tahun, Boss," jawab Zul tanpa ragu.
Rayyan mengangguk perlahan. "Kau orang kanan aku yang paling setia, Zul. Dan kau juga orang yang paling aku percaya," ucapnya dengan nada dingin tetapi penuh ketegasan.
Hening sekali lagi menguasai ruang. Zul tahu perbincangan ini bukan sekadar sembang kosong. Ia pasti berkaitan dengan dirinya—dan mungkin juga Zahira, tebusan yang kini di bawah jagaannya. Zul menunduk sedikit, menghormati kata-kata Rayyan.
"Aku tak mahu kehilangan kau, Zul. Kau terlalu terburu-buru selesaikan masalah," Rayyan menegur, tetapi suaranya tidak setinggi tadi. Ia penuh peringatan.
Zul hanya mendengar, memahami maksud tersirat di sebalik kata-kata ketuanya.
"Apa lagi bila berkaitan dengan aku. Aku tak mahu kesilapan lalu berulang. Aku tahu bagaimana untuk menjaga diri aku, Zul. Tapi kau…"
Nak chapter seterusnya?Tulis 'BAB 10'di bahagian komen! #komenpositif #kekasihindah
Share this novel