Rate

Prolog

Young Adult Series 500

MEMBUNTANG mata Rumi melihat Syika berpelukan bersama lelaki lain menuju ke kereta Audi milik lelaki tua seusia bapa mertuanya. Sepertinya ada dua lelaki mengawal mereka dan apa yang pasti lelaki itu bukan pembantu peribadi Syika.

"Ini ke out station yang kau maksudkan Puan Shika," keluh batin Rumi.

Rambutnya diraup ke belakang. Satu keluhan berat dilepaskan. Rumi tunduk mencapai telefon yang berada di dalam kereta. Skrin telefon ditunjal kasar. Nama isterinya dicari. Mulutnya bergerak-gerak seakan mengomel tapi tiada suara.

"Makin menggedik kau ya Shika," gumam Rumi sendirian.

"Ada mana? Abang ingat awak dah balik dari Langkawi... ya abang tahu. Abang nak ingatkan hujung minggu ni ada kenduri. Awak tu dah lama tak balik rumah daddy... okey, jumpa nanti... Syi... ka... Haisyh!" Panggilan dimatikan. Telefon dilempar ke kusyen kereta.

"Lapan tahun Syika. Lapan tahun aku jadi suami dayus. Selama ini aku dengar banyak hal tentang kau tapi aku pekakkan telinga. Butakan mata aku. Sekarang ni depan mata aku sendiri aku nampak kau dengan jantan lain."

Bumbung kereta diketuk kuat melepaskan emosinya. Dia mencekak pinggang dan mundar-mandir di pintu kereta. Sesekali dia merengus dan mengeluh.

.
. Ezad menolak tubuh Rumi ke arah susuk tubuh kecil berbaju nylon nipis berwarna hijau lembut dan skirt pendek putih. Dia menghampiri dan menggosok bahu gadis itu dengan senyuman nakal.

"Malam ni you hiburkan dia dulu. Dia lagi memerlukan belaian manja you." Pipi gadis itu dikucup sekilas.

"Are you sure nak bagi dia dekat I Ezad?" soal gadis itu manja. Tangannya masih memeluk tubuh Rumi yang sudah mabuk teruk dikerjakan Ezad.

"I nak you pulihkan semangat dia. Dah bawa dia pergi. I nak enjoy... kebetulan masing-masing dah lama tak jumpa. Mesti rindu." Kedua-dua susuk tubuh ditolak agar jauh daripadanya.

"Semoga kau dapat kebahagian semula Rumi," gumam Ezad.

.
. Berdekah-dekah Syika ketawa ketika bergurau dengan kekasih gelapnya. Gurauan mereka terhenti apabila pintu bilik ditolak dan lampu bilik dibuka. Ternyata Syika bersama lelaki lain di dalam bilik tidurnya sendiri.

"Abang, bila abang balik?"

Rumi cuba menyerang lelaki tua itu namun dihalang Syika. Berani sungguh mereka bermadu kasih di atas katilnya. Apa yang pasti lelaki di atas katil bukan lelaki yang dia jumpa tempoh hari.

"Lapan tahun aku diamkan diri dan sekarang kau dah makin berani bawa lelaki dalam rumah aku!"

Syika bangun menghampiri suaminya dengan baju kecil masih melekat di tubuhnya. Lengan Rumi ditarik lembut ke dadanya.

"Sorry abang. I rasa pelukan Isa lagi hangat daripada abang. Dia lagi bagus layan I daripada abang."

Satu tamparan kuat hinggap ke pipi Syika. Wajahnya diraup dan menjeling ke arah susuk tubuh lelaki di atas katil hanya diam tanpa bicara. Dari raut wajahnya seperti tiada perasaan bersalah langsung.

"Puteri Syika binti Nordin...."

Syika menekup mulut suaminya. Dia ketawa kecil. Janggut Rumi dicuit dengan wajah menggoda dan turun ke dada Rumi. Satu tepukan kuat diberikan ke dada Rumi menyebabkan tubuh suaminya berganjak ke belakang setapak dua.

"Shika!"

"What?! Kenapa baru sekarang you nak cemburukan I? You sebenarnya dah gila nak Melur pelacur tu... Abang, you biar betul nak bagi pelacur tu jadi mama Syurim? I tak izinkan."

"Syika, Syika... aku sedih tengok perangai kau. Pelacur ya. Syika, kau jauh beza daripada dia."

Syika merengus kasar. Dia menggulingkan bebola mata terasa meluat.

"Rumi, I masih lagi isteri you. You jangan lupa!"

"Aku tak pernah lupa Syika. Dah tiga tahun Syurim tu. Sekarang yang lupa diri kau sendiri. Kau sendiri yang lari dari rumah bila kau dah berjaya dalam dunia model. Kau dah lupa mana satu suami kau. Kau tinggalkan Syurim membesar tanpa kasih sayang seorang ibu."

Syika mengibas tangannya terasa rimas dengan bicara Rumi. Apa yang penting sekarang dia perlu tahu satu. Alang-alang dah bertekak biar dia tanya terus.

"Bisinglah. I sebenarnya menyesal lahirkan Syurim you tahu tak. I terpaksa berhenti kerja dan rosakkan tubuh I semata-mata mengandungkan dia. You sibuk sangat nak dia dulu so you jaga sendiri."

"Kau!"

"Sytt...sekarang ni I nak tahu betul ke you dah tukar nama rumah banglo di Putra Permai ke nama Melur?"

"Kisah pula kau dengan harta aku. Suka hati aku nak bagi dia dan itu bukan hak kau untuk persoalkan semua ni."

Syika ketawa besar. Dia cuba menampar Rumi namun sempat suaminya mengelak. "Rumi, you rasa you bagus ke tanpa daddy. You lupa ke you tu cuma lelaki miskin yang daddy kutip bawah jambatan. I akan bagitahu daddy hubungan you dengan Melur. Biar you keluar sehelai sepinggang."

"Aku tak takut Syika. Aku takut kau jea yang menyesal nanti bila kau tahu siapa aku yang sebenarnya."

"Kontrak kita akan tamat lagi berapa bulan Rumi. Semua sebab daddy. I tak pernah menyesal berpisah dengan you. I menyesal sebab jadi isteri you selama lapan tahun!"

Assalamualaikum semua. Love, Little Monster bakal menemani semua. Win akan update kerap lepas Motif menggoda Yusmijan tamat. Harap terhibur. ;) Bacaan secara berkunci. Bacaan matang. Terima kasih kerana menyokong novel win

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience