"Sya..."
"Ya"
Anak yang sedang menjilat aiskrim itu mendongak memandang Yusoff. Comelnya, agaknya rupa Khaleeda masa kecil macam ini. Yusoff tersenyum.
Cuma anak ini tinggi. Untuk anak seusianya Khalisya dalam kategori tinggi. Tidak mengikut ibunya, tinggi seperti... bapanya. Hmmm...
"Ya ayah?".
"Hah?".
"Ayah panggil Sya kenapa? Ayah nak sikit ke?".
Khalisya sua aiskrim kon yang sudah menyusut.
"Nah! Ayah nak tak?. Nanti habis."
Semakin dekat Khalisya menyua kon aiskrim di tangan rapat ke bibir Yusoff.
"Tak..."
Yusoff tersenyum lagi. Khalisya kembali menyambung menjilat aiskrim, ralit. Sedap sangat agaknya. Yusoff sudah jatuh sayang pada Khalisya.
Kalaulah ini anak dia dan Khaleeda. Alangkah indahnya dunia ini.
Patutkah dia bertanya anak ini di mana ayah kandungnya?. Mungkinkah Khaleeda pernah bercerita pada anak ini tentang ayah kandungnya?
Mustahil tidak kan.
Bagaimana pula jika tidak pernah?. Nanti kasihan pula sudah mencarik hati anak comel ini.
Ringan sangat mulutnya dari tadi mahu mengorek cerita dari Khalisya tapi dia bimbang menjemput sedih anak ini.
Tidak pernah sekali dia mendengar dari mulut Khaleeda atau Khalisya bercakap tentang sosok si ayah.
Mungkin bagus juga jika Khaleeda tidak pernah bercerita kepada Khalisya tentang si ayah, biar dia sahaja anak ini kenal sebagai watak ayah di dalam hidupnya. Dia seikhlasnya sayangkan Khalisya!.
Jika dia bertanya Khaleeda dia bimbang akan mengasari perempuan itu.
Sekarang saja dia kerap kali berkasar hanya kerana fikiran bukan-bukan tentang Khaleeda dan hidupnya sepanjang tujuh tahun dia tiada.
Bayangkan jika dia bertanya dan Khaleeda bercerita sesuatu yang dia tidak sanggup dengar.? Argh!
"Sya..."
Khalisya menoleh lagi. Kali ini dengan memek muka yang lucu kerana pelik dia kerap memanggil namanya.
"Ayah okay?".
"Okay..."
"Ayah nak tanya apa?".
"Ermm, dulu... kalau Ibu kerja malam Sya tinggal dengan siapa?".
"Kerja malam? Ibu mana pernah kerja malam."
Aik! macam mana Khaleeda buat sampai anak ini tidak sedar dia keluar bekerja di malam hari. Bagi ubat batuk ke?. Astaghfirullah!.
"Habis tu Ibu pergi kerja pukul berapa?.
"5:30 atau pukul 6 mesti dah kena ada kat tempat kerja."
Betulkah Khaleeda hanya bekerja di taska?. May kata begitu. Tapi dia tidak yakin kerana dia berjumpa Khaleeda di pusat karaoke pada malam hari hingga ke subuh.
Dan cerita kemarahan Lucy lagi...
"Betul ke Ibu tak pernah tinggalkan Sya malam-malam?."
"Ada sekali aje. Lepas Ibu berhenti kerja taska. Ibu kerja jaga orang tua. Lepas tu Ibu tak kerja lagi."
"Berapa hari Ibu kerja malam."
"Satu kali aje."
"Satu malam?".
"Ya."
"Mana Sya tau satu malam."
"Ye la tau. Sya tak boleh tidur tak ada Ibu. Sya nangis aje. Acik Pah susah. Lepas tu Ibu tak nak kerja tu lagi."
"Betul ni?".
"Betul la. Lepas tu Ibu tak ada kerja. Ibu asyik nangis aje. Sampai Ibu jumpa Mommy masa Mommy jatuh. Ibu tolong Mommy, Mommy bagi Ibu kerja."
"Kesian kan Ibu?".
Yusoff angguk. Cerita akhir Khalisya sama cerita May.
Anggapan dia tentang Khaleeda betul ke salah?.
"Mommy pernah cerita pasal ay..."
Khalisya sabar menunggu dia menghabiskan soalan. Dia pula sudah terdiam. Tak baik pula...
May kata dia pernah bertanya dan Khaleeda cerita perkahwinannya tidak direstui keluarga kerana terlalu muda dan bernikah di Thailand yang tidak didaftarkan di Malaysia.
Kerana itu si lelaki membawa diri dan mereka terputus hubungan tanpa Khaleeda sedari ketika itu dia sedang mengandungkan Khalisya.
Bijak betul mereka-reka cerita. Tapi tak mengapalah untuk kebaikan Khalisya. Kasihan anak tirinya jika orang cakap anak haram.
Jika dia dengar mahu dia mengaruk dan mengamok. Dia sayangkan Khalisya. Anak itu sudah dia sayang ketika masih di dalam perut Khaleeda.
"Ayah! Ayah nak tanya apa?".
"Tak... tak ada apalah".
Yusoff elus-elus rambut Khalisya yang panjang dan ditocang. Yusoff beri senyuman paling kacak pada Khalisya dan anak itu ikut tersenyum.
@@@@@@@
"You...".
"Ermm."
Yusoff sibuk dengan tablet di tangan. Katanya ada projek besar masuk dan dia sedang menyediakan kertas kerja lengkap.
"You... nak kahwin lagi tak?"
"Hahaha."
Yusoff ketawa, tidak mengangkat muka langsung, masih tetap meneruskan kerja yang diberitahunya sangat banyak.
"I rasa I nak anaklah. You kahwin lagi satu, ada anak... you bagi I."
Yusoff letak tablet di atas tilam. Meraih tubuhnya masuk ke dalam pelukan lelaki itu.
"Kenapa ni?".
"Nothing... I cuma nak anak. Tapi I..."
Yusoff peluk dia erat dan kucup puncak kepalanya. Dia sudah menangis dalam diam.
"Dulu dengan Zaril, dia sanggup tak ada anak dengan I sebab dia nak company arwah Daddy. Tapi dia makan luar."
"I pulak terpaksa berahsia kekurangan I sebab I tak sanggup dengar orang kutuk I"
"Tapi... I nak you tau satu perkara..."
Yusoff elus-elus kekura tangannya menunggu dia teruskan luahan hati.
"Sekarang ni... I really love you. I don't want you to leave me but... I tak ada apa boleh ikat you untuk terus stay dengan I. You bukan tamak macam Zaril".
"I takut you tinggalkan I Yusoff."
"I tak akan tinggalkan you."
"Tapi... I tak dapat layan you, I tak dapat bagi you apa-apa dan orang pulak tuduh you bukan-bukan sebab mulut Zaril."
"I tau you nak anak. Dari cara you layan Khalisya I tau you nak anak sangat."
"May... I sayangkan you. You're my best friend forever. You temankan hari-hari sedih I. Sebab you I dapat lalui hari-hari I dengan baik. I berjaya atas trek sekarang sebab I ada you untuk I kekal fokus apa yang I nak buat"
"Tapi I tak dapat layan you macam perempuan lain yang sempurna..."
@@@@@@@
Yusoff terdiam. Nak jawab apa ye luahan hati May. Tak kan dia nak jawab tak apa dia ada Khaleeda. Semakin murung isterinya ini nanti.
May Rose lahir tanpa rahim. Merahsiakan kekurangannya dari keluarga. Mommy May juga tidak tahu.
Kata May, ketika zaman remajanya Mommynya sibuk menguruskan Daddy May yang sakit kronik dan perniagaan mereka.
Ketika itu May Rose tahu ada yang tidak sempurna pada dirinya sebagai seorang perempuan. Dia tidak mahu menambah beban fikiran Mommynya dengan masalah dia, jadi May Rose rahsiakan sampailah sekarang ini.
Hanya Zaril yang tahu selepas perkahwinan mereka dan Zaril suka kekurangan itu kerana Zaril ada kesukaan mempunyai ramai perempuan di luar. Dia ada alasan untuk berbuat begitu.
Argh! apa beza dia dengan Zaril sekarang! Dia juga sedang menduakan May tapi... dengan Khaleeda isteri pertama yang dia benci tapi cin... Argh!.
Entah drama apa sedang dia lakonkan. Padahal dia sendiri yang sakit perasaan akhirnya. Bukankah lebih baik dia berterus terang dengan May. May berfikiran terbuka dan tenang orangnya.
Masalah untuk dia berterus-terang sekarang bukan May. Masalah yang mengekang dia untuk berterus-terang sekarang ialah Khaleeda. Dia tidak percayakan Khaleeda tapi untuk melepaskan isteri itu dia tidak boleh.
Dia mahu bertanya di mana Khairul!? Lelaki yang Khaleeda kata sangat cinta, lelaki yang kaya boleh diharap dan boleh bergantung untuk menyelesaikan masalah. Mana!?.
Bayangkan jika dia beralah dengan perang perasaan ini. Menerima Khaleeda seperti kehendak jiwanya yang paling dalam dan lelaki Khairul itu muncul semula, bagaimana dengan dia!?.
Bagaimana jika Khaleeda memilih lagi lelaki itu seperti tujuh tahun dahulu!?.
Apa akan jadi dengan dia?. Akan sakit lagikah seperti dahulu sampai berumah di hospital!.
Kerana itu dia kena kentalkan mental dan perasaannya pada Khaleeda. Dia tidak mahu mengaku cinta dan merayu. Dia tidak mahu merana kerana cinta Khaleeda lagi!. Dia ada ego dia sendiri!.
"You..."
"ha... Ya."
"Please kahwin lagi. Supaya I tak rasa bersalah. I nak anak. Tak apalah I tumpang anak you."
"May jangan mengarut okay. Kalau you sudi bermadu you ingat ada perempuan kat luar tu yang nak bermadu?".
"I dah ada calon tapi... tak taulah you sudi ke tak."
Yusoff cium pipi dan puncak kepala May. Dia sudah serabut dengan perbincangan ini. Dia kasihan May tapi dia tahu jika dia terima tawaran May semua orang akan lebih kasihan.
Hanya Khaleeda yang mungkin suka kerana tidak mustahil dia terpaksa melepaskan perempuan itu untuk menyetujui rancangan May dan itu tidak akan berlaku!.
"I nak tidur. Esok I ada meeting pagi."
Yusoff mengemas barang kerjanya yang bersepah di atas tilam. Tidak mahu lagi membincangkan perkara itu.
Hal dia dengan Khaleeda masih tidak selesai. Masih bersempal menjadi duri dalam dagingnya mahu tahu rahsia skandal Khaleeda. Sekarang mahu dia berkahwin lain pula!?.
May Rose terkebil-kebil mengekor dengan pandangan mata Yusoff yang ke sana sini di dalam bilik menyudahkan urusan. Selesai mengemas barang-barang kerjanya dia berbaring di sebelah May Rose.
"Esok I tanya aje dulu calon I tu ye. Kalau dia sudi I nak deal dengan dia beberapa perkara... first jangan nak conquer you sorang. Kalau ada anak... baby first tu I punya. Dia tunggu 2nd baby."
Yusoff tidak dapat memejam mata mendengar rancangan May. Pusing kepalanya. Yusoff capai tangan May dan genggam perlahan.
"Please May... jangan. Nanti kalau perempuan tu berharap I yang pening. And... cuba you bayangkan perkara buruk. Buatnya dia ilmukan I sayangkan dia sorang aje macam mana?".
May yang sudah berbaring terus naik badan bertongkat siku memandang wajahnya.
"Kalau macam tu... I deal lainlah dengan dia!"
Aduh tak habis lagi ke?. Hidup dia cuma ada satu tujuan dia mahu berjaya, kaya dan bahagia cara dia! Dia tak kisah tiada anak.
Dia okay sahaja ada Khalisya walau cuma anak tiri. Tak mengapa, dia sudah tiada ibu bapa yang akan rasa sedih dengan keputusannya.
"I cakap dengan dia... I bayar dia untuk mengandung and beri baby tu kat I. Lepas tu cerai dengan you."
Yusoff geleng-geleng kepala. Buat pertama kali dia nampak sisi May yang ini. Sisi bercakap tidak berfikir dengan akal yang sihat.
"Tapi... nanti dia dah tak nak kerja dengan I kan. Susahlah I dia tak ada."
"Siapa May?".
Yusoff bertanya sambil mata sudah terpejam. Dia mesti bangun awal esok. Dia tetap mahu hantar Khalisya ke sekolah walaupun dia ada mesyuarat pagi jadi dia harus bangun dan bergerak awal.
"Khaleeda."
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah!
idea merundun tetibe. knpe ek? terima kasih kpd sume kesygn yg bce n komen. cite ni dh bosan ke? Sy cuba abis kn scpt mgkn ok. teruskan Komen ya kwn2. Dr Komen biasanye Sy dpt idea. pls komen. tqvm sume. syg uoll. ayam nk msak apa kwn2. dh tk tau nk msak apa
Share this novel
Kalau happy ending utk Di please laaa bg yusof tu menyesal dulu biar Di hilang kejap ke.. biar gila si yusof tu...hahaha..tak lupa abg puaka dia jgk si yunus tu harap2 dpt la balasan buat rumahtangga adik sndri kacau bilau