BAB 1 -PERTEMUAN PERTAMA

Romance Series 9046

SETELAH menempuh tiga jam dalam perjalanan, akhirnya mereka sampai di kampung yang di beri nama 'KAMPUNG SAWAH PADI'. Angin sepoi-sepoi menyambut Arin sebaik sahaja pintu kereta dibuka.

"Kita dah sampai, selamat datang ke Kampung Sawah Padi." Kata ayahnya girang.

Arin menanggalkan kaca mata hitamnya perlahan-lahan. Seketika matanya liar memandang sekeliling.

"Tempat apa ni?."

Di hadapannya sekarang berdirinya sebuah rumah kayu moden yang boleh di katakan mewah. Namun tetap saja tidak seperti rumah agamnya yang besar dan megah. Apatahlagi terlihat tahi ayam di merata tempat, membuatnya ingin lari dari tempat ini. Ini tidak seharusnya menjadi hukumannya. Jujur ia katakan, ini menyiksanya dari berada di penjara.

“Daddy tak serius kan?. Please daddy, Arin tak nak tinggal sini.” Merayunya.

"Keputusan daddy muktamad, ingat perjanjian kita."

“Daddy…” Arin mengeluh panjang. “You can’t just dump me here.”

Tuan Faiz menoleh padanya.

“Daddy tak buang kamu, Arin. Daddy nak kamu belajar hidup. Di sini, kamu akan kenal erti kerja keras. Hormat. Disiplin, dan daddy nak, Arin yang dulu kembali kepangkuan daddy. Tak nak Arin yang sekarang."

Arin memeluk tubuh.

“Disiplin?. Pleaselah daddy. This is not a prison.”

“Betul,” balas Tuan Faiz. “Tapi kalau kamu tak belajar di sini, dunia akan ajar kamu lebih keras nanti. Percaya daddy, dekat sini nanti lebih ketat dari penjara."

"What!?."

"Faiz." Sapa Pak Karim sambil menghulur tangannya untuk bersalaman.

"Karim." Dengan senang hati Faiz menyambut huluran tangan tersebut.

"Lama tak jumpa, apa kabar?. Sihat?."

"Alhamdulilah. Kau?."

"Aku macam nilah, hampir gila dengan perangai budak ni. Nasib baik aku kaya, kalau tak. Mungkin aku dah lama masuk hospital sakit jiwa." Perli Tuan Faiz, sambil menjeling ke arah anak perempuannya.

"Biasalah tu, anak perempuankan. Susah nak jaga."

"Eh, Tuan Faiz. Dah lama sampai?." Soal seorang wanita kira-kira 50 ke atas, datang menghampiri.

"Mina. Tak payahlah panggil aku Tuan. Macam dengan siapa jekan."

"Dah biasa. Ni mesti Arinkan. Cantiknya anak kau Faiz."

"Arin, salam Makcik Mina." Arah Tuan Faiz.

Acuh tak acuh, Arin menuruti arahan ayahnya. Tingkah Arin membuatkan Tuan Faiz menggelengkan kepala saja.

"Aku nak minta maaf atas nama Arin. Dia ni, makin hari, makin menjadi-jadi. Harap maklumlah."

"Eh, takpa. Aku faham. Mehlah masuk dalam. Panaskan. Sekali makcik tunjukkan bilik kamu." Pelawa Puan Mina.

Arin mengangguk. Mereka pun melangkah bersama.

“Aku singgah kejap je. Nak tengok keadaan dan pastikan semuanya okay."

"Kau jangan risaulah. Dekat sini selamat. Oh ya, kau masih single ke?."

"Mana sempat nak fikir tentang cinta. Arin dah cukup buat aku busy 24 jam."

"Anak muda katakan."

Seketika mata Arin menangkap wajah seorang lelaki yang berdiri di tepi tangga sepertinya sedang menyambut kedatangan mereka. Orangnya tegap, wajah tenang tapi dingin.

Kemeja lengan panjang yang digulung kemas menunjukkan dia baru pulang dari sesuatu yang formal. Langsung tidak ada sedikit pun senyuman pada bibirnya. Membuatkan Arin takut menatapnya.

Tuan Faiz perasan pandangan anaknya.

“Itu Ariyan. Anak Makcik Mina dan Pak Karim. Doktor kampung ni tau. Bukan hanya tu, dia juga ketua kampung ni. Hebat tak dia.” Kata Tuan Faiz berbisik.

Arin terkejut.

“Ketua kampung?. Muda lagi."

"Eh Yan, awal balik. Nak kemana?."

"Harini Yan setenggah hari sebab lepas ni ada pertemuan penting dengan seseorang."

"Oh... Kebetulan, ni Tuan Faiz dan Arin."

"Uncle..," sambil bersalaman dengan Tuan Faiz.

Pandangan Ariyan beralih menatap Arin.

"Ni ke budak degil tu?. Kenapa tak suntik mati je uncle?. Kan tak menyusahkan uncle."

"Apa cakap macam tu Yan, tak baik." Marah ayahnya.

"Maafkan anak kami Faiz. Mulut dia memang takda lesen."

"Faham."

"Eleh, cakap macam dia baik sangat. Muka-muka macam pakcik ni banyak dekat club tau. Depan bak ustaz, tapi belakang peluk perempuan juga. Pakcik ingat saya tak tahu."

"Pakcik?." Ulang Ariyan, sambil menatap kedua orang tuanya yang ketawa saja.

Mata Tuan Faiz membesar, segera memukul pundak anaknya untuk tidak terus bersuara.

"Jaga sikit mulut tempayan kau tu. Kalau kau mungkinlah, setiap hari tukar-tukar jantan. Kot-kot dah jadi sarang penyakit. Nak aku periksa?. Mana tahukan teruk, dah nak mati."

"Daddy...,"

"Sebaiknya kita naik ke atas, makcik dah sediakan teh dan kueh-mueh untuk kamu. Meh Arin." Puan Mina memotong sambil menarik tangan Arin untuk ikut dengannya, diikuti Tuan Faiz di belakang, sempat juga dia menjeling kearah Ariyan. Jujur ia katakan, dia kesal mendengarnya. Dia tahu, anaknya tidak semurah itu. Arin hanya suka berfoya-foya, bukan hobi suka bergonta-ganti lelaki.

Pak Karim menatap dengan penuh amarah pada anaknya.

"Tolong jaga mulut tu Ariyan. Ayah tahu kamu tak suka dia. Tapi dia tetamu kita. Jangan malukan ayah. Cepat minta maaf dekat Tuan Faiz. Kalau tak, ayah takkan biarkan kamu keluar malam ni." Pesan ayahnya lalu naik ke atas.

'Ai, aku yang salah?. Dia yang mulakan dulu. Agaknya mak ayah dah kena jampi kot dengan betina tu. Oi.' Kesalnya sambil berjalan malas mengikuti ayahnya.

SEKETIKA mata Arin liar memandang sekeliling bilik barunya yang kecil, dinding kayu, katil cukup-cukup untuk badannya, tidak ada aircon hanya kipas biasa. Cukup membuat dirinya ingin menangis. Tak lama selepas itu, Puan Mina muncul dengan segelas air suam.

“Kamu mandi dulu ya. Air perigi di belakang rumah. Segar sikit.”

Arin pantas menoleh kearah Puan Mina.

“Air perigi?.”

“Jangan risau. Bersih. Ariyan dah pasang sistem tapis juga. Percaya makcik. Kamu mesti suka."

Arin hanya mampu mengangguk. Dalam hati dia menjerit. Dia yang biasa mandi dengan air panas sekarang disuruh timba air dari perigi?. Ini bukan hidup. Ini siksaan.

Sementara di ruang tamu, Tuan Faiz berbual seketika dengan Ariyan dan Pak Karim, sebelum pulang ke bandar.

"Maafkan saya uncle tentang tadi, saya tak sepatutnya cakap macam tu."

"Uncle faham kenapa kamu cakap macam tu, sebab kamu tengok kehidupan Arin yang bebaskan. Tapi percayalah, Arin tak buat semua tu. Dia hanya suka berfoya-foya habiskan duit, pulang lewat malam. Why Uncle tahu?. Sebab uncle kenal anak uncle. Dia hanya kesepian. Dia takkan buat sesuatu yang merugikan diri sendiri." Ujar Tuan Faiz sedikit emosi. "Tapi uncle percaya, tempat ni boleh bantu dia berubah.”

Ariyan bersandar pada kerusi.

“Kalau dia sanggup hadap kenyataan, kami pun sanggup bimbing. Tapi kalau dia nak bawa perangai lama, saya takkan bagi muka. Uncle tak kisahkan?."

Tuan Faiz tersenyum.

“Itu yang uncle harapkan dari kamu. Tapi, jangan gunakan kekerasan. Dalam dunia ni, uncle hanya ada dia."

"Kau jangan risaulah. Anak kau selamat dengan kami."

"Terima kasih sebelumnya."

Seketika mata Ariyan memandang ke arah tangga. Langkah Arin yang menghentak lantai rumah kayu cukup jelas. Matanya masih penuh ketegangan.

“Jangan ingat saya ni budak yang boleh pakcik arah-arahkan sesuka hati pakcik. Saya bukan robot. Kalau pakcik mungkinlah, sesuai jadi robot saya."

Suasana tiba-tiba senyap. Pak Karim dan Tuan Faiz menoleh,.

“Aku bukan nak arahkan sesiapa. Tapi kalau kau datang sini, dengan niat nak berubah kau kena ikut cara tempat ni. Kalau tak, baik keluar dari rumah ni.”

“Trust me, kalau saya ada pilihan, saya dah lama blah.”

“Jadi buat cara orang takda pilihan. Duduk diam, belajar, dan jangan susahkan orang. Dekat sini bukan bandar. Ingat tu."

"Tengoklah kalau saya ingat, maklumlahkan otak satu. Ala satu, bercabang lagitu."

"Dah Arin. Budak nikan, tak kira tempat. Ada saja jawapannya."

"Dah pakcik ni yang mulakan dulu."

Tuan Faiz pun berdiri.

"Sekarang dah nak dekat tengah hari, sebaiknya papa minta diri dulu."

"Ai dah nak pergi ke?."

"Aku dah tengok keadaan rumah ni, aku percaya Arin selamat dekat sini."

"Daddy...,"

"Sayang daddy, tak lama sayang. Kalau kamu berubah secepatnya. Daddy datang jemput. Oh ya, sesuai dengan janji kita. Papa akan turuti semua kemahuan kamu. Ok?."

"Ok." Pasrahnya.

"Good girl. Meh sini anak daddy, paling daddy sayang ni." Lantas di peluk erat tubuh anak kesayangannya.

"Sayang daddy juga."

"Jangan nakal-nakal ya sayang. Dengar cakap abang Ariyan, makcik Mina dan Pak Karim. Oh ya," lalu mendekat di telinga anaknya. "Jangan jatuh cinta pulak dekat Pakcik Ariyan."

“Eee… bukan taste Arinlah, Daddy. Garang semacam. Dah macam harimau. Tua pula tu.”

Ketawa Tuan Faiz pecah.

"Ai, gosipkan apa dua beranak ni?." Soal Pak Karim.

“Takda apa. Rahsia negara,” jawab Tuan Faiz berseloroh, masih tergelak. “Jadi saya pergi dulu. Tolong jaga anak saya ni. Kalau boleh, didik sampai lunak sikit hati dia tu." Suara Tuan Faiz sudah mula menurun nadanya. Ada sedikit berat hati untuk berpisah, namun dia tahu ini yang terbaik.

"Sudah tentu. Arin dah aku anggap anak sendiri."

"Baguslah kalau macam tu. Lega hati ni dengar. So, aku minta diri dulu. Kalau ada apa-apa nanti, bagitahu aku."

"Baiklah."

"Assalamualaikum." Pamitnya lalu melangkah pergi.

"Waalaikumsalam."

"I love you." Sambil melambaikan tangannya.

"I love you more sayang." Jawab Tuan Faiz dari kejauhan, sambil masuk ke dalam kereta, lalu menutup pintu.

Arin hanya mampu memandang dari kejauhan, apabila kereta ayahnya meluncur pergi.

"Kesiannya dia, kena halau dengan ayah sendiri. Tulah bertingkah sangat. Padan muka."

"Siapa cakap saya kena halau. Saya just bercuti. Pakcik dengar sini, bermula harini. Saya bertekad akan buktikan dekat daddy yang saya boleh berubah, dan pergi dari sini secepat mungkin. Daripada lama-lama dekat sini, bosan." Lawan Arin.

"Kalau bosan, pergilah dari sini. Aku pun tak sudi ada tetamu tak tahu diri macam kamu. Ala degil, pendek lagitu."

"Apa!?."

"Dah, dah. Jangan gaduh-gaduh, nanti berjodoh pula." Usik Puan Mina.

"Tak sudi." Kata mereka serentak, lalu melangkah pergi ke tujuan masing-masing.

"Ai, pergi macam tu je."

"Awak tulah, dah tahu anak-anak kita tak berapa nak ngam. Boleh pulak usik mereka berjodohan pulak."

"Orang main-main je, tu pun nak ambil hati."

"Dah, pergi siapkan makan malam. Mesti budak-budak tu dah lapar."

"Ok. Ni, tolong saya belikan ayam. Arin mesti tak makan sayur kampungkan."

"Tak payah. Biar dia belajar cara kampung. Makan makanan kampung. Ingat tujuan dia datang sini. Nak berubah. Bukan mengalakkan dia."

"Betul juga. Kalau macam tu, saya masak apa yang ada jelah."

"Mehlah abang tolong."

"Boleh juga."

Puan Mina dan Pak Karim pun melangkah bersama-sama ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience