PAGI itu tubuhku jadi seram sejuk. Solat Subuh hanya aku tunaikan di dalam bilikku sendiri. Ajakkan Abah Qayyum bersama Kapten Shahril Aimin berjemaah di surau tidak dapat kupenuhi kerana mata terlalu berat untuk aku buka. Dua biji panadol yang diberikan oleh Mak Qhurshiah selamat berada di dalam perutku.
"Poei nengok an Angah kau tu Amin dari tadi tak bongka (bangun)..domam ko deh.." suara Abah Qayyum yang agak lantang itu sudah memanah telingaku.
Yalah, hari dah meninggi, matahari pun dah terpacak atas kepala. Siapa aje tak bising kalau masih sedap bergemulang dalam selimut. Tak masuk rezeki nanti.
"Baiklah..Abah.."
Seketika pintu bilikku di ketuk bagai nak roboh.
"Yo...yo, kojap la, Abang Ngah nak pakai baju hah, baru lopeh mandi.. roboh pintu bilik ni kang..."
"Sorry, Abang Ngah..ngisau yo, kot Abang Ngah pengsan dalam bilik ni.." muka Kapten Shahril Aimin dah terkulat-kulat macam tertelan biji nangka.
"Abang Ngah tak lombik laa..domam sikit jo, tolan panadol tadi dah..ponek sikit jo, malam buto tadi buek konsert.."
"Adolah dongar oghang duk melalak lagu Hindustan malam buto semalam, laa, Abang Ngah rupo eh, ingatkan oghang pasang radio.."
"Dahlah Amin, kojap laei toman an Abang Ngah poei pokan yo, ado barang sikit nak boli.."
"Yolah, Abang Ngah..bunyi golang kaki tu ado dongar laei tak?"
"Ish, janganlah ekau togur..kang bunyi deh kang.." Kapten Shahril Aimin dah ketawa mengekek. Aku pula apa lagi sengaja aku tumbuk dada bidang adik ipar aku ni. Langsung terhenti tawanya.
Aku terus melangkah tanpa rasa bersalah meninggalkan adik ipar aku yang dah menggosok-gosok dadanya di sebalik baju kemeja t-shirt Polo birunya. Langkah kaki terus aku halakan ke dapur. Namun, baru setapak kaki aku nak halakan ke sudut sebelah kiriku, aku dengar ada suara lunak memberi salam di depan pintu.
Kaki terus melangkah mendapatkan gerangan yang memberi salam di muka pintu. Kami sama-sama terkejut. Waktu bagaikan terhenti saat ini. Namun, kemunculan Qaureen Qasmina meragut lamunanku yang tengah seronok mengamati kecantikan gadis di depan mataku ini. Aku lepaskan nafas kasar. Tangan dah naik mengelus belakang tengkuk. Melihat Qaureen Qasmina yang sudah tersengih-sengih terus aku membawa diriku ke halaman luas rumah limas milik Abah Qayyum bersama Mak Qhurshiah. Aku bawa diriku ke pangkin di bawah pokok mempelam yang merimbun.
"Assalamualaikum...Abang Yul.." tegur Dr Simra Sahana Shamreen sambil menatang sebuah dulang.
Terus aku capai dulang di tangannya. Tanpa sedar jejemari kami bertautan. Salam yang dihulur aku jawab dalam hati. Sepasang mataku masih menikam wajah si jelita. Merona merah wajah mulus putih bersih itu.
"Abang Yul, tak jawab pun salam Bebo...minumlah Mak Qhurshiah kata Abang Yul tak sarapan lagi.."
"Dah jawablah, dalam hati..minumlah sekali..kuih kegemaran Bebo tu.."
"Abang Yul ingat lagi...erm, Bebo tuangkan air untuk Abang Yul ya.."
"Bebo, hari tu kenapa berani sangat buat macam tu pada Abang Yul.."
"Buat apa..? "
"Bebo sengaja atau nak Abang Yul ulang balik.."
Dr Simra Sahana Shamreen yang tengah sedap mengunyah kuih karipap itu sudah tercekik. Memerah wajahnya sehingga bertukar pucat. Nafasnya sudah tersekat-sekat. Aku dah tak tentu arah jadinya, terus aku peluknya dari arah belakang. Perutnya aku tekan kuat. Tidak lama kemudian, seketul kuih karipap terkeluar dari mulut doktor cantik ini. Terbatuk-batuk dia dalam pelukanku. Tak pula dia suruh aku lepaskan dirinya. Sepertinya, dia suka aku berbuat begitu pada dirinya.
"Erm..mmm..amboi Abang Ngah, baru tingga an kojap dah macam nia miang eh, nikah jolah..." tegur Qaureen Qasmina.
"Ekau salah faham ni, bff ekau ni tadi tercokik karipap tu hah.." seketul karipap yang tergeletak di rumput liar itu aku tunjuk pada si bongsu.
"Abih tu, kan dah keluar..apo laei yang dipoluk Kak Bebo tu..dah lopeh, kang nampak kek Omak mo Abah, tak pasal-pasal nikah toruih (terus) kang.." Qaureen Qasmina memberi peringatan.
Serta-merta pelukanku terurai pada Dr Simra Sahana Shamreen. Terus aku bawa langkahku masuk ke dalam rumah meninggalkan dua kuntum bunga kesayanganku yang tengah berbual mesra. Penjelasan yang aku inginkan daripadanya hanya tergantung begitu sahaja.
Kelibat Mak Qhurshiah aku cari di ruangan dapur. Terkejut aku tiba-tiba sapaan ibuku dari arah belakang tanpa sebarang kesan. Sedikit pun aku tak dapat menangkap bunyi derapan kaki ibuku. Mak Qhurshiah ni terapung pulak ke..?
"Mak..tokojut Angah, Mak..." aku mengurut dada yang berdegup kencang.
"Laa..yang ekau tertonggeng -tonggeng tu dah kenapo..Omak dari belakang ambik daun kantan mo daun kosum (kesum) ni hah, nak masak lauk ikan pari asam podeh..lauk peberet (favourite) ekau tu.." Mak Qhurshiah tepuk punggung aku.
"Takdolah Mak, Angah tongah mencarik parang..selalu eh Abah lotak kek bawah tanggo nia..mano pulak poei eh, dah takdo kek situ..."
"Kek tangan Omak ni hah, Omak guno an tadi ambik daun kantan ni hah, sambil-sambil tu tobeh lalang yang dah meninggi tu..ekau nak buek apo nak guno parang.."
"Nak repair pengolan (galah untuk kait buah) Omak tu hah, nak gait (kait) buah manggo kek dopan tu untok Dik Qas..boleh bagi kek Dr Simra sikit.. banyak buah eh tu Mak.."
"Erm...ekau yang nak makan, ekau jua (jual) an namo adik ekau yo..bukan Omak tak tahu ekau memang pantang nengok buah manggo..macam orang bunting.."
"Mak...jangan cakap kuek-kuek, donga kek Dr Simra tu kang, jatuhlah saham anak teruno Mak ni hah"
"Ado-ado jolah..dah poei dongeh (cepat), ni hah..parang eh, apolah di kalut an tu.."
Tergeleng-geleng kepala ibu aku dek melihatkan aku yang sudah tidak tentu arah, sehinggakan parang yang aku minta tadi daripada Mak Qhurshiah tertinggal di atas meja itu. Aku dah tersengih-sengih macam kerang busuk depan ibuku. Dan jelingan maut daripada Mak Qhurshiah terus membuatkan langkah aku laju mendapatkan adik aku yang tengah seronok mengekek dengan rakan karibnya itu.
"Abang Ngah nak buek apo dongan pengolan Omak tu.." laung Qaureen Qasmeena padaku.
Apalah soalan bodoh kau tanya abang kau yang kacak ni Qaureen Qasmina. Dah tentulah nak kait buah, takkan nak jolok sarang tebuan pulak. Aku tayang muka geram. Sengaja aku bulatkan mata aku yang dah bulat ni besar-besar pada adik aku.
"Nak jolok moto Abah yang tersangkut kek ateh atap tu hah.." jawabku bersahaja.
Tawa Dr Simra terburai. Puas dia menahan tawanya sambil menutup bibir merah bak delimanya itu dengan telapak tangannya. Qaureen Qasmina pulak dah tarik muka. Jelingan maut seperti Mak Qhurshiah tadi diberikan kepadaku.
"Abang Ngah ni Qas tanyo elok-elokkan, jawablah boto-boto..."
"Dah tanyo soalan bodoh, Abang Ngah jawablah macam oghang bongap.. gunalah aka (akal) tu elok-elok, kalau guno pengolan biaso eh nak buek apo kalau tak gait buah...nak tak?"
"Naklah...gait banyak sikit Abang Ngah, nak bagi Kak Bebo sikit.."
"Yolah..tolong Abang Ngah kutip, lupo pulak nak ambik besen..poei ambik jap kek dapur.."
Setelah beberapa minit, penuh satu besen kecil itu dengan buah mempelam. Ada yang dah masak, ada juga yang muda. Aku kerling jam di pergelangan tangan. Dah masuk Zuhur rupanya. Dr Simra Sahana Shamreen pula dah meminta diri untuk pulang ke rumahnya di kampung seberang, tapi ibuku menghalang kepulangannya. Berbunga-bunga hati aku jadinya. Masih berkesempatan lagi aku ingin menatap wajah cantiknya itu. Comel sangat aku tengok dia berpeluh-peluh tadi mengutip buah mempelam yang aku kait.
"Simra...meh lah makan rumah Mak Qhurshiah dulu, sebelum tu kita jemaah dulu, biar Angah jadi imam..kalau nak mandi poeilah..takkan tak biaso pulak ngumah Mak Qhurshiah ni kan.. Angah bagi Simra pinjam bilik kojap yo.."
"Bulih Mak..tapi tunggu Angah siap dulu.."
"Yolah, copek sikit, bising Abah kau kang.."
Setelah usai menunaikan solat Zuhur, kami menjamu selera tengah hari itu. Bertambah pinggan aku jadinya. Saat terpandangkan wajah Dr Simra Sahana Shamreen tanpa sebarang alat solek itu, jantungku berdetak kencang. Ya Allah, cantiknya dia..kalau macam nilah gayanya, kalau kami bernikah nanti pasti seminggu aku kurung dia dalam bilik.
"Jauhnya menung Abang Yul..tadi kenapa pandang Bebo macam tu..macam nak telan je.."
"Bebo, kalau...kalau..."
"Kalau apa Abang Yul..?"
"Erm...eh, tak...rasanya Bebo tak lupa lagikan jalan nak pulang ke rumah..."
Terus berubah riak muka doktor cantik depan aku ni. Tak tunggu lama, lepas bersalaman dengan Mak Qhurshiah dan Qaureen Qasmina terus dia angkat kaki. Sempat dia menjeling ke arah aku yang menghantar kepulangannya di muka pintu.
Saat aku ingin melangkah masuk ke dalam bilikku semula, Qaureen Qasmina melelar lengan kekarku. Wajahnya dah berubah macam singa kelaparan. Tapi aku buat seperti tiada apa yang berlaku.
"Abang Ngah koba apo mo bff Qas tadi hah..sampai boka(bekal) lauk dengan buah manggo ni tertingga jadi eh.." Qaureen Qasmina dah angkat tinggi beg kertas di tangannya hadapan muka aku.
"Tak koba apo pun, suroh dio balik jo..Yolah, tak manih dio ado kek ghumah ni lamo-lamo..dio bukan kocik laei.. Abang Ngah tak nak oghang kampung bergosip.."
"Boto jugak...tapi Omak suroh Abang Ngah antar boka ni balik..tadi kenapo Abang Ngah tak bagi.."
"Yolah, kang Abang Ngah singgahlah... Abang Ngah nak keluar poei pokan. Pinjam laki kau jap, jadi escort..nak kirim apo-apo tak.."
Qaureen Qasmina geleng kepala. Tapi munculnya Kapten Shahril Aimin membawa sehelai kertas yang sudah tertulis panjang senarai barangan yang dikirim oleh isterinya itu buat tawaku lepas. Tegang perut aku ketawakan adik iparku ini. Bahunya aku tepuk berulang kali sebelum membawa langkahku ke dalam bilik untuk menukar pakaian kepada yang lebih kasual. Qaureen Qasmina senyum
manis bak gula pada suami kesayangannya itu.
***
Pekan Kuala Pilah aku tujui petang itu bersama Kapten Shahril Aimin. Apa lagi pekena rojak bersama cendol lah dahulu sebelum membawa diri ke sebuah pasar raya besar Giant yang terletak di sebuah pekan kecil, Melang.
"Sodap boto rojak mo cendol kek basten (bus station) ni kan Amin..tak berubah raso eh.."
"Haah lah.. Abang Ngah..ontah bilo pulak nak raso laei, lopeh ni nak ko Kolo (Kuala) Terengganu pulak.."
"Dah lah, jangan spoil mood, kito terimo jo, kalau ado joki (rezeki) meraso lah laei...dah sudah lom..Angah poei bayar jap.."
Lima belas minit memandu, sampailah kami di pasar raya besar Giant. Aku mulalah ambil sebuah bakul tapi Kapten Shahril Aimin suruh aku bawa troli. Aku pun ikutkan jelah kemahuan adik ipar aku ni. Hampir setengah jam menghabiskan masa untuk mencari segala barangan keperluan kami berdua termasuk barang-barang kiriman Qaureen Qasmina, penuh juga lah troli ini jadinya.
Aku menawarkan diri untuk membayar segala barangan tersebut. Tapi, Kapten Shahril Aimin pula dah segan dengan aku. Beberapa not lima puluh itu dihulurkan kepadaku, tapi aku dah menolak secara baik. Tidak berputus asa, adik ipar aku masih memaksa. Akhirnya, aku ambil sehelai dari empat keping not yang terhulur padaku bagi memuaskan hatinya.
Saat ingin melepasi laluan dari kaunter pembayaran, tiba-tiba lampu pada laluan aku bersama Kapten Shahril Aimin menyala dan siren berbunyi nyaring. Aku dah cuak. Padahal aku baru sahaja melakukan pembayaran. Resit pembayaran pun masih ada di dalam pegangan tangan.
"Amin...pohal eh ni...Angah dah bayar kan tadi.."
"Yo... Abang Ngah, polik boto lah.. tak pasal-pasal kono tahan pulak hah.."
Seorang pengawal bersama seorang pengurus pasar raya ini sudah bergegas mendapatkan kami. Aku terus disoal siat bersama Kapten Shahril Aimin. Malu dan segan aku letak tepi. Bertengkar hebat jugalah aku dengan pengawal yang kurang adab itu. Nasib baik tak pecah muka dia kena penumbuk sulung aku ini, mujur aku dah dipeluk erat oleh Kapten Shahril Aimin dari arah belakang.
"Sabar Abang Ngah, kang tak pasal-pasal tido lokap pulak malam ni.."
"Kuang ajar mulut eh, macam mulut longkang, dio ingat Abang Ngah ni sapo agak eh.." aku dah menyumpah seranah pengawal itu. Habis segala perkataaan tak senonoh terlontar dari mulut aku.
"Abang Ngah, istighfar...tapi polik juga ni, tadi maso pengawal tu scan badan Abang Ngah..alat pengosan tu berbunyi kan.."
"Ekau pun samo nak tuduh Abang Ngah mencurik..Ah, bangsatlah korang ni semuo..."
"Ya..Allah, cubo kawal kemarahan tu sikit Abang Ngah..fikir sobab apo jadi macamnia..."
"Jap, bondo tu.. dio bunyi bilo budak bangang tu scan kat poghut Abang Ngah tadi kan..? Tompek lain tak bunyi kan...?Abang Ngah raso dah dapek jawapan dah.. jom poei ghumah Dr Simra, angkut budak bangang tu sekali..kito selosaikan masalah ni malam ni jugak".
Aku suruh Kapten Shahril Aimin memandu saat ini. Aku tak boleh nak memandu dalam keadaan tengah marah macam ni. Terpandang sahaja pengawal yang duduk di tempat duduk belakang kereta kesayangan aku ini buat hati aku meluap-luap, mujur pengurus pasar raya itu ikut bersama. Betul-betul buat kerja gila aku bersama Kapten Shahril Aimin malam ini.
Setelah satu jam memandu, sampai lah kami berempat di rumah keluarga Dr Simra Sahana Shamreen. Salam dihulur terlebih dahulu. Aku pula yang jadi tak tentu arah, bila munculnya bapa kepada Dr Simra Sahana Shamreen.
"Waalaikumussalam...masuklah, apo hajat eh ni datang ghamai-ghamai (ramai-ramai) ghumah burok Pak Cik malam-malam ni, Amin.. ekau Qawiyyul kan anak Jeneral besara Qayyum, kampung seberang...?" Aku tunduk wajah, sambil angguk kepala berulang kali.
"Takdo, Pak Cik Sidek...kami ni nak jumpo Dr Simra, anak perempuan Pak Cik Sidek tu, ado keperluan sikit.." Kapten Shahril Aimin bersuara mewakili diriku.
"Ado dio buek salah ko, ekau semuo ni pesakit dio ko..? Omak eh, buek an air untuk budak-budak nia hah..moh laa, duduk dulu...minam kupi ko air sirap ko.."
Kami berempat akur dengan ajakkan si bapak Dr Simra ni. Ingat lagi dia dengan aku, tajam betul ingatan orang tua ni. Bukan calang-calang orang, bapak si Dr Simra ni.
"Mak Cik Siti... ni ado sikit hah Mak Qhurshiah boka an untuk Dr Simra sekeluargo...Dr Simra eh mano..?" ujarku penuh sopan.
"Laa...ekau semuo carik dio ko? Dio dah balik KL dah...lopeh Asar tadi...hah jomput lah minam, air kupi yo tu...ado sikit hah, kuih bolu...joki ekau oghang lah malam ni hah, bolu baru masak tu.."
Aku hanya senyum nipis pada Mak Cik Siti. Pandanganku halakan pada Kapten Shahril Aimin, pengurus pasar raya dan pengawal yang sedap melantak kuih bahulu Mak Cik Siti. Tak boleh jadi ni, aku pun dengan tiada perasaan turut sama mengerjakan kuih bahulu Mak Cik Siti yang baru masak sehingga licin piring. Sedap sungguh, lembut dan gebu macam Dr Simra a.k.a Bebo aku.
"Kami minta dululah Pak Cik Sidek, dah Dr Simra eh takdo...terimo kasihlah hidang an air kupi mo bolu...sedap boto.." ujarku.
"Eh, kojap...sebolum balik, bolilah dulu sebungkuih dua bolu Acik Siti ekau hah, support brands local..."
Nak tak nak terpaksalah kami berempat membeli sebungkus seorang kuih bahulu Mak Cik Siti malam tu. Aku je beli lebih, sebab aku memang suka kuih bahulu buatan Mak Cik Siti dari dulu lagi. Sempat juga kedua-dua ibu bapa Dr Simra ni berjual-beli malam ni dengan kami berempat. Aku sengaja berikan duit lebih pada Pak Cik Sidek dengan Mak Cik Siti, takde niat lain, selain ingin bersedekah.
***
"Erm..mm, Encik Mejar...kes kita ni tak selesai lagi ni...takpe awak hantarkan saya dan anak buah saya ke pasar raya semula. Saya akan meniliti sama ada Encik Mejar mencuri atau tak.." kata pengurus pasar raya itu.
"Baiklah tuan pengurus...tapi saya tetap dengan pendirian, saya tak mencuri...Amin, macam biasa kau jadi drebar aku.."
Setelah hampir tiga jam berlalu, kes aku tak juga selesai. Aku terpaksa tidur juga dalam lokap malam tu, sebab kekurangan bahan bukti dan aku dah melayak budak pengawal yang tak beradab tu hampir tinggal nyawa- nyawa ikan. Tak pasal-pasal Kapten Shahril Aimin dan pengurus pasar raya itu pun kena tempiasnya sekali. Lebam jugaklah muka kedua-duanya yang dah terkena pukulan rambang aku saat menguraikan pertengkaran aku bersama budak pengawal itu tadi.
"Dr Simra Sahana Shamreen.... jangan sampai aku jumpa kau lagi.....!!!!!" jerit aku di dalam hati.
Done update bab seterusnya..ini bab terakhir yg boleh di bca secara percuma..bab sterusnya akan di kunci ya...sudi² tau buka kunci rumah author...
Share this novel