Yusoff belum mahu munculkan diri. Dia mahu dengar lebih banyak. Kalau mungkin Yunus mahu berahsia sebab musabab perangai peliknya, dia sudah tahu asas cerita untuk menempelak dan memaksa Yunus berterus-terang.
"Baik kau lepaskan aku! Kalau dia orang sampai, teruk kau nanti! Jangan cakap aku tak bagitau!".
"Kurang ajar! Kau tipu aku! Kau rompak aku! Sekarang kau nak ugut aku!".
"Kau yang bodoh! Kau yang gatal! Apa salah aku pulak!?"
"B@bi! Kau tipu aku!".
Sebuah kenderaan pacuan empat roda lalu laju di jalan pakir. Yusoff fikir Yunus akan beralah kerana sudah ada orang akan menyaksikan dramanya, tapi tidak. Yunus tetap cuba mengheret perempuan yang berpakaian daring itu untuk ke keretanya.
Yusoff fikir Yunus mahu membawa perempuan itu pergi dari kawasan hotel ini. Mungkin berbincang di tempat lain atau... Allah! janganlah Yunus terfikir untuk bertindak di luar kawalan kerana sedang marah.
Dia kena rancang sesuatu! Apa ya?...
Oh! Mungkin dia biar Yunus bawa perempuan itu masuk ke dalam kereta kemudian dia menyelinap segera sebelum kereta bergerak pergi jadi dia tidak perlu bertekak atau bersoal jawab dengan Yunus.
"Hoi!"
Bukan pergelutan Yunus dan perempuan itu sahaja terhenti, Yusoff di belakang pacuan empat roda ikut terkujat.
Tiga orang lelaki berbadan sebesar badannya dan Yunus datang mendekat. Mungkin mahu meleraikan masalah Yunus dan perempuan itu.
Mungkin tidak...
Kerana perempuan itu terus berlari mendakap salah seorang lelaki bertiga itu lalu keduanya saling berpelukan erat memandang Yunus.
"Kau memang betina si@l!".
"Kau tipu aku!".
Jerit Yunus kuat ke arah mereka dan mereka sekadar mentertawakan Yunus berdekah-dekah.
"Kau bagi lagi RM50K kes ni settled!".
"Kalau tak aku viralkan perangai kau bomohkan bini orang bawak lari."
"Kau orang bisnes. Ramai orang kenal kau kat Perak ni."
"Dengan adik kau yang kaya tu sekali malu nanti!".
"Korang memang si@l. Perompak! tipu aku!".
Yunus yang menjerit kuat langsung menerpa ke arah kumpulan mereka dan menendang lelaki yang bercakap.
Dua lelaki yang lain bertindak balas meluru ke arah Yunus lalu menarik dan memiuh tangan Yunus ke belakang. Yunus dilutut di perut oleh salah seorang dari dua lelaki itu menyebabkan Yunus terhempas ke pintu kenderaan pacuan empat roda.
Kunci kereta, sebatang pen dan beberapa keping duit syiling Yunus terpelanting dan bertaburan sekitar kaki Yusoff. Segera Yusoff kutip kunci kereta dan munculkan diri dari belakang pacuan empat roda.
Menolong membangunkan Yunus yang sudah duduk tersandar di tayar kereta. Yunus nampak terkejut ketika dia memapah abangnya itu berdiri.
"Kau buat apa kat sini!?".
"Saja... rindu kau."
Jawab Yusoff berbisik.
"Ooo... Baby! Ni adik dia yang kaya tu ke?".
Soal lelaki yang memeluk perempuan itu. Yusoff menoleh, mereka saling kenalkah?.
Dan...
Oh tidak!!!
Yusoff pandang kepada Yunus dan perempuan itu silih berganti. Terkejut yang amat. Yunus sudah berpaling muka, sesal.
"50K! Kalau tidak aku viralkan kau kacau bini aku!".
Jerit lelaki itu sekali lagi dan semakin mendekati mereka berdua. Yunus yang sudah berdiri tegak tiba-tiba meluru dan menghentak kepala lelaki itu dengan lengannya.
Lelaki itu terundur ke belakang. Maju semula dan tanpa menunggu ketiga mereka menyerang semula Yunus dan Yusoff dari segenap arah.
Yunus dan Yusoff melawan sedaya upaya mereka. Terdengar jeritan dari orang awam yang mula ramai di kawasan itu supaya mereka berhenti berlawan. Namun tiada siapa yang mahu. Semuanya bagai lembu naik minyak.
Masing-masing sudah berlumuran darah dari mulut hidung dan muka yang luka. Lebam di sana-sini tubuh badan namun masih juga berlawan.
Tiba-tiba, salah seorang dari mereka mengambil kon pakir jalan berdekatan di situ dan menghempuk kepala Yunus.
Yunus jatuh terlentang di atas keras jalan. Darah terbit banyak dari luka di kepala dan Yusoff nampak lelaki itu cuba menghentak sekali lagi. Yusoff panik melihat darah Yunus yang banyak.
Yusoff tarik Yunus. Membuka pintu kereta Yunus lalu menolak abangnya masuk ke dalam kereta. Dalam pada berlawan dengan serangan bertubi-tubi dapat juga Yusoff masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin dan memandu pergi.
Ketiga mereka sudah gila atau dendam yang entah bagaimana, mengejar kereta Yunus yang Yusoff pandu. Yusoff mahu memandu ke balai polis berdekatan malangnya dia tidak mahir jalan di bandar Ipoh.
Yusoff pandu laju ke arah kampungnya di Parit. Pada fikiran Yusoff dia tidak boleh berhenti selagi bukan di balai polis. Bimbang melibatkan orang awam yang lain.
Sekarang Yusoff rasa masalah Yunus memang besar sehingga mereka bertiga berdendam sebegini teruk dengan Yunus.
Kereta mereka yang semakin dekat menghimpit kereta Yusoff pandu lalu Yusoff terbabas masuk ke kawasan ladang sawit di kiri jalan. Tiada cara lain, Yusoff terus sahaja memandu di dalam kawasan ladang.
Hari semakin petang menuju senja kerana di dalam kawasan ladang sawit sudah gelap dipayungi dedaun pokok kelapa sawit. Yusoff fikir dia tidak boleh memandu cara begini.
Ketika dia sudah tidak nampak kereta yang mengejar, Yusoff memandu masuk ke dalam kawasan pokok sawit hingga ke hujung ladang sampai kereta tidak boleh bergerak lagi kerana jurang di hadapannya.
Mudah-mudahan kereta yang mengejar tidak terfikir dia menyorok di sini. Mujur kereta Yunus berwarna gelap.
Yusoff menarik nafas panjang dan lepas perlahan. Rasa semput yang amat. Menoleh kepada Yunus yang juga termengah-mengah seperti dia. Muka penuh dengan darah dari luka di kepala.
Hmmm...
Yusoff mengeluh. Sakit hati pun ya juga. Kalau budak... kalau Yunus itu adik sudah lama dia tangankan Yunus bagi puas hati.
Memeriksa seketika kepala Yunus yang cedera. Luka tidak dalam tapi kulit kepala Yunus luas tersiat. Yusoff ragut tisu dari kotak dan lekap di luka kepala Yunus. Menyuruh Yunus menahan dengan tangannya sendiri.
Yusoff keluarkan telefon bimbit. Berderet panggilan masuk dari Khaleeda, May Rose dan Paan. Pesanan wasap dari mereka bertanya dia di mana.
Untuk mengelakkan isteri-isterinya dan Khalisya kerisauan Yusoff jawab pesanan mengatakan dia okay dan bersama dengan Yunus untuk beberapa urusan.
Kemudian menelefon Paan. Panggilan bersambung, tapi talian tidak jelas.
"Yus! Yus! Kau kat mana!?".
"Ada orang cakap aku, kau dengan Ayun kena serang... betul ke!?".
Sebaik Yusoff menjawab panggilan Paan sudah terjerit bertanya.
"Ya An."
"Tolong An cari aku. Aku pun tak tau dekat mana ni. Dalam ladang sawit belah kiri nak ke Parit."
"Tapi aku tak tau kat mana ni. Dah ke dalam sangat aku menyorok"
"Dia orang kejar tadi. Tapi dah tak nampak. Aku risau nak keluar. Mana tau dia orang tunggu."
"Share location Yus."
"Okay."
Yusoff matikan panggilan dan menghantar lokasi dia berada dengan google map. Talian tidak berapa baik, harap pesanan sampai kepada Paan.
"Kau baik cerita betul dengan aku Yun."
Yusoff soal sebagai ayat mula. Sebenarnya malas mahu bercakap. Sakit hati tengok orang membodohkan diri sendiri. Otak mana otak?.
Malangnya di sebelahnya ini abang kandungnya. Dia sayang Yunus walau menyakitkan hati. Melihat Yunus yang berlumuran darah lagilah dia jadi kasihan. Dia sendiri sudah pecah bibir dan muka.
Yunus di sebelah duduk tegak menghadap pokok-pokok sawit yang sudah nampak hitam kerana cuaca sudah beransur senja.
"Cuba kau cerita dari mula Yun. Kau kalau menasihatkan aku... kalau mengingatkan... tak cukup sekali. Kenapa tak pakai ayat tu kat kau sendiri?".
Yusoff sudah mahu emosi. Geram sungguh dia.
"Dia wasap aku. Tak tau mana dia dapat nombor. Nak kata Abah dengan Mama... dia orang pun dah lama tak jumpa dia."
"Kau kan kebal, tak kan wasap terus cair".
Sindir Yusoff. Masih geram mengingat setiap amaran dan peringatan Yunus supaya tidak mencari dan melayan Khaleeda.
Salah satu punca dia jadi tidak tahu bertapa merana hidup isteri dan anaknya Khalisya. Sedih!.
"Mula tu aku setuju jumpa sebab saja nak menunjuk hidup aku sekarang... manalah aku tau hati aku boleh kalah."
"Kau jumpa kat mana? bila?".
"KL... Empat lima bulan lepas. Tak ingat..."
"Lepas tu? kau melayan?".
"Dia kata nak jumpa Burhan. Dia dah dapat kerja dekat Taiping. Kerja hotel. Dia kata dah berubah. Nak minta tolong aku elokkan hubungan dia dengan mama dan abah."
"Tak kan mama dengan abah tak cerita kat kau apa-apa?".
"Dia tak bagi cakap dulu. Dia cakap nak surprisekan dia orang, aku dengan dia dah baik. Dalam pada tu dia goda aku. Aku pun tak tau la Yus nak cakap macam mana... tiba-tiba aje aku setuju nak rujuk dengan dia."
"Rujuk!?"
"Bukan lelaki tu kata...?"
Astaghfirullah hal Azim!
Kau biar betul Yun!
"Kau nikah kat mana!? Bini orang tu kan!?".
"Songkhla..."
Pelik, pelik...
Nak rujuk, nikah dekat Songkhla!?.
Tak kan lah Yunus tak syak apa-apa.
"Dia kan pandai berkata-kata, pandai menggoda... dah kurus, cantik pulak tu."
Eh, eh, eh...
Kalau aku tangankan Yunus ni jadi elok selamanya agaknya. Rasa nak mengamuk pulak!.
"Aku tak boleh nak faham, kenapa kau nak rujuk kena nikah dekat Songkhla, dan mama dengan abah tak tau!?".
"Songkhla tak mintak dokumen ke!?".
Yunus dari berbaring cuba tegakkan kerusi untuk duduk dengan susah payah. Yusoff tiada hati mahu menolong.
Kali ni dia akan biarkan Yunus. Kalau Yunus memperbodohkan diri sekali lagi tidaklah Yusoff sesakit hati seperti sekarang!.
"Kan aku cakap, dia cakap nak surprisekan mama dengan abah, aku dengan dia dah berbaik."
"Dokumen semua lengkap. Surat cerai mana dia guna aku tak tau."
Yusoff rasa mahu terajang Yunus biar terpelanting keluar kereta. Nasib baik kau abang la Yun!.
"Still aku tak faham! Kenapa mesti dekat Songkhla!? Kenapa!?. Tak kan kau tak boleh berfikir!?".
"Kalau rujuk, kau duda dia janda, kenapa dekat Songkhla!?".
Yunus buat muka toye. Untuk tujuh tahun dengan pelbagai kisah dia terpaksa harung berpunca dari makhluk Allah dua orang ini... mendidih sungguh rasa hati Yusoff.
Lebih-lebih lagi mengingat cerita Khalisya sepanjang tujuh tahun ini mahu makan pun terpaksa Khaleeda berkais pagi dan petang.
Lebih sakit hati selama ini dia memujuk diri berkuat hati kerana nasihat dari Yunus yang Khaleeda itu bukan perempuan baik untuk ralat ditinggal pergi.
Arghhhhhhh!!!
Bodoh betul dia jadi suami dan ayah yang tidak bertanggungjawab!.
"Aku tak sengaja. Lagipun dia mak Burhan. Aku fikir apalah salahnya. Aku fikir sebab anak."
"Ini alasan yang sama kau beri aku lapan tahun lepas! Sampai aku jadi pak sanggup untuk selesaikan masalah kau!".
"Mana pulak alasan kau yang kata kalau aku tolong kau masa tu kau akan tinggalkan terus dia dan bina hidup baru yang lebih baik!?".
"Aku buat kan! Aku tinggalkan dia kan! Manalah aku nak tau dia tipu aku lagi!".
Berasap kepala Yusoff dengan jawapan Yunus.
Sabar Sop!
Makhluk Allah depan kau ni satu-satunya saudara sedarah-sedaging yang kau ada. Lagipun kasihan Yunus, dia kan tak berapa cerdik. Sebab tu dua kali dibodohkan seteruknya oleh orang yang sama.
"Berapa kau rugi?".
Yunus kusal-kusal rambut yang sudah sedia serabut menjadi bertambah serabut dengan darah lagi. Kemudian hempas badan menyandar ke belakang sofa.
"Lima puluh."
"Ringgit?".
Sengaja mahu menyakitkan hati Yunus.
"Ribu."
Lurus pula Yunus menjawab. Pasrah agaknya.
"Haha..."
"Duit restoran dengan kolam?".
Yunus toleh kepada Yusoff. Mengangguk tapi tak berapa nampak mengangguk. Yusoff ketawa dan sengaja berbunyi mengejek.
"Tak payahlah nak sakitkan hati aku."
Yunus bercakap sebal. Sudah mula terbakar.
"Anggap ajelah bukan rezeki kau. Dulu pun sepatutnya bukan rezeki kau tapi kau guna."
Yunus yang duduk menyandar dan memejam mata sudah duduk tegak merenung wajah Yusoff.
"Apa kau cakap ni?".
"Kau tak bagi Dida kan duit yang aku mintak tolong kau bagi dia lepas aku fly pergi France."
"Aku..."
Yunus terkulat-kulat hendak menjawab.
"Aku dah tau semua Yun..."
"Kau ugut Di jangan kacau aku walaupun kau tau aku sayang gila pada Di."
"Di call mintak tolong, kau block call dia."
"Semua aku baru tau..."
Yusoff mahu bercakap lagi untuk melepaskan rasa sakit hatinya dengan mengungkit segala pengorbanan dia untuk menyelamatkan Yunus sebelum ini.
Tapi... dia rasa semua itu sudah tidak perlu sekarang. Mungkin bukan sekarang dalam keadaan mereka berdua begini. Mungkin kemudian jika Yunus buat perangai lagi selepas ini.
Cerita dia dengan Khaleeda sudah ditakdirkan berturutan dengan Yunus. Cerita dia dan Khaleeda harus berlaku selepas cerita Yunus.
Dia tidak boleh menidakkan jika bukan kerana takdir cerita Yunus dia mungkin tidak berjodoh dengan Khaleeda yang dia cintai sedalamnya seperti sekarang ini.
Jika bukan kerana Yunus yang berkeras mahu dia sambung belajar ke Perancis dia mungkin tidak seberjaya sekarang.
Takdir cinta dia dan Khaleeda sudah tertulis begitu walau dia ralat bagaimana sekalipun.
"Aku minta maaf Yus. Aku..."
Yusoff toleh ke belakang. Mengharap ada kereta Paan sudah tiba menyelamatkan dia dan Yunus.
"Dia orang semua tu siapa?".
Yusoff beralah. Malas, dan dia sayangkan Yunus. Dia dan Yunus sama. Hanya manusia biasa yang akan diuji dan terus diuji selagi nyawa tidak berpisah dari badan.
"Laki dia. Ugut nak viralkan aku ganggu rumah tangga dia orang."
"Suruh aku bagi lagi 50K untuk tutup kes."
"Tolong aku Yus..."
Hah!
Yusoff menjerit di dalam hati. Yunus, Yunus.
"Nak tolong macam mana? yang kau kahwin dengan bini orang tu kenapa!?".
"Dia cakap dia dah janda! Dia tipu aku! Sebulan lepas, mama dengan abah datang tanya aku kenapa boleh jadi macam ni...?".
"Baru aku tau dia dah gamekan aku. Sebab tu cakap dengan aku jangan cerita dengan mama dan abah!".
"Aku rasa dia pakat dengan laki dia kenakan aku!".
Hebat betullah si Wati. Ilmu apa dia pakai boleh bodohkan si Yunus sampai macam ni. Berkali-kali bodohkan Yunus. Dah makan nasi kang...
Uwekkk!!!
Mengeleman tekak Yusoff membayangkan.
"Nantilah, kalau kita selamat keluar ni aku tolong carikan lawyer."
"Aku balik ni sepatutnya bawak family aku jalan-jalan."
"Family?".
Perkataan lawyer tak menarik perhatian Yunus. Perkataan family itu lebih kedengaran elok di telinganya agaknya.
"Yelah... Di, May, Sya, mak mertua aku."
"Kau dengan Di dah berbaik?".
"Kenapa tak boleh!?"
"Di layan aku macam raja. Tak pernah melawan aku."
"Hidup susah sebab kau tak amanah pun tetap jaga anak aku baik-baik."
"Kau tau tak Khalisya tu sebenarnya anak aku!?."
Yusoff meradang di soal begitu oleh Yunus. Terbakar sungguh Yunus masih berani bertanya begitu dengan nada begitu tentang Khaleeda.
"Bukan..."
"Aku nak cakap....baguslah. Aku nak minta tolong kau cakap Di, aku minta maaf sebab pisahkan kau dengan dia dulu."
"Aku..."
Ayat Yunus terhenti. Sebuah pacuan empat roda masuk ke dalam kawasan pokok sawit mereka bersembunyi.
Allah!!!
Itu mereka. Madu Yunus!.
Pacuan empat roda meluru dari belakang menghentam belakang kereta Yunus. Kereta terdorong ke hadapan. Di hadapan mereka jurang. Sekali lagi hentaman kereta mereka terus terjunam masuk ke dalam jurang.
@@@@@@@
Bunyi berdesing kuat kedengaran di telinga. Yusoff buka mata tapi penglihatan terhad kerana gelap senja dan asap di dalam kereta yang sudah terbalik.
Kedudukan dia sekarang terpeleot di tempat duduk pemandu. Dapat dia rasakan kaca bertaburan di sekitarnya.
Yusoff cuba renggangkan badan mencari ruang. Agak-agak kemas, Yusoff tendang tingkap kereta dan cermin yang sudah retak terus bederai pecah.
Yusoff merangkak keluar kemudian berpusing kereta mahu pergi kepada Yunus. Pintu kereta Yunus sudah tertanggal dan menghimpit ke dalam kereta bermakna menghimpit Yunus juga.
Yusoff cuba tarik pintu kereta. Jenuh dan bertungkus-lumus dalam keadaan gelap, sakit dan terbatas tenaga dan pergerakkan.
Yusoff tahu keadaan semakin genting kerana dia sudah terbau petrol yang bocor dan tumpah. Walau bagaimana sekalipun dia mesti selamatkan Yunus.
Yusoff tarik Yunus keluar dengan susah payah. Tarik dan tarik lagi sampai Yunus keluar dari badan kereta yang remuk dan terbalik.
Yusoff heret Yunus, cuba menjauh dari kereta. Tanpa Yusoff sangka kerana dia sudah lelah yang amat...
'KEBABOMMM!!!'
mne2 jurunikah pn akan minta surat cerai atau surat mati suami jika pengantin perempuan berstatus janda. sekadar pemberitahuan jika tk faham situasi mslh nikah Yunus. Ari ni up awal sb esok bab last. tk sanggup rse nk berpisah dgn kwn2 di bacdh. bertahan ye sume utk bab last esok. terima kasih kesygn sume ikut rapat cite ni. Komen uoll sgtlah membantu dan membina utk Sy terus menulis. rse seronok sgt. terima kasih Komen, donate dan mse yg diluangkn utk penulis gred Z mcm Sy. syg uoll
Share this novel
huhuhu.....sedihnya esok bab last. semoga ade baby baru menyusul ye author.