EPILOG II

Short Story Completed 65516

'In the story that is you I dream again. No matter what moment comes I will find you cause I'm falling in love with you. Even if it gets erased again, all my life is you'

Beberapa butir keringat yang mengalir pada dahi luas Amirul diseka lembut. Naik hairan dirinya apabila melihatkan tubuh sang suami yang dari tadi bergerak gelisah seakan mengalami mimpi buruk.

Amira mengerling sejenak ke arah anak-anak mereka yang hanya diam bermain di dalam baby crib yang berada di dalam biliknya.

"Abang." Tangan mulusnya bergerak naik mengusap dada bidang Amirul yang kini rancak turun naik. Bentuk mulut suaminya juga sudah kelihatan tercungap-cungap mengambil nafas.

"Bangun abang." Lagi sekali gemersik suara itu menyapa gegendang telinga Amirul. Dengan perlahan Amirul membuka netranya diiringi air mata yang bercucuran di pipi. Jantungnya yang berdegup kencang turut terasa saat ini.

"Kenapa ni?" Lembut Amira bertanyakan kepadanya. Rambut yang berantakan itu dibelai dengan penuh kasih sayang. Amirul mencebikkan bibirnya. Tanpa malu dia terus mengeluarkan tangisan sayunya. Tidak kisah akan penampilannya sekarang ini kerana apa yang pasti dia rasa bersyukur sangat. Bersyukur kerana semuanya adalah mainan mimpi semata.

Tangan direntang lalu melalui isyarat mata dia menggamit Amira untuk memeluknya. Amira yang faham akan isyarat tersebut semakin merapatkan tubuhnya lalu masuk ke dalam rangkulan sang suami.

"Nightmare?" Amirul membalasnya dengan deheman kecil. Pelukannya makin erat seakan takut kehilangan. Walaupun dadanya sempat terasa sesak kerana mimpi tadi kini hatinya terasa tenang kerana melihatkan Amira yang menyapanya sekarang ini.

Setelah mengambil masa beberapa detik untuk bertenang akhirnya sang suami mula berbicara. "Sayang pergi mana?" Soalnya dengan suara serak basah.

"Tolong kakak dan mommy kat bawah. Kan majlis kakak dah nak dekat." Jari telunjuknya membuat pola di atas dada bidang Amirul yang tidak berbalut fabrik apa-apa.

"Abang mimpi burukkah? Itulah tidur lepas asar lagi." Dengan kekehan perlahan dia melangut menjadikan dagunya berpacak di atas dada sang suami. Amirul tidak menjawab tetapi hanya membalasnya dengan senyuman berkaca. Tangan kekarnya tidak henti mengusap tubuh belakang Amira.

"Mind to share?" Soal Amira sembari mengurai pelukan mereka. Tatapan redup ditatang tanpa putus. Amirul bangun dari pembaringan lalu memberikan senyuman hangat kepada Amira. Tanpa disuruh bibirnya jatuh di atas puncak kepala Amira seakan menyalurkan apa yang dia rasa.

"Kit—kita accident dan situasi tersebut agak mengerikan da—dan," ujarnya tersekat-sekat. Nafasnya juga kian semput. Setiap bibit tutur yang Amirul ujarkan terselit nada getaran didalamnya. Bebola matanya kembali berair apabila detik mengerikan itu bermain di dalam fikirannya.

Amira menghela nafas pelan sembari mengusap surai lebat Amirul. "Hye,hye! It's okay. Jangan risau. Jangan kusutkan kepala dengan mainan mimpi. Percaya kepada Tuhan, Inn Syaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Sentiasa tanamkan dalam minda yang hari ini akan menjadi yang terbaik daripada kelmarin. Wake up, smile at yourself in the mirror and tell yourself it's going to be a awesome day! Selalu berfikiran positif supaya hari kita bermula dengan permulaan yang baik dan berakhir seperti yang kita mahukan." Pujuk Amira separuh berbisik.

Dia bergerak mengucup pelipis Amirul dengan lembut. "I love you." Rona merah terus saja terpatri jelas di pipi Amirul. Ditambah lagi dengan retinanya yang masih ada kesan air mata membuatkan Amira berasa gemas untuk tidak menggomol suaminya ini.

"Kenapa selepas jadi bapak budak makin comel erk?" Amira terkekeh geli. Kata-kata itu langsung mendapat kejutan daripada Amirul. Manakan tidak, tubuh sasa, tinggi lampai kacak sebegini dipanggil comel?

"Ouh, I see." Amirul mengangguk kepala kemudian dengan lihai dia merengkuh tubuh ringkih Amira untuk masuk ke dalam dakapannya.

"Ab—abang." Tangan mulusnya sudah mendarat elok di atas dada bidang Amirul bagi mencipta jarak yang kian terhapus. Dapat dilihat dengan pancaindera Amirul sendiri yang isterinya ini sedang gugup dengannya.

"So, what about now? Do you think I'm cute?" Amirul menyunggingkan senyuman miring. Wajah mereka sengaja didekatkan mencipta debaran yang kian laju. Alang-alang tempoh berpantang si isteri baru sahaja berakhir jadi tidak mengapakan jikalau dia usik sedikit? Katakan saja dia gelojoh kerana itu memang faktanya. Tetapi harus juga memberi pujian kepadanya kerana sanggup bertahan dalam tempoh seratus hari.

Suara rendah itu membuatkan Amira merinding hebat. Aroma tubuh maskulin Amirul semerbak masuk ke dalam rongga hidungnya. Salivanya diteguk payah.

"Tak, dah berubah sekarang. Berubah kepada..." Dengan sisa keberanian yang dia kumpul, wajahnya dituju ke arah telinga Amirul.

"Hot daddy." Bisikan menggoda itu diakhiri dengan hembusan nafas di cuping telinga Amirul. Jari kecilnya pula sengaja bermain disekitar halkum sang suami yang sedari tadi bergerak naik turun tanpa henti.

"Sugar," panggil Amirul dengan suara serak dan dalam. Dirinya kian hanyut dalam pesona yang dicipta oleh bidadarinya ini.

"Why daddy?" Sahut Amira menggoda. Bibirnya menyelusuri pipi tirus Amirul dengan penuh kelembutan. Otaknya ligat memikirkan satu rencana sambil matanya dikerling sekilas ke arah anak-anak mereka lalu dilarikan pula ke arah pintu bilik.

Amirul menderam kecil. Dia mengerdip matanya beberapa kali untuk tidak kian jatuh dalam godaan yang diberikan.

"You want to feel it?" Mata yang berkabut sayu itu dibalas dengan seringai kecil yang terbit di bibir Amira. Belaian halus yang diberikan oleh Amira berjaya membangkitkan kembali rangsangan yang telah lama dia diamkan dalam dirinya. Namun semuanya punah tatkala mendengar rengekan para khalifah kecil yang bermain di dalam baby crib.

"Oops, lupa pula. Okay sekarang dah segarkan? Now get up dan pergi mandi dengan the boys. Sayang tunggu dekat bawah." Bagaikan pelesit dengan pantas Amira merapatkan bibirnya dengan bibir Amirul dalam beberapa saat lalu menginjak bangun meninggalkan Amirul yang dalam keadaan terpinga-pinga. Bibir dibasahkan sedikit kemudian dia menoleh ke arah ketiga anak lelakinya yang juga turut menatapnya.

"Spoil mood betullah." Amirul mengeluh panjang. Lidahnya menolak isian dinding pipi dalam.

Pintu bilik yang sudah tertutup dipandang geram. "Tunggulah. Ada kepala ada batas, kita tengok nanti siapa yang kat atas." Raut wajahnya berubah nakal. Tubuh sasanya diregangkan dahulu sebelum bangun mengemas katil mereka. Tatkala netranya terpaku pada anak-anaknya wajahnya terus sumringah.

"Siapa nak mandi dulu? Aufa, Amsyar atau Anas? Kah nak main gunting batu kain?" Jari telunjuknya mengetuk dagu runcingnya seakan berfikir. Penat berfikir akhirnya dia memutuskan untuk bernyanyi sahaja. Kita tengok siapa yang kena!

"Polis sentri one two jaga, pencuri mati polis jaga! Haa, Amsyar dulu!" Dengan semangat digendong tubuh kecil itu berhati-hati. Sempat bayi itu digeletek sehingga tertawa kecil. Pfft! Macam silap saja lagu itu tapi tidak mengapa akan dia belajar untuk anak-anaknya nanti.

"Aufa dan Anas tunggu kejap tau. Nanti babah ambil kau orang." Bagaikan faham akan arahan ayah mereka dua anak cilik itu menghulurkan senyuman manis kepadanya. Sempat Amirul melabuhkan kucupan pada pipi gempul anak-anaknya. Pintu bilik air dibiarkan terbuka untuk memastikan kedua anaknya sentiasa berada didalam pemantauannya.

Lain pula dengan aktiviti orang dibawah. Kelihatan sibuk menyiapkan resepsi majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi. "Wedding planner yang ni, okay ke kak?" Amira yang sedang mengubah bunga hantaran mengerling sekilas ke arah kakaknya yang turut melakukan perkara yang sama. Manakala Datin Aara pula masih bertungkus lumus di dalam dapur melakukan kerjanya. Katanya mahu masak desserts untuk seisi rumah ini.

"Okay kut, entahlah. Akak pun tak tahu sangat sebab Elmer cakap serah dekat dia sahaja," ucap Ayuni. Bahunya terjungkit ke atas. Masa di awal perbincangan Elmer ada menanyakan konsep seperti apa yang menjadi pilihan hati untuk hari perkahwinan mereka dan dia menjawabnya, tema winter. Terus saja Elmer setuju tanpa membantah. Terselit juga pesanan dari Elmer bahawa pihak perempuan tidak perlu melakukan apa-apa dan serahkan semuanya kepada dia tentang majlis ini jadi Ayuni turutkan sahaja. Adakalanya juga Ayuni bertanya bagaimana dengan proses persiapan, baik atau tidak? Memerlukan kos berapa banyak? Tapi semua jawapan yang diberikan oleh Elmer ialah semuanya baik-baik sahaja. Tentang kos lagilah, usah difikirkan langsung.

Amira hanya mengangguk kepala. "Nervous tak akak?"

Ayuni tersenyum. "Bohonglah kalau kakak tak nervous. Nervous lah juga tapi rasa happy pun ada. Entahlah, tak tahu nak describe macam mana sebab semuanya macam bercampur baur." Dipandang hasil gubahan mereka dengan penuh teliti. Di dalam hati memanjatkan rasa syukur. Walaupun sibuk dengan kerja hakiki tetap juga persiapan yang dirancang berjalan dengan lancar. Berkat bantuan dan dorongan pihak keluarga semuanya menjadi mudah.

Mereka berdua tertawa renyah. Amira menatap ke arah Ayuni dengan pandangan bahagia. Terpancar aura bakal pengantin di wajah kakaknya itu.

"Mana the boys?" Amira mengalihkan pandangannya ke atas.

"Dalam bilik rasanya dengan babah dia orang," balas Amira. Sebelum turun ke bawah sempat dia titipkan pesanan kepada Amirul tadi dan kini mungkin tengah bersiap memakai baju.

Baru sahaja diseru tiba-tiba muncul sudah ketibaan gerangan yang menjadi sebutan tadi. Encik Emir yang datangnya entah dari mana mengekor membantu Amirul menggendong tiga anak kecil ini lalu meletakkan ketiga-tiga bayi tersebut di atas tilam bayi yang sudah terhampar di ruang tamu.

Sempat Encik Emir mengagah anak-anak kecil itu sebelum dia menghenyak punggung di atas lantai berhadapan dengan ketiga-tiga cucu ciliknya yang montel. "Dah wangi cucu atok ni." Diusap penuh kasih sayang pipi Aufa, Amsyar dan Anas. Doa terus saja meniti di bibir dengan pandangan yang tidak putus kepada cucunya. Maklumlah, cucu pertama... makin menggebulah rasa teruja dan sayang itu.

Mereka bertiga tertawa bahagia melihat ikatan perhubungan yang tercipta diantara atok dan cucu.

"Memandangkan Mira dah habis berpantang ni kau orang tak nak luang masa berdua pulakah?" Soalan cepumas daripada Encik Emir membuatkan Amira terbungkam sejenak. Dia toleh kepala ingin melihat reaksi sang suami yang kini sedang mempamerkan riak nakal kepadanya.

Amira menghembus nafas pelan. Kepala yang tidak gatal digaru. Mati kutu mahu dijawabnya. Ditambah pula dengan panahan mata yang diberikan oleh Amirul lagilah membuatnya dia tidak tentu arah. Rasa menyesal bertapa dalam hati kerana mengusik suaminya tadi. Itulah berani sangat kejut harimau yang sedang tidur sekarang siapa yang nak hadap?

"Betul tu. Selama ni kau orang asyik sibuk uruskan hal anak-anak, apa kata sekarang kau orang ambil waktu untuk bermanja pula. Apa tu orang cakap? Haa... Lepas rindu," cadang Ayuni dengan penuh bersemangat. Sempat dia berikan kenyitan nakal ke arah pasangan tersebut.

Amira menjegilkan matanya mendengar saranan dari sang kakak. Adalah tu nak kenakan dia. Tunggulah saat Ayuni akad nikah nanti, pasti akan ada sesuatu yang dia lakukan untuk kenakan kakaknya itu.

"Pergilah dating dulu, luangkan masa bersama. Lagipun persiapan majlis kakak pun hampir siap dan pasal triplets ni jangan risau biar abi dengan yang lain tolong jagakan." Mendengar bibit bicara Encik Emir yang seolah memberi kebenaran itu hampir membuatkan Amirul meloncat bahagia. Dia mengesot perlahan mendekati Amira yang berada disisi. Dipeluk kemas pinggang ramping itu sambil sesekali diusap perlahan dengan ibu jarinya.

Apa yang dikatakan oleh Encik Emir dan Ayuni ada benarnya juga. Sejak anak-anaknya lahir agak terhad sedikit masa mereka untuk bermanja. Maklumlah, kalau dahulu berdua sekarang dah berlima. Hari-hari mereka juga sudah tidak seperti dulu kerana yang dilaluinya seperti pasangan yang baru dapat anak. Walaupun penat, tapi berbaloi sebab anak yang telah lahir itu adalah bukti cinta mereka.

Meskipun begitu, ada juga sesekali mereka luangkan masa bersama seperti pillowtalk, mendengar cerita aktiviti masing-masing dan lain-lain. Senang cakap walaupun hanya mengambil masa yang singkat dengan kehadiran ahli keluarga baru tetap saja mereka tidak boleh berenggang. Bak kata Amirul, wajib berkepit 24 jam.

"Terima kasih abi," ujar Amirul sambil tersenyum cerah. Amira menjilat bibir yang terasa kering. Tiada kata yang dapat dilontarkan setelah mendengar butiran bicara dari sang ayah.

"Jom." Tanpa menunggu balasan terus Amirul menarik tangan Amira untuk naik ke atas masuk ke dalam bilik mereka. Riak wajah bidadarinya yang sudah berkerut dibiarkan begitu sahaja.

Pintu bilik dibuka kemudian bilik persalinan pula dituju. Baju T-shirt polos yang dipakainya dibuka begitu sahaja di hadapan Amira.

"Jom? Kemana?" Alis keningnya digaru. Tubuh tegap yang mula berkutat di dalam bilik persalinan mereka dipandang aneh.

"Dating."

"Eh, sekarangkah?!" Amira dibuat kaget. Sesekali dia meneguk salivanya kasar apabila melihatkan tubuh berketak Amirul. Makin lama makin banyak pula coklat cadbury pada badan suaminya. Nak jadi hot daddy kah?

"Ya. Tak dengar abi cakap apa tadi?" Derapan langkah kaki bergerak mendekat ke arah Amira.

"Tapi nanti---"Amirul membingkai wajah suci murni Amira. Kata yang ingin dilontarkan oleh Amira menjadi tergendala sebentar apabila melihat tatapan hangat yang terbit dari sorot mata Amirul.

Entah kenapa perasaan gugup mula bertandang seakan ini kali pertama mereka berduaan.

"Ini adalah hari kebahagiaan kita berdua jadi tak salahkan kalau abang mahu 'culik' sayang sebentar untuk raikannya?" Amirul mengulum senyum melihat mata bundar itu bersinar gembira kepadanya. Dengan gemas bibirnya turun menjatuhkan kucupan ke arah tempat yang menjadi kegemarannya.

"Abang ingat?" Amira tanpa sedar menggigit bibirnya mendengar gumaman Amirul. Dapat dirasa pinggang rampingnya mula terlilit dengan lengan kokoh Amirul. Melihatkan tingkah laku yang dilakukan oleh sang suami membuatkan jantungnya berdesir.

"Semua perkara yang berkaitan dengan sayang, abang sematkan dalam fikiran abang. Tak kiralah ianya besar atau kecil, penting ataupun tidak kerana semua itu penting bagi abang. Penting kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan sayang. Everything about you is just perfect in my eyes and it always will be no matter what you do. You mean the world for me." Suara rendah nan berat itu menyapa gegendang telinga Amira. Jantungnya masih berpicu laju tatkala Amirul memejamkan mata, memeluk dirinya erat. Hembusan nafas tenang sang suami turut terasa dileher jenjangnya.

"Sekarang, pergi bersiap little pumpkin." Kepala diangkat lalu surai panjang Amira dielus lembut.

"Ke mana?"

"Secret my queen." Amirul mengenyit sebelah matanya lalu mendorong perlahan tubuh kecil itu masuk ke dalam bilik persalinan mereka. Sempat Amira terpana buat seketika kerana retinanya sekarang melihat satu gaun labuh berwarna putih yang dihiasi dengan manik-manik mutiara tergantung elok di atas rak pakaian mereka.

"Now it's your golden time sayang," bisiknya halus pada cuping telinga Amira.

Selesai sahaja mereka berdua menukar baju, dengan terburu-buru Amirul menarik Amira untuk keluar dari rumah. Bukan apa, takut anak-anak terjaga dan naik ragam apabila melihat ketiadaan mereka berdua dirumah.

Tetapi malang tidak berbau kerana apa yang dijangka berlaku jua. Baru sahaja mencapai kunci kereta mereka dikejutkan dengan kenyataan dimana tiga budak kembar itu menangis tanpa henti. Tanpa menghiraukan penampilan mereka yang sudah pun seperti Putera dan Puteri dari kayangan terburu-buru pasangan itu menenangkan bayi mereka.

"Kenapa ni kak?" Amira dan Amirul mengusap sayu pipi tembam anak-anak mereka. Tangisan yang tadi bergema dipelusuk arah kian perlahan tatkala anak-anak comel itu melihat keberadaan ibu dan bapa mereka.

"Tak tahu. Dari tadi dia orang tak berhenti menangis. Mula-mula Aufa selepas tu Amsyar dengan Anas ikut sekali bila terdengar abang dia orang menangis." Ayuni mula menggerutu perlahan. Tadi baik saja mereka bermain dengan atok mereka tetapi selang beberapa minit mereka mula menangis tanpa henti. Kenal akan sikap anak buahnya yang manja dengan ibu bapa mereka terus Ayuni datang mencari pasangan ini.

"Dia orang ni tak boleh berpisah langsung dengan kau orang langsung. Tengoklah, bila dah ada depan mata terus senyap tapi mulut duk tersebek-sebek lagi," kata Encik Emir sambil menggendong Aufa diikuti dengan selawat kecil.

Amira dan Amirul menyunggingkan senyuman manis. Mereka saling berpandangan sebentar sebelum kembali tertumpu ke arah anak-anak mereka.

***

Kornea mata bergerak menumpu ke arah jam dinding. Sudah hampir pukul sembilan malam. Sejam juga mereka bertungkus lumus menenangkan putera-putera kecil mereka kembali.

"Dah tidur?" Tanya Amirul dengan perlahan. Amira menganggukkan kepalanya sebagai balasan. Diperhatikan anak-anak mereka yang kini sedang nyenyak dibuai mimpi di dalam baby crib masing-masing.

"Jom." Mereka langsung berganjak keluar dari bilik. Sempat alunan ayat suci al-Quran dibuka sebelum pintu bilik itu dibiar renggang sedikit supaya senang ahli rumah ini memantau keadaan kembar mereka.

"Nak pergi dah?" Encik Emir menatap ke arah jarum jam sebelum menurunkan pandangan ke arah pasangan tersebut.

"Ya abi." Amirul menarik sudut bibirnya lebar. Tangan mulus yang berada digenggamannya digenggam erat.

"Okay, pergilah. Sempat lagi ni rasanya." Kata-kata yang terbit dari Encik Emir membuatkan wajah Amira berkerut.

"Sempat apa?" Tanya Amira penuh perhatian. Wanita itu tampak berfikir mencari jawapan daripada sang ayah dan suami.

Tidaklah menjawab sebaliknya dirinya ditarik pula mengikuti langkah lebar Amirul yang menuju ke garaj. Kemudian dengan lagak menyambut kedatangan sang puteri Amirul membuka pintu keretanya sembari menundukkan sedikit kepala mengisyaratkan kepada Amira untuk masuk ke dalam kereta.

Dirasakan semua sudah sempurna Amirul segera memandu keretanya yang berjenama Porche 718 spyder dengan kecepatan sederhana.

"Jadi boleh beritahu kita nak pergi mana sekarang?" Pandangannya yang dari tadi hanya melekap di luar beralih arah menatap sang suami yang fokus dalam pemanduannya. Tayar yang sudahpun bergolek sejak tiga puluh minit yang lalu membuatkan dirinya semakin tertanya-tanya dimanakah destinasi mereka sebenarnya.

Sudut bibir Amirul tertarik samar. Tangan kirinya yang dari tadi berada di atas paha Amira bergerak mengusap lembut. "Aquarium date?"

Bebola mata Amira terus melotot luas. "Betulkah ni abang?" Tanyanya lagi untuk kepastian. Dadanya bergemuruh hebat menahan keterujaan.

"Yes. Itukan salah satu impian sayang selama ni. Jadi abang sebagai suami haruslah tunaikannya," jawab Amirul dengan tulus. Senyuman manis dibalas melihat telatah gembira sang isteri. Sudah lama dia merancangkan plan sebegini tapi selalu saja tertangguh. Jadi bersempenakan hari kebahagiaan mereka, apa salahnya dia kabulkan segala permintaan yang telah dibuat oleh sang isteri.

"Abang tahu mana itu adalah salah satu impian sayang?" Soal Amira dengan muka polosnya.

"Instinct seorang suami mungkin." Dengan bangga dicelek hidung mancungnya. Amira mencebik. Kalau dah bekas stalker tu, stalker lah juga.

Tangan kasar yang berada di atas pahanya diambil lalu mencuba menekup tangan besar itu dengan tangan halusnya. Lihat saja perbezaan mereka, terdapat ketara yang besar kalau diukur.

Tidak lama Kemudian kereta diberhentikan sebaik sahaja sampai di simpang lampu isyarat. Mulutnya turut bergerak bersenandung kecil mengikuti gerak nada Amira. Hari ini terasa sangat bahagia bagi mereka berdua. Tangan yang digenggam dibalas erat seraya anak mata sama-sama saling beradu.

"Abang, lampu dah hijau," tegur Amira apabila melihatkan suaminya masih ralit dengan khayalannya. Wajah yang bersemu merah cuba untuk disembunyikan dari tatapan tanpa putus sang suami.

Amirul menghayunkan senyuman tipis sebelum menukar gear dan menekan minyak untuk berjalan. Tetapi mereka dibuat kehairanan kerana kereta dihadapan mereka tidak bergerak. Malah, jika bergerak pun cuma dalam kecepatan rendah.

"Kenapa ni? Asal tiba-tiba jem?" Fikiran Amira diasak dengan penuh pertanyaan. Bahkan dia ternampak juga sebuah van ambulans di hadapan sana.

"Accident ker?" Wajah Amirul mendadak pucat. Seiring kereta mereka berjalan melewati kejadian tersebut dia melihat ada sebuah lori besar dan mangsanya pula sebuah kereta yang tersadai di tebing jalan. Ada beberapa orang juga sedang mengerumuni tempat kejadian menolong mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

'Macam mimpi,' Amirul bermonolog sendirian. Salivanya ditelan payah. Mungkin ada hikmah kenapa anak-anak comel itu meragam tadi sehinggakan mereka terlewat.

SESUAI dengan rancangan akhirnya mereka tiba di destinasi. Walaupun sudah ketinggalan waktu namun kerana hari ini Amirul memiliki semangat yang luar biasa event ini tetap juga harus berjalan.

"Ampun Tuanku Permaisuri," Persis diraja Amirul membantu Amira keluar dari keretanya. Kunci kereta diberikan kepada orang suruhannya sebelum tangan kekar itu dengan posesif melingkar di pinggang sang isteri.

Kedatangan mereka di Underwater world disambut mesra oleh para pekerja disitu. Amira tidak henti-henti melihat ke arah sana dan sini. Betapa jakunnya dirinya saat ini apabila sekelilingnya dipenuhi dengan pelbagai kehidupan marin seperti ikan pari blue ray, ular laut, jerung harimau dan banyak lagi. Namun tidak lama kemudian netranya tertumpu ke arah meja makan yang telah pun dipasang dan disiapkan dengan gaya candle light dinner di tengah-tengah aquarium tersebut.

Amirul mengiring bidadarinya untuk duduk di meja tersebut lalu melabuhkan kucupan pada puncak kepala sang isteri sebelum melangkah pergi duduk di atas kerusinya. Amira tersenyum cerah. Dia berdecak kagum memerhati sekeliling yang seakan terus memukaunya.

"Abang buat semua ini?"

"Ya. Sempena Our Anniversary." Amirul mengelus tangan Amira dengan senyuman yang terus terhias indah di bibirnya. Semua reaksi yang dipamerkan oleh bidadarinya ini tidak lepas dari mata tajamnya. Baginya ini adalah keindahan dan kecantikan yang tak patut dia lewati.

"Romantiklah abang ni. Malu kita tau, ehek!" Manakan tidak, sepanjang perjalanan mereka ke meja makan dihiasi dengan kelopak bunga dan cahaya lilin berwarna biru. Sudahlah tu, sambut pula dekat tempat kegemarannya. Mahunya tak cair.

Amirul menaikkan sebelah alisnya. Hidung mancung pula dicelek bangga.

"Berkat pertolongan mommy, abi dan kakak juga kalau tidak mesti tak sempat nak booking untuk dinner dekat aquarium ni." Amirul mencebik bibir. Teringat pula apabila dia hampir terlepas waktu untuk membuat tempahan di aquarium ini. Sudahlah masanya terhad. Tapi mujurlah ada seorang kawan mommy yang memegang jawatan besar disini menolongnya. Senanglah sikit rancangannya untuk menyambut anniversary mereka nanti.

"Ouhh patutlah dia orang beria-ria suruh kita pergi dating rupanya kau orang dah rancang." Meleret nada Amira ketika ini. Dia bersedakap dada dengan bibirnya memuncung panjang.

Meledak ketawa Amirul di ruang udara. Satu tangan Amira yang dipegang dibawa ke bibir lalu mengucupnya lembut. "Pada malam yang indah ini biar abang menjadi cahaya kepada sayang. Abang tak dapat bayangkan kehidupan abang tanpa sayang. It actually hurts my heart when you're away from me." Diusap kekura itu dengan penuh kasih sayang.

"I love you. I love you so much sayang. Sayang layan abang bagaikan 'raja', sayang faham keadaan abang dan sayang tetap sayang dan cintakan abang walaupun banyak kekurangan dan kesalahan yang telah abang tunjukkan. Sayang buatkan abang rasa selamat, disayangi, dijaga tak macam orang lain. Sayang tahu luar dan dalam abang. Jadi sebagai balasan. I just wanna give you the world for all you do for me. You deserve everything and more. I can't lie you have a special place in my heart that nobody else can take. I love you little pumpkin. I really do. So Let me be your knight. Not for tonight, but for forever." Redup panahan mata Amirul kepada Amira. Air mata yang seakan ingin mengalir diseka oleh jari kecil sang isteri.

Amira terkekeh kecil melihat sikap manja Amirul yang membuatkan dia merasa gemas. Kemudian dia menangkup tangan Amirul yang memegang tangannya.

Amira bangun lalu mendekatkan diri ke arah Amirul yang melihatnya sayup. Tanpa berkata apa-apa dia menarik tubuh kekar itu masuk ke dalam pelukannya. Terasa hembusan nafas hangat Amirul diperutnya.

"Apa yang sayang perlukan adalah seorang lelaki yang membuatkan sayang merasa istimewa, bahagia, menjadi imam untuk keluarga, setia dan sentiasa curahkan kasih sayang. Dan itu semua ada dalam diri abang. Di dalam dunia ini tiada yang sempurna. Sayang pun ada kekurangannya juga sebab itu kita saling melengkapi. Terima kasih kerana membuat sayang merasa dicintai. Terima kasih atas segalanya. I love you too my knight a.k.a husband."

Darah merah menyerbu di wajah Amirul. Dirinya terasa seperti ada burung-burung berterbangan di dalam perutnya. Jantungnya pula tidak henti berdenyut ketar merasa indah mendengar kalimat itu. Terasa seperti dunia ini bagaikan mereka yang punya. Dengan lihai dia menarik tubuh ringkih itu untuk duduk di atas pangkuannya.

"Ana Uhibbuki fillah (Aku mencintaimu kerana Allah)," ujarnya malu-malu kucing. Pelukan mereka dieratkan. Wajahnya yang masih bersemu merah diusap oleh Amira. Mengulum senyum dibibir Amira menjatuhkan kucupan di atas dahi suci itu. Perasaan hangat terus menjalar dalam diri Amirul. Syukur kerana semuanya terjadi seperti apa yang dia inginkan. Rasa ini tak akan sesekali dia sia-siakan dalam hidupnya.

Bahagia tak terkata apabila kisah mereka bertemu garisan kebahagiaan yang dicari. Walaupun harus mengharungi pelbagai rintangan onak duri, mereta tetap teguh bersama melaluinya tanpa mengalah. Itulah dia erti kehidupan, mungkin terdengar remeh tapi itulah mengajar kita erti untuk terus kuat demi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Dan dalam tanpa kita sedari ia menunjukkan bahawa walaupun setiap permulaan seseorang itu bermula dengan perkara tidak baik tak mustahil pada pengakhirannya kelak berubah menjadi yang lebih baik dan berguna.

Moga sahaja hubungan rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke Jannah. Mungkin kisah ini berakhir disini tetapi pasti tidak untuk diluar

TAMAT

Jom sama2 doakan utk palestine Jemput vote, komen and follow Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya, yang sedang menulis ini dengan ringan mulut ingin mengumumkan TAMAT sudah cerita His Happiness. Alhamulillah Yak Yak Yeay! Terima kasih kepada semua yang setia membaca dari awal sampailah akhir. Yang tunggu story ni dari 2022 lagi. Awak tahu tak saya sayang korang ketat2! Tanpa awak semua, saya x mampu utk berada ditahap ni. Saya mohon maaf diatas segala kesilapan & kesalahan saya. Kalau2 ada gurau kasar ke apa, Saya mohon maaf sangat2. Dan saya mohon maaf jikalau ada kesalahan tatabahasa ataupun typo, Saya masih baru lagi dalam bidang penulisan jika korang sudi, berilah tunjuk ajar kepada saya. Sekali lagi, saya nak ucap terima kasih sangat2 sbb yg membaca, beri vote & komen, (yg ghosting aku pun terima kasih juga. Ikhlas ni). So overall macam mana story ni? Berapa bintang agak2 boleh dapat? so-so jeke macam mana, sharelah dgn saya. Boleh saya improve utk yg 'coming soon' Inn Syaa Allah Otak saya loading lama. Selepas tu memory lost. Sebab tu ending jadi macam ni. Maafkan saya sebab ini bukan yang terbaik. Harap korang okay dgn ending seperti ini. 'emoji smile tak bersalah' Boleh saya tahu, korang suka x dgn watak2 dlm story ni? Story ni okay ke bg korang? Klau ada salah & silap saya mohon ampun. Berilah tunjuk ajar dkt saya. Matacihh Saya minta maaf. Semputlah jaga anak yg satu ni pun ? Haih, x sngka aku ambik masa 2 thn nk hbiskan Mirul HAHAHAHA mianhae mianhae ? Ai c u wen ai c u, semoga kita berjumpa di masa hadapan dalam version yg lebih bari dri yg sebelum ini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience