2

Young Adult Series 6445

SARUNG tangan tinju dibuka dan dicampakkan ke atas kerusi. Tuala di bahu pembantunya ditarik. Bicara Zariel langsung tidak diendahkan. Apa yang lebih penting adalah keselamatan Ezad. Tanpa Ezad dia tidak akan berada di sini.

"I harap you dengar apa yang I sampaikan tadi."

"I dengar Zariel. I langsung tak minat nak telibat dalam urusan yeye tapi disebabkan you satu-satunya anak buah yeye yang rapat dengan I... I terima tawaran you."

"Cantik. Lagi tiga minggu I bawa you jumpa Yeye dengan dia."

Botol mineral di tangannya diserahkan ke pembantunya dengan keluhan panjang. Batang hidung mancung dan kedua keningnya diurut seketika. Jika ikutkan hati malas rasanya mahu bertemu orang tua itu.

"Boleh ke tidak?" soal Zariel.

"Boleh tapi dengan syarat. Jangan ganggu I jumpa Ezad," sahut Melur.

Zariel mengangguk. Wajah Melur ditenung seketika. Gadis yang dulu pendiam dan tidak suka bercakap kini lebih matang dan berani.

"Parut you tu kena cover nanti Melur."

"Benda kecil, jangan risau. Jangan kacau I lagi Zariel. Bagi I ruang bernafas seperti manusia biasa."

"Anything for you girl. Jangan lupa you masih ada Dahlia. Keselamatan dia lebih penting sekarang. Dia satu-satunya waris yeye."

Melur hanya melambai tanpa menoleh. Dokumen di tangan pembantunya dicapai dan dibelek sekali imbas. Beberapa keping gambar yang ada di tangannya dihala ke arah Dali.

"Dahlia masih dengan Zariel atau...."

"Dahlia masih tinggal dengan Tengku Murad. Sejak Dahlia demam panas Tengku tak benarkan Encik Zariel jaga Dahlia."

Melur hanya mengangguk tanpa bicara. Wajah anak kecil itu melintasi fikirannya. Satu keluhan dilepaskan kasar. Perutnya yang kempis diusap lembut.

"Dali sampai sekarang dia masih bersama isterinya yang dulu?"

"Ya Cik Melur. Dia masih berniaga di Desert Point di Larkin."

Melur mengeluh. Sejujurnya dia merindui lelaki itu. Peristiwa lapan tahun dulu masih segar di ingatannya. Lelaki itu telah mengubah hidupnya tanpa sengaja selepas menyelamatkan dirinya.

"I pelik betul dunia sekarang. Kenapa banyak sangat orang yang ada di sekeliling I semuanya unhealthy relationship? Dia sepatutnya milik I."

"Maaf Cik Melur, bukan mudah untuk Cik Melur memiliki dia. Dia bukan lelaki biasa yang Cik Melur lihat. Dia anak lelaki kepada Robbert musuh Tengku Murad."

"I tahu dan sebab tu I minta you jaga dia tanpa pengetahuan yeye sejak Robert meninggal. Dia dan Ezad dah selamatkan nyawa I. Hanya disebabkan mereka... yeye dapat jumpa I semula. I cuma harap dia bahagia dengan kehidupan dia... itu sudah cukup buat I happy Dali."

Jaket yang tersangkut di lengan Dali ditarik dan disarung ke badannya sebelum menaiki kereta MPV hitam.

.
. "Syurim nakal tak hari ni dengan auntie Atie?" Tubuh kecil anaknya dipeluk erat. Rindunya rasa hati apabila seminggu tidak berjumpa dengan anaknya. Kepala anaknya diusap lembut.

"Syurim nakal cara dia. Abang dah makan belum? Atie ada simpankan lauk dari rumah tadi. Papa suruh bagi abang."

"Boleh juga. Bagi abang mandi dulu nanti abang makan. Syurim dah mandi belum?"

"Dah babah tadi dengan uncle. Babah yang busuk."

Rumi ketawa kecil mendengar jawapan anaknya.

"Mana Azam? Atie dengan Syurim berdua?"

Bungkusan plastik di tangan diserahkan ke anaknya.

"Azam solat bang. Wow, Syurim dapat apa?! Auntie nak tengok."

Atie sengaja menarik plastik di tangan Syurim hingga anak kecil itu menjerit.

"Tak boleh, ini Syurim punya. Babah bagi Syurim bukan bagi auntie."

Rumi hanya tersengih melihat Atie mengusik anaknya.

"Atie suka buat dia menjerit. Abang ingatkan tadi Atie balik berdua dengan Syurim," tegur Rumi. Kunci kereta di tangan disangkut ke tempat biasa.

"Mana gaya saya nak memandu dengan perangai Syurim tak reti duduk diam. Dekat boleh bang, ini tiga empat jam," balas Atie.

Atie menghampiri Syurim sedang membuka kotak mainan baru.

"Tak adil... auntie pun nak juga Truck macam Syurim.Teruk betul babah tak belikan untuk auntie," rengek Atie dengan niat mengusik.

"Auntie dah besar. Mana boleh main," jawab Syurim.

Rumi hanya tersengih tanpa bicara. Dia beredar meninggalkan Syurim dan adik iparnya di ruang tamu sedang bergurau.

"Solat... rasanya dah lama aku lupakan DIA tapi DIA masih bagi aku bernafas dan berikan aku rezeki. Mungkin sebab tu aku gagal mendidik isteri aku agaknya," bisik batin Rumi.

Seminit kemudian Atie langkahnya terhenti ketika mendengar soalan Atie.

"Akak tak balik lagi ke bang? Berapa lama dia kerja luar?"

Rumi mengeluh apabila adik iparnya mengajukan soalan tentang isterinya.

"Dia bagitahu abang petang ni balik. Mungkin malam agaknya."

"Abang manjakan sangat Kak Syika tu. Suruh jea akak tu berhenti jadi model dan kerja dengan papa. Syurim pun hidup terbela."

Rumi hanya mampu diam dan tersenyum nipis. Berbuih mulutnya bicarakan hal itu ke isterinya namun semuanya seperti sia-sia.

.
. Selesai makan malam bersama kedua adik ipar dan anaknya, Rumi memohon maaf dengan mereka kerana terpaksa keluar.

"Syurim nak ikut babah tutup kedai?"

"Tak nak. Syurim nak main games dengan uncle."

"Hmm, jangan susahkan auntie dengan uncle. Babah keluar dulu."

Kepala dan dan anaknya dicium lembut.

"Sayang, tadi you kata nak beli pad. Pergilah keluar dengan abang Rumi. Bie malas nak keluar."

"Bie tak kisah ke sayang ikut abang?"

Rumi beredar menuju ke pintu. Pintu rak kasut dibuka dan mencapai sandal flip flop berwarna biru gelap. Perbualan kedua adik iparnya dia dengar dengan jelas. Sengaja dia melengahkan masa di pintu utama.

"Pergi jea. Biar abang jaga Syurim. Abang Rumi, boleh tak Atie ikut?"

Rumi menoleh dan tersenyum segaris.

"Abang tunggu dekat kereta."

Rumi keluar dari rumah. Matanya menangkap ke arah kereta yang baru berhenti di depan pagar rumah.

"Balik pun. Sengaja balik lambat. Bukan dia tak tahu adik dia ada rumah," gumam Rumi.

Syika menarik beg pakaiannya dengan senyuman meleret. Wajah suaminya dipandang dengan pandangan tajam.

"You nak keluar? Nak pergi mana?" tegur Syika.

"Tutup kedai kejap. Azam dengan Syurim ada tinggal dengan Azam. Syika esok tolong ya kosongkan jadual tu demi adik awak."

"Abang, I tak suruh pun dia datang."

"Syika, jangan salahkan Syurim nanti bila dia tak kenal siapa mak kandung dia. Tak malu ke dengan Atie? Papa?"

"Atie tu datang pun sebab papa suruh. Abang, I kenal sangat Atie tu. Dia cuma nak...."

"Jangan melampau Syika. Jangan disebabkan perangai sendiri buruk terus nak pandang semua orang buruk. Atie tu dah ada suami."

"Dia kahwin pun sebab papa suruh. Kalau betul dia sayangkan suami dia kenapa sampai sekarang dia tak mengandung. Dia ada hati dengan you dari mula kita kahwin."

Rumi berdecit. Sungguh dia kesal dengan sikap isterinya langsung tiada rasa hormat dengan semua orang sekelilingnya.

"Amboi akak, lewat betul balik."

"Kau datang sini nak apa? Nak menggatal dengan suami aku?"

"Akak mulut elok sikit. Saya bukan macam akak. Saya pun dah nak balik esok pagi. Tak kuasa nak duduk lama-lama dengan akak."

Rumi merengus kasar.

"Sudahlah, abang dah lambat. Atie, nak ikut tak?"

Rumi terpaksa bersuara apabila dua beradik ini mula bertekak hal yang tak sepatutnya.

.
.
Kehadiran Atie membuatkan Syika rasa tidak selesa. Entah mengapa dia merasakan kedatandan adiknya sebagai perisik papa. Syika hanya memandang Atie dan Rumi pergi meninggalkannya.

"Sengaja nak menggatal dengan suami aku Atie ni. Ingat aku tak tahu," bebel Syika sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Pandangannya terhenti ke arah lelaki sedang leka memandang skrin telefon. Syika menuju ke arah Azam dengan senyuman meleret. Sengaja dia melenggokkan tubuhnya demi mempamerkan susuk tubuhnya ke suami adiknya sedang sendirian di ruang tamu.

"Mana Syurim?"

"Akak Syika. Syurim dalam bilik rasanya. Akak baru balik?"

Azam hanya mampu menundukkan wajah dan meneguk liur apabila Syika menghampirinya. Baju yang agak sendat dan melekat di badan akak iparnya buat Azam tidak keruan. Apa lagi bila perempuan itu duduk skirt pendeknya makin naik ke atas hingga menampakkan paha yang putih gebu.

"Azam, Atie bagitahu akak korang balik esok pagi. Kenapa tak stay rumah akak sampai hari Ahad. Sana cuti lagi mana ada orang kerja. Lain la sini, ahad kerja."

Syika sengaja membuka topik agar adik iparnya selesa dengannya. Sungguh dia tidak menyangka Atie berjaya memiliki lelaki setampan dan segagah Azam. Matanya melirik ke arah susuk tubuh Azam yang hanya memakai baju T berwarna coklat gelap dan berseluar track.

Azam mengesot menjarakkan diri daripada Syika. Sungguh dia kurang selesa dengan sikap kakak iparnya.

"Sana memang cuti tapi kami ada jemputan kahwin."

Syika menjuihkan bibir apabila mendengar jawapan Azam. Dia memandang sekeliling melihat jika ada kelibat suaminya atau Atie berhampirannya.

"Azam, lain kali jangan suka datang rumah ni bila akak tak ada rumah. Bahaya tahu tak?"

"Dah kenapa bahaya pula kak?"

Azam bangun dan beralih ke arah kerusi lain. Sungguh dia mula tidak selesa dengan cara kakaknya. Demi menjaga perasaan isteri dan abang iparnya, Azam sedaya upaya mengawal emosinya yang terganggu.

"Akak bukan nak burukkan adik akak tu tapi sebabkan akak kesian dengan Azam... akak terpaksa cakap juga."

"Akak merepek apa ni kak? Saya tak faham?"

Syika sengaja meramas pahanya yang terdedah di hadapan Azam demi menguji nafsu Azam. Kebetulan Rumi baru sahaja keluar bersama Atie untuk menutup kedai.

"Azam tahu yang akak dengan abang Rumi dah tak sehaluan. Akak tak rasa abang nak hargai akak. Akak keluar kerja sebab nak tanggung semua belanja semua tapi hati akak sakit bila papa dan Atie tuduh akak macam-macam. Akak terpaksa hadap. Azam... kami dah lama pisah bilik sejak Syurim lahir. Azam tahu tak akak bertahan cuma sebab Syurim," dalih Syika.

"Maaf kak, saya tak tahu hal tu," balas Azam tenang.

"Sebenarnya semua sebab... adik akak sendiri. Sebelum dia kahwin dengan Azam lagi dia dah ada hubungan dengan suami akak. Bila akak bagitahu papa, papa salahkan akak."

"Astagfirullah! Kak Syika jangan buat cerita. Saya kenal isteri saya, saya kenal abang Rumi. Akak dah kenapa tuduh isteri saya punca rumah tangga akak retak. Itu masalah akak berdua dan salah tu daripada akak sendiri."

Sungguh dia terkejut dengan apa yang dia dengar tadi.

Syika bangun memaut lengan Azam yang mahu beredar daripada ruang tamu. Sengaja dia menarik lengan Azam dekat dengan tubuhnya.

"Azam, akak tak tipu. Azam tahu yang Atie sayangkan Syurim. Semua tu alasan jea biar Atie dapat jumpa Rumi. Buktinya sekarang... kenapa Atie ikut Rumi tutup kedai dan tinggalkan Syurim. Mereka nak melepaskan rindu tanpa pengetahuan kita. Akak dah bagitahu papa akak nak ambil Syurim esok tapi Atie berkeras nak hantar balik."

"Kak, saya rasa akak dah salah faham dengan suami dan adik akak sendiri. Saya yang suruh Atie ikut abang Rumi. Saya nak pergi tengok Syurim."

Syika beralih berdiri di hadapan Azam. Pipi Azam dipaut lembut agar Azam menatap wajahnya. Pandangan mereka bertaut seketika.

"I will help you get back Atie dan dapat anak comel. Bila you ada anak sendiri dia tak akan sibuk Syurim dan jumpa husband I," bisik Syika dengan suara bergetar dan menggoda.

Tubuhnya dirapatkan dan kedua tangan Azam sengaja ditarik dan diletakkan ke pinggangnya.

Suasana berbeza di Dessert Point. Atie memegang dadanya terasa sakit. Entah mengapa dia rasa jantungnya tiba-tiba berdegup laju.

"Kak, bos panggil akak."

"Hah, maaf akak tak dengar."

Atie bangun dan tanpa sengaja menjatuhkan barang yang ada di depannya.

"Astagfirullah! Atie okay ke tidak tu?" tegur Rumi.

Rumi menarik tangan adik iparnya jauh dari serpihan kaca dan mengarahkan pekerjanya mengambil kotak ubat.

"Abang, Atie rasa tak sedap hati. Sorry dah pecahkan barang abang."

"Barang tu biarlah dah pecah. Tangan Atie luka, apa abang nak jawab dengan Azam nanti."

"Bos, akak ni saya perasan dia kerap pegang dada. Akak ada sakit jantung ke?" sampuk Cici.

"Betul ke nie Cici? Atie sakit? Nak abang bawa pergi klinik?" soal Rumi terkejut.

Atie menggeleng dan mengeluh. Dia sendiri bingung dengan perasaannya sendiri.

"Abang, Atie rasa tak sedap hati. Rasa macam ada benda buruk berlaku," balas Atie lemah.

Rumi memandang wajah Cici sebelum memandang adik iparnya sedang mengelamun.

"Atie penat agaknya. Mana ada apa-apa berlaku. Abang dah cakap tadi tak payah masak tapi Atie degil," pujuk Rumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience