BAB 2

Romance Series 11762

LANGSIR diselak. Bibir masih boleh tersenyum. Nampak gayanya malam itu, langsir suite tempat Zulaika Imani tidak tarik pula sepertimana selalu.

Binokular dia gantungkan ke leher. Berjalan ke arah meja komputer. Namun dia tetap boleh tersenyum lebar saat komputer riba miliknya itu, tetap dapat menayangkan segala apa yang 'target'nya itu lakukan di dalam kamar.

Bermula dari membuang mekap. Menanggalkan pakaian. Serta di dalam bilik mandi yang cantik umpama jakuzi hotel.

Dia juga tahu, setiap kali mahu berendam dengan air berbusa. Zulaika Imani pasti akan membuka lagu piano Beethoven bertajuk Fur Elise.

Dia bukan saja jatuh cinta pada sebaris nama itu. Wajah itu. Mahupun sikap personaliti itu sendiri. Tetapi, dia juga mendambakan tubuh itu berada di dalam pelukannya senantiasa.

"Good night, sweety. Sleep tight. Tentu you sangat-sangat penatkan? Siang shooting telemovie. Malam pula shooting for magazine," ujar bibir nipis merah jambu itu lagi.

"Kau baring pun tetap nampak cantik di mata aku, Zulaika Imani," ujarnya seraya menopang kedua belah tangannya ke sisi meja, mendepani laptop yang sedang memaparkan setiap ruang di dalam suite milik Zulaika Imani.

Jari telunjuk membelai-belai pipi dalam gambar yang sudah dia zoom in menjadi besar. Dia tersenyum sambil memejamkan mata.

"Your cheek was so soft like cotton wool. I can feel it, babe. I can feel it..." Ujarnya tersenyum lagi dan makin lebar.

Tiba-tiba entah bagaimana wajah Damien pula muncul. Terbuka matanya lalu merenung hadapan umpama apa yang dia saksikan siang hari tadi terlayar semula di pandangan mata.

"Tidak. Kau adalah aku. Aku adalah kau. Kau milik aku. Aku pula hak kau. Kau tidak boleh menjadi milik orang lain, sayang. Abang cintakan kau, sayang. Abang cintakan Zulaika Imani..."

Button print ditekan. Lalu keluar kertas bercetak gambar Zulaika Imani dalam saiz A4. Laju tangan mengambil agar ia tidak melayang jatuh ke lantai.

"Zulaika Imani." Sebutnya seraya menanda huruf 'X' di penjuru kucupannya tadi yang bertalu-talu. Lalu plastesin ditepek bulat-bulat kecil di setiap penjuru.

Gambar itu dibawa pula ke dinding bawah kepala katilnya. Dinding itu pula penuh dengan gambar-gambar Zulaika Imani.

Bukan itu sahaja sarung bantal dan bantal gulingnya juga ada gambar talent berbakat dan pemenang Artis Baru Terbaik AFM itu.

"Ah!" Kemudian dia hempaskan tubuhnya ke atas tilam. Tangan meraba bawah bantal guling. Lalu panty berenda itu dia hidunya lagi dan lagi sambil membayangi malam-malam indah, sehinggalah 'kepunyaan'nya itu, mulai menegang.

"Eh, lupa. Fac dan Instagram. Aku pasti, akan ada jantan-jantan keparat tu komen dan add," ujarnya yang bingkas bangun semula walau tidak selesa selagi tidak 'dipuaskan' kehendak serta keinginan yang mulai ingin memuncak, di antara kakinya itu.

'Nasib tak tinggi sangat. Tak apa lagi ni...' desisnya yang menunduk memandang benjolan di bahagian bawah serta hadapan seluar.

"Fac lagi penting. Tak aku benarkan Zulaika bermiang dengan mereka semua!" Ujarnya tegas. Bangun lalu bergerak semula ke meja laptop.

Menarik kerusi lalu duduk. Laju jari-jemari menekan nombor rahsia untuk mengakseskan laptop.

Zulaika x Imanix. Itulah password yang sudah hampir sebulan dia tukar semenjak pertembungan dengan gadis itu di sebuah kafe.

Dari situlah dia cuba menjejaki semua maklumat mengenai Zulaika Imani. Bukan saja daripada majalah dan suratkhabar. Malah dari Google, Wikipedia dan dia juga sanggup menipu status dirinya semata-mata nak menjejaki perihal Zulaika Imani dari syarikat wartawan.

Nasib dia juga baik kerana berjaya mendapatkan alamat kondo serta nombor plat kereta si pujaan hati.

"Aku buat semua ini demi kau, sayangku Zulaika Imani. Hidup aku tidak tenteram jika berjauhan dari mu, sayang," ujarnya seraya teringat pada seseorang yang terpaksa dia hapuskan untuk mendapatkan suite tempat dia menginap ini.

"Aku memang dah agak. Sayang, kan abang dah bagitahu jangan bergambar dengan Damien. Degil sayang ni. Tapi tak apa sayang, abang tahu cara nak hapuskan gambar dia..." Ujarnya yang juga sudah sebulan menggodam Fac serta Instagram Zulaika Imani.

Sebagai graduan anugerah dekan bidang multimedia dan pengkomputeran, sudah semestilah dia tahu cara untuk memusnahkan gambar dengan cara editan tanpa di ketahui oleh Zulaika Imani.

"Kan ke lebih cantik kalau sayang seorang je selfie macamni. Nanti kita bergambar berdua pula ya?" Ujarnya lalu membuka pula laman Instagram di laptop yang sama.

"Hah, like this lah. Takde satu pun gambar you dengan dia. Tapi komen pula..."

Tajam matanya memerhati akaun si pengirim komen berbaur lucah pada gambar Zulaika Imani. Pada hakikatnya, gambar itu taklah terlalu menjolok mata sangat pun.

Zulaika Imani dalam gaun paras lutut. Kembang pun. Hanya bahagian dada ke atas sedikit ketat lalu menonjolkan aset kewanitaannya itu.

"Helo, bro. Lagi sekali gua nampak lu komen tak senonoh pada Zulaika. Lu tunggu ya."

Mesej 'dm' dihantar. Tak lama pun ia sudah terbalas semula. Ada senyuman sinis dia hulurkan tatkala mata tajam membaca baris demi baris.

"Hek elleh. Lu apehal der? Siapa lu nak sound-sound. Bukan 'balak' dia pun. Balak dia pun takder hal. Lu pulak banyak bunyi. Pergi 'mam' lah!"

"Aku ke kau yang pergi dahulu?" Dia menyoal tanpa ingin membalas lagi. Laju saja kerja dia menggodam pusat pendaftaran.

Bukan susah bagi X nak dapatkan segala maklumat. Biar pun, hal-hal sulit seperti alamat, tempat kerja dan nama ahli keluarga.

X tersenyum. Seperti yang dia jangkakan. Dan alamat yang sedang dia catat itu tidaklah jauh mana pun.



TELEFON PINTAR bercahaya. Zulaika Imani tersenyum dan laju saja menarik telefon dari holder.

Tetapi tak lama kemudian, senyuman terencat. Hadir pula dahi yang berlapis. Bola mata laju mengikuti perkataan demi perkataan yang tertera di skrin sesentuh.

"Lirik matamu memikat. Senyum mu pula menghadirkan bahagia. Tawa mu juga umpama cahaya menerangi jalan hidupku. Kau juwitaku, Zulaika. Asmara jiwa lara ku..."

"Kejap!" Ujarnya lalu kelam-kabut bangun dari atas katil. Hilang terus rasa dahaganya. Tas tangan ala-ala tote bag diselongkar.

"Sampul ni..." Ujarnya lalu terkocoh-kocoh pula membuka sampul. Sepucuk surat yang masih lagi terlekat bau haruman minyak wangi terus dibuka.

Tangan kiri memegang telefon pintar. Tangan kanan pula surat. Kiri dan kanan, berulangan kali untuk memastikan persamaan yang ada di dalam rangkap seakan kata-kata puisi itu.

"Kau siapa? Kau kan yang masukkan surat wangi kau tu ke dalam beg aku? Kau siapa? Apa yang kau nak dari aku? Berpuitis bagai kau kenapa?"

"Assalamualaikum, juwitaku. Maaf seandainya kiriman warkah ku itu menganggu kehidupan mu. Tetapi percayalah juwitaku. Tiada apa yang indah melainkan kau. Juwitaku. Mustikaku, Zulaika Imani..."

Terdiam sebentar Zulaika Imani kala menatap fragmen mesej balasan si penghantar misteri.

"Jiwang tapi cantik juga bahasanya. Tapi apa-apa pun aku mesti nak tahu juga siapakah dia?" Zulaika Imani berbicara sendirian sambil jari-jemarinya pula lincah menaip.

"Apa gunanya berbahasa indah pada seseorang yang kau sendiri tidak kenali?"

X tetap tenang membaca balasan dari Zulaika Imani. Sesekali dia terdongak lalu memandang dinding yang penuh dengan gambar-gambar wanita pujaannya itu.

Share this novel

Guest User
2024-07-01 12:12:34 

kakak

Guest User
2024-07-01 12:12:01 

assalamualaikum

Guest User
2024-07-01 12:11:56 

assalamualaikum


NovelPlus Premium

The best ads free experience