Bab 3

Romance Series 15780

ALAYNA duduk di tepi pantai walau hari hampir senja. Matanya bengkak akibat puas menangis keseorangan di rumah Nek Bonda tadi mengenangkan pengkhianatan Megat Zafran dan kata-kata hina dari mulut Batrisya.

Fikiran Alayna asyik teringat balik adegan menyakitkan yang dia baru tengok hari ini. Air matanya akan mengalir setiap kali dia terkenang babak kecurangan Megat Zafran.

"Come on, Layna. Chill. Dia tak layak untuk air mata kau. Tak berbaloi kau menangis untuk lelaki tak guna macam Zafran." Alayna cuba memujuk hati dia agar dapat hilangkan sedikit rasa pedih dalam jiwanya.

Perlahan-lahan Alayna lap air mata sampai kering. Matanya memandang lautan yang terbentang luas di depannya.

Hatinya mula rasa tenang sedikit melihat air yang bergeloran dipukul ombak. Setiap kali air tu gerak ke pantai, dia rasa macam dipanggil.

Akhirnya Alayna tanggalkan selipar dan jalan masuk ke air yang tak sampai cecah lututnya.

Alayna tarik nafas dalam-dalam kemudian menikmati rasa udara segar dan nyaman itu.

"Ahhh! Ni yang aku cari. Ketenangan. Rindunya," bisik Alayna pada diri sendiri dengan mata terpejam dan dia cuba menikmati momen tu selagi boleh.

Selepas beberapa minit, Alayna buka mata dan hembus nafas dengan rasa puas hati. Baru jsaja dia nak keluar dari air, matanya nampak sesuatu atas tanah berhampiran tepi laut yang tak jauh dari kedudukannya.

"Hmm? Apa benda tu?" Alayna kecilkan mata untul lihat dengan lebih jelas dan bila dia muka sedar bentuk bayangan itu seperti manusia, mulutnya terus ternganga luas.

"Oh my! Apa hal ada orang tidur kat tepi pantai pula?" ujar Alayna bersendirian sambil kakinya hampiri ke arah itu. Sekarang pandangannya hampir jelas melihat seorang lelaki sedang terbaring kaku.

Masa Alayna hampir dekat dengan lelaki itu, dia dengar bunyi air kuat yang menandakan bakal ada ombak besar. Alayna mula panik dan jerit pada lelaki itu.

"Encik! Encik! Bangun lah. Ada ombak besar nak datang!" jerit Alayna yang berdiri jauh beberapa langkah dari lelaki itu.

Tapi tiada respons dari lelaki itu yang masih terbaring tanpa ada sebarang pergerakan.

"Encik! I cakap ada ombak besar! You kena bangun," jerit Alayna lagi.

Alayna sudah tidak tahu nak buat apa lagi kerana jeritannya seperti sia-sia sahaja.

"Fine, enjoy la baring kat situ. Jangan salahkan I, cakap tak bagi warning." Alayna pusing badan, siap nak jalan balik.

Tiba-tiba langkah Alayna terhenti. Keningnya berkerut bila nampak ombak makin besar dan terus dia seperti tidak sampai hati meninggalkan lelaki itu begitu sahaja.

"Degil betul lah!"

Alayna terus pusing badan dan cepat-cepat pergi ke lelaki yang terbaring kat tepi pantai tu. Dia segera pusingkan badan lelaki tu supaya dia boleh tengok muka dia.

"Oh my!"

Mata Alayna terus terbeliak besar dan tangan dia automatik tutup mulutnya. Dia langsung tak bersedia nak tengok apa yang dia lihat depan mata.

Bukan lelaki yang hilang akal seperti Alayna fikirkan sedang terbaring di tepi pantai tapi seorang lelaki muda yang tampan. Yang paling Alayna terkejut lelaki itu cedera teruk sampai hampir tak bernyawa.

"Dia dah mati ke?" Mata Alayna tak lepas pandang lelaki yang separuh tak bernyawa tu.

‘Ya Allah! Apa yang aku kena buat ni?’ Alyna tengok luka-luka lelaki itu dia rasac takut sangat nak sentuh.

‘Siapa yang sanggup cederakan dia sampai macam ni? Siapa yang buat benda kejam ni?’ fikir Alayna.

Perlahan-lahan Alayna cuba pegang bahu lelaki tu tapi dia berhenti separuh jalan. ‘Kalau dia orang jahat macam mana? Lagipun, aku tak tahu siapa yang buat dia macam ni. Patut ke Iaku tinggalkan dia je?’

Alayna rasa serba salah takt ahu nak buat apa? Kalau lelaki tu betul-betul orang jahat mungkin dia akan dapat masalaha jika tolong. Tapi dalam masa sama, hati dia tak sampai nak biar lelaki tu macam tu je.

Alayna gerakkan tangan ke depan, perlahan-lahan letak kat leher lelaki tu, lepas tu dua jari dia bawah hidung lelaki tu.

‘Aduh, dia tak bernafas, tapi badan dia masih panas. Maybe dia masih hidup. Maybe dia cuma tertelan banyak sangat air.’

‘Ah! Whatever. Sekarang ni dia perlukan bantuan. Apa pun, biar aku selamatkan nyawa dia dulu.’

Masa tu juga, ombak datang kena kat dorang. Nasib baik ombak tu tak kuat sangat macam yang dia nampak tadi.

Akhirnya, Alayna buat keputusan. Dia bongkok ke depan, buka sikit mulut lelaki tu dengan satu tangan untuk buat CPR.

Lepas tu, Alayna tekan dada lelaki tu guna dua tangan dia yang bersilang kat atas dada.

"Satu, dua... tekan!"

Alayna tekan kuat dua kali kat dada lelaki tu tapi masih tiada respons..

"Come on, come on.Give me a heartbeat here.""

Alayna tak mudah putus asa, teruskan usaha dia. Bila dia dah buat keputusan nak selamatkan lelaki ni, dia takkan berhenti separuh jalan.

Lepas tiga minit, lelaki tu masih tak bernafas. Alayna mula risau dan matanya mula kabur sebab air mata dah bergenang.

Alayna tak kenal lelaki ni tapi kenapa dia rasa macam nak nangis? Dalam hati, dia rasa bersalah jika tak dapat selamatkan lelaki ini.

"Come on, you stubborn jerk You tak boleh mati. I tak nak jadi saksi kematian you.”

Alayna tepuk bahu lelaki tu, kemudian berulang kali buat proses CPR sehingga…

Lelaki tu terbatuk dan ada air keluar dari separuh mulutnya yang terbuka.

"Ahh! Leganya!"

Alayna rasa lega gila tengok lelaki tu masih hidup. Bila lelaki tu angkat kepala sikit, Alayna cepat-cepat dekat. Baru je dia nak tanya soalan, kepala lelaki tu jatuh balik dan mata dia terus tutup.

Alayna terkejut.

“Alamak! Pengsan pula.”

Alayna cuba tenagkan dirinya untuk hadapi situasi sekarang.

‘Nampaknya aku tak boleh tinggalkan dia macam ni. Dia perlu rawatan. Hmm, patut ke aku bawa dia pergi hospital? Tapi kalau orang jahat yang buat dia macam ni cari dia macam mana?

Aku juga kena tempias sekali. Tak boleh! Tak boleh! Bahaya kalau orang jahat tu tahu aku yang selamatkan dia.”’

DI sebuah pejabat yang kelihatan mewah, ada seorang lelaki separuh abad sedang menunggu khabar gembira.

Lelaki tua itu capai telefon pintarnya yang berbunyi seperti yang dia tunggu dari tadi.

"Speak now."

Dengan suara yang tegas, dia mengarahkan si pemanggil itu bercakap.

"Bos, settle," kata lelaki kat hujung talian dengan nada gembira. "Kita dah dapat dia."

"Dokumen?" tanya lelaki tua itu dengan muka tenang, langsung tak tunjuk emosi.

"Sorry bos. Dia buang dokumen tu dalam air. Dia langsung tak nak dengar cakap."

‘Degil betul! Memang dah agak,’ dia fikir dalam hati.

"Korang ni tak boleh settle benda senang macam ni? Apa guna ada dorang?" Nada suara dia naik sikit, tapi masih steady.

"Hapuskan semua bukti dan tunggu arahan seterusnya."

"Baik, bos," jawab pemanggil tu, lepas tu panggilan terus tamat.

DI hadapan Alayna ada sekujur tubuh yang tidak kenali terbaring di atas katinya. Alayna buat keputusan membawa lelaki itu pulang dan merawatnya di rumah sahaja.

Luka pada badan lelaki itu sudah dibersihkan dan dirawat dengan menggunakan kit kecemasan yang terdapat dalam rumah ini.

‘Alayna, apa benda kau buat ni? Kau nak mula hidup baru tapi kau masuk campur hal bahaya macam ni,” ujar Alayna yang marah pada dirinya sendiri.

Sambil Alayna fikir balik apa yang telah berlaku dia perasan ada gerakan pada lelaki itu.

Sebahagian diri Alayna berharap lelaki tu dah bangun dengan cepat. Kalau dia bangun, sekurang-kurangnya hati dia boleh lega sikit.

Alayna tengok muka lelaki tu elok-elok tapi tak nampak ada tanda-tanda lelaki itu akan sedar. Alayna mengeluh panjang dan berasa kecewa. Baru nak pusing muka, dia tengok balik lelaki tu.

Kali ni, baru Alayna perasan betapa kacak wajah lelaki tu.

Raut wajah lelaki itu hampir sempurna buat Alayna tertanya macam mana dia tak perasan sebelum ni. Rambut perang keperangan lelaki tu dipotong pendek kat tepi, tengah rambut jatuh ke depan, tutup sikit muka dia.

Wajah lelaki itu ada simetri sempurna, rahang tajam, kening yang kemas mengalahkan kebanyakan perempuan. Bulu mata dia lurus panjang dan hias kelopak mata yang cantik.

Mata Alayna turun lagi, tengok hidung lelaki tu. Hidung tajam, tak besar, sesuai sangat dengan muka dia. Lepas tu bibir dia nipis warna merah jambu cerah, buat muka dia nampak lebih memikat.

Bila tak puas tengok muka dia, mata Alayna turun lagi, tengok dada dia yang tegap, sampai ke bidang dia yang memang gila seksi.

""He looks so... delicious. Drop dead handsome.”

Alayna rasa terpaku sampai tak sedar fikirannya mula bayang bukan-bukan.

Mata Alayna terbeliak bila tersedar akan tingkahnya. ‘Apa benda aku dok fikir ni ? Chill lah, Alayna! Mana boleh main crush kat orang tak tentu hala sekarang ni.’ Alayna marah diri sendiri.

"Anyways, I bersyukur kita dah lepas bahagian kritikal ni. Untuk kebaikan kita bersama, I harap orang jahat yang buat you macam ni tak dapat jumpa kita," bisik Alayna perlahan.

Alayna bangun dari katil dan tengok lelaki tu sekali lagi. "I harap you cepat sedar. I ada banyak soalan nak tanya ni."

Hari ini sangat memenatkan buat Alayna dari segi emosi dan fizikalnya. Tak pasal dia kena pikul Tengku Qarizh Shah pulang ke rumah tadi.

Share this novel

mimi
2024-12-20 17:53:06 

best gile


NovelPlus Premium

The best ads free experience