Bab 2

Drama Completed 19407

Naurah menelan air liur melihat kontrak yang berada ditangannya.Dua pasang mata sedang menunggu jawapan daripada gadis itu.

Naurah menutup kontrak tersebut dan memandang lelaki yang wajahnya beku sahaja dan kalau senyum pun menakutkan dirinya.

"Jadi apa keputusan Cik Nora?"soal Althaf.

"Naurah Tuan..."sampuk Zukie membetulkan kesalahannya.Naurah memandang mereka berdua.

"Emm...takkan kerja saya jaga Tuan Althaf...tapi apa skop kerjanya.Saya kena mandikan Tuan Althaf ke atau kena tidurkan Tuan Althaf?"soal Naurah lebih terperinci.

Althaf memandang Zukie minta untuk jelaskan.Zukie berdeham pendek.

"Begini Cik Naurah...maksud Tuan Althaf adalah awak kena bantu apa saja Tuan Althaf minta.Kalau Tuan Althaf minta awak hantar dia kemana dia nak pergi awak kena ada sekali demi menjaga Tuan Althaf"jelas Zukie.

Naurah masih tak faham.

"Habis...kenapa tak upah pengawal peribadi...kan senang?"soal Naurah.

"Ada benda kita tak boleh cerita dengan orang.Yang orang luar tak perlu tahu.Kau nak tahu kenapa lima pekerja aku sebelum ni berhenti atau diberhentikan?"soal Althaf.

"Tak tahu...kenapa?"soal Naurah semula.

Althaf bangkit dari duduknya dan lalu disebelah Naurah.Pergh....dia punya minyak wangi macam kilang minyak wangi meletup.

"Sebab diaorang tahu rahsia yang tak sepatutnya diaorang tahu.Dan mulut diaorang menjadi penyebar lagi cepat dari internet.Kalau kau kerja dengan aku mulut kau, mata kau, dan telinga kau"

Naurah dah telan air liur.

"Semua jadi milik aku"ucap Althaf dengan nada gerun.Naurah memandang Zukie.

"Kalau kau tak nak aku open pada orang lain"ucap Althaf.

*********

Naurah keluar dari pejabat Tuan Althaf dengan lutut longgar.Dia melentokkan kepalanya pada salah satu pintu bilik.

"Apa aku buat ni?.Aku baru serah bulat-bulat diri aku dekat mamat tu.Kenapa aku tandatangan tadi?"ucap Naurah menghentak perlahan kepalanya pada pintu.

Julia yang keluar dari pejabatnya memanggil Naurah.Naurah memonyokkan mukanya.

Julia tahu kenapa wajah kawan baiknya itu mencuka.Dia menarik tangan Naurah masuk ke bilik kerjanya.

"Kenapa kau serahkan kawan kau ni pada mamat tu?"soal Naurah menyalahkan Julia.

"Aik...kau setuju ke dengan tawaran dia?"soal Julia.

"Julia....kalau orang letak sedebuk...duit banyak tu...memanglah aku setuju..masalahnya...sekarang...apa aku nak jawab kalau Kak Noreen tanya aku...Dik kau dapat kerja apa?"ajuk Naurah gaya percakapan Kak Noreen.

"Babysister" jawab Julia.Naurah mencebikkan bibirnya.

"Julia....kenapa aku nak kena jaga lelaki yang umur dah 32 tahun...kau boleh tak jelaskan dekat aku...kenapa?"soal Naurah tegas.

Julia teragak-agak nak cakap.Dia takut kalau Naurah tak nak buat kerja tu.

"Julia...kalau kau tak nak bagitahu aku..sekarang juga aku resign"ucap Naurah mahu keluar dari bilik Julia.

Julia menarik tangan Naurah.

"Okay...okay...aku bagitahu kau...tapi tolong...rahsiakan..."ucap Julia.

***********

Naurah memakirkan kereta kenari miliknya didalam laman rumah Kak Noreen.Tali pinggang keselamatan dicabutnya.Dia menghela nafasnya.

"Kesian....rupa ada...duit ada...rupanya wayar putus...iya ke Julia ni...takkanlah wayar putus..macam tu...syarikat besar...ruang pejabat pun...lagi besar dari bilik aku...lainlah wayar putus macam aku ni....orang percayalah..."bebel Naurah sendiri.

Cermin keretanya diketuk dari luar oleh KakNoreen.Dia mematikan enjin kereta dan melangkah keluar.

"Buat apa dalam kereta lama-lama?"soal Noreen yang perasaan adiknya baru balik dari temuduga.

Naurah senyum.

"Saja dengar lagu jiwang ambik mood kejap"ucap Naurah.Noreen memandang Naurah yang diam kembali.

"Macam mana temuduga tadi?.Dapat kerja tak?"soal Noreen.

"Alhamdulilah dapat.."ucap Naurah perlahan.

"Macam tak suka saja...kenapa gaji kecil ke?"soal Noreen.

"Taklah gaji besar...Kak..Naurah penatlah masuk dalam..nak cari baju untuk esok..."ucap Naurah melangkah masuk ke dalam rumah.

********

Dia menekan tombol pintu untuk mengakses masuk ke dalam penthouse miliknya.Pintu dikuak ke dalam.Langkah kakinya disambut dengan Simba yang menanti kepulangannya.

Dia melabuhkan badannya atas sofa.Setiap hari balik mesti dia akan baring dahulu meluruskan pinggang.Simba melompat ke atas badannya.

Tangannya yang berurat itu mengelus bulu Simba berwarna kelabu.

"Why...are you hungry?.Want Daddy make your dinner?" Althaf berborak dengan kucing kesayangannya.

Simba hanya mengigau.Althaf bangkit dan menuju ke dapur.

"Tonight only wet food...Daddy not buy groceries yet..."ucap Althaf memotong pek makan basah dan diletakkan dalam bekas sebelum diberi pada Simba.

"Eat....more...Daddy nak mandi...jangan nakal...."ucap Althaf terus membuka kancing baju kemeja putihnya berjalan ke biliknya untuk membersihkan diri.

*********

Naurah menyangkut baju yang telah digosok pada pintu almari.Dia mengeluh lagi.

"Ya Allah...berdosanya aku...mengeluh banyak sangat harini...aku tak boleh macam ni...aku kena positif....dan redha apa yang akan jadi esok....you can do it...Naurah Edlina.."ucap Naurah cuba motivasikan diri.

Ting! bunyi mesej masuk dari Zukie.Dia membuka mesej tersebut.

~Zukie~

Asalamualaikum...Cik Naurah saya dah attact schedule Tuan Althaf.Please be alert tomorrow and good luck for the first day.

Naura membuka folder jadual tersebut.Dia ternganga dan mengosok matanya banyak kali.

"Biar betul...banyaknya mesyuarat...mengalahkan perdana menteri... matilah kau Naurah...."ucap Naurah merebahkan badannya.

*********

Dari jam 8 pagi dan sekarang sudah masuk 11 pagi.Naurah rasa dirinya dah mula mengantuk.Mana taknya dengan dia sekali kena ikut pergi mesyuarat.

Kakinya dah nak patah rasanya pakai kasut tumit tinggi mengikut langkah kaki panjang Tuan Althaf.Sampai di Pullman Putrajaya Lakeside Naurah mengikut belakang Tuan Althaf dan Zukie sambil jalan perlahan.

Althaf berhenti seketika berpaling ke belakang.Zukie pun turut berpaling mengikut bosnya.Naurah cuba mengejar dan tanpa disangka mereka berdua memandangnya.

"Kenapa ada benda tak kena ke?"soal Naurah.

Zukie memandang Tuan Althaf yang memandang tajam pada Naurah.Althaf memandang pada kaki gadis itu yang nampak sudah tidak selesa dengan kasut tumit tingginya.

"Zukie...ada berapa minit lagi..nak mesyuarat?"soal Althaf.

"Ada lebih kurang satu jam lagi..."ucap Zukie.

"Kalau macam tu kita minum dekat sana"ucap Althaf.

Air sudah dipesan.Zukie bangkit mahu ke tandas sebentar.Tinggal Althaf dan Naurah berdua.Naurah mahu membuka kasutnya kerana sakit.

"Buka jelah..."ucap Althaf didepannya.

Naurah terkejut.Macamana dia tahu aku nak buka kasut.Pandangan lelaki itu masih pada telefon pintarnya.

Naurah membuka kasutnya dan berasa lega kerana dapat merehatkan kakinya sekejap.

Dia menghirup air yang dipesan tadi untuk membasahkan tekak dan makan tengahari mereka pun sampai.

Zukie turut serta makan tengahari sebelum mesyuarat seterusnya.

Mesyuarat sedang berlangsung.Pandangan Althaf beralih pada gadis itu yang berdiri sahaja dihujung pintu masuk.Althaf bangkit seketika berjalan sambil matanya melihat ke arah pembentangan.Zukie yang melirikkan matanya melihat Tuan Althaf bangkit dari tempat duduknya.

Naurah beriak biasa sahaja walaupun kakinya dah melecet. Tuan Althaf berjalan ke arahnya.Tangan Althaf menarik kerusi didepannya dan memandangnya tajam.

"Sit..." walaupun perlahan Naurah dapat tangkap perkataan itu.Naurah mengangguk perlahan.Zukie memandang Tuan Althaf kembali pada tempat duduknya.

Zukie dah buat muka pelik.Sepanjang dia kerja dengan Tuan Althaf tak pernah lelaki itu bangkit dari kedudukannya.Tapi...Zukie memandang arah Naurah dah duduk dikerusi atas arahan Tuan Althaf.

Zukie dah buat muka pelik.Sepanjang dia kerja dengan Tuan Althaf tak pernah lelaki itu bangkit dari kedudukannya.Tapi...Zukie memandang arah Naurah dah duduk dikerusi atas arahan Tuan Althaf. Bab 3 insyallah akan diupdated nanti...esok kita updated Aqeev Alauddin 2 pulak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience