48 Menghapus Jejak

Family Series 110448

Sebuah dengusan kasar terpacul dari bibir.

“Damn!” Hanya beberapa saat selepas membuang dengus, meluncur makian kesat dari bibir. Dengan kasar, tubuh dihempas ke penyandar kerusi kerja.

“Damn you, Miss Pepero!!!”

Meja kerja yang dipenuhi fail-fail penting yang belum pun disentuh habis berterbangan dan jatuh berselerakan di atas lantas bila tangan kekarnya terayun laju dan menepis permukaan meja.

Rhett Raffendy!

Lelaki yang sedang mendera diri dua puluh empat jam di pejabat semata-mata kerana mahu lumpuhkan ingatan terhadap seorang Deila Araferro. Kegilaan Rhett sudah berlanjutan hampir seminggu. Awalnya, tindakan Rhett mengundang kerisauan Dato’ Razif dan isteri. Penat bunyi, akhirnya keduanya diam dan biarkan. Tok Teh langsung tak bunyi, buat tak endah malah tak sudi bercakap langsung dengan Rhett.

Selepas lafaz talak, Deila terus menghilang. Rhett buang nafas kasar bila detik itu kembali tertayang di layar minda. Bukan tidak cuba dia hapuskan, tetapi semakin keras dia cuba melupakan, semakin kerap detik itu ulang-ulang bermain di minda. Tok serang Rhett bila dapat tahu yang Deila menghilang. Kata-kata tok seperti duri selumbar dalam daging, Saban hari buat Rhett menderita, sakitnya rasa itu hanya Allah yang tahu.

“Hanya kerana sekeping gambar, sekeping gambar Rhett Raffendy! Kalau biarkan sekeping gambar itu berbicara ikut rasa hati kau tanpa kau buktikan kesahihannya. Kerana sekeping gambar tu, kau jatuhkan hukuman kepada Deila. Ada kau tanya kenapa Deila dan Amirul ada di hospital? Kau bodoh! Kau dan bapa kau sama, lelaki bodoh dan dayus! Macam mana tok cuba perbetulkan pun, kau tetap ulang kesilapan yang tok dan papa kau pernah buat. Tak cukup lagikah penderitaan Dhiah dan Deila? Seperti mana Dhiah kehilangan anugerah paling berharga kerana keluarga kita, Deila juga melalui kehilangan yang sama, kerana keluarga kita!!! Kenapa kau sekejam itu, Rhett Raffendy?!!! Kau tahu tak bertapa sedihnya Deila? Berapa banyak air matanya yang tumpah lalui semua itu seorang diri?! Tok kecewa, tok benar-benar kecewa dengan kau, Rhett!”

Kata-kata tok terus menghantui Rhett walau pun sudah hampir seminggu berlalu selepas peristiwa itu. Awalnya, dek kerana masih dikuasai rasa marah terhadap Deila, Rhett tidak ambil pusing tentang itu. Tetapi bila ulang-ulang dimainkan dalam kepala, Rhett mulai terfikir sesuatu.

Kehilangan?

Apa maksud Tok Teh? Rhett kelam kabut menyambar telefon bimbitnya. Gambar Deila dan Amirul ditenung sejenak. Deila memakai baju hospital, sama seperti yang dipakai oleh Amirul. Deila ditahan di hospital bersama Amirul? Kenapa?

Tengah khusyuk berfikir, telefon bimbit dalam genggaman bergetar. Hampir terlepas dari tangan kerana terkejut. Rhett tarik nafas panjang bila lihat nama yang tertera di skrin.

“Rhett, jadi tak datang jemput Zara hari ni?” Suara lembut ibu Zara menyapa pendengaran.

“Ya, aunty. Kejap lagi saya sampai.”

Rhett bingkas mengangkat punggung, menarik kot dari penyangkut lalu bergegas pergi. Hampir dia terlupa bahawa hari ini Zara keluar wad. Rhett dah janji dengan Zara yang dia akan menjemput Zara.

“Rhett Raffendy!!!”

Langkah Rhett mati di ruang tengah lobi syarikat bila dia dengar namanya dilaung keras. Dahi berlapis halus saat Rhett paling wajah ke arah punca suara yang jelas kedengaran tengah marah itu.

Menyepet sepasang mata Rhett apabila lensa mata menangkap satu figura yang tengah meluru laju ke arah dia.

“Mirul!”

“Jantan tak guna!!!”

Rhett tak cuba elak, malah tak cuba pertahankan diri saat buku lima Amirul hinggap deras di tulang rahang. Rhett terundur beberapa langkah sebelum kesat darah yang mulai mengalir laju dari bibir yang terkoyak.

“Apa kau dah buat pada Del hah?!!! Kau memang jantan sial! Kembalikan Del kepada saya! Kembalikan Del, syaitan!!!”

Amirul menghantar beberapa das tumbukan lagi, ke wajah dan tulang rusuk Rhett. Badan Rhett terbongkok, sebelum batuk keras meluncur bersama beberapa tompokan darah di atas lantai. Amirul berhenti menyerang bila lihat Rhett langsung tak balas, tak pertahankan diri. Hanya biar tubuh dibelasah. Kolar baju Rhett direntap lalu Amirul pulas dan tarik ke arahnya.

“Mana Deila?!” Dengan nafas naik turun seperti baru selesai pecut satu pandang, Amirul menyoal.

“S-Saya… tak tahu.” Rhett jawab lirih. Dalam diam, dia juga sudah seminggu cuba mencari Deila. Sangkanya, Deila dah lari dengan Amirul. Dia mahu tangkap kecurangan Deila dan Amirul. Dia mahu tunjuk kepada tok dan buktikan dia bukan buat tuduhan melulu.

“Jangan tipu saya, Rhett! Saya sudah cari ke seluruh kota, seluruh kampung! Kau sembunyikan Del di mana setan?!!!” Tubuh Rhett digoncang kasar. Rhett kembali terbatuk dengan lebih keras.

“Jangan tanya soalan bodoh, Mirul! Jangan berlagak innocent depan saya!”

“Apa maksud kau Rhett?!”

Rhett meletuskan tawa sarkastik. Benar-benar meluat dengan lakonan Amirul.

“Now she’s free! Tiada lagi penghalang. Kau dan Del boleh sambung kembali kisah cinta korang. I don’t give a damn about her, Amirul!!!”

Amirul tercengang. Cengkaman di baju Rhett terlepas serta merta. Semakin marak menyala anak mata Amirul ketika dihunus ke wajah Rhett.

“Apa kau kata?!” Amirul bertanya dingin.

“Saya dah bebaskan Del! Saya dah tunaikan permintaan korang. Now, I have nothing to do with her! Pergi!!! Kau kejarlah cinta sejati kau tu, cinta sejak zaman kanak-kanak kau!”

“You crazy jerk!!!”

Rhett rebah menyembah lantai apabila Amirul melayangkan sebuah tendangan deras ke tulang rusuk Rhett.

“Syaitan! Kau memang syaitan, Rhett Raffendy!!! Ini balasan kau atas apa yang Deila dah lalui semata-mata kerana kau?! Baik, kau dah lepaskan Del. Saya harap kau tak muncul lagi depan dia dan pujuk rayu dia. Tunjuk muka terpaling tersakiti di muka bumi dan merayu minta peluang kedua. Coz I won’t let you, I will never let you hurt her, ever again! Mark my words, Rhett Raffendy. You son of a bi… urm… kungkang!!!” Amirul meluru pergi usai berkata. Ya, Rhett takdelah hensem mana pun. Perangai dan rupa macam kungkang. Dengus batin Amirul.

Rhett kesat darah yang memenuhi wajah. Dibantu oleh beberapa staff, akhirnya Rhett berjaya bangun. Setelah membersihkan diri di tandas, pembantunya menghantar pakaian baru dan ubat luka. Rhett melangkah keluar dari bangunan syarikat tanpa mempedulikan bisikan-bisikan dari staff yang menyaksikan pergaduhan dia dan Amirul tadi.

“Rhett, ya Allah… kenapa dengan wajah kau?” Ibu Zara menerpa sebaik sahaja Rhett muncul di ambang pintu wad kelas satu itu. Rhett geleng. Cuba tersenyum walau pun tawar dan nampak terpaksa.

“Nothing, cuma salah faham dengan staff.” Rhett beralasan.

“Salah faham apa sampai cedera macam ni? Berani sungguh staff low class macam tu belasah bos besar? Buang je pekerja kurang ajar macam tu, Rhett. Bagi dia rasa bagaimana hidup dalam penjara.” Bebel ibu Zara sambil tayang wajah menyampah.

Rhett hanya menggeleng. Zara yang sudah siap bertukar pakaian dan berdandan cantik dihampiri.

“Dah ready? Jom saya hantar balik.” Rhett menyapa Zara dengan suara datar. Zara tersenyum manis.

“Kau okay tak ni? Ke nak jumpa doktor dulu? Saya tengok macam parah je kecederaan kau, Rhett. Saya dan mummy boleh minta ambil driver keluarga je. Lebih baik…”

“Zara, kau lupa ke? Daddy bawa driver tu pergi lawat site.” Ibu Zara memangkas laju kata-kata Zara. Tajam matanya merenung Zara. Buat Zara bertingkah serba tak kena dan ukir senyum sumbing depan Rhett.

“Ingat, kau tu baru sembuh dari pembedahan buang sebelah rahim. Tak boleh banyak bergerak. Rhett tolong dukung Zara dan dudukkan di kerusi roda tu.” Arah ibu Zara, senyum lebar dia ukir ketika menatap Rhett.

Tanpa banyak soal, Rhett buat seperti yang disuruh. Laju Zara melingkarkan tangan di tengkuk Rhett saat tubuhnya diangkat oleh Rhett. Wajah mereka hampir bertembung. Semakin lebar sengih di wajah ibu Zara. Rhett berdeham kekok. Cepat-cepat dia letak Zara di atas kerusi roda.

“Jom pergi.” Rhett terus tolak kerusi roda yang dihuni Zara menuju ke pintu.

“Tunggu di sini sekejap. Saya nak ke kaunter selesaikan bil dulu.” Rhett tinggalkan Zara dan ibunya lalu bergegas menuju ke kaunter pembayaran.

“Tolong printkan laporan patient kemalangan langgar lari hari tu. Doktor minta.”

Ketika sedang menunggu bil disiapkan, Rhett dengar perbualan staff yang sedang bertugas di kaunter tersebut.

“Yang mana satu, sister?”

“Yang sekali masuk dua patient tu. Tapi doktor nak patient perempuan tu je… siapa namanya? Urm… Deila, Deila Araferro!”

Rhett yang sedang berdiri di depan kaunter tersentak.

“Deila Araferro ya? Kejap sister, biar saya cari dulu.” Jemari staff itu menari laju di atas papan kekunci.

“Ah, saya ingat dia ni. Deila Araferro! Dia ni yang keguguran tu kan? Zila, kau yang bertugas dalam bilik pembedahan tu kan?”

Gadis yang sedang sibuk menggeser kad Rhett di payment terminal machine menoleh, memandang staff yang sedang duduk di depan computer itu. Rhett tergamam. Keguguran? Deila keguguran?

“Ha’ah, dialah tu. Kesian patient tu. Rasanya dia dan suami dia bermasalah. Masa doktor perlu kebenaran untuk operation dan terpaksa buang janin tu, boleh-boleh suami dia bentak dan terus tutup telefon. Bini dia tengah bertarung nyawa kot! Kalau sayalah, dah lama saya tinggalkan lelaki badigol macam tu.”

Rhett undur beberapa langkah. Pandangan jadi kabur!

“Rhett! Kau nak ke mana?! Rhett!!!”

Jeritan ibu Zara tak dipedulikan. Rhett lari keluar dan terus memecut membelah lebuh raya tanpa arah tujuan. Baru dia faham maksud kata-kata tok. Baru dia mengerti mengapa kata-kata tok begitu terkesan di hati. Kehilangan yang tok maksudkan adalah anak mereka. Rhett Raffendy, kau memang jantan tak guna!!!

“Deila!!! Ya Allah… apa sudah saya lakukan? Del!!! Damn it! Deila!!! I’m sorry, I’m so sorry! Please come back to me!!!”

Dan seperti bekas tapak kaki di permukaan becak, hujan yang turun Menghapus jejak pada setiap permukaan bumi. Usaha sekeras apa pun, Deila Araferro hilang tanpa meninggalkan jejak.

satu bab jer, nk bg korang bertenang lelama skit ekeke

Share this novel

Hashim
2024-07-12 10:18:20 

Update next please tq

Nani Silong
2024-07-11 13:01:04 

Rhet ni samdol betul la.. Otakk kt lutut

Anie Z Iman Alya
2024-07-10 10:59:55 

Akhirnya terbongkar.. Pdn muka rhett br nak menyesal.. Terburu2 dlm btindak.. Sakit ht dgn mak lampir jht... Best sgt sis.. Nak lg tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience