#8-(Mensyuarat Mematikan)

Action Series 9059

Sang surya memancarkan aura cahaya merah nan jingga kekuningan yang hangat dan penuh keindahan pada waktu senja.Sekawan burung di langit terbang ingin balik ke sarangnya.Keindahan waktu senja sangat memuaskan.

Pada waktu yang sama,ruangan tamu yang luas sudah dipenuhi berpuluh-puluhan anak buah Rayyan yang sedang menunggu ketuanya.Jam di ruangan tamu yang serba mewah itu baru menunjukkan pukul tujuh setengah malam.Hanya tinggal setengah jam lagi sebelum mensyuarat itu bermula.

Tetapi,anak buah Rayyan sudah berkumpul lebih awal dengan berpakaian seragam kemas dan hanya beberapa orang penting masih belum tiba.Iaitu lima parlimen yang terdiri dari Zulkilfi, Holland, Rachel,David dan Lucy.Namun begitu,perasaan gementar terpampang di setiap raut wajah mereka.Membuatkan mereka berdiam diri dan memikirkan nasib mereka.Sama ada selamat atau tidak selepas mensyuarat berakhir kerana telah membuat ketuanya naik darah.Mahu atau tidak,mereka perlu menghadiri mensyuarat mematikan itu walaupun hati masing masing terasa berat.Tiada pilihan dan tiada alasan untuk menghindari.Semua anak buah Rayyan wajib menghadiri mensyuarat tersebut,sama ada yang terlibat atau mahupun tidak.Kerana ia merupakan arahan ketuanya sendiri dan tidak boleh mengingkari arahan ketuanya.

Zulkilfi yang baru dari biliknya mula melangkah ke ruang tamu dengan blazer mahalnya di tangannya.Jantung Zul berdegup kencang masih berfikir kesalahan besarnya terhadap ketuanya.Namun wajahnya sentiasa tenang,menutupi rasa bimbang di hadapan anak anak buah Rayyan. Anak matanya yang berwarna coklat itu mula melilau mencari kelibat dua rakannya yang masih belum tiba.Lucy dan Dav.


"Mana Lucy dan Dav?"soal Zul setelah melihat Holland yang tidak jauh darinya.Namun,kelihatan gelisah di wajah Holland yang sedang berulang-alik dari tadi.

"Aku tak tahu,Zul.Aku dah cari di bilik,di taman dan di dapur.Masih tiada.Entah kemana mereka pergi?"balas Holland yang makin bertambah gelisahnya.

"Kau bertenang dulu boleh tak?"soal Zul dengan ringkas,dingin sambil menuju ke sofa mewah.Lalu melabuhkan punggung dan bersandar,Zul memeluk tubuh.Manakala Holland di hadapan dengan wajah tidak berpuas hati melihat reaksi Zul setenang itu.Tidak risau dengan dengan rakannya yang lain.

"You say bertenang,no!Bertendang adalah."balas Holland sebelum dia menarik nafas dalam dalam lalu menghembuskan nafasnya.Cuba tenangkan diri walaupun dirinya makin gelisah.

"Tak mungkin kalau mereka lupa tentang mensyuarat malam ini.Lagi setengah jam lagi.Memang la boss datang pukul lapan,tapi sepatutnya kena datang awal lagi.Boleh la kita berbincang sedikit.Cara-cara untuk tenangkan hati boss."tambah Holland dengan ayat ayat panjang lebarnya sambil melihat reaksi Zul yang tidak berubah,hanya tenang terpampang di wajah kawannya.

"Kau janganlah risau,nanti dua ekor tu datang juga.Dua ekor tu tahu la apa yang mereka buat.Kau ni,macam tak biasa dengan dua ekor kura-kura tu."setenang itu sahaja reaksi si Zul lalu melihat ke arah jam tangan yang berjenama Cartier.Hanya tinggal sisa 15 minit lagi sebelum mensyuarat bermula.

"Tapi diorang dah biasa dengan sifat kura kura mereka tu.Kau kena la ambil tahu sikit,maybe kau tegurla dua ekor kura-kura tu. Kau kan orang kanan boss.Jadi,kau kena la ambil tahu."

"Ambil tahu?Memang tak lah.Bukan tugas aku,itu tugas kau,Holland.Bahagian anak buah Rayyan."

"Yup,tapi tidak termasuk 'lima parlimen'.Lima parlimen itu tugas kau Zul.Bukan aku.Atau nak boss tegurkan,kau tau kan boss tengah marah sekarang."

"Ye,ye.Nanti aku tegurkan mereka.Kau ni,janganlah melibatkan boss dalam urusan lima parlimen ni.Biar aku saja yang handlekan.Tapi..."Zul terhenti,hilang kata kata seketika.

"Tapi?"

"Sekarang aku tengah risau nih..."

"Risau?Kenapa?Mensyuarat nanti?"

"Ye,aku rase,aku telah buat kesilapan paling besar.Aku just fikir ketua kite je,Rayyan."luah Zul dengan nada perlahan.Tubuh sasanya bersandar di sofa mewah.Matanya dipejam sebentar manakala tangannya kanannya memicit dahi.

Zul melepaskan nafas berat.Wajahnya mula kelihatan risau memikirkan hal pagi tadi.Wajah yang selalu kelihatan cool kini mula tegang memikirkan kesilapan yang telah dia lakukan kepada tebusan bossnya.Kesilapan yang terbesar dalam pekerjaannya sebagai orang kanan Rayyan Evans.Ye,memang ia hal yang sangat besar bagi Zul.Kerna ia melibatkan tebusan Rayyan.Ia bukan tebusan tapi...Atau bahasa yang lebih mudah adalah kekasih pujaan ketuanya sendiri.Zahira Safiyya.

"Tu,dua ekor tu dah datang."tegur Holland sambil memandang Dav dan Lucy yang baru saja tiba.Lambat betul!

" Dengan cara mereka..."bisik Zul lalu menepuk dahinya.Zul berdiri dengan wajah yang dingin melihat keganjilan pada David dan Lucy.Pakaian.Ye,dengan cara pemakaian yang tidak disiplin langsung.Pakaian tidur yang bercorak Doraemon.Masih lagi tersisa sifat kekanak kanakkan mereka.

"LUCY!DAV!Kau mari sini!"

"Yup Mr.Zulkilfi"Dav menyapa.Senyuman manis sentiasa terukir diwajah mereka berdua.

"Mana pakaian seragam kau?Kenapa pakai baju tidur?Korang tahukan,nanti ada mensyuarat.Mana pakaian seragam korang?"bebel Zul sambil memandang tajam ke arah mereka.

Zul mula geram melihat cara pemakaian mereka yang tidak berdisiplin.Ia bukanlah masa untuk berseronok-seronok.Lagi lagi apabila boss besar sedang naik darah.Ia umpama mencari nahas di tengah keganjilan.

"Ala,lepas mensyuarat kita orang nak terus tidur dah.Mengantuk."balas Lucy sambil tersenyum menampak gigi putihnya.Cuba meredakan kemarahan Zul.Dia tahu Zul dan Holland risau jika dimarahi teruk oleh Rayyan.Apatah lagi selepas kejadian pagi tadi yang agak serius.

"Comel kan baju tidur kita orang."tambah Dav dengan gelak tawa kecil.

"Nanti ade mensyuaratkan,kenapa tak disiplin nih?Hah?"tegur Holland dengan nada sedikit tegas.

"Tchh..Lepas mensyuarat kau berdua jumpa aku.FAHAM!"tegas Zul bersungguh-sungguh,suaranya tajam.Membuatkan Zul memberi pandangan tajam percuma kepada mereka berdua.Zulkilfi meninggalkan mereka tanpa menoleh kebelakang untuk berkumpul.Memandangkan hanya tinggal beberapa minit untuk mensyuarat mematikan itu bermula.Selamat atau tidak.Bernyawa atau tidak.Hanya terserah kepada takdir.

Holland, Lucy dan David mula bergerak mengikuti Zul di belakang yang sudah ketinggalan di belakang.

TING!Jam di ruangan tamu itu tepat pukul delapan.Pada waktu yang sama,kedengaran jelas bunyi seseorang sedang mengisi peluru pada suasana sunyi sepi bersama bunyi tapak kasut yang semakin lama semakin hampir ke ruangan tamu.Kedatangan Rayyan Evans yang segak berkemeja putih iaitu ketua MAFIA DRAGONRYAN,ketua mafia yang sangat kejam dan tidak pernah mengenal erti sayang.Membuatkan seluruh anak buah Rayyan diselimuti ketakutan.

Namun apakah daya,dengan kehadiran si gadis yang istimewa itu telah berjaya menambat hati dan meluruhkan perasaannya.Dan dirinya berubah.Demi si gadis,supaya si gadis dapat menerima dirinya.Untuk percaya dirinya.Untuk cintainya.Bukan tebusan,tapi cinta.

Malangnya,anak buahnya sendiri telah menakutkan kekasihnya pada kejadian pagi tadi dengan menyasarkan senjata.Memang bermain dengan nyawa.

Ekspresi wajah Rayyan jelas menunjukkan ketegangan dan kemarahannya tidak terhingga.Darahnya berderau ke dada.Sabarnya hilang malah makin bertambah seraya melihat anak buahnya.Rayyan Evans yang merupakan boss besar mereka menjeling tajam orang kanannya iaitu Zulkilfi bersama dengan renungan Rayyan yang dingin.Matanya memandang tepat ke arah mata Zul yang penuh dengan kekesalan.Zul hanya mampu menundukkan kepalanya,bahunya merosot, bola matanya kosong bersisa kekesalan yang telah dirinya lakukan.Dia tahu,memang salah dirinya.

"Boss,aku minta maaf!"Zul yang terdiam dari tadi mula bersuara dengan kuat di hadapan bossnya.Kepalanya ditunduk sedikit tanda memohon maaf kepada Rayyan atas kesalahannya.Jantungnya berdebar debar hebat sekali.Harap semuanya akan baik semula.

"BOSS,MAAFKKAN KAMI! KAMI SALAH!"ucap anak buah Rayyan dengan serentak sambil menundukkan sikit tubuhnya setelah Zul berucap.
Rayyan hanya tersenyum sinis mendengar ucapan maaf dari anak buahnya.Ya,senyuman sinis yang bermaksud tersirat.Dia memalingkan wajah ke arah lain dan rahangnya mengeras,menahan amarah.Pistol ditangan kanannya sudah digengam dengan kuat sekali.Bila bila masa sahaja dia ingin menembak.

"Pandang aku, ZULKILFI! KAU TELAH BUAT AKU KECEWA,ZUL!"bentak Rayyan kuat sekali mengejutkan kesemua anak buah Rayyan termasuklah orang kanannya,Zulkilfi.Emosinya bercampur aduk geram,marah ,sedih dan kecewa terhadap orang kanannya yang setia dan disiplin itu.

Suasana menjadi sunyi dan tegang apabila Zulkilfi hanya membuat keputusan untuk mendiamkan diri sambil memandang wajah ketuanya.Jelas sekali wajah ketua besar memerah dan menunjukkan perasaan yang sangat kecewa terhadap dirinya.Sebagai orang kanan yang telah lama berkhidmat sejak dirinya berumur 20 tahun.Apatah lagi kini dia sudah telah mencecah umur 35 tahun,sudah lama dia berkhidmat dengan Rayyan.Namun,tidak pernah Rayyan memarahinya dengan teruk selama dirinya bertugas sebagai orang kanannya.Apakah kerana ianya menjadi serius kerna telah melibatkan Zahira,iaitu kekasih Rayyan dan keselamatan kekasihnya.

"Boss,aku minta maaf.Aku salah.Ampunkan kami,boss!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience