Bab 3

Romance Series 1598

HERA melangkah semula ke meja makannya sambil memproses hasil daripada kejadian yang baru terjadi tadi. Adakah semua tu terjadi sebab dia mabuk makan daging? Tak, tak… Mana ada orang mabuk sebab makan daging!

Tapi kejadian tadi berulang-ulang dalam kepala Hera sampailah Fayra sambut tangan Hera dan tepuk bahunya perlahan. Dengan muka yang bersimpati, Fayra cakap, "Janganlah sedih sangat, Ra. Bukan senang nak dapat lelaki yang tinggi, kaya, dan kacak. Kau pun dah cuba yang ter-"

"Bukan… Dia… dia suruh aku datang pejabat agama esok pagi," Hera memotong dengan wajah yang kosong dan keliru.

Fayra senyap tidak bersuara untuk beberapa saat. Tapi kemudian, dia terus tergelak sakan. "Oh, ye ke?! Tahniah! Kau akan ada anak buah malaun macam Qif!"

Hera mencebik. "Kau rasa betul ke apa yang dia cakap tadi tu?"

Fayra terus mencubit lembut pipi Hera. "Hah… Why not? Please la, Hera. Muka kau ni innocent and pure, boleh kalahkan mana-mana pelakon yang kau fikirkan. Kalau aku lelaki, mungkin aku yang gila ajak kau kahwin lepas tengok muka kau. Okay, jom makan untuk raikan perkahwinan kau esok!"

Hera berkelip, menghitung berapa banyak pinggan kosong yang bertambah dan macam mana kuah hotpot pun dah semakin surut dibedal Fayra semasa dia dengan lelaki tadi. Tapi baru sekarang dia rasa macam dah tak boleh nak tengok daging. Dia dah terlalu kenyang.

DALAM pada masa yang sama, sebuah Bentley Bentayga perlahan-lahan berhenti depan restoran.

Pekerja valet bukakan pintu, dan Hazriel terus masuk ke tempat duduk belakang. Dia longgarkan dua butang baju sambil bersandar malas pada tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. "Bukan ke aku cakap jangan nampak nak tarik perhatian orang?"

Hamdan menjawab dengan penuh sopan, "Saya dah ambil kereta paling murah yang keluarga Tuan ada."

Hazriel berkerut sedikit. "Ada yang tau ke aku ada dekat mana sekarang?"

"Tak ada sesiapa yang tau kecuali Puan Tua sahaja."

Wajah Hazriel kembali tenang. Jadi betullah perempuan tadi itu muncul atas dasar kebetulan sahaja. "Aku nak kau investigate siapa perempuan tu. Aku nak maklumat tu ada sebelum pukul lima pagi esok."

CAHAYA matahari menyelinap melalui celah-celah langsir.

Hera yang sedang lena tertidur terus terjaga disebabkan bunyi bising dari luar bilik.

Bila dia nak duduk, pintu bilik dibuka dan Aqeef pegang tombol dari luar sebelum melangkah masuk ke bilik itu.

Fayra yang ikut masuk dari belakang terus menjerkah, "Hei, tak guna! Ni rumah aku! Kau dah dikira pecah masuk rumah aku!"

"Jadi betullah awak ada dekat sini." Mata Aqeef tajam memerhatikan wajah Hera yang matanya merah dan rambut serabut selepas bangun tidur.

Hera yang tadinya mamai terus terjaga sepenuhnya. Wajahnya nampak muram dan matanya kosong.

"Ugh… cakaplah korang berdua. Kau, lepas habis cakap, keluar." Fayra jeling Aqeef sebelum membuka langkah keluar dan tutup pintu bilik itu.

Keadaan rumah yang bising tadi terus berubah sunyi. Aqeef duduk tepi katil, menghulurkan tangannya untuk perbetulkan rambut Hera.

Tapi Hera menjauhkan diri. Pandangannya penuh dengan kebencian. "Rheya tau ke yang kau datang sini?"

Wajah Aqeef berubah kaku. Tangannya yang hendak dihulurkan tadi digepal dan diturunkan semula ke pehanya. "Hera, saya rasa awak tak tau yang... keluarga awak dah decide nak bagi Rheya lapan puluh peratus dari saham syarikat."

Hera tergamam dan matanya membulat. Lidahnya kelu. "Tipu..."

"Saya tak tipu. Benda betul, Hera. Daddy awak yang umumkan benda ni."

Hera terdiam sejenak. Tapi kemudian, semuanya mula masuk akal.

Dia angkat pandangannya, memandang ke arah wajah lelaki yang pernah memiliki hatinya. Air mata mula berguguran. "So sebab tulah awak tinggalkan saya dan pilih untuk kahwin dengan Rheya, kan?"

Aqeef genggam tangan Hera dengan erat. "Tak, Hera, ni bukan untuk selamanya. Saya baru bertunang dengan dia je, belum kahwin lagi. Plan untuk kita kahwin bukannya saya buang terus. Lagipun awak pun tau yang daddy saya ada anak dengan perempuan lain. Kalau saya tak buat macam ni, saya tak boleh nak bertanding. Sayang, saya nak awak hidup senang je dengan saya…"

"Ah! Munafik!"

Hera rentap semula tangannya dari Aqeef dan mendengus. "Kau pun baru dua puluh lima tahun. Kalau kau tak dapat apa-apa daripada family kau, bukannya kau tak boleh nak start business sendiri! Apa mentality kau ni?!"

"Awak naif sangat, Hera." Aqeef perlahan-lahan berdiri, suaranya perlahan. "Tak semua yang kita rancang boleh terus dapat. Background family saya bukan biasa-biasa."

Hera mendengus sekali lagi. Sepatah pun dia tidak menjawab. Dalam kepalanya, dia tetap rasa semua ini tidak logik.

Sunyi. Aqeef mengeluh perlahan. "Bagi saya masa tiga tahun. Awak pun muda lagi. Awak boleh tunggu saya."

Hampir gila Hera mendengar permintaan Aqeef.

Ah, ada hati dia nak suruh Hera buat ikut suka dia lepas apa yang dia dah buat dekat Hera? Dengan yakinnya dia suruh Hera simpan diri sendiri untuk tiga tahun, hanya untuk tunggu lelaki keparat gila harta macam Aqeef?

"Kau ingat aku ni bodoh ke? Kau sanggup tunang dengan Rheya sebab kejarkan harta je. Kalau lepas ni dia dapat banyak lagi harta, kau nak kata apa? Claim yang kau memang dah lama cintakan dia?! Tolonglah. Berambus. Aku tak nak tengok muka kau lagi!"

"Hera, sampai masanya nanti, awak akan faham yang cinta saya dekat awak ikhlas. Awak boleh nak marahkan saya, Tapi janganlah makan benda yang tak sihat banyak sangat. Makan hotpot banyak-banyak boleh buat awak sakit nanti."

Hera dah malas nak layan. Lepas apa yang Aqeef dah buat dekat dia, berani lagi dia nak bagi nasihat dekat Hera? Eloklah lelaki tu pergi. Serabut otak dan pandangan sahaja.

Bila dengar pintu ditutup, Hera lemparkan bantal ke dinding. Matanya tampak kemerahan. Dia duduk senyap sekejap sebelum pakai baju dan berlari keluar dan berjumpa dengan Fayra.

"Dia dah blah tu. Takkanlah kau nak kejar bangang tu lagi?" soal Fayra yang menahan Hera yang hendak berlari keluar dari rumah.

Hera menarik nafas dalam. Giginya diketap kuat. "Aku dah janji dengan lelaki tu yang aku nak jumpa dengan dia dekat pejabat agama!"

Fayra ternganga. "Kau percaya ke dengan apa yang lelaki tu cakap?"

"Semalam kau yang beriya yakinkan aku."

Fayra menggaru kepala. "Erm… I guess sebab heat of the moment je kut…"

"Macam mana kalau dia serius?" Hera tolak Fayra ke tepi dan terus berlari keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience